Вы находитесь на странице: 1из 45

Artikel Sastera: Sastera Melayu pengenalan Dalam ruangan ini, penulis memuatkan maklumat yang berkaitan dalam bidang

kesusasteraan Melayu yang diambil dari artikel sasteradan juga maklumat yang dikumpulkan dari hasil tugasan penulis sejak dari semester pertama sehingga kini (semester 5). Hasil kerja ini diharapkan dapat membantu menambahkab lagi maklumat mengenai sastera kepada pengunjung laman web ini. Artikel Sastera: Sastera Melayu Radikal Menongkah Kemapanan SM Zakir Oleh S. M. Zakir Artikel Sastera: Sastera Melayu Radikal Menongkah Kemapanan SM Zakir Oleh S. M. Zakir MEMBENTUK pandangan radikal bukan bermakna menentang bentuk atau konvensi yang sedia ada. Karya-karya yang disifatkan sebagai konvensional tetap berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri dalam arus perdana kesusasteraan Melayu. Karya konvensional ini secara umumnya merupakan karya berbentuk realisme yang memaparkan bentuk tradisi dulce et utile atau `yang manis dan yang berguna membina didaktisme langsung dalam konteks hubungan karya dengan khalayak. Melihat bentuk sastera Melayu moden sehingga penghujung abad ke-20 yang dipelopori oleh penulis-penulis dari Asas 50, penulis dekad 1960-an, 1970-an, dan 1080-an telah membina satu norma penulisan yang berdasarkan bentuk realisme. Norma penulisan ini membentuk kebiasaan umum dan diinstitusikan sebagai bentuk konvensional iaitu bentuk mapan (establish) `apa yang sedia ada. Sastera konvensional merujuk kepada ideal kehidupan yang berkait rapat dengan hubungan manusiawi, alamiah, semula jadi dan vertikal. Ia dibentuk oleh ciri-ciri perlataran realiti persekitaran serta alam fauna dan flora. Di samping ciri-ciri penstrukturan teks dalam set teknik yang umum, dan pembinaan tema atau pesan yang melihat kepada aspek pembudayaan. Sementara pengukuhan pemikiran di dalam sastera konvensional ini cenderung kepada pembinaan idealogi dan aliran yang khusus. Dalam masa yang sama ia mencirikan situasi wilayah `tempatan yang cantik dan indah tetapi menjerat perjuangan, keperitan dan rentasan takdir yang serba payah di dalamnya. Dalam konteks sejarah, karya realisme yang menjadi bentuk mapan atau teras kesusasteraan umum secara sejagatnya ini bermula daripada genre pastoral yang muncul di Barat pada zaman pencerahan. Karya-karya zaman ini ditandai dengan karya-karya buah tangan Milton, Spenser, Sidney, Shelly atau juga Cervantes dengan Don Quixotenya yang mencirikan suasana desa, gembala, fauna serta floranya yang penuh nostalgia dan simbolik. Ia mencerminkan satu hubungan naturalisasi yang memperlihatkan bahawa manusia dicipta oleh Tuhan dan kekuasaan Tuhan menentukan takdir manusia dan persekitaran alam semulajadinya. Realisme memberikan hubungan yang jelas tentang warna-warna kehidupan manusia di dalam bentuk yang paling dekat dan langsung dengan realiti. Realisme boleh dikatakan merupakan asas kepada kesusasteraan moden. Perubahan 1

Menjelang dekad perubahan era perindustrian, bentuk kesusasteraan mula memperlihatkan beberapa ciri baru atau ciri perubahan yang membentuk klasifikasi baru kesusasteraan. Terlahir bentuk romantis, absurd, surealis, ekspresionis dan sebagainya. Klasifikasi dilihat penting dalam melihat situasi dunia kesusasteraan. Dalam pada itu klasifikasi memberikan simbol tertentu kepada aliran pemikiran, persekitaran sosial-ekonomi-politik dan milieu kepengarangan. Klasifikasi bukan sahaja menjelaskan tentang perbezaan situasi kepengarangan tersebut tetapi juga melihat kepada prinsip keperbezaan tersebut. Levi-Strauss pernah menyebut, `any classification, even a bad one, is better than no classification at all. Sastera Melayu moden yang mantap muncul diwakili oleh karya-karya penulis ASAS 50 diikuti oleh penulis-penulis yang membawa jalur fikiran baru seperti Shahnon Ahmad, Arenawati, A. Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Fatimah Busu, Anwar Ridhwan dan ramai lagi yang banyak mencirikan warna tempatan serta wajah wilayah Melayu yang akrab dengan sifat-sifat alamnya. Sastera realisme ini melalui perjalanan masa yang panjang secara alamiahnya membentuk stereotaip yang menjadi suatu bentuk set nilai dunia kesusasteraan. Pengukuhan yang meletakkannya sebagai suatu autoriti budaya yang menjadi acuan kepada set nilai tersebut berlaku melalui dua bentuk `permainan bahasa iaitu pendesakan (authority of assertion) dan perulangan (gregariousness of repetition). Permainan bahasa ini disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers. Pengukuhan ini akhirnya menjadikannya sebagai suatu bentuk `kuasa di dalam dunia kesusasteraan. Namun menjelang dekad awal 1990-an (pecahan klasifikasi dibuat di sempadan ini) lahir karyakarya yang cenderung untuk menyimpang daripada bentuk konvensional ini. Walaupun kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk-bentuk mapan ini wujud pada setiap dekad tetapi pengklasifikasian terhadap karya-karya yang menyimpang dibuat pada masa yang lebih terkemudian bagi melihat kecenderungan penulis-penulis muda mutakhir yang muncul pada dekad awal abad ke-21. Beberapa orang penulis yang mempunyai kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk konvensional bereksperimen dengan bahasa, bentuk, gaya mahupun pemikiran yang unik dan tersendiri. Kekuatan Tidak salah untuk menamakan karya-karya ini sebagai karya eksperimental. Zaen Kasturi dilihat dengan kekuatan permainan bahasanya; Daeng Ramliakil dengan gaya; Muhd Nasruddin Dasuki dengan bentuk dan bahasa; Marsli N.O kepada gaya dan bentuk; sementara Azmah Nordin dilihat kepada cerita dan gaya. Kecenderungan untuk menyimpang ini kemudian diteruskan oleh penulis yang lebih terkemudian seperti Zainal Rashid Ahmad, Mawar Shafei, Faisal Tehrani dan Azman Husin. Zainal menggabungkan bahasa, gaya dan pemikiran dengan idealisme kesasterawanannya. Mawar masih tegar dengan kepayahan istilahnya. Namun jauh berbeza, Azman dan Faisal dilihat membentuk penyimpangan mereka lebih kepada pemikiran dan gaya, bukan lagi dengan kepayahan bahasa atau bentuk yang kabur sifatnya. Kedua-dua mereka lebih senang dengan bentuk bahasa yang mudah difahami dan terus langsung kepada pembaca. Azman dilihat bergerak di dalam satu rentak yang senada, iaitu 2

dengan `dunia warga kemacarnya; sementara Faisal dengan pelbagai nadanya dari underground hingga kepada jihad Islamnya. Kelahiran karya-karya yang `berani ini tidak boleh hanya dilihat dari satu sudut yang mudah dan mengkesampingkan wajah-wajah besar yang tersembunyi di sebaliknya. Pendekatan pengkritik, pengkaji, penelaah mahupun pembaca yang sering melihat sesebuah karya dari sudut tradisonal dulce et utile selalunya gagal untuk memahami bagaimana sesebuah penyimpangan itu memainkan peranan sebagai ipso facto yang memperlihatkan permainan bahasa yang disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers itu mewujudkan sebuah dunia kesusasteraan yang besar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mutu pengkaryaan penulis-penulis muda (relatif umur) dikatakan amat merosot sekali. Dakwaan ini ada benarnya, namun dalam masa yang sama juga telah lahir karya-karya yang baik daripada tangan penulis-penulis muda ini. Nama-nama seperti Saharil Hasrin Sanin, Muhd Lutfi Ishak, Nazmi Yaakub, Saifulizzan Tahir, Saifulizan Yahya, Salman Sulaiman, Siti Jasmina Ibrahim, Sri Rahayu Mohd Yusop, Siti Hajar Mohd Zaki, Amalia Fauza, Juliana Mohamed. Sementara yang lebih terkemudian seperti Ghafirah Idris, Ummu Hani, Jimadie Shah, Amiza Khusri Yusuf, Anjan Ahzana dan Abdul Rahim Idris menghasilkan karya yang cukup memberangsangkan. Beberapa penulis lagi seperti Wan Marzuki Wan Ramli, Zanazanzaly, Rozais Al-Anamy terus menghasilkan karya yang menjanjikan. Namun penelitian yang lebih khusus dalam melihat penyimpangan terhadap konvensi dapat dilihat daripada kehadiran karya-karya Zainal Rashid Ahmad, Saharil Hasril Sanin, Muhd Lutfi Ishak, dan Jimadie Shah memberi cabaran kepada penelaah susastera untuk melihat sisi sastera keluar dari ego konvensional. Zainal, penulis yang sudah mapan sementara Saharil, Lutfi dan Jimadie adalah bakat yang dicungkil daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP. Artikel ini diambil daripadahttp://muhdnasruddin.wordpress.com/artikel-sasterasastera-melayu-radikal-menongkah-kemapanan-sm-zakir/ pada 06 DISEMBER 2011 ANALISIS DRAMA MELAYU DARI PERSPEKTIF STILISTIK 1.0 Pengenalan Penghasilan drama sebagai salah satu karya kreatif sudah tidak asing lagi dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden sejak ia diperkenalkan sekitar akhir 1930-an. Drama adalah perkataan Barat, yang sekaligus menyatakan bahawa kegiatan berdrama barasal daripada Barat. Perkataan drama berasal daripada perkataan Yunani tua dra yang bermaksud gerak atau sesuatu yang dilakukan. Gerak yang dimaksudkan adalah aksi yang mengandungi unsurunsur kesenian yang dapat memberikan keindahan dan keseronokan. Kebudayaan Melayu yang sedia ada budaya berdrama ini telah mengalami perubahan kesan daripadan kedatangan pengaruh Barat. Sebelum perkataan drama diperkenalakan, masyarakat Melayu menyebutnya sebagai main dalam teater tradisional yang di dalamnya terkandung wayang kulit, makyung, menorah, dan bangsawan. Perubahan yang dimaksudkan disini terdapat dalam pelbagai sudut terutamanya dari konsep penskripan, pengarahan dan teknik pementasan. 3

Drama merupakan gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya dengan masyarakat. Drama adalah karya kreatif yang berbentuk skrip; berupa satu komposisi penciptaan prosa atau puisi yang membawa pemikiran, tema dan persoalan- persoalan dengan menggunakan dialog sebagai meanisme penulisannya. Sifat utama drama ialah pembinaan karya melalui dialog dengan gerakan dan aksi watak-wataknya sebagai medium utamanya. Menyebut apa sahaja genre drama, dengan tidak secara langsung benak kita akan segera menangkap bahawa penghasilan drama memerlukan skrip drama agar watak-watak dapat melakonkan aksi- aksi dengan menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Drama perlu mempunyai unsur-unsur dramatik bahasanya yang tersendiri, sesuai dengan asas pengkaryaan dan konsep pembinaan pendramanya. Penulis skrip mestilah mampu memberi kesan kepada pemilihan perkataan, penyusunan ayat dan makna yang diberikan daripada penggunaan stailnya. Keindahan sesuatu karya banyak dipengaruhi oleh kreativiti pengarang sendiri dengan menggunakan bakat dan stailnya sebaik mungkin agar dapat mewujudkan kesan yang boleh memberi kesenangan kepada khalayak. Stail atau stilistik yang dimaksudkan adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Ilmu ini terdapat dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Umar Junus, 1989 menyatakan bahawa stilistik merupakan ilmu gabung yang menerapkan disiplin linguistik yang digunakan untuk mengkaji dan meneliti hasil-hasil sastera. Menurut Teeuw (1995:51), stilistik mempunyai definisi yang berbagai, tetapi pada prinsip asasnya selalu menekankan tentang penelitian pemakaian bahasa yang khas atau istimewa yang merupakan ciri khas seseorang penulis, aliran sastera dan lain-lain atau pula menyimpang dari bahasasehari-hari atau dari bahasa yang dianggap normal, baku dan lain-lain. Pendekatan stilistik juga digunakan untuk meneliti sesebuah karya dengan mengeksploitasi bahasa secara terpilih dan sesuai. Pemilihan dan pemakaian bahasa yang digunakan mungkin berlainan daripada aturan linguistik untuk menghasilkan kelainan gaya dalam pemakaian bahasa (Arbaie Sujud et.al:2010). Dalam hal ini kreativiti pengarang akan terserlah dengan kebijaksanaan mereka mengeksploitasikan bahasa mengikut pemikiran mereka untuk menghasilkan skrip yang dapat memberi kepuasan dan keseronokkan kepada khalayak apabila membaca skrip tersebut mahupun melihat aksi drama yang dipentaskan. Justeru itu kertas kerja ini akan menganalisis drama-drama terpilih dari perspektif stilistik menjurus kepada aspek stail perlambangan atau simbol, penggunaan diksi dan semantik dalam ayat dengan menggunakan drama daripada Kumpulan Drama Anwar Ridhwan dan beberapa drama dari judul Antalogi Drama Pilihan Abad 20 Jilid 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama- drama ini dipilih kerana mempunyai gaya pemakaian bahasa tertentu untuk menimbulkan kesan kepada khalayak seperti drama Wayangan Mak Nang karya Wan Ahmad Ismail dalam Antalogi Drama Pilihan Abad 20 Jilid 2 banyak memunculkan konflik melalui kreativiti dramatis mengolah bahasa, sesuai dengan ceritanya. 2.0 Analisis Perbincangan 2.1 Stail perlambangan atau simbol Karya sastera merupakan tulisan kreatif dan imaginatif memerlukan penggunaan atau gaya bahasa yang kretif untuk memperlihatkan nilai nilai estetiknya yang tinggi sehingga dapat menimbulkan kepuasan dan kenikmatan kepada pendengar mahupun pembacanya. Dalam hal ini pengarang yang menjadi tunjang dalam membentuk atau stail karya mereka sendiri. Anwar Ridhwan mempunyai caranya tersendiri dalam mempersembahkan karya dramanya kepada khalayak. Menerusi Kumpulan Drama Anwar Ridhwan pengkaji dapat meneliti beberapa penggunaan stail bahasa yang digunakan antaranya perlambangan atau simbol. Menurut kamus Webster simbol adalah sesuatu yang berarti atau mengacu pada sesuatu yang berdasarkan hubungan nalar,asosiasi, konvensi, kebetulan dan kemiripan tanda yang dapat dilihat dari sesuatu yang tidak terlihat. Simbol dalam kesusasteraan dapat berupa ungkapan tertulis , 4

gambar, benda, latar, peristiwa dan perwatakan yang biasanya digunakan untuk memberi kesan dan memperkuat makna dengan mengatur mempersatukan erti secara keseluruhan. Drama Orang-Orang Kecilmerupakan satu hasil kreativiti pengarang dalam mengetengahkan stail penulisan dengan menggunakan simbol orang- orang kecil sebagai perlambangan. Dengan ini dapat dikaitkan dengan pendekatan stilistik seperti yang ditegaskan oleh Raymond Chapman (1973;11-12), bahawa sesebuah karya sastera ditandai oleh kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya iaitu bahasa khusus untuk menimbulkan kesan artistik. Berdasarkan hujahan tersebut dapat dijelaskan menerusi contoh petikan di bawah: LELAKI II: Rumah warisan yang besar ini, memanglah padanan sebuah ketenangan. Empat belas kamarnya serba lengkap. Perkarangannya luas dan indah. Tengah malam, apabila kita membuka jendela, kedengaran desah air sungai yang jernih mengusap batu-batu licin memutih. WANITA I: dan udaranya begitu segar siang dan malam. Ya, semuanya seolah-olah padanan alam untuk sebuah ketenangan. Mudah-mudahan tetamu kita yang seorang ini, selepas menyerahkan beg pakaiannya, tidak menyerahkan masalah-masalahnya pula. (Halaman:12) Rumah warisan yang terkandung di dalam petikan dialog di atas dapat ditafsirkan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan watak lain yang digambarkan sebagai orang-orang kecil merupakan rakyat biasa yang mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Manakala tetamu yang dinyatakan merujuk kepada seseorang yang dapat memimpin suasana atau tempat yang mereka tinggal waktu itu dengan tidak dicemari masalah peribadi pemimpin tersebut.Hal ini kerana mereka atau rakyat biasa ingin hidup bermasyarakat, mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menjaganya negaranya atau tempat tinggal mereka. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa setiap rakyat mahukan pemimpin yang mempunyai kewibawaan kepimpinan yang dapat memimpin dengan baik. Selain daripada contoh di atas terdapat unsur perlambangan berkaitan bayi Si Jelita yang digunakan ada kaitan dengan dongeng Italo Calvino dan cerita rakyat Sarawak, si ibu yang melahirkan anak hanya sebelah bahagian sahaja. Gambaran episod ini bermaksud apabila sebuah parti politik berpecah kepada dua bahagian, justeru sebelah bahagiannya akan kelihatan cacat jika tidak disatukan. Ianya sama seperti hidup bermasyarakat, sekiranya terdapat pergaduhan atau perselisihan pendapat pasti akan berlaku perpecahan. Namun begitu, setiap perkara yang berlaku akan memperolehi jalan penyelesainya bak pepatah Melayu air dicincang tak akan putus .Buktinya dapat dijelaskan dalam petikan di bawah: DOKTOR: Sudah bertahun-tahun saya bekerja. Itulah kali pertama saya melihat bayi seperti itu. Saya kira, itu hanya terdapat dalam dongengan Italo Calvino. WANITA I: Mengapa sampai jauh, sampai kepada Italo Calvino, tuan. Di Sarawak ada cerita rakyat yang sama. Anak itu bukanlah pengeran, tetapi keturunan orang biasa, rakyat kecil. DOKTOR : Apa katamu? Rakyat kecil? (lalu termenung) WANITA I : Ya, tuan. Dan akhirnya, melalui perlawanan yang seru, tubuhtubuh mereka bercantum kembali. (Halaman:93) Selaras dengan prinsip pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis (Arbaie Sujud et.al, 2010:154) dapat disimpulkan bahawa pengarang menggunakan ilmu pengetahuannya dengan pengalaman peribadi penulisnya, beliau dapat memperlihatkan kemantapan hasil karyanya dengan memasukkan alegori Italo Calvino. 2.2 Stail Penggunaan diksi Baik drama radio, televisyen dan pentas mempunyai unsur-unsur dramatik bahasanya yang tersendiri, sesuai dengan asas pengkaryaan dan konsep pembinaan struktur setia ingin 5

memenuhi keperluan- keperluan pendramaanya (1995:134). Dengan ini pengarang mempunyai stail tersendiri dalam menguatkan bahasanya untuk dikongsi dengan masyarakatnya tentang pemikiran yang ingin disampaikan dengan menggunakan diksi yang sesuai. Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk menungkapkan idea (peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan (Kamus Dewan,2007:351). Melalui penggunaan diksi ini terdapat interpritasi tertentu yang dapat memperlihatkan kreativiti berbahasa pengarang yang dituntut untuk menjadikan bahasa yang digunakan kemas dan memberi kesan maksimum kepada pembaca atau penonton drama. Lantaran itu, pemilihan kata-kata atau diksi ini dapat memberi makna atau maksud sebenar sesuatu ayat digunakan mengikut konteks pertuturan yang sebenarnya (2010:226). Contohnya dalam drama Wayangan Mak Nang karya Wan Ahmad Ismail seperti dalam petikan di bawah: TENGKU ZUBEDAH ( memerhati sekeliling dan terus memanggil): Mak Nang! Mak Nang! Mak Nanggg!Cepat!Cepat Mak Nang, kita sudah lewat. (Suara semakin meninggi). Mak Nang! (Diam sejurus). Ke mana pula si tua nyanyuk ni pergi! Kita pula yang menunggu. Macam dia pula kepala di rumah besar ini. (Menjerit). Mak Nang!Mak Nang!! (MAK NANG masuk ke ruang tamu dengan bungkusan di tangan). ( Halaman: 50) Berdasarkan cara penyampaian diksi yang digunakan dalam dialog tersebut mampu menimbulkan kesan estetik kepada penonton atau pembaca drama tersebut. Hal ini demikian kerana ayat itu dapat menimbulkan emotif melalui kesan pengungkapan yang mantap oleh watak. Panggilan Tengku Zubedah kepada Mak Nang yang berterusan menggambarkan ketegasan ketua terhadap orang bawahannya sehingga menimbulkan konflik apabila panggilannya tidak di balas sehingga terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya seperti ke mana pula si tua nyannyuk ni pergi!. Tengku Zubedah turut membuat perbandingan dirinya dengan Mak Nang melalui kata-kata Macam dia pula kepala di rumah besar ini. Nilainya dapat disimpulkan bahawa orang yang mempunyai pengaruh atau seseorang yang berpangkat tidak boleh bertolenrasi dengan baik dengan orang bawahannya kerana bimbang kedudukan diri akan tergugat. 2.3 Dari sudut semantik Kepengarangan dramatis yang mampu memberikan pemahaman yang lebih kepada pembaca dapat memperjelaskan lagi kehebatannya dalam dunia seni kreatif. Epigram memperkuat stilisasi seorang dramatis. Kata-kata yang disusun begitu indah melemparkan semantik yang berkesan dan boleh menyucuk perasaan serta mampu mempertinggi nilai kreativiti pengarang (1982: 137). Semantik ialah cabang ilmu linguistik yang berkaitan makna atau erti. Mengikut Kamus Dewan pula semantik adalah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara khusus semantik mempunyai perkaitan saling berkait dengan stilistik, kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Makna sesuatu perkataan bergantung kepada masyarakat untuk mentafsirnya, selebihnya hanya pengarang sahaja yang mengetahui makna disebalik pemikiran yang cuba di ketenggahkan. Hal ini dapat dijelaskan melalui petikan drama Wayangan Mak Nang di bawah: MAK NANG (bercakap sendirian): Engku! Engku! Inikah isteri seorang pembesar istana yang berdarah bangsawan! (Ketawa sambil berkata-kata mengejek). Baringlah di situ Engku. Sekarang patiklah yang menguasai kerusi antik ini. Patik akan pergi meninggalkan rumah besar yang dipenuhi maksiat. Banyak darah telah tumpah engan sia-sia. Rumah besar ini bagaikan neraka yang dihiasi segala macam kemungkaran dan dendam kesumat. Engku, maafkan patik, patik terpaksa pergi sekarang. Di kampung halaman patik mungkin lebih aman, sejuk dan damai. (Halaman 57) 6

Daripada gabungan ayat-ayat yang dikemukakan itu menimbulkan persoalan masalah. Masalah demi masalah akan membentuk persoalan dan daripada persoalan itulah tersembunyinya pemikiran. Ayat Inikah isteri seorang pembesar istana yang berdarah bangsawan! boleh di tafsirkan kepada seorang perempuan atau wanita yang mempunyai suami, dengan makna lain pula isteri kepada seorang raja atau seseorang yang mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu juga ayat menguasai kerusi antik turut mempunyai makna lain disebalik kata-kata itu. Antik merujuk kepada sesuatu yang lama manakala kerusi pula suatu benda atau objek yang digunakan oleh manusia untuk duduk. Dengan kata lain pula Mak Nang cuba menyatakan bahawa dia akan mengambil alih kuasa dalam rumah tersebut. Dalam hal ini dapat ditegaskan dialog yang baik ialah apabila dari sudut semantiknya sesuai dengan persoalan dan pemikiran iaitu bahasanya kuat ,tepat dan jitu serta mengena dan yang lebih penting lagi ialah ketajaman dan kesaratan maknanya. WANITA II:Rakyat Kecil itu pasrah, berikanlah apa sahaja kepada mereka, kebahagiaan palsu atau derita yang abadi (halaman 96) Petikan drama diatas daripada drama Orang-Orang Kecil. Walaupun sebaris ayat sahaja tetapi mempunyai makna yang halus. Dialog tersebut mampu membawa penonton berfikir lebih jauh dari kotak fikir mereka untuk mendalami pemikiran dramatis. Rakyat Kecil dari sudut semantiknya dapat dimaknakan sebagai rakyat biasa, golongan hamba,dan mungkin juga masyarakat yang mempunyai bilangan jumlah yang kecil. Mereka ini dapat menerima apa sahaja yang diberikan tanggungjawab oleh ketua mereka walaupun tidak mengembirakan hati masing-masing. Dalam hal ini, terdapat nilai kesetiaan kepada pemimpin. 3.0 Kesimpulan Drama merupakan salah satu genre sastera Melayu moden yang masih berkembang sehingga ke era ini sejak kemunculannya sekitar 1930 an. Kehadiran genre ini merancakkan lagi dunia penulisan kreatif tanah air. Saban tahun muncul penulis-penulis baru untuk mengaktifkan perkembangan drama Melayu seterusnya dapat mempertahankan karya Kesusasteraan Melayu. Apabila berbicara tentang sastera, aspek keindahan bahasa tidak dapat dipisahkan lagi kerana penggunaan bahasa yang indahlah menjadi tarikan utama masyarakat terhadap sesebuah karya sastera. Bahasa merupakan wahana pengucapan yang bermakna. Drama sebagai karya tulisan kreatif imaginative menguji para pengarangnya dalam mengeksploitasi bahasa mengikut kemahiran seseorang penulis itu sendiri. Setiap pengarang mempunyai stail tersendiri. Pengarang Anwar Ridhwan dan Wan Ahmad Ismail mempunyai stail tersendiri dalam mengolah eksposisi serta penyusunan kalimat bahasanya dengan stail bahasa yang ditonjolkan oleh mereka. Antara gaya stilistik yang dapat dikesan dalam penulisan mereka ialah stail perlambangan atau simbol, penggunaan diksi dan juga semantik. Stail perlambangan atau simbol banyak digunakan oleh Anwar Ridhwan dalam drama Orang-Orang Kecil yang membawa pemikiran berkaitan aligori rakyat dengan pemimpin. Dari segi penggunaan diksi dan juga semantik kedua-dua pengarang mampu membantu pembaca memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks seperti dalam drama Wayangan Mak Nang. Keupayaan pengarang menentukan elemen bahasa sewaktu menterjemahkan pemikiran mereka dalam bentuk kreatif dapat menimbulkan pelbagai keadaan dan suasana yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada umum. Persoalan berkaitan konflik sudah menjadi kebiasaan dalam drama tetapi yang membezakan daya tarikannya adalah cara penyampaian keindahan bahasa. Justeru itu dapat dirumuskan bahawa stail pengarang dalam berbahasa amat penting untuk menimbulkan minat masyarakat agar mengikuti hasil karyanya mahupun mendalami bidang Kesusasteraan Melayu khususnya dalam genre drama Melayu. 4.0 Bibliografi 7

Anwar Ridhwan,2009. Kumpulan Drama Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbaie Sujud et. al, 2010. Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd. Farid M.Onn (ed), 1982. Stilistik simposium Kendahan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 1995. Drama Melayu Moden. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd Wan Ahmad Ismail, 2009. Drama Pilihan Abad 20 Jilid 2 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wong Soak Koon, 2010. Dewan Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Web: http://books.google.com.my/books ADAT ISTIADAT DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang dan kajian- kajian yang pernah dilakukan Histriografi Melayu merupakan sastera sejarah Melayu lama, dari segi bentuknya terbahagi kepada bentuk naratif dan bukan naratif. Maksud bukan naratif di sini menurut Hashim Awang dan rakan-rakan (1990: 43) ialah jenis sastera bertulis yang dasar penulisannya tidak terletak pada cerita ; ia lebih banyak berdasarkan fakta- fakta. Jenis- jenis utama sastera bertulis bukan naratif dalam kesusasteraan tradisional kita itu merangkumi sastera sejarah, sastera undangundang dan sastera agama. Antara ketiga- tiga jenis sastera bertulis ini sastera sejarah dianggap sebagai satu corak kesusasteraan Melayu lama yang memepunyai sifat- sifat tempatan dari segi isinya ( Zaharah Ibrahim, 1986;v). Sulalatus Salatin merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu sastera sejarah. Ia lebih dikenali dengan nama Sejarah Melayu. Persoalan asal usul Sulalatus Salatin ini sudah lama dipertikaikan oleh sarjana Barat yang mempunyai sebahagian naskah Sulalatus Salatin yang tersimpan di luar negara. Sejarah penulisan naskah ini dapat diperhalusi berdasarkan ayat- ayat atau perenggan-perenggan yang berkenaan dibawah ini untuk menghuraikan persoalan tersebut. pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Baesar- besarbersenda gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita pebaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya. (Sulalatu Salatin,2003 halaman xxi-xxii) Berdasarkan petikan diatas, terdapat hasrat mengenai penyusunan Sulalatus Salatin , ialah pada suatu majlis Orang Besar- besar yang disebut telah mendengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa. Niat untuk memperbaiki hikayat tersebut adalah untuk memberi manfaat kepada generasi berikutnya. Jika kita selidiki dengan lebih mendalam, bahawa Sulalatus Salatin dalam sejarah Melayu ini diminta oleh seorang raja Melayu kepada Bendaharanya iaitu Tun Muhammad atau nama timang- timangnya Tun Seri Lanang. Beliau berasa terkejut apabila diarahkan membuat tugas tersebut, bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawabnya memenuhi hasrat rajanya itu. Terdapat keterangan yang menyatakan diberitahu mengenai titah baginda sultan kepada beliau ( edisi Raffles MS. No.18 menyebut hari Ahad) sehingga ke saat dan ketikanya, titah Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Maayat Syah, disampaikan secara rasmi kepada Tun Seri Lanang. (T.H. 1021, 12 Rabiul Awal, yang disebutkan itu bersamaan dengan 13 Mei 1612). 8

Tun Seri Lanang menamakan naskhah tersebut Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Segala Raja- Raja, seperti yang didengarnya daripada datuk nenek dan bapanya iaitu supaya menyukakan rajanya itu. Apabila Tun Seri Lanang menyebut karyanya bertujuan untuk menyukakan rajanya, kita dapat menduga bahawa karya ini dihasilkan penuh teliti dan berhatihati sehingga mengikut penilaiannya sendiri naskah ini telah sempurna. Dengan terhasilnya karya tersebut jelaslah bahawa terdapat sebuah sahaja naskah sulung Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Seri Lanang. Namun demikian sejak dari terciptanya naskah sulung ini, terdapat sebilangan naskah itu disalin semula dan terdapat beberapa perbezaan sedikit sebanyak naskah asal dan juga naskah lain dari segi nama orang, tempat, perkataan, bahkan jalan ceritannya juga berbeza. Seterusnya naskah Sulalatus Salatin banyak mengalami tokok tambah serta dipinda oleh penyalin- penyalin yang berlagak pandai. Kesan daripada kelemahan- kelemahan penyalin tersebut, berlakulah kekeliruan dalam pengertian apabila sesebuah naskah itu diusaha untuk dijadikan edisi jika penyuntingnya sukar memahaminya. 1.2 Definisi genre dan ciri- ciri genre 1.2.1 Definisi sastera sejarah Kesusasteraan histriografi Melayu juga dikenali sebagai sastera sejarah. Dalam mendifinisikan sastera sejarah ini terdapat pelbagai definisi yang telah dikelurkan oleh para sarjana. Kepelbagaian definisi tersebut berlaku kerana karya ini dinilai mengikut pendangan sarjana yang berlainan mengikut disiplin pengkajin mereka seperti hal berkaitan sejarah, budaya, bahasa dan juga sastera. Sastera sejarah adalah hasil karya sastera yang mengambil bahan- bahannya dari peristiwa-peristiwa sejarah, baik sejarah mengenai sebuah negeri mahupun sejarah mengenai seseorang pahlawan atau raja (Abu Bakar Hamid, 1983: 131). Oleh itu, semua ada yang menjadi pusat cerita atau pengolahannya itu sesebuah negeri atau seseorang tokoh atau kedua-duanya sekali, ia tetap dianggap sebagai hasil sastera sejarah asal sahaja bahannya diambil dari fakta sejarah. Liaw Yock Fang (1993) seorang sarjana di bidang sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu terutama sastera tradisional menganggap histriografi Melayu mengandungi hal- hal tentang masyarakat. Oleh hal yang demikianlah beliau menganggap karya- karya yang tergolong dalam genre ini boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan bangsa. Bagi seorang sarjana dalam bidang sosiologi pula, iaitu Mohd Taib Osman (1965) menyatakan bahawa budaya Melayu menganggap karya- karya histriografi Melayu merupakan satu lukisan tentang kebudayaan Melayu. Kajian beliau tentang kesusasteraan Melayu tradisional terutama sastera sejarah mendapati bahawa banyak unsur- unsur budaya tercerna dalam karya tersebut seperti adat istiadat dan peraturan masyarakat dahulu. Sastera sejarah merupakan penulisan sejarah masyarakat Melayu yang bercorak seni. Ia mengisahkan keturunan jurai keturunan raja- raja pada sesebuah negara kota. Contohnya ialah karya Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin; ia menceritakan tentang jurai keturunan raja-raja Melaka. Selain Sejarah Melayu, banyak lagi karya sejarah lain yang terkenal, iaitu seperti Hikayat Acheh, Hikayat Merung Mahawangsa, Salasilah Melayu dan Bugis, dan Hikayat Raja- raja Pasai. Semua karya ini tidak dapat dianggap sebagai hasil penulisan sejarah sebenar kerana terdapat unsur- unsur khayalan atau dongeng dan puisi yang indah. Oleh kerana itulah, ia lebih sesuai disebut sebagai hasil sastera sejarah (Hashim Awang dan rakan- rakan, 1990:43). Selain daripada hasil karya berbentuk prosa, terdapat juga karya karya sastera sejarah berbentuk puisi. Bagaimanapun untuk jenis ini C. Hooykaas (1981) menyebutnya sebagai syair sejarah. Contohnya Syair Singapura Terbakar, Syair Perang Mekasar, Syair Perang Banjarmasin dan lainlain lagi. Berdasarkan contoh- contoh karya sastera sejarah tersebut tergambar bahawa dari segi tajuknya yang terdiri dari berbagai-bagai nama seperti Hikayat, Sejarah, Misa, Salasilah, atau Syair dan terdapat juga yang menggunakan kata- kata Arab seperti Sulalatus Salatin dan Tuhfat an-Nafis. Pengertian sejarah pada masa masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza dengan 9

masyarakat sekarang. Seperti yang kita ketahui hasil- hasil sastera sejarah itu biasanya mencampuradukkan antara bahagian mitos dan dongeng dengan bahagian yang berunsur sejarah. Pengertian sejarah sekarang yang banyak dipengaruhi oleh pandangan orientalis Barat seperti R.G Collingwood (1966) menggunakan ukuran persejarahan moden Barat, iaitu sesuatu hasil penulisan itu dianggap sejarah sekiranya bersifat saintifik, humanistic, rasional dan selfrevelatory. Objektif dalam ertikata yang tepat ialah terkandung didalamnya fakta- fakta yang konkrit dan sahih. Humanistik bermaksud berunsur kemanusiaan, rasional adalah waras dan diterima akal tentang ceritanya, manakala self-revelatory adalah ilham yang dikeluarkan oleh penulis sejarah itu sendiri. (Yusoff Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh, 1984:27). 1.2.2 Ciri- ciri sastera sejarah Sastera sejarah adalah sebuah hasil kesusasteraan yang amat menarik. Sekiranya kita dapat memahami ciri- ciri penulisannya, kita akan mempelolehi banyak bahan tentang masyarakat Melayu lama serta undang- undang dan adat istiadatnya. Ciri adalah sifat dan sifat dalam histriografi Melayu dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu isi, teknik penulisan dan fungsi genre ini dihasilkan. Berdasarkan ciri-ciri tertentu dalam sastera sejarah kita dapati dari aspek isinya, sastera sejarah lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat yang lebih mementingkan cerita- cerita mitos dan khayalan. Isinya selalu bercampur aduk antara kisah- kisah sejarah atau historis dengan kisah- kisah dongeng atau fantasi. Gambaran yang diceritakan itu dikemukakan secara berlebih- lebihan sehingga terasa luar biasa dan bersifat khayalan. Kisah- kisah benar atau historis biasanya terdiri daripada perisriwa peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah yang sebenarnya. Misalnya kisah raja- raja yang memerintah, cara hidup (budaya dan adat istiadat), kedatangan agama Islam, hubungan antarabangsa atau diplomatik antara dua buah negara dan juga detik- detik kejatuhan negara. Dalam Sejarah Melayu diceritakan raja- raja yang memerintah seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah, Sultan Mahmud Syah yang kesemuanya merupakan raja- raja yang memang terdapat dalam sejarah kesultanan Melaka. Begitu juga digambarkan hubungan antara Melaka dengan negara- negara luar yang lain seperti Siam, China, India dan Arab. Kisah- kisah dongeng atau fantasi yang digambarkan dalam sastera sejarah selalunya berkaitan dengan mitos atau asal usul keturunan raja atau tempat, lagenda kepahlawanan sesebuah negeri, unsur- unsur keajaiban dan sebagainya. Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin misalnya ada menceritakan tentang keturunan raja-raja yang berasal dari raja besar Makaduniah iaitu Iskandar Zulkarnain. Unsur- unsur keajaiban seperti kebolehan Raja Suran mengembara ke dasar laut. Selain daripada itu, dari aspek tekniknya sastera sejarah biasanya tidak mementingkan kronologi atau urutan peristiwa. Tiada tarikh dalam pemaparan kisah-kisahnya, kalau ada sekalipun tarikh dalam karya-karya tertentu, ia tidak tepat dengan peristiwa yang sebenarnya. Contohnya dalam Tuhfat an- Nafis, walaupun terdapat tarikh yang dimasukkan, tetapi tarikh ini tidak tepat. Selanjutnya, ciri- ciri yang terdapat dalam sastera sejarah ialah dari segi fungsinya atau tujuannya dikarang oleh penulis. Sastera sejarah biasanya dicipta atau dihasilkan di istana dengan kehendak atau perintah raja. Sejarah Melayu misalnya dihasilkan atas perintah Sultan Alau ddin Riayat Syah II kepada Bendahara Tun Muhamad atau Tun Seri Lanang. Buktinya sebagaimana titah baginda: Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja- raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucukita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya. Sastera sejarah juga dicipta dengan motif untuk mengagung-agungkan kedudukan dan 10

keturunan raja- raja yang memerintah. Oleh itu, gambaran perlukisannya dibesar-besarkan dan penuh dongeng. Misalnya keturunan raja- raja Melaka dalam Sejarah Melayu dihubungkan dengan tokoh besar dalam sejarah. Cara pengislaman Raja Kecil Besar yang disertai dengan peristiwa baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dapat menunjukkan kebesaran dan kedudukan baginda sebagai pemerintah yang berwibawa dan disanjung tinggi. Sastera sejarah turut mengandungi unsur- unsur nasihat dan pengajaran yang disampaikan secara halus dalam bentuk kiasan atau secara tidak langsung. Dalam Sejarah Melayu contohnya, pengarang hendak mengkritik sikap golongan atasan yang mementingkan diri sendiri melalui cerita dongeng seperti peminangan Puteri Gunung Ledang, Singapura dilanggar todak dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri- ciri sastera sejarah ini kita dapat memahami nilaian dan pandangan masyarakat Melayu lama terhadap sejarah itu sendiri. Ini kerana sastera sejarah dapat memberikan gambaran terpenting tentang pengkajian sejarah di negara-negara yang diceritakan dan seharusnya penting dalam memberikan gambaran sejarah alam Melayu. 1.3 Definisi tajuk dan Batasan Kajian 1.3.1 Definisi adat istiadat Dalam kajian terhadap karya Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sebagai karya histriografi bangsa Melayu yang terulung ini, kita dapat melihat corak dan tumpuan penulisannaya berbentuk istana- centric dan merupakan dasar untuk menegakkan konsep taat setia rakyat kepada raja dan negaranya sesuai dengan zaman masyarakat Melayu di Melaka pada abad ke 15. Dari segi konteks etiquette menurut J.C Bottoms umumnya merupakan penekanan terhadap budaya yang bertumpu pada adat istiadat dan pola- pola normatif yang menjadi dasar hidup masyarakat. Adat adalah satu perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Namun demikian dalam konteks masyarakat Melayu perkataan adat membawa pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga sukar diberikan pengertian yang lebih konkrit. M.B.Hooker yang banyak mengkaji adat atau undang- undang masyarakat Melayu tradisional mengakui bahawa istilah adat mempunyai makna dalam masyarakat Melayu , antaranya adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang- undang. H.M . Sidin pula berpendapat bahawa adat bermaksud satu kebiasaan daripada satu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai satu peraturan hidup yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Abdullah Siddik menyatakan bahawa adat tidak dapat dipisahkan daripada tatasusila yang membataskan perlakuan baik buruk anggota masyarakat, dan adat adalah meliputi hukum yang terdiri daripada norma-norma. Berdasarkan kenyataan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan segala peraturan serta hukuman yang mewujudkan di dalam satu- satu sistem masyarakat yang bertujuan untuk membendung perlakuan- perlakuan dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan anggota masyarakatnya. Pengertian istiadat pula ada kaitannya dengan adat, iaitu istiadat meliputi aturan negeri dan peraturan dalam sesuatu upacara. Apabila kita menyebut adat istiadat , ia membawa dua maksud iaitu berbagai adat dan upacara termasuk peraturan perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang- undang, istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu. Adat istiadat merupakan kata majmuk kepada perkataan adat. Sedangkan adat istiadat ini dapat didefinisikan sebagai sesuatu perlakuan anggota masyarakat di dalam satu kelompok, wilayah atau negeri. Ia lebih merupakan kebiasaan yang digemari dan diiktiraf oleh masyarakat. Bagi Abdullah Siddik pula mendefinisikan adat istiadat sebagai adat dalam pengertian upacara sahaja; iaitu tatatertib yang berlaku pada zaman raja- raja seperti upacaraupacara penobatan, penerimaan perkahwinan dan pemakaman raja- raja. 1.3.2 Batasan Kajian 11

Justeru itu, kertas kerja ini akan menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan adat dan istiadat yang terkandung dalam teks Sulalatus Salatin yang telah diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Antara aspek- aspek yang berkaitan adat ialah adat yang melibatkan hukuman iaitu merangkumi undang- undang dan larangan diraja. Manakala adat yang tidak melibatkan hukuman pula mengandungi aturan negeri dan istiadat (upacara). 2.0 Analisis kajian Dalam pengkajian ini pengkaji akan membahagikan kajian adat istiadat kepada adat yang melibatkan hukuman dan adat yang tidak melibatkan hukuman sebagaimana yang telah dinyatakan dalam batasan kajian diatas tadi. 2.1 Adat yang melibatkan hukuman 2.1.1 Undang- undang Konsep undang- undang yang terdapat dalam konteks ini tidak boleh disamakan dengan istilah undang- undang moden kerana undang- undang Melayu tradisional dibentuk berteraskan adat. Justeru itu undangundang tersebut lebih tepat dipanggil undang-undang adat. Berdasarkan Sulalatus Salatin (berikutnya disebut sebagai Sejarah Melayu), boleh dikatakan asas undang- undang itu terbentuk semasa berlangsungnya persetiaan antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana di Palembang. Ia meletakkan raja sebagai sesuatu yang agung dan wajib dihormati oleh rakyat. Manakala golongan rakyat pula tidak boleh dizalimi oleh raja. Untuk menjamin status dan kedudukan raja, lahirlah konsep daulat dan derhaka yang sekaligus memberi kuasa kepada raja membuat undang- undang. Hukuman yang paling berat yang dijatuhkan ialah bunuh. Ia boleh dijatuhkan ke atas orang yang menderhaka, membuat fitnah, mencerca atau biadab dan mengambil isteri orang. Berdasarkan hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang yang menderhaka di dalam Sejarah Melayu, penderhakaan bolehlah dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Contohnya berdasarkan petikan dibawah: jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik- patik yang lain janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, pati pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji- keji, jikalau patut pada hokum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi. ( Halaman: 25) Berdasarkan petikan diatas , perjanjian yang dimeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba ( Seri Teri Buana) bahawa pihak raja diberi kuasa untuk membunuh rakyat yang berdosa, tetapi mereka tidak boleh diaib dan dihina oleh raja. Berdasarkan pengertian dan ketetapan itu, rakyat hendaklah patuh dan taat kepada raja dalam semua hal. Seterusnya rakyat juga dilarang menggunakan hak raja tanpa izin, seperti isteri dan gundik baginda. Undang-undang yang membawa hukuman mati ke atas penderhaka buat pertama kalinya dijatuhkan kepada Tun Jana Khatib, seorang ahli ilmu khayallilah dari Pasai yang pergi ke Singapura. Beliau disifatkan sebagai penderhaka oleh Paduka Seri Maharaja kerana disyaki cuba menawan hati isteri baginda dengan menunjukkan kebijaksanaannya membelah pohon pinang melalui tilikan mata. Kemarahan baginda tergambar dalam katakatanya : titah baginda, Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. (Halaman: 67) 12

Undang- undang yang dibuat oleh sultan Melaka tidak terbatas kepada negerinya sahaja, ia juga melewati negeri atau jajahan takluk Melaka. Justeru itu setiap raja dibawah naungan Melaka tidak boleh berbuat sesuatu tanpa pengetahuan raja Melaka. Diantaranya mereka tidak boleh membunuh tanpa izin baginda. Pelaksanaan undang- undang tersebut tergambar pada kes yang berlaku di Siak, Sultan Ibrahim memerintahkan Tuan Jana Pakibul membunuh seorang rakyatnya yang bersalah. Akibatnya Tun Jana Pakibul dimarahi oleh Laksmana Hang Tuah yang dihantar oleh raja Melaka ke sana, sebagaimana petikan dibawah: katanya, Tiada berbudi tuan hamba, sungguhlah tuan hamba orang hutan, maka tiada tahu akan istiadat dan cara bahasa. Benarkah membunuh orang tiada memberitahu ke Melaka? Hendak maharajalelakah tuan hambandi Siak ini? (Halaman: 184) Menjalankan hukuman bunuh tanpa pengetahuan raja (pemerintah) adalah menjadi kesalahan kerana tindakan itu membawa konotasi. Ia boleh dicap sebagai menderhaka atau mahu bermaharajalela. Namun demikian undang- undang itu ada kelonggarannya kepada pembesar tertentu berdasarkan masa dan tempat yang ditetapkan sebagaimana tercatat dalam Fasal 9.1, Undang- undang Melaka iaitu pertama Bendahara sewaktu ketiadaan raja dan di dalam anak sungainya sendiri. Kedua Temenggung pada masa menangkap orang. Ketiga Syahbandar tatkala di kuala, barang siapa yang tidak menurut katanya sewaktu membawa perahu dan kapal boleh dibunuh. Keempat Nakhoda tatkala di laut kerana ia adalah raja ketika itu. Selain daripada itu juga, undang-undang adat yang melibatkan hukuman ini adalah mengambil atau bersekedudukan dengan isteri orang. Sesiapa yang melanggarnya boleh dihukum bunuh oleh suami perempuan itu tanpa mengira ia seorang pembesar atau sultan. Dalam Sejarah Melayu hal ini jelas berlaku episod Sultan Mahmud Syah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid. Jika Tun Biajid tidak berpegang kepada konsep pantanag Melayu menderhaka sudah tentu Sultan Mahmud Syah ditikam dengan lembing yang ditimangnya. Namun begitu, tindakannya menimbulkan kemarahan pengawal- pengawal baginda. Mereka cuba bertindak balas untuk membunuh Tun Biajid, tetapi mereka dilarang oleh sultan kerana baginda sedar bahawa perbuatan Tun Biajid itu memang benar di sisi undang-undang, malah baginda sendiri mengaku bersalah dalam hal tersebut. 2.1.2 Larangan Diraja

Raja mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Dalam pelbagai perkara, seseorang raja amat berbeza daripada golongan rakyat, baik dari segi pertuturan, pakaian atau peralatan dan sebagainya. Untuk memastikan perbezaan itu berlanjutan dan kedudukan raja tidak tercemar maka undang- undang Larangan Diraja dikuatkuasakan ke atas rakyat. Menyentuh tentang larangan itu, sukar untuk dibezakan dengan undang- undang kerana kedu-duanya mempunyai hukum tertentu ke atas pelanggarannya. Walaubagaimanapun larangan lebih ditekankan kepada soal-soal perhiasan, pakaian dan peralatan raja. Perlaksanaanya tidaklah seketat undang- undang. Dalam Sejarah Melayu, larangan diraja buat pertama kalinya dimulakan oleh Sultan Muhammad Syah selepas baginda memeluk Islam. Peraturan- peraturan yang ditetapkan lebih kepada larangan larangan kepada yang harus dipatuhi oleh golongan rakyat bukan istana dalam kehidupan sehari- harian. Larangan tersebut termasuklah larangan kekuningan. Raja membuat ketetapan dan peraturan bahawa semua benda yang bewarna kuning menjadi hak raja dan rakyat biasa dilarang menggunakannya dan memakai semua benda- benda yang bewarna kuning. Contohnya seperti petikan dibawah: kekuningan larangan; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan ; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkusan barang apaapa, dan akan karangan- karangan benda; dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah: dan lain daripada itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju, dan destar, tiga perkara itu jua yang 13

dapatdipakai. (Halaman: 74) Dalam peraturan membuat rumah, rakyat biasa juga dilarang membuat rumah yang mempunyai anjung serta serambi bertiang gantung atau bertiang terus dari tanah hingga ke atap, ia juga tidak boleh mempunyai ruang atau lubang tempat angin keluar masuk. Bukti pernyataan tersebut boleh dilihat sebagaimana dalam teks Sejarah Melayu pada halaman 74. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-besar orang keluran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh. (Halaman:74) Berdasarkan petikan diatas, peraturan juga dikenakan dalam membuat perahu. Rakyat biasa dilarang membuat perahu yang bertingkap yang menghala ke hadapan dan dalam perahu itu tidak boleh ada tempat yang menyerupai tempat duduk sewaktu menghadap raja. Dalam menggunakan keris pula, rakyat biasa dilarang menggunakan keris yang mempunyai sarung yang diperbuat daripada emas atau perak atau hulunya adalah dilarang orang keluaran memakainya. Mereka juga dilarang menyelitkan keris di belakang apabila masuk ke istana untuk menghadap raja. Mereka juga dilaramg menggunakan teterapan keris iaitu keris yang mempunyai tempat kosong ditengah- tengahnya. Kononya keris tersebut lebih bisa daripada keris biasa. Larangan memakai perhiasan emas juga jelas dinyatakan dalam petikan tersebut. Masyarakat biasa tidak boleh memakai gelang kaki emas dan keroncong (gelang kaki berloceng) emas berkepala perak, kerana segala orang yang beremas bagaimana kaya sekalipun, jika tidak dianugerahi raja tidak boleh dipakai. Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada kain berpancung, dan berkeris dihadapan, dan bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; dan apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirampas oleh penunggu pintu. (Halaman: 75) Dinyatakan juga bahawa jika rakyat biasa hendak mengadap raja, mereka hendaklah memakai kain berpancung, kain dikalungkan ke leher, menutup bahu serta keris disisipkan dihadapan. Jika mereka melanggar peraturan tersebut, umpamanya si penghadap memakai keris di belakang, keris mereka akan dirampas dan mereka tidak dibenarkan masuk menghadap raja. Bermula payung putih itu tampak dari jauh, sebab itulah maka payumg putih lebih daripada kuning; dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja payung kuning. (Halaman: 75) Dari segi penggunaan payung seperti dalam petikan diatas, jelas didapati bahawa payung berwarna putih yang mudah kelihatan dari jauh dikhaskan untuk raja, manakala paying berwarna kuning untuk anak raja. Payung kedua- dua warna itu tidak boleh digunakan oleh masyarakat biasa dan pembesar negeri. Pengekalan larangan- larangan yang dinyatakan diatas dapat mengekalkan status dan kedudukan seseorang raja. Hal ini demikian kerana setiap pelanggarnya terpaksa berdepan dengan hukuman denda pati yakni sekati lima. 2.2 2.2.1 Adat yang tidak melibatkan hukuman Aturan Negeri

Adat yang melibatkan aturan negeri ini dapat memperlihatkan pengekalan polity Melayu itu disebabkan ketaatan rakyat kepada undang undang dan larangan yang disebutkan sebelum 14

ini. Dengan adanya peraturan tersebut dapat melicinkan pentadbiran seseorang raja. Keberkesanan itu lebih baik apabila adanya peraturan negeri, khususnya melibatkan istana yang mementingkan protokol. Susunan tempat duduk semasa menjunjung duli merupakan salah satu aturan negeri kerana terdapat peraturan yang khusus mengenainya. Tempat duduk para pembesar serta pegawai istana yang lain disusun secara bertingkattingkat. Tingkat yang paling atas selepas raja dan paling hampir dengan baginda diduduki oleh Bendahara. Penghulu Bendahari menduduki tempat di bawah Bendahara, dan tempat seterusnya diduduki oleh hulubalang besar; sesudah itu barulah terdapat tempat para menteri, Orang Kaya- Kaya, segala ceteria, sida- sida, bentara dan hulubalang mengikut martabat masing- masing. Peraturan ini dikekalkan dan hal itu digambarkan dengan lebih terperinci lagi seperti berikut: Adapun apabila raja dihadap orang dibalairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar- Besar, segala sida- sida duduk di seri balai; maka segala anak raja- raja... (Halaman: 75) Dalam mengerjakan ibadah juga terdapat peraturan- peraturan tertentu termasuklah peraturan raja berangkat ke masjid untuk sembahyang terawih pada malam tujuh likur, mengarak sejadah dan sembahyang hari raya. Jika sembahyang terawih pada malam tujuh likur, aturannya pada petang itu sejadah, alat kebesaran kerajaan dan puan raja diarak dengan gajah ke masjid. Aturan keberangkatan baginda pada malamnya sama dengan peraturan semasa hari raya. Adat raja- raja Melayu pergi ke masjid bertegkolok berbaju sarung dan pakaian ini juda dilarang kepada orang memakainya semasa kahwin. Peraturan- peraturan ini dapat digambarkan dalam petikan dibawah: Syahadan jika malam dua puluh tujuh, tatkala siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggung mengepalakan gajah puan dan segala alat kerajaan dan gendang , semuanya diarak dahulu ke masjid. Setelah malam maka raja berangkat seperti adat hari sembahyang terawihadat raja- raja Melayu berangkat ke masjid bertengkolok berbaju sarung (Halaman: 79) Adat atau upacara menyambut utusan dari luar negeri turut diceritakan dengan terperinci dalam Sejarah Melayu. . Utusan akan disambut secara besar- besaran dengan kenderaan bergajah atau berkuda dan diiringi alat- alat muzik membayangkan betapa meriahnya upacara tersebut. Upacara ini dapat memaparkan ketinggian kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu tradisional, ia juga dapat mencerminkan dengan jelas akan sikap dan semangat masyarakat Melayu yang sedar akan darjat tinggi- rendah, kecil-besar, berpangkat atau tidak berpangkat di kalangan anggota masyarakat. Biasanya utusan yang datang ke Melaka atau dihantar oleh Melaka ke negeri lain adalah untuk menyampaikan berita. Sekiranya raja Melaka hendak mengutus surat, biasanya akan ditulis oleh Bendahara. Setelah selesai surat itu akan diletakkan di atas ceper dan tetampan seterusnya diserahkan kepada ketua utusan untuk dibawa keluar. Di sini terdapat peraturan membawa surat tersebut hingga ke perahu. Peraturan ini sama seperti menerima utusan dari luar, jika surat yang diterima dari negeri yang besar seperti Pasai dan Haru, ia disambut dengan kelengkapan alat kerajaan kecuali medali. Kemeriahan sambutan utusan tersebut dapat digambarkan sebagaimana petikan dibawah: Jika surat dari Pasai atau Haru, dijemput dengan selengkapnya alat kerajaan, gendang serunai dan menteri mengepalakan gajah kerana raja dua buah negeri itu sama besarnya dengan raja Melaka, dan jika utusan dari negeri lain dikurangkan hormatnya sekadar gendang serunai sahaja ( Halaman: 76) Selain itu, terdapat juga aturan negeri berkaitan dengan pengurniaan anugerah atau gelaran. Upacara dan adat pengurniaan anugerah ini turut diterangkan dengan jelas dalam Sejarah Melayu. Hal ini diterangkan bermula dengan istiadat menjemput mereka yang akan menerima gelaran hingga kepada istiadat penyampaian gelaran dan persalinan. Dalam pada itu 15

diterangkan juga tentang syarat- syarat berpayung dan cara- cara menerima gelaran sri ia akan dijemput oleh orang besar- besar dan jika ia akan menerima gelaran tuan ia akan dijemput oleh pembesar yang lebih rendah darjat atau jawatannya. Begitu juga dengan kenderaan yang akan menjemput mereka dan hadiah- hadiah persalinan berbeza mengikut gelaran yang akan diterima. Buktinya dipetik daripada teks Sejarah Melayu seperti berikut: Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang dibalairung, orang beradat.. jika Perserian , Orang Besar- besar menjemput dia; jika Persangan , orang kecil menjemput dia; jika Pertuanan orang sedang menjemput dia; dan jika orang itu patut berkuda, dibawakan kuda; dan dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan paying dan gendang serunai (Halaman: 7) 2.2.2 Istiadat (upacara)

Istiadat meliputi pelbagai bentuk upacara yang dijalankan oleh sesuatu kelompok manusia. Namun begitu, disini dibataskan kepada beberapa istiadat yang dilaksanakan oleh golongan raja dalam masyarakat Melayu tradisional seperti yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Istiadat istiadat tersebut temasuklah istiadat perkahwinan, bertindik atau berkhatan dan lain- lain. Perlaksanaan istiadat perkahwinan biasanya melibatkan upacara peminangan, akad nikah, persandingan, dan sebagainya. Istiadat perkahwinan dalam Sejarah Melayu hampir sama dengan perlaksanaan perkahwinan Sultan Ahmad dalam Adat Raja- raja Melayu. Dalam sejarah Melayu istiadat perkahwinan raja- raja bermula dengan perkahwinan Seri Teri Buana berkahwin dengan Wan Sendari anak Demang Lebar Daun di Palembang. Memang diakui dalam istiadat itu beberapa upacara penting tidak dijelaskan seperti peminangan dan pernikahan ( akad nikah). Ia sekadar menyebut Seri Teri Buana menyuruh orang-orangnya pergi meminang dan mereka dikahwinkan. Upacara itu dilangsungkan tidak secara Islam kerana mereka masih beragama Hindu- Budha. Malah emas kahwinnya berbentuk persetiaan. Demang Lebar Daun sanggup menyerahkan anaknya jika Seri Teri Buana berjanji tidak akan menghina anak cucunya. Walaupun upacara meminang dan akad nikah tidak disebut tetapi upacara permandian serta berjaga- jaga dinyatakan dengan jelas: Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Demang Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa adat raja yang besar- besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesailah daripada itu maka Seri Teri Buana pun kararlah kerajaan di dalam negeri Palembang, amat berkasih- kasihan dua laki isteri; menjadi makmurlah negeri Palembang Darul Salam selama baginda naik kerajaan itu. ( Halaman: 27) Dalam adat istiadat Melayu turut mempunyai istiadat menyambut kelahiran bayi. Sejarah Melayu memperlihatkan perlaksanaan istiadat ini ketika Tun Fatimah, permaisuri Sultan Mahmud Syah, Melaka , melahirkan anak lelakinya di Kopak. Sebaik sahaja putera itu dilahirkan, Sultan memerintahkan orang memalu gong dan gendang serta memasang bedil sebagai tanda kesukaan. Bayi itu dimandikan dan seterusnya diazankan oleh kadi. Tujuh hari kemudian istiadat bercukur dilaksanakan. Tugas mencukur rambut putera raja itu diserahkan kepada Bendahara Paduka Raja ( Tun Khoja Ahmad) dan Temenggung Seri Urdani ditugaskan mengarak air mandi. Selepas bercukur, putera raja itu terus diberi nama iaitu Raja Ali, timangtimangannya Raja Kecil Besar. Setelah berusia 40 hari Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti raja bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah II. Pada hari itu juga diadakan istiadat permandian Tun Fatimah bagi menandakan beliau lepas edah atau lepas pantang. Peristiwa istiadat ini dapat digambarkan dalam petikan berikut: setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranaklah lelaki. Maka Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita melihat anakanda baginda lelaki, lalu baginda menyuruh memalu gendang kesukaan anak raja itu pun dimandikandisuruh baginda bangkan pada kadi setelah tujuh hari luar maka Temenggung pun menggarak air mandi. Dan pisau pencukur anak raja itu, pisau tembaga suasa, berhulu emas permata; maka anak raja itu pun dicukur oleh Bendahara telah bercukur , maka anak raja itu dinamai Raja Ali, timang- timangannya Raja Kecil Besar setelah 16

datang ke dalam, maka anak raja dan jara perempuan pun dimandikan oranglah (Halaman: 273-274) Istiadat seterusnya ialah bertindik dan juga berkhatan. Istiadat bertindik adalah satu upacara melubangka kedua- dua belah cuping telinga kanak- kanak perempuan. Tidak ada ketetapan umur bagi kanak- kanak untuk ditindik tetapi biasanya ia tidak lebih dari sepuluh tahun. Begitu juga dengan had umur bagi seseorang kanak- kanak lelaki untuk berkhatan. Biasamya umur kanak kanak itu tidak melebihi 15 tahun. Dalam Sejarah Melayu istiadat ini dilakukan kepada Raja Ahmad, cucu kepada Sultan Mansur Syah Pahang dan menindikkan kedua orang puteri baginda iaitu Raja Puspa dan Raja Kesuma Dewi. Pelaksanaan istiadat- istiadat itu tidak dinyatakan dengan jelas dan hanya diceritakan seperti berikut: Hatta berapa lamanya, maka Raja Ahmad pun besarlah, bolehlah baginda dicucikan. Maka Sultan Pahang pun berlengkaplah akan mengerjakan anakanda baginda. Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi bertindik, serta menyunatkan Raja Ahmad. Baginda berjaga-jaga tujuh hari tujuh malam, dengan segala bunyi- bunyian Setelah dating kepada ketika yang baik, maka anakanda baginda kedua pun ditindik oranglah, dan Raja Ahmad pun disunatkanlah. (Halaman:285)

3.0 Kesimpulan Hasil keseluruhan kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa selaras dengan definisi adat istiadat, secara idealnya, adat istiadat yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini bertujuan untuk mengelakkan perlakuanperlakuan sambil memupuk nilai- nilai kemanusiaan anggota masyarakatnya kerana ia lebih kepada kebiasaan yang diiktiraf dalam masyarakat. Walaupun undang- undang yang ditetapkan ini lebih memihak kepada raja atau golongan pemerintah tetapi ia juga dapat mencerminkan masyarakat Melayu tradisional adalah masyarakat yang mentaati golongan pemerintah. Masyarakat biasa sentiasa mengekori dan patuh kepada segala peraturan yang telah ditentukan kepada mereka dan sekiranya mereka melanggar larangan- larangan serta peraturanperaturan itu, pesalah akan dikenakan denda pati, sekati lima. Adat yang melibatkan hukuman mahupun yang tidak melibatkan hukuman jelas memaparkan masyarakat terutamanya golongan atasan yang terlalu mementingkan kedudukan dan status. Namun demikian larangan itu dibuat juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya penyerupaan / persamaan golongan rakyat dengan keluarga diraja. Contohnya rakyat dilarang membina rumah dan perahu dengan bentuk yang digunakan oleh raja. Rakyat juga dilarang menggunakan paying bewarna kuning atau putih kerana payung berwarna putih untuk raja manakala payung berwarna kuning untuk anak raja dan pelbagai larangan dan peraturan lain lagi. J Justeru itu, daripada apa yang telah diperkatakan sebelum ini jelaslah bahawa adat istiadat yang terdapat dalam Sejarah Melayu ini mempunyai kesan yang baik kepada masyarakat. Hal ini kerana penetapan peraturan- peraturan dan larangan- larangan dapat dikatakan telah menjadi satu kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakatnya hingga kemudiannya menjadi suatu bentuk undang- undang Melayu lama. 4.0 Bibliografi Abdullah Siddik. Pengantar Undang- undang Adat di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 1975 Ahmad Mahmood Musanif. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah Melayu. Kajang. Masa Enterprise, 1992. 17

A.Samad Ahmad. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. Haron Daud. Sejarah Melayu: Satu Kajian dari Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989. GAYA BAHASA DALAM HIKAYAT MUHAMAD HANAFIAH 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar belakang tajuk dan kajian yang pernah dilakukan Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang ilmu yang luas dan mempunyai pelbagai corak penulisan yang membawa banyak maklumat dan pemikiran. Pengkajian dalam bidang ini tidak boleh dihadkan kepada kumpulan yang kecil kerana ia mengandungi pelbagai corak dan pembahagian tertentu yang membuatkan penyelidik atau pengkaji perlu menyelidiki sepuas-puasnya. Hal ini demikian kerana bidang kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai kelainan, keunikan tersendiri mengenai khazanah warisan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu yang boleh dijadikan panduan, rujukan, dan bahan kajian. Kajian terhadap hasil kesusasteraan Melayu klasik tidak lengkap tanpa menyentuh Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Hikayat ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988, hasil terjemahan Junaidah Salleh, Mokhtar Ahmad dan Nor Azmah Shehidan daripada naskhah yang diselenggarakan oleh L. F. Brakel tahun 1975. Buku Hikayat Muhammad Hanafiyyah ini diterjemahkan daripada naskhah Inggeris The Hikayat Muhammad Hanafiyyah karangan L. F. Brakel terbitan Koninklijk Instituut voor Taal-, Land en Volkenkunde, Leiden tahun 1975. Bahagian bab Ulasan Teks, Lampiran 5 dan 6 yang terdapat dalam buku tersebut diterjemahkan daripada buku The Story of Muhammad Hanafiyyah juga karangan Brakel sendiri dianggap sebagai Jilid 2 The Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Kajian yang ilmiah dan intensif terhadap Hikayat Muhammad Hanafiyyah oleh L. F. Brakel ini penelitiannya mendapat perhatian banyak sarjana kesusasteraan Melayu Klasik. L.F. Brakel menghasilkan Hikayat Muhammad Hanafiyyah tujuannya adalah salah satu daripada projek beliau berkaitan tesis Ph. D. Beliau dapat menyiapkan sebahagian besar daripada edisi tersebut hampir tiga puluh tahun selepas ibu bapanya meninggal dunia sebagai mangsa perkauman. Untuk mendapatkan maklumat kajiannya, Brakel telah mengunjungi beberapa buah negara seperti Belanda, Australia, Amerika, Indonesia dan beberapa negara lain untuk tujuan tersebut. Hikayat Muhammad Hanafiyyah dibahagikan kepada dua bahagian teks mengikut kajian L.F.Brakel. Bahagian pertama mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad serta Hasan dan Husain semasa kecil. Jibrail telah mengunjungi keluarga Nabi Muhammad dan mengayun buaian Hasan dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan Jibrail turut meramalkan masa depan mereka melalui pakaian. Kisah mengenai pergolakkan dan pemerintahan sahabatsahabat nabi sebagai khalifah juga diceritakan. Hasan meninggal dunia kerana diracuni isterinya yang diupah oleh orang Yazid dan Husain pula wafat kepalanya dipenggal oleh orang suruhan Yazid. Bahagian kedua menceritakan Muhammad Hanafiyyah menerima surat tentang kematian Hasan dan Husain. Selepas itu beliau bersiap sedia bersama tenteranya untuk menyerang pihak Yazid bagi menuntut bela diatas kematian saudaranya. Peperangan demi peperangan tercetus sehingga pihak Muhammad Hanafiyyah berjaya. Namun demikian, diceritakan juga bahawa Muhammad Hanafiyyah terperagkap di dalam gua diakhir cerita. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan 18

kisah peperangan. Hal ini telah disebut oleh Sultan Ahmad dalam Sulalatus-Salatin karya Tun Seri Lanang ; baiklah Tun Indera Segala pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiyyah ; sembahkan mudah-mudahan dapat patik- patik itu mengambil faedah dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini bertemakan bertemakan perjuangan menuntut bela kematian akibat dendam.oleh sebab itu, peperangan demi peperangan dilukiskan dengan cara yang terperinci dalam hikayat ini. Peperangan itu melibatkan tokoh-tokoh utamanya. 1.2 Definisi genre dan ciri-ciri Dalam mendifinisikan istilah epik ini terdapat beberapa maksud yang telah diberi oleh beberapa tokoh ahli sarjana. Istilah epic atau epos berasal daripada bahasa Yunani mulamulanya bermakna kata, kemudian digunakan juga untuk maksud ungkapan kata atau perumpamaan (iaitu ucapan kata pernyataan yang terdiri daripada rangkaian kata) , dan seterusnya mengandungi makna baris puisi, cerita, dan nyayian. Menurut Aristotle, pada abad keempat Sebelum Masihi mendefinisikan puisi epik sebagai suatu ciptaan yang ditentukan sifatnya oleh satu tema yang anggun , kesatuan tema yang organik dan perkembangan aksi yang tersusun. Kamus Webster pula menyatakan bahawa sebuak epik selalu mempunyai suatu watak utama dan gagasan serta kejayaanyalah yang berperanan sebagai benang penghubung dalam pengisahannya. Selain daripada itu juga, definisi epik dalam sastera Melayu ini juga boleh kita rujuk kepada karya yang terdapat dalam perbendaharaan kesusasteraan kita. Epik tulen dalam sastera Barat tertulis dalam bentuk puisi dan satu lagi kriteria untuk epik ialah epik itu mestilah tericpta dalam bentuk yang panjang the poem must have a certain length- dan - the tale must have a fair length (Drewes, 1972:2 ). Secara kebetulan tidak ada epik dalam bahasa Melayu tertulis dalam bentuk puisi, dan dengan itu, dalam definisi kita, terus tidak disentuh kemungkinan sesebuah epik dikarang dalam bentuk puisi. Hal ini berlaku kerana kita membina tembok dikeliling diri kita sendiri yang menghalang kita memandang ke luar, walaupun dalam lingkungan Alam Melayu. Sastera epik juga dikenali sebagai sastera pahlawan yang mengisahkan tentang seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Kisah yang diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa kerana tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi kebanggaan bagi bangsa itu. Keistimewaan tokoh dari segi kapahlawanan telah dicampuradukkan dengan unsur-unsur mitos, legenda , cerita rakyat dan sejarah bagi memperlihatkan kepahlawanan wira tersebut. Wira juga turut digambarkan mempunyai kuasa magis dan supernatural yang sangat kuat. Namun begitu sifat kepahlawanan wira tidak bergantung kepada unsure kesaktian tersebut tetapi dilihat dari segi kehebatan dalam peperangan dengan pertempuran dengan musuh-musuh. Sastera epik mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan khalayak mengenal sesuatu karya epik itu. Dari segi bentuk karya epik merupakan puisi naratif yang panjang. Walaupun begitu karya epik Melayu ditulis dalam bentuk prosa yang panjang iatu lebih daripada 500 halaman dan mempunyai ramai watak seperti watak penjarah, watak pembantu wira dan lainlain lagi. Latar tempat dalam karya tersebut meliputi ruang yang amat luas dari satu negara ke negara lain seperti Damsyik, Karbala, Madinah, Baghdad dan lain-lain lagi dan latar masanya juga panjang meliputi beberapa generasi. Wira dalam karya epik digambarkan seorang yang mempunyai sifat-sifat kepahlawanan yang tinggi seperti gagah, berani, setia dan bersemangat tinggi dan mempunyai beberapa keistimewaan termasuk ilmu sakti. Contohya watak Hang Tuah digambarkan sebagai manusia luar biasa (superhuman), sebagai pahlawan yang ideal di zaman feudal. Kesemua pahlawan yang ditentangnya dapat ditewaskannya sama ada pahlawan Majapahit, Siam, Cina, India dan Turki. Sastera epik turut mempunyai gambaran bersifat keobjektifan iaitu pengarang tidak menyebelahi mana-mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristiwa atau watak. Peranan watak dalam cerita melibatkan masa kecil wira, unsur - unsur kepahlawanan yang dimiliki, sifat negarawan, diplomatik dan mistik. 19

Secara umumnya karya epik mempunyai tiga jenis penggolongan iaitu pertama epik kebangsaan, contoh karya Hikayat Hang Tuah ; kedua epik agama, contohnya Hikayat Muhammad Hanafiyah dan Hikayat Amir Hamzah ; dan yang ketiga epik perantau, contoh karya ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain. Dalam kajian ini pengolonggan sastera epik yang ditumpukan adalah epik agama atau dikenali juga sebagai epik kepahlawanan islam dengan merujuk kepada Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Sastera epik kepahlawanan Islam ialah menceritakan pahlawan-pahlawan Islam pada kedudukan yang tinggi sehingga memberikan kejayaan kepada mereka apabila mereka mati syahid. Hikayat seperti Hikayat Muhammad Hanafiyyah dan Hikayat Amir Hamzah memiliki bentuk yang kompleks, sehingga dapat dikelaskan sebagai epik Islam. Kedua- dua hikayat yang berasal daripada bahasa Parsi ini mengetengahkan pahlawan-pahlawan Islam yang berani dalam menegakkan kebenaran dan mempertahankan ajaran Islam. Perjuangan yang bersandarkan agama sentiasa memperoleh bantuan daripada Allah s.w.t. Sekiranya meninggal dunia dalam pertempuran seperti Amir Hamzah, ia sebenarnya memperoleh kejayaan yang abadi. Dalam sastera epik pahlawan Islam mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya latar tempat yang meliputi ruang yang amat luas seperti di Tanah Arab dan lain-lain seperti terdapat dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah, tempat- tempat yang digambarkan adalah Karbala, Baghdad, Iraq, Tabriz, Tujah dan lain-lain lagi. Latar masa pula amat panjang meliputi beberapa generasi iaitu zaman pemerintahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Nabi iaitu khalifah Umar,Usman,Ali dan Abu Bakar, seterusnya sehinggalah kewafatan Muhammad Hanafiyah. Dalam masa tersebut pelbagai peristiwa berlaku termasuklah peperangan. Selain daripada ciri di atas epik islam turut mempuyai ilmu sakti dan pembantu wira. Dalam menentang musuhnya, selain kekuatan fizikal termasuk kemahiran bermain senjata, ia dibantu oleh senjata yang tertentu dan juga ilmu sakti. Contohnya Khalifah Ali mempunyai senjata Zu l-Fakar, apabila beliau menggunakan senjata tersebut semua musuh tidak dapat melawannya malahan pihak musuh akan menjadi takut. Hikayat ini turut memperlihatkan ketinggian dan kemuliaan sifat orang Islam yang berperang bermati-matian untuk menuntut keadilan dan menghapuskan kekejaman. Perkara ini jelas berlaku apabila Muhammad Hanafiyyah menerima berita kematian Hasan dan Husin, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid untuk menuntut bela atas kematian dua saudaranya. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam telaga api. 1.3 Definisi tajuk dan batasan kajian Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan, secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk memperlembutkan lagi makna percakapan dan juga adalah untuk mengindahkan lagi bahasa itu. Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur berikut ; kejujuran, sopansantun dan menarik. Mana Sikana (1986:159) pula mengatakan gaya bahasa sebagai cara sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa dalam karya seperti mengatur bunyi, memilih diksi , membina ayat kemudiannaya dengan makna dapat membuktikan tamadun dan ketiggian bangsa itu dalam karya. Mengikut pandangan Kris Mas (1988;13) pula memahamkan gaya bahasa sebagai cara atau ragam bahasa itu dipakai , khususnya dalam tulisan atau karangan. Pengguna atau pemakai bahasa mempunyai jenis-jenis yang khusus untuk maksud-maksud tertentu, seperti menghasilkan ilmu pengetahuan, berucap pada khlayak, menulis dan membangkitkan 20

perasaan seni . Selain itu gaya bahasa juga dimaksudkan gaya seseorang penulis menggunakan bahasa. Dalam dunia penulisan aspek wacana turut memainkan peranan seperti gaya bahasa. Perkataan Wacana atau dalam bahasa Inggeris disebut discourse. Wacana ialah kesatuan bahasa yang terlengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran di dalamnya dan merujuk kepada komunikasi dalam konteks. Dalam hal ini , wacana dapat dilihat pengertian dari sudut bentuk dan juga fungsi. Dari sudut bentuknya , wacana adalah suatu kesatuan bahasa lebih besar daripada ayat klausa (Stubbs, 1989:1) . Bagaimanapun wacana bukanlah semata mata unit bahasa seperti ayat atau klausa dan wacana tidak dapat diterangkan berdasarkan saiznya. Wacana meliputi semua bentuk interaksi ujaran sama ada formal atau tidak formal, lisan atau tulisan. Justeru itu, kertas kerja ini akan menghuraikan aspek-aspek gaya bahasa dan wacana bahasa dengan mengemukakan beberapa contoh dalam kajian teks L.F. Brakel yang diterjemahkan oleh Junaidah Salleh, Mokhtar Ahmad dan Nor Azmah Shehidan tebitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Gaya bahasa merujuk kepada penggunaan ragam tertentu dalam bahasa tulisan yang digunakan secara sengaja untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu. 2.0 ANALISIS KAJIAN Dalam sesuatu penulisan rasanya tidak lengkap jika tidak diberi penekanan kepada aspek gaya bahasa.Hal ini demikian kerana gaya bahasa digunakan untuk memperjelaskan tulisan karya untuk menarik pembaca agar mudah memahami hasil karya disamping memperindahkan kata sehingga dapat menarik dan menyakinkan pembaca. Gaya bahasa atau wacana bahasa jika diolah dengan berkesan dapat menggetarkan hati pembaca, seolah-olah berjiwa hidup dan segar. Pada permulaan cerita Hikayat Muhammad Hanafiyyah menggunakan gaya unsur doksologi. Doksologi ialahmengungkapkan kata-kata pujian kepada Allah pada permulaan cerita. Contohnya seperti petikan dibawah: Hda l-hikyat maqtal Husain. (Halaman: 160: baris 2)

1 Ini hikayat rasul Allah salla Llahu calayhi wa sallam

Dalam contoh di atas, jelas terdapat penggunaan puji-pujian kepada Allah s.w.t dalam teks kajian ini iaitu pada baris ke-2 Penggunaan unsur doksologi ini juga terdapat dalam ciri-ciri sastera Islam. Maksud ayat di atas ialah Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan dengan-Nya kami memohon pertolongan. Selain itu analisis dari ayat di atas juga dapat membuktikan penggunaan tanda baris pada fonem tertentu walaupun teks ini telah diterjemahkan sepenuhnya ke dalam tulisan Melayu klasik berbanding dengan yang dahulu ditulis menggunakan tulisan jawi. Hal ini bagi memudahkan penyebutan mengikut nahu Arab. [ ] bermaksud [ ]misalnya pada perkataan hikyat, di mana sebutan k itu, tekanan suara harus dilakukan semasa menyebutnya. Simile merupakan salah satu daripada penggunaan gaya bahasa dalam penulisan. Simile merupakan unsur gaya bahasa yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Perbandingan jenis ini lebih mudah dikesan, berbanding unsur perbandingan metafora. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bak, dan laksana untuk menunjukkan perbandingan. Menurut Hashim Awang (1986 : 73), mendefinisikan simile sebagai perbandingan dua benda atau benda atau hal yang pada hakikatnya bersamaan. Perbandingan secara langsung atau dikatakan bersifat eksplisit. Contohnya dalam petikan dibawah : Maka Fatimahpun makin sangat menangis, air matanya mengalir seperti air tumpah. 21

(Halaman 173: baris 240) Pengarang cuba membandingkan air mata yang mengalir dengan banyak atau tidak henti-henti dengan air tumpah. Hal ini demikian kerana penulis hendak menyatakan gambaran dengan lebih jelas lagi kesedihan Fatimah yang menangis bersungguh-sungguh. Metafora adalah perbandingan langsung yang disingkatkan dengan menghilangkan katakata tertentu yang digunakan dalam simile (bagai, seperti, sebagai, laksana dan umpama). Metafora tidak terikat lagi kepada makna dua lapis dan tidak pula memerlukan peraturan perkara yang menjadikan bandingan. Walau bagaimanapun, ada sifat yang dapat membantu untuk kita mengenal unsur metafora ini, iaitu kata konkrit digabungkan dengan kata abstrak Jelasnya, metafora dapat berdiri sebagai mengambil tempat dan fungsi dalam struktur sintaksis. Abdullah Tahir (1982 : 7) mengatakan bahawa metafora adalah penggunaan kata atau ungkapan yang menyatakan sesuatu maksud itu lain daripada sebenarnya iaitu ia lebih digunakan sebagai kiasan. Contoh penggunaan gaya bahasa metafora ialah : dikeluarkannya daripada tengkoloknya; seperti cincin dituang rupanya, terlalu manis, dan mukanya seperti bulan punama dan warna dan rambutnya dan dandannya dikeluarkannya daripada tengkoloknya; seperti tubuhnya putih kuning; lagi panjang manis lampay-lampay,.. (Halaman 186: baris 225-228) Perbandingan kata konkrit dan abstrak jelas dapat dilihat dalam contoh diatas. Cincin merupakan kata konkrit manakala dituang adalah abstrak. Cincin adalah barang yang dipakai oleh manusia manakala dituang adalah perbuatan. Hal ini adalah jelas berbeza dan menunjukkan perbandingan kata konkrit antara cincin dan abstrak dituang. Selain itu juga, terdapat penggunaan epizeuksis. Kata- kata akan diulang berulang- ulang dalam ayat. Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh Goyrs Keraf (1990 : 127), epizeuksis adalah repitasi yang bersifat langsung, iaitu yang mementingkan kata dan diulang beberapa kali berturut- turut. Contoh penggunaan epizeuksis : demikian bunyi tangisnya: Wah kasihan kami! Wah kesakitan kami! Wah sesal kami! Wah Muhammad kami! Wah Ali kami! Wah Fatimah kami! Wah Hasan kami! Wah Husain kami! Wah Kassim kami! Wah Ali Akhbar kami! Maka isi rumah rasul (Halaman: 238 baris: 485-489) Berdasarkan petikan diatas jelas menunjukkan perulangan kata wah dan kami dalam setiap baris ayat. Perulangan kata tersebut menunjukkan penulis ingin menekankan perasaan yang lahir dalam tangisan tersebut agar pembaca dapat menghayati dan memahami maksud luahan tangisan itu. Analisis berikutnya menunjukkan penggunaan kata pinjaman Arab. Teks kajian ini mengandungi banyak kata pinjaman bahasa Arab memandangkan ia adalah terjemahan penuh dari teks asalnya. Terdapat juga sesetengah perkataan Arab yang telah diambil dan disesuaikan dengan nahu Melayu misalnya kadam, tetapi di dalam sebutan Arab ia berbunyi khadam ( ) : Contoh seperti dalam petikan dibawah: Ya ayahanda! Betapa hamba akan nyinyah. Bahwa akanhambahendak mengikut kadam ayahanda! Tatkala Fatimah ( Halaman 173 : baris 235 ) Contoh lain bagi penggunaan kata pinjaman Arab bagi perkataan hikyat adalah kata pinjaman Arab ( )bermaksud cerita atau kisah. Contoh lain pula ialah perkataan lacnah juga perkataan pinjaman Arab iaitu ( )yang bermaksud laknat, dhacif , ( ) jinzah ( ) 22

yang bermaksud jenazah dan lain-lain. Wacana penulisan bahasa turut terdapat penggunaan ayat songsang. Ayat songsang adalah ayat pasif iaitu tidak mengutamakan subjek dahulu dan dimulakan dengan predikat, biasanya bnyak berlaku apabila diterjemahkan tanpa mengubah bentuk ayat tersebur mengikut bentuk ayat dalam bahasa Melayu, maka ayat itu akan menjadi ayat aktif dan songsang. Contoh seperti dibawah : Adapun akan rasul Allah ada sembilan isteri baginda : pertama Khadijah, kedua Aisyah, ketiga Salamah, keempat Zainab, kelima Ummi Habibah, keenam Mariah, ketujuh Safiyyah, kelapan Hafsah, kesembilam Maimunah

(Halaman 164: baris 1) Jika diteliti pada baris pertama dalam petikan teks di atas. Jelas ayat tersebut berbentuk ayat songsang kerana jika di dalam bahasa Melayu ayat itu boleh ditulis menjadi bentuk ayat aktif Adapun akan baginda rasul Allah ada sembilan isteri. Walau bagaimanapun di dalam penulisan karya sastera bentuk ayat tidak terikat kerana ia adalah bertujuan menimbulkan keindahan. Apa yang ingin ditunjukkan dalam contoh di atas adalah bentuk ayat yang diiterjemahkan terus dari bahasa Arab ke bahasa Melayu klasik tanpa mengubah bentuk sintaksisnya. Analisis seterusnya merungkaikan tentang penggunaan gaya bahasa antitesis .Gaya bahasa yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan mempergunakan kata- kata atau kelompok kata yang berlawanan . Gaya bahasa timbul daripada kalimat dari berimbang Gorys Keraf (1990) : 126). Contoh seperti dibawah : Maka ujar Jibrail: Ya nabi Allah! Bahwa ketahuilah oleh-mu, bahwa malaikat itu tiadakan turun ke bumi lagi, melainkan tatkala amir Husain dibunuh segala munafik; kepala amir Husain diperceraykan orang daripada badannya! Apabila nabi menengar kata Jibrail demikian, sukacitanyapun bertukar dengan dukacitanya. (Halaman 164 : baris 20-25) Jika diperhatikan dalam petikan teks diatas, jelas menunjukkan adanya unsur bertentangan dengan menggunakan dua kata yang membezakan makna atau kelompok kata yang berlawanan antara sukacitanyapun dengan dukacitanyapun. Pada mulanya menunjukkan rasa gembira atau suka dan selepasnya berlawanan dengan kegembiraan tersebut menjadi sedih atau dukacita serta merta. Selain daripada penggunaan gaya bahasa antitesis terdapat juga bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran. Quintilian mendefinisikan bahasa kiasan sebagai setiap deviasi pemikiran atau ekspresi, dari metode ucapan asli dan sederhana atau suatu kiasan yang secara seni berbeda dari penggunaan umum (Instit. Orat. IX, i, 11). Contoh seperti petikan dibawah : Maka dilihat oleh Syahrbanun seorang- orang muda, mukanya seperti bulan empat belas hari bercahaya-ca-haya, warnanya terperling-perling, syahadan dengan perhiasannya: daripada sangat sinar cahaya muka amir Husain, (Halaman186: baris 250-254) Kita dapat lihat pada baris pertama hingga kedua kiasan yang digunakan untuk membandingkan rupa paras orang dengan satu perkara yang lain. Jelas dalam petikan diatas 23

muka dibandingkan dengan bulan empat belas hari bercahaya untuk mengambarkan ketampanan serta keelokan rupa paras amir Husain yang membuatkan sesiapa memandang amir Husain akan terpikat. Penggunaan bahasa kiasan ini dapat menghidupkan suasana dan memperluaskan sensitiviti dalam makna. Sarkasme adalah gaya bahasa yang paling kasar, bahkan kadang- kadang merupakan kutukan. Kata-kata yang dihamburkan merupakan kata-kata yang kesat celaka. Menurut glosari Istilah Kesusasteraan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, sarkasme bermaksud kata-kata ejekan, kejian atau penghinaan yang disampaikan secara terus terang, atau kata-kata sindiran bertujuan untuk menghina atau mengeji seseorang; kata-kata yang tajam atau pedas yang bertujuan mengejek, mengeji atau menghina seseorang, disampaikan secara terus terang. Contoh penggunaan sarkasme seperti dibawah : Maka kata amir Husain: Hay Simir La`in celaka! Bukakan dadamu, kulihat!Maka Simir La`in membukakan dadanya, maka dilihatnya oleh amir Husain dadanya hitam , susunya seperti susu anjing, maka kata amir Husain: Sadaqta ya rasul Allah! Karena sabda rasul Allah : Adapun yang memenggal kepala cucuku Husain itu, susunya seperti susu anjing lagi hitam! (Halaman 237: baris 454-460) Melalui petikan diatas jelas kata-kata mengeji atau menghina dilemparkan kepada musuh amir Husain iaitu Simir La`in dengan menggunakan kata celaka. Penghinaan itu secara terangterangan. Namun demikian kata-kata ejekan ini turut dilihat dalam petikan baris ke lima yang termasuk dalam sabda rasul Allah Adapun yang memenggal kepala cucuku Husain itu, susunya seperti susu anjing lagi hitam. Kata-kata ini diluahkan untuk menunjukkan kehinaan orang yang dihina tersebut lebih-lebih lagi kepada pihak musuh. Gaya perbualan atau dialog atau Tanya jawab adalah satu wacana bahasa yang terdapat dalam analisis kajian teks. Proses tanya jawab merupakan interaksi yang berlaku antara orang yang terlibat dalam perbualan tersebut. Tindakan tanya jawab ini merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang isi utama perbualan . Apabila berlakunya perbualan antara dua penutur , biasanya akan berlaku Tanya jawab antara individu untuk saling memahami kehendak atau tujuan perbualan. Adrian Akmajian (1995;386) mengkategorikan proses tanya jawab ini dalam prinsip mangambil giliran. Orang yang mula bercakap selapas bersapa-sapaan, sebenarnya memulakan isi perbualan dengan menganbil giliran seterusnya. Contoh seperti petikan dibawah: Maka ujar Jibrail: Ya nabi Allah! Apa dikit yang di-carinya dalam tangan baju hamba itu? Maka sabda rasul Allah: Disangkanya tuan hamba Dahyat al-Kalbi, karena barangkali Dahyat Kalbi datang , adalah buah-buahan di-bawa oleh Dahyat Kalbi dalam tangan bajunya, sebab itulah, maka dicarinya dalam tangan baju tuan hamba itu! (Halaman 161: baris 35-40) Berdasarkan petikan diatas jelas menunjukkan perbualan atau proses tanya jawab antara Jibrail dan rasul Allah. Jibrail bertanya nabi Allah untuk mendapatkan maklumat dengan apa yang berlaku dengan diakhiri tanda soal (?) dan nabi Allah menjawab atau memberi maklumat atau menjawab perkara yang berkaitan soalan tersebut. Hal ini demikian jelaslah bahawa proses itu adalah interaksi antara dua penutur untuk mendapatkan maklumat melalui tanya jawab. Gaya bahasa lain yang terdapat dalam kajian teks ini ialah simpulan bahasa. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan. Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik. Simpulan bahasa boleh dikatakan juga suatu bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Contoh simpulan bahasa dalam petikan dibawah : 24

Maka kata Ukkasah: Ya junjunganku! Ya mukaddimku, penghulu pada kedua negeri! Bukan dengan kuasa hamba, melainkan dengan kuasa Allah dan dengan syafa`at batu kepalaku juga! Daripada harap hamba hendak mencium pusat penghuluku, maka demikian pekerjaankuakan junjunganku! (Halaman: 171 baris: 140-144) Jika diteliti simpulan bahasa batu kepalaku dalam petikan diatas ayatnya tidak seperti simpulan bahasa dalam bahasa Melayu kerana ia telah dipengaruhi frasa- frasa Arab yang terhasil daripada terjemahan asal. Dalam bahasa Melayu yang betul ialah simpulan bahasa kepala batu. Maksudnya degil dan tidak mendengar nasihat. Melalui petikan di atas jelas mengambarkan kedegilan Ukkasah yang ingin mencium pusat penghulunya (Nabi Muhammad S.A.W). Kedegilannya itu membuahkan hasil apabila dia berjaya juga mencium pusat penghulunya. Analisis seterusya turut menjumpai gaya bahasa perulangan atau repitisi dan dikenali juga sebagai mesodiplosis. Menurut Gorys Keraf (1990) : 128) mesodiplosis adalah repitisi di tengah- tengah baris atau beberapa kalimat berturut-turut. Maka kata Khadijah: ketiga perkara: sabi tuan hamba itu berikan akan hamba, supaya hamba carik akan kafan hamba pada hari kiamat, supaya dengan sabi tuan hamba hamba bangkit dari dalam kubur pada hari kiamat! Bermula lagi nabi Allah berkata-kata (Halaman 164: baris 29-31) Contoh diatas jelas menunjukkan kata hamba diulang berturut-turut dalam kata-kata yang disampaikan oleh Khadijah. Kata hamba digunakan berulang-ulang untuk memberikan kesan dan menyampaikan maksud hajat Khadijah secara langsung dan terang agar keinginannya jelas. Peribahasa sejenis gaya percakapan atau ujaran yang berisi kebijaksanaan yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Daripada peribahasa tersebut maka timbulnya bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan (Keris Mas, 1998 : 135) manakala Safiah Hussain (1988: 247) pula mengatakan peribahasa sebagai susunan kata yang pendek dan kekal menjadi percakapan orang Melayu semenjak beberapa lama disebabkan oleh sedap dan bijak kata-katanya. Contoh petikan seperti di bawah: ,bahwa laki-laki muda ini, ialah yang nentiasa memandikan kuda itu, maka pada hatinya: hanya inilah yang dapat mengerjakan ini, tiada dapat yang lain, seperti pantun orang: Yang api itu, jika ia benyala pada rumahnya, melainkan orang yang dalam rumahnya juga akan memadamkan dia, maka ada padam olehnya! Maka sekali peristewa; tatkala itu, maka anak Muljan akan memandikan kuda, maka (Halaman 216: baris 29-36) Peribahasa yang terdapat dalam petikan diatas membawa maksud yang penuh tersirat. Maksud peribahasa tersebut membawa makna yang tidak elok dan dikiaskan secara halus agar tidak dianggap terlalu terus terang. Seseorang yang baik dan sentiasa mendampingi mangsa sahaja yang dapat melakukan kejahatan kepada mangsa. api boleh dianggap sebagai mangsa manakala orang yang dalam rumahnya juga akan memadamkan dia boleh diaggap orang yang hampir dengannya sahaja dapat membunuh mangsa. 25

3.0 KESIMPULAN Hasil keseluruhan ke atas kajian gaya bahasa dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah , hasil terjemahkan oleh Junaidah Salleh, Mokhtar Ahmad dan Nor Azmah Sheridan yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka, dapatlah disimpulkan bahawa hasil-hasil karya Melayu sama ada yang berbentuk prosa dan puisi naratif mahu pun bukan naratif dengan pelbagai aspek gaya bahasa. Cara penulisan dan pengolahan karya menjadi teratur dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi membuatkan pembaca dapat meneruskan pembacaan sehingga ke penghujung cerita. Berdasarkan kajian dan analisis penyelidikan ini, didapati bahawa bahasa yang digunakan banyak dipengaruhi bahasa Arab dan juga Parsi. Contohnya jelas dalam penggunaan perkataan kadam atau dalam bahasa Arab ditulis khadam. Hal ini kerana mungkin telah menjadi satu fenomena dalam gaya bahasa hikayat yang terjemahannya kadang- kadang dibuat secara janggal yang lebih dijumpai dalam bahasa kitab. Keadaan ini bukan sahaja boleh menyebabkan bahasa menjadi tidak lancar dan susunan ayat tidak teratur membuatkan pembaca dapat meneka teks asal naskhah itu daripada bahasa asing. Analisis kajian saya dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah atau dikenali juga sebagai Hikayat Perang ini menemukan pelbagai gaya bahasa dan wacana bahasa yang terdapat dalam teks tersebut antaranya termasuklah simile, metafora, peribahasa, mesodiplosis, sarkasme dan sebagainya. Setiap jenis gaya bahasa mempunyai maksud dan fungsi tertentu bagi menunjukkan kesenian dan kehalusan hasil sesuatu karya. Dalam hal ini, ketelitian dan sensitiviti pengarang dalam memilih diksi yang sesuai akan menjadikan bahasa sastera itu hidup dan bertenaga serta mempunyai keupayaan. Buktinya dalam menceritakan suasana dan keadaan semasa peperangan dalam hikayat ini pengarang menghuraikannya secara teliti dan membuatkan pembaca dapat merasai kisah yang disampaikan. Oleh hal yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa gaya bahasa merupakan aspek yang paling penting dalam karya kerana melalui gaya bahasa kita dapat melihat keindahan sesebuah karya sastera. BIBLIOGRAFI Ali Ahmad (1999). Kisah- kisah Nabi Yusuf dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Carlson, L. (1983). Dialogue Games:AN approach to Discourse Analysis. LONDON: D. Reidel Publishing Co. Halliday.M.A.K. dan Ruqaarlson Hassan (1980). Cohesion in English. London: Longman Junaidah Salleh. et .all (1988). Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sakina (1986). Kritikan Sastera : Pendekatan dan Kaedah . Petaling Jaya.:Fajar Bakti Muhamad Ikhram Fadhly Hussin. (2007). Hikayat Muhammad Hanafiyyah. Selangor. PTS. Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim. (2004). Epik Melayu Suatu Kajian Naskhah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Safiah Hussain. et. all (1988). Tanggapan Perbicaraan Karya-karya Shahnon Ahmad : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 26

UNSUR ALAM DALAM "DAUN" 1.0 PENGENALAN

Novel merupakan salah satu genre kesusasteraan Melayu moden yang mula berkembang di Malaysia sejak tahun 1925. Perkataan novel mula digunakan pada akhir kurun keenam belas dan awal kurun ketujuh belas digunakan untuk memaparkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fakta atau cereka. Manakala pada kurun kelapan belas pula Terry Eagleton menganggap novel sedang berkembang dengan angkuh. (Terry Eagleton, 1988: 2). Istilah novel berasal dari kata novellat daripada bahasa Italy yang membawa maksud perkhabaran baru. Novel dalam konteks ini dimaksudkan sebagai kisah rekaan (fiction) atau fiksyen yang panjang (diksi atau kata) berbanding cerpen yang merupakan kategori cerita rekaan yang bersifat prosa. Dalam hal ini dapat dinyatakan bahawa novel merupakan karya yang panjang setidaknya 40,000 kata dan kompleks dari cerpen dan tidak dibatasi keterbatasan struktural dan metrikal sandiwara atau sajak. Novel boleh juga dikatakan sebagai satu cerita pendek yang dikembangkan prosa itu menjadi cerita panjang dari bab ke bab. Sesebuah karya novel turut mempunyai unsur intristik dan unsur ekstrinsik yang saling berhubung dalam kehadiran sebuah karya sastera. Jalan cerita dalam novel berkembang melalui peringkat eksposisi, konflik, klimaks dan peleraian. Hakikat ini turut dijelaskan oleh Ali Ahmad (1978: 3). Menurutnya novel sebagai satu jenis kesusasteraan yang umumnya merupakan karya panjang dan kompleks sifatnya. Unsurunsur utamanya seperti plot, perwatakan, latar dan sudut pandangan juga bersifat kompleks. Watak-wataknya ramai dan pelbagai Oleh yang demikian peristiwa- peristiwa di dalam novel pastilah banyak dan berpanjangan dengan peringkat- peringkat turun naiknya. Dengan kata lain, dalam novel mempunyai ukuran yang panjang dan luas dan mempunyai banyak halaman. Novel pada umumnya membawa erti cerita rekaan berbentuk prosa naratif yang agak panjang. Watak-watak rekaan dalam novel mewakili kehidupan manusia pada dunia realiti iaitu pada masa kini dan pada masa lepas. Biasanya pengarang akan mengambil model daripada dunia realiti sama ada watak-watak manusia atau peristiwa- peristiwa yang berlaku, misalnya dengan mengaitkan gambaran cerita dengan mengandungi unsur pengajaran menjaga alam sekitar ataupun memnjelaskan peranan alam sekitar melalui novel yang dihasilkan. Dengan ini novel mampu meninggalkan kesan emosi, menggambarkan situasi masyarakat yang berada disekelilingya dan juga peristiwa- peristiwa yang berlaku. Dalam menghasilkan sesebuah novel pengarang bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang indah-indah untuk menarik perhatian pembaca tetapi perlu juga mengandungi unsur didaktik kepada khalayak agar hasil karya tersebut mampu memberi kesan yang halus dalam diri pembaca. Apabila pengarang mengaitkan isi ceritanya dengan alam sekitar, dengan ini pembaca akan memperolehi sesuatu pengetahuan baru tentang peranan alam sekitar terhadap manusia dalam kehidupan adalah amat penting. Alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan suasana yang selesa dan menyamankan. Disamping memberi keselesaan kepada masyarakat, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti pembangunan negara sekirannya alam sekitar di negara ini tidak dijaga dengan baik. Justeru itu, pengkaji akan mengkaji sebuah novel untuk mengenal pasti peranan alam sekitar dan juga kesan- kesan pengabaian terhadap alam sekitar dalam sebuah novel yang berjudul Daun karya Malim Ghozali PK. Novel ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 1.2 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah: a. Untuk mengenal pasti peranan alam sekitar dalam novel Daun 27

b. 1.3

Untuk menganalisis kesan- kesan pengabaian terhadap alam sekitar dalam novel Daun Batasan Kajian

Kajian ini menetapkan sebuah novel iaitu Daun karya Malim Ghozali PK yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008. Novel ini pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-19 (HSPM). 2.0 DEFINISI ALAM SEKITAR MENURUT BARAT DAN ISLAM

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002). Terdapat perbezaan definisi alam sekitar daripada A. Bullock & O.Stallybrass, menyatakan ia lebih kepada kefahaman environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Berdasarkan definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004) Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan. Namun demikian, berbeza daripada barat, menurut Islam , invironmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993). Berasaskan dasar ini, sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum, 41) Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu 28

(al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini, tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi (al-Syuara, 183) Hal ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan kelangsungan hidup yang harmoni di dunia. Oleh itu setiap makhluk di muka bumi ini perlu menjadi khalifah yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah Allah s.w.t. 2.1 Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar Menurut Islam

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya, 30) Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (an-Nur, 45) Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Dengan ini, jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi. 2.2 Kepentingan Hubungan Manusia Dan Alam Sekitar

Manusia dan alam sekitar adalah ciptaan Allah kerana al-Quran telah menyatakan bahawa segala kejadian di muka bumi dan alam semesta adalah dengan iradatNya (kehendak Allah). Al-Quran turut menyatakan bahawa setiap apa yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini mempunyai peranan tersendiri. Sebagaimana yang diketahui, bahawa hutan merupakan paru-paru bumi iaitu tempat di mana pelbagai hidupan tinggal, pohon-pohon kayu, binatang-binatang dan sebagainya yang 29

tidak ternilai harganya bagi manusia. Demikian juga tanah sebagai tempat tinggal manusia, bercucuk tanam, membangun berbagai prasarana kehidupan dan lain-lain. Begitu juga penciptaan Allah yang lain yang merupakan komponen penting kepada kehidupan manusia untuk melancarkan lagi tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. 3.0 PERANAN ALAM SEKITAR DALAM NOVEL DAUN

Alam sekitar saling berkait rapat dengan manusia dan hal ini telahpun dibuktikan sepertimana dalam penerangan sebelum ini. Melalui penelitian yang dijalankan sewaktu proses pembacaan novel ini, terdapat beberapa aspek yang memperlihatkan peranan alam sekitar yang digarap oleh pengarang novel Daun sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Terdapat tiga peranan alam sekitar yang telah dikesan, yakni berperanan sebagai unsur simbolik atau lambang, alat politik, dan juga sumber ekonomi kepada manusia. Ketiga-tiga aspek ini akan dihuraikan dan diperincikan dengan beberapa keratan petikan yang diambil daripada novel Daun sebagai bukti agar dapat mencapai objektif kajian. 3.1 Simbolisme atau lambang

Emberto Eco (1976), lambang sebagai unit yang tersendiri dan hampir autonomous sifatnya. Lantaran itu, menurut beliau terdapat lambang-lambang yang serupa tetapi membawa erti yang berbeza. Simbol juga transformasi pengalaman ke dalam idea pengarang dan dilahirkan melalui ciptaan imej. Justeru itu, idea diekspresikan melalui imejan dan ia sentiasa hidup dan berkembang dalam pemaknaan khalayak. Menurut Mana Sikana (1998: 176), lambang atau tanda dicirikan kepada tiga yakni ikonik, indeksi dan simbol. Ikonik digunakan untuk menjelaskan sesuatu idea, benda dan gerakan yang menunjukkan kepada makna-makna yang boleh dikenal maksudnya. Indeksi merupakan suatu makna terhadap sesuatu yang lebih jauh lagi. Manakala simbol adalah lambang yang biasanya bersifat representasional atau wakilan terhadap sesuatu termasuklah pemikiran, fakta-fakta dan gerakan yang biasanya bersifat sejarah dan mentradisi. Secara rumusannya, simbol merupakan sebuah objek yang berfungsi sebagai sarana untuk mempresentasikan sesuatu hal yang bersifat abstrak, misalnya burung merpati sebagai simbol kedamaian. Simbol juga merupakan sebuah tanda, isi yang singkat, menyertai sifat sebuah objek, proses berkualiti, kuantiti, memenuhi muatan-muatan tertentu misalnya simbol pada konteks bidang musik, kimia, matematik dan lain-lain. Keseluruhan cerita yang terkandung dalam novel Daun, penulisnya yakni Malim Ghozali PK banyak mendominasikan tanda simbol atau perlambangan yang berkaitan alam sekitar. Antaranya, dapat dilihat seperti bentuk muka bumi, haiwan juga manusia yang masing-masing mempunyai siratan makna yang tersendiri. Simbol bentuk muka bumi merupakan salah satu daripada tanda simbol yang dapat ditemui dalam novel yang dikaji. Tanda-tanda simbol misalnya bukit bukau, denai, lopak dan lurah digunakan oleh Malim Ghozali PK dalam novel Daun melambangkan stuktur muka bumi yang curam dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan, semak samun juga haiwan liar yang menyukarkan. Liku-liku kehidupan yang dilalui oleh Sifar hampir sama dengan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh Tan Da-U, menggambarkan tentang kesukaran dan rintangan yang harus dilalui dalam kehidupan sebagai Khalifah di bumi. Sifar menganggap pengembaraannya tidak banyak berbeza dengan apa yang dilalui oleh Tan Da-U. Ada persamaan yang ketara antara bukit bukau serta denai, lopak dan lurah yang mereka berdua temui. (Novel Daun, 2008: 34) Simbol ombak laut dan pantai turut digunakan Malim Ghozali bagi melambangkan cinta, hati dan perasaan manusia. Zahirnya, pesisir pantai sentiasa berubah bentuk kerana terhakis oleh ombak laut. Begitu juga hati manusia, mudah tertawan dengan cinta, kasih yang diberikan lalu mengubah ketetapan hati. Ombak lautan disini melambangkan perasaan manusia yang tidak dapat dijangka apatah lagi ditafsirkan dengan mata kasar. Malim Ghozali juga bijak 30

melambangkan hati manusia itu seperti pantai yang mudah berubah sifat dan kehendaknya. Simbol-simbol ini dapat dilihat dalam perbualan Sifar dengan Wan Saerah ketika di pantai: Aku harap kau tidak seluruhnya seperti lautan itu. Tak faham Wan Saerah menjawab kontot, sambil menguis-nguiskan ibu jari kakinya di pasir. Ombak lautan boleh mengubah pantai. Sifar mengusik lagi, semasa bertandang ke kampung Wan.Jadi? (Novel Daun, 2008: 40) Perlambangan sifat manusia yang diberikan kepada alam turut dijelmakan oleh Malim Ghozali yang bertujuan membawa pembaca sentiasa berfikir dengan kritis selain mengindahkan lagi cerita yang ingin disampaikan. Hal ini dapat dilihat bagaimana penulis menggambarkan aliran anak sungai yang mengalir begitu santun seperti lenggok anak dara kampung. Perkataan santun mengikut takrifan Kamus Dewan itu sendiri bermaksud halus, beradab, sopan yang lebih menjurus kepada sifat manusia. Mengikut fahaman orang Melayu, sifat sopan santun itu selalunya dikaitkan dengan anak-anak dara di kampung, yang masih terjaga pergaulannya. Namun begitu, santun yang dimaksudkan oleh Malim Ghozali ini sebagai perlambangan anak sungai yang mengalir tenang dan tidak terlalu deras. Perlambangan perorangan yang diberikan kepada alam ini dapat dilihat dalam petikan dibawah: Dia sudah merakamkan wajah anak-anak sungai mengalir membelah hutan, desa dan lembah menuju muara, santun laksana lenggang anak dara kampung yang pemalu. (Novel Daun, 2008: 80) Selain kata sifat santun, penulis juga turut menggunakan kata sifat garang kepada ombak. Hal ini dapat dilihat pada petikan dibawah: Biru dan cantik, tampak berbunga dari jauh saujana, senantiasa mencanda pantai yang landai. Tapi saban tahun ombak menjadi garang dan ramai nelayan yang tidak sempat pulang. (Novel Daun, 2008: 106) Kata garang membawa maksud suka atau lekas menyerang, bengis galak dan juga kencang (angin), hebat, terang dan bercahaya (Kamus Dewan, 1993). Kata sifat garang yang digunakan dalam novel ini membawa simbol cuaca atau musim tengkujuh. Apabila tiba musin tengkujuh, keadaan laut bergelora akibat tiupan angin monsun. Keadaan ini menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Malim Ghozali turut menggunakan haiwan sebagai simbol untuk menyiratkan sesuatu makna dalam novel Daun. Simbol haiwan yang dapat dikesan ialah umang-umang sebagaimana yang terdapat dalam petikan dibawah: Ah, di hutan juga ada umang-umang. Dan, di sini mereka mencuri kehidupan! (Novel Daun, 2008: 274) Umang-umang merupakan sejenis ketam laut yang kecil umumnya bersarang di kulit-kulit siput (Kamus Dewan, 1993). Walau bagaimanapun, Malim Ghozali menggunakan umang-umang sebagai simbol untuk melambangkan seseorang atau suatu golongan tertentu yang sanggup memusnahkan kehidupan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini jelas terbukti dalam isu pembalakan secara haram di hutan simpan yang diketengahkan oleh penulis novel sehingga mencemarkan sungai dan memberi kesusahan kepada penduduk orang asli (Ulu Geruntum). Bukti berlakunya pembalakan haram ini dapat dilihat dalam petikan ini: Mengikut Wek, penebangan balak di hutan simpan itu beberapa tahun dulu menimbulkan semacam krisis politik dan pentadbiran daerah. BPR turut campur tangan menyiasat jabatan hutan. Ada desas-desus mengatakan orang politik turut terlibat Salah satu kesan yang amat ketara ialah air sungai menjadi keruh. Penduduk tidak lagi boleh mandi-manda dan menbasuh di situ (Novel Daun, 2008:130-131) 31

3.2

Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Dalam novel Daun, agenda politik mempunyai kaitan dengan peranan alam sekitar. Pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kuasa yang mereka ada untuk mengaut keuntungan kesan daripada eksploitasi alam sekitar. Contohnya dapat dilihat dalam petikan teks di bawah: Mengikut Wek, penebangan balak di hutan simpan itu beberapa tahun dulu menimbulkan semacam krisis politik dan pentadbiran daerah. BPR turut campur tangan menyisat jabatan hutan. Ada desas-desus mengatakan orang politik turut terlibat. Saban hari wartawanwartawan dan orang-orang televisyen berkampung di pekan. Akhirnya kerja penebangan dihentikan. Salah satu kesan langsung yang berlaku ialah pengarah jabatan hutan daerah ditukarkan. Satu lagi kesan yang amat ketara ialah air sungai menjadi keruh. Penduduk kampung tidak lagi boleh mandi-manda dan membasuh di situ. (Novel Daun, 2008:130) Berdasarkan petikan teks di atas, jelas menunjukkan penebangan balak yang tidak terkawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan semata-mata telah memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar itu sendiri. Pihak yang terlibat pula merupakan orang-orang yang berpangkat dan mempunyai jawatan dalam politik. 3.3 Ekonomi

Ekonomi merupakan salah satu ilmu sosial yang merangkumi aktiviti manusia berhubung dengan produksi, distribusi, pertukaran, dan konsumsi barangan. Ekonomi yang maju berkaitan juga dengan peranan alam sekitar. Sebahagian besar pendapatan negara berpunca daripada alam sekitar dan kebanyakan rakyat di negara kita bergantung kepada alam untuk mendapatkan rezeki. Hal ini didapati terdapat dalam novel Daun, contohnya; Apabila ada pesanan tikar mengkuang, dia bersama-sama nenek akan pergi menetak mengkuang, membuang duri, merendamnya di sungai dan melurut dengan menggunakan bemban. Tan Da-U sudah melakukan semua itu demi menangani tuntutan hidup. (Novel Daun, 2008: 93) Contoh lain adalah seperti berikut; Dia bersekolah dan membesar hasil menoreh, mengambil upah menyemat atap nipah secara sambilan. (Novel Daun, 2008: 97) Dulu semasa YB Shahunit, hampir seratus ekar sudah ditanam petai, durian dan rambutan. Alih-alih kawasan itu diluluskan kepada seorang ahli korporat, yang juga merupakan orang kanan YB itu. Tanah itu kononnya hendak dijadikan projek perintis ladang sentang. Jadi, ia dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak saudara lama. (Novel Daun, 2008: 272) 32

Mereka biasanya menjual petai, genuak, tampoi dan sesekali turut membawa ikan spesies hulu sungai- selimang, tengas, kelah dan perimping. Ramai juga peminat hasil hutan yang berkumpul di hadapan Studio Tan setiap Ahad, walaupun sebahagian daripada hasil hutan tersebut boleh juga didapati di pasar basah, berhampiran bazar. (Novel Daun, 2008: 211) Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas menunjukkan alam sekitar berperanan penting menyumbang pendapatan dan sebagai punca rezeki penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan kampung-kampung. Sumber alam yang terdapat dalam novel ini adalah seperti mengkuang, nipah, pokok getah, petai, durian, tampoi dan ikan sungai 4.0 Kesan Pengabaian Terhadap Alam Sekitar

Umum kita mengetahui bahawa pencemaran alam sekitar di negara kita sangat membimbangkan. Kebanyakkan pencemaran alam sekitar terjadi di kawasan-kawasan yang pesat membangun juga terdapat pencemaran di kawasan desa. Hal ini terjadi disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang tiada nilai-nilai sensitiviti terhadap alam sekitar. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang, hidupan-hidupan liar, akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Dalam novel Daun karya Malim Ghozali PK, pengarang telah mengemukakan beberapa pencemaran alam sekitar yang terdapat di dalam novel ini. Antara pencemaran yang terdapat di dalam novel ini ialah pengondolan bukit dan hutan di dalam novel ini dapat dilihat pada petikan di bawah: dulu ketika kerja-kerja menggondol hutan dan bukit berjalan, jalan itu pecah-pecah di sana sini akibat di lanyak lori-lori hantu. Novel Daun, 2008: 130) Pengondolan bukit dan hutan memberikan kesan yang besar terhadap sesebuah kawasan. Sekiranya bukit dan hutan selalu digondol, ini akan menyebabkan keadaan di sesuatu tempat akan menjadi lebih panas. Hal ini disebabkan alam hijau tidak lagi kelihatan dan menyebabkan keadaan menjadi panas. Sealain itu, penggondolan bukit dan hutan akan menyebabkan banjir lumpur. Kita sebagai manusia sepatutnya berfikir dengan teliti mengenai aktiviti penggondolan yang berlaku di negara kita. Selain itu, pengarang juga menyelitkan juga mengenai aktiviti pembalakan yang membimbangkan di dalam novel ini. Aktiviti pembalakan ini melibatkan oleh orang-orang kenamaan seperti YB Megat Hamidi. Hal ini dapat dilihat pada petikan dibawah: penebangan balak di hutan simpan itu beberapa tahun yang lalu menimbulkan semacam krisis politik dan pentadbiran daerah. BPR turut campur tangan menyiasat jabatan hutan (Nov el Daun, 2008: 131) ...apabila Sifar menanyakan secara sopan kepada YB Megat Hamidi di kedai kopi Kadeer, mengenai aduan kedapatan syarikat mengambil balak secara haram dan merosakkan pembukitan yang merupakan kawasan tadahan, Yb marah-marah meminta bukti el Daun, 2008: 313) Kesan pembalakan ini juga merupakan sesuatu aktiviti yang amat membimbangkan. Ini kerana kesan aktiviti haram ini memberikan kesan yang buruk terhadap masyarakat. Akibat daripada aktiviti pembalakan air sungai tercemar. Ini menyebabkan air sungai menjadi keruh 33

(Nov

sehingga menyebabkan penduduk kampong tidak boleh menggunakan air sungai seperti dahulu lagi. Hal ini dapat dilihat pada petikan dibawah: penduduk kampung tidak lagi boleh mandi manda dan membasuh disitu. el Daun, 2008: 131) (Nov

Selain pencemaran air, ekosistem haiwan tutur terjejas. Ini kerana apabila sungai tercemar dan menjadi keruh, hidupan akuatik tidak mendapat keselesaan di dalam habitatnya. Hal ini dapat dilihat pada petikan dibawah: agaknya air tanah bukit yang terbungkis bukan sahaja mengotorkan air sungai, bahkan merosakkan tempat ikan mengawan. (N ovel Daun, 2008: 131) menyebabkan keadaan sesuatu kawasan menjadi lebih panas berbanding di kawasan lain. Hal ini terjadi kerana, akibat dari pembalakan haram, tiada lagi keindahan hijau di tempat tersebut.

5.0

KESIMPULAN

Novel Daun membawa pembaca untuk melihat unsur-unsur alam yang memiliki pelbagai peranan dan simbol-simbol tertentu. Menerusinya juga, pembaca didedahkan tentang kepentingan juga tanggungjawab manusia sebagai khalifah di bumi Allah terhadap alam sekitar yang dipertontonkan menerusi pelukisan watak perwatakan oleh pengarangnya. Dalam alQuran telah dijelaskan bahawa bumi ini dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai sebuah hamparan dan mempunyai permukaan yang lembut supaya senang manusia menjalankan aktiviti pertanian, mendirikan bangunan memecahkan tanah untuk membuat jalan-jalan dan sebagainya. Hal ini dijelaskan dalam firmanNya yang bermaksud : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya) Surah al-Mulk (67) : 15. Tugas ini melibatkan perhubungan manusia dengan manusia lain dan hubungan manusia dengan makhluk cipataan Allah yang lain termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam sekitar dan sebagainya. Justeru itu, dalam usaha manusia membina tamadun dan memajukan kehidupannya, terdapat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara. Dalam hal ini, manusia tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengeksploitasi sumber alam sehingga berlakunya pembaziran dan kerosakan. Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan. Justeru itu, manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia

BIBLIOGRAFI 34

Arbaie sujud et al.Sastera Melayu Suatu Penghantar. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd, 2010 H. Mahmud Yunus. Tafsir Quran Karim. Klang: Klang Book Centre, 1998 Mana Sikana. Teori Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd,1998, hlm. 176. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim. Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993. Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 1980 http:// definisi-pengertian. blogspot. http://shafiqe.wordpress. http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-DuniaHari-Ini http://www.Dr Suhaila_com Pembangunan Tamadun dan Kelestarian Alam Sekitar.mht Pengenalan Bahasa Melayu telah memasuki era pemodenan melalui usaha merancang yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya selepas ia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Semenjak itu, usaha pembakuan bahasa Melayu yang merangkumi ejaan, peristilahan dalam pelbagai bidang dan pengemaskinian struktur nahunya, dilaksanakan dengan begitu rapi. Pada tahap ini, bahasa Melayu sesungguhnya sudah pun berjaya diletakkan sebagai bukan sahaja bahasa utama, malah sebagai bahasa yang dapat melosloskan dirinya bersaing dengan bahasabahasa lain di dunia setelah ia dijadikan bahasa ilmu1[1]. Selain itu juga, bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. Menurun perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, sejak tahun 1957. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pula diwartakan pada tahun 1967. Perlembagaan, sebagai undang-undang tertinggi Malaysia menjadi rujukan untuk menjelaskan hakikat bahawa Bahasa Melayu tidak boleh diperlekehkan atau dipinggirkan. Dalam perkembangan mutakhir, bahasa kebangsaan ini bukan sahaja menjadi lambang perpaduan dalam penyatuan kaum di negara ini malah ia terus berkambang dengan pengaruh kuat media penyiaran dalam penyampaian dan penerimaan maklumat dalam kalangan masyarakat tidak dapat disangkal sama sekali. Bidang penyiaran merupakan kuasa yang mampu menghasilkan dan menyebarkan makna sosial, iaitu berupaya menentukan corak pemahaman, pemikiran, sikap, tabiat, dan tindakan masyarakat pendengar terhadap kesedaran berbahasa kebangsaan yang baik, betul dan sopan.Justeru itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa media mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kelangsungan bahasa kebangsaan. Objektif

35

Menerangkan kepentingan dan penggunaan bahasa yang tepat dalam media agar khalayak dapat memahami dan menerima maklumat yang disampaikan oleh penyampai dengan jelas dan mendalam untuk difahami. Membingcangkan aspek-aspek penting dalam media sebagai alat penyebaran maklumat kepada masyarakat agar mengikut landasan yang betul dalam usaha meningkatkan mutu bahasa kebangsaan. Menyatakan kesan-kesan yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa Kebangsaan yang tidak tepat kepada masyarakat dan cabaran-cabaran serta kelemahan yang wujud dalam pengaruh media terhadap kelangsungan bahasa kebangsaan. Kaedah Kaedah yang digunakan dalam menyiapkan kertas kerja ini ialah kaedah kepustakaan. Kaedah ini merupakan hasil dari rujukan ilmiah seperti surat khabar, projek-projek ilmiah terdahulu, majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, tesis, akhbar-akhbar dan sebagainya. Kaedah kepustakaan dilakukan untuk mengumpul maklumat kepada batasan kajian yang dibuat dalam bidang yang dianalisis. Perpustakaan yang terlibat dalam projek ilmiah ini ialah Perpustakaan Universiti Putra Malaysia iaitu dikenali sebagai Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan tempat rujukan lain pula Wisata Minda, Falkulti Bahasa Moden dan Komunikasi.SS Kajian teks juga digunakan ,pengkaji menggunakan sepenuhnya penelitian terhadap pengaruh media terhadap kelangsungan bahasa kebangsaan. Batasan Skop kajian dalam penulisan ini memfokuskan tentang pengaruh media terhadap kelangsungan bahasa kebangsaan dari aspek-aspek tertentu.Penelitian kajian adalah pada aspek cara penyampaian bahasa yang digunakan oleh media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana media mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk masyarakat menggunakan bahasa dengan baik atau sebaliknya. Definisi Konsep Menurut kamus dewan edisi keempat:2007 pengaruh ialah kuasa yang terbit daripada orang (benda dan lain-lain) atas orang (benda dan lain-lain), lain kekuatan batin (ghaib dan lain-lain) yang menggunakan kesan pada orang (lain) dan lain-lain.(halaman 1172) Menurut Kamus Dewan edisi keempat:2007 yang diterbitkan di Kuala lumpur, media adalah alat atau perantaraan komunikasi (perhubungan) seperti radio, televisyen dan akhbar; am pelbagai jenis saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya.(halaman ) Menurut Kamus Dewan edisi keempat:2007 penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, terhadap didefinisikan berkenaan, mengenai, tentang pandangan (halaman 496) manakala kelangsungan adalah perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan.(halaman 887) Menurut Drs. Sitindoan (1984), bahasa adalah lambang bempa bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ucap manusia, mempunyai sistem dan mengandungi erti yang bersifat arbitrer, dopakai oleh manusia dalam kehidupan sebagai alat komunikasi antara sesama untu membentuk, mengungkapkan dan menyampaikan fikiran dan perasaan. Menurut kamus dewan edisi ketiga, bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb). Menurut Kamus Dewan edisi keempat: 2007 kebangsaan adalah yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian dsb.(halaman 122) 36

2.0 Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam Media Bidang penyiaran sudah menjadi sebuah institusi yang mampu menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana media bukan sahaja menyampaikan maklumat semata-mata tetapi ia juga dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu isu dengan jelas dan mendalam, bahkan dapat mengubah pemikiran masyarakat dengan meluas. Namun begitu, terdapat perkara-perkara yang ditegah daripada dibicarakan dalam bidang penyiaran, sama ada di radio atau televisyen. Tegahan ini, adalah kerana segala yang diperkatakan dalam sesebuah rancangan itu, bukan sahaja merupakan wacana awam, iaitu perbincangan yang dapat didengar atau ditonton oleh audiens, tetapi segala perkara yang diperkatakan itu serta cara memperkatakannya menjadi penelitian awam. Hal ini sering kali mengundang dan mencetuskan pelbagai kontroversi, sama ada yang bersifat politik, sosial, budaya, ataupun moral. 2.1 Kepentingan Bahasa dalam Bidang Penyiaran Bahasa sebagai alat utama yang digunakan oleh bidang penyiaran untuk menyampaikan kandungan sesebuah rancangan dan mesej yang disampaikan oleh media daripada sesebuah rancangan tidak dapat dielakkan dengan pencetusan kontroversi. Keadaan ini terjadi kerana, cara bahasa digunakan untuk mengungkapkan kandungan mesej media itu amat penting. Media elektronik yang merangkumi radio yang menyiarkan percakapan , dan televisyen yang menambahkan elemen visual kepada percakapan itu, sering kali terikat dengan peraturan penggunaan bahasa yang dikenakan oleh sesebuah institusi penyiaran itu. Dalam hubungan ini, badan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad yang dikenali dengan nama TV3 mempunyai rekod prestasi yang agak cemerlang. TV3 telah menggunakan bahasa Melayu sebagai peraturan penggunaan bahasa untuk beberapa waktu (dari sekitar tahun 1988) sehingga Januari 2000 apabila cara penyebutan dan pertuturan bahasa Melayu dalam situasi rasmi atau formal itu dimansuhkan dalam bidang penyiaran. 2.2 Penggunaan Bahasa dalam Bidang Penyiaran Selain apa-apa yang diperkatakan di radio atau televisyen merupakan wacana awam yang sudah tentu menjadi objek penelitian awam, dalam kebanyakan kes, media elektronik juga ialah media langsung , iaitu segala apa yang diperkatakan itu disampaikan dan didengar pada masa perkara dituturkan. Justeru itu, segala apa yang2[2] disampaikan hendaklah mempunyai ciriciri yang boleh didengar daripada pelbagai dimensi. Antaranya ialah topik yang diperkatakan dan bentuk bahasa yang digunakan. 2.3 Bahasa Baik atau Tidak Baik dalam Bidang Penyiaran Dalam kosa ilmu linguistik, menurut Anderson dan Trudgill, dalam buku Bad Language (Dewan Bahasa dan Pustaka September 2002)3[3], bahasa tidak baik (bad language) dikaitkan , antaranya dengan mencarut atau menyumpah, jargon, penyalahgunaan, percakapan cuai, penyebutan yang tidak tepat, nahu yang melanggar norma, kecacatan bahasa bersifat perkauman, slanga, dan penukaran kod atau bahasa campuran.Berikut ialah jenis bahasa (Melayu) tidak baik yang diamalkan oleh sesetengah pengacara Malaysia. Penyalahgunaan ialah penggunaan bentuk bahasa yang melanggar norma penggunaan yang ditetapkan dalam sesuatu bahasa itu. Terdapat beberapa jenis penyalahgunaan bahasa. Jenis

37

penyalahgunaan yang paling menonjol dalam konteks penyiaran dalam bahasa Melayu ialah inovasi atau pembaharuan. Bentuk bahasa Melayu digunakan sebagai sinonim kepada yang sedia ada. Percakapan cuai merujuk kepada bentuk dan penggunaan bahasa yang antaranya merangkumi bunyi, seperti er, aa, mm, dan seumpamanya, serta bentuk seperti apa, apa ini/ itu, apa nama ini/ itu, dan sebagainya. Bunyi dan bentuk bahasa ini yang terlalu acap dalam percakapan seseorang itu boleh memperlihatkan bahawa orang berkenaan berada dalam keadaan yang tidak pasti , menggagau-gagau, dan keliru. Pada tahap suara, penyebutan dikaitkan dengan kualiti suara yang dikaitkan dengan fiturfitur kekal yang sudah menjadi tabiat sebagai ciri suara seseorang itu, sama ada berkualiti sengau atau falseto/ suara palsu dan aksen yang dihubungkan dengan cara penyebutan bunyi bahasa yang diperlihatkan oleh seseorang dari segi nada, kelantangan, intonasi yang lazimnya merupakan warisan linguistik pertuturan sesuatu masyarakat atau komuniti bahasa itu. Kualiti suara sengau sudah tentu boleh memberi kesan negatf kepada percakapan seseorang itu. Nahu ialah hukum dan peraturan penggunaan bahasa yang ditetapkan oleh badab kebahasaan yang berwibawa. Hukum dan peraturan ini dimuatakan antaranya dalam bentuk, seperti panduan sebutan dan ejaan, kamus, dan buku nahu tatabahasa. Bahasa baku merujuk kepadaragam kebangsaansesuatu bahasa itu yang merentasi daerah, yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti dalam sistem pendidikan negara, untuk tujuan penerbitan, dan juga dalam bidang penyiaran. Bahasa baku terdiri daripada dua jenis, iaitu bahasa baku preskriptif dan bahasa baku deskriptif. Bahasa Melayu baku preskriptif harus digunakan semasa seseorang menyediakan pertama, bentuk tulisan yang formal sifatnya, misalnya rencana dalam akhbar, atau pengumuman yang dipaparkan di kaca televisyen, kedua bentuk lisan yang formal sifatnya, seperti bulletin yang dibaca sebagai laporan berita di radio atau televisyen atau ucapan yang disampaikan dan dibacakan daripada manuskrip. Ragam bahasa baku ini hendaklah digunakan dalam proses perapian yang dibenarkan oleh waktu untuk menyediakan sesutu penulisan atau penyampaian yang membolehkan sesebuah rencana, akhbar dan buletin radio dan televisyen itu ditulis, disunting, dan diperkemas serta dimantapkan melalui beberapa draf. Bahasa baku deskriptif ialah ragam yang memperlihatkan serta membenarkan satu lingkungan variasi tentang bentuk, struktur, dan penggunaan bahasa. Ianya bersifat lisan, digunakan secara spontan, dan merupakan ragam bahasa yang lebih neutral jika dibandingkan dengan bahasa baku preskriptif yang lazimnya merupakan sebuah teks atau skrip. Keadaan spontan dengan sifatnya yang langsung dan seta merta itu lazimnya tidak membenarkan proses perapian dibuat terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Sekiranya waktu membenarkan, proses perapian juga hendaklah dilakukan terhadap maklumat yang bakal disampaikan. Kecacatan bahasa merujuk kepada sebarang kekurangan yang bersifat sistematik (berulangan) semasa bertutur, mendengar, menulis, dan membaca. Ia wujud pada beberapa tahap daripada yang tidak serius kepada serius. Kecacatan bahasa yang pertama , gagap, iaitu kegagalan menyebut bunyi bahasa tertentu dalam keadaan berterusan, kedua, menghidung iaitu bertutur dengan keadaan sengauan setiap waktu, dan ketiga, bibir sumbing, iaitu kerabitan pada bibir atas yang mempengaruhi penghasilan bunyi bahasa dan biasanya diikuti oleh masalah menghidung. Slanga ialah penggunaan bentuk bahasa yang lazimnya tidak digunakan dalam wacana formal. Slanga banyak digunakan dalam interaksi bersahaja antara mereka yang mengenali satu sama lain dan intim pula hubungan mereka, disamping menganggotai satu kumpulan yang sama, misalnya berada dalam golongan yang sebaya dari segi usia, dan melakukan pekerjaan yang sama di tempat yang sama. Namun begitu, slanga dianggap rendah martabatnya iaitu bentuk dan penggunaan bahasa yang berada di bawah paras stilistik yang paling neutral, iaitu di bawah paras tahap bahasa formal yang paling rendah. Secara lazimnya ia digunakan dalam situasi tak formal. 38

Oleh hal yang demikian, penggunaan slanga tidak boleh digunakan sebagai satu corak penggunaan bahasa dalam media, walaupun kini sudah ada yang mengamalkan gaya tak formal jika dibandingkan dengan era awal perkembangannya. Hal ini demikian kerana, pihak media dalam apa-apa bentuk cara orientasinya, sama ada sebagai stesen penyiaran pemerintahan atau stesen penyiaran swasta, masih merupakan sebuah institusi formal. Justeru itu, bidang penyiaran selagi menjadi sebuah institusi, penyiaran harus sentiasa bersifat formal, dan dalam konteks perbincangan kita, formal dari segi penggunaan bahasa. Kolokialisme atau bentuk bahasa kolokia atau basahan ialah strategi kebahasaan lain untuk tujuan penjalinan persahabatan. Kolokialisme merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam percakapan tak formal, dan tidak dianggap sebagai bentuk eksplisit atau formal yang membolehkannya digunakan dalam wacana atau interaksi rasmi. Kolokialisme yang digunakan mudah difahami oleh hampir semua orang dalam sesuatu komuniti bahasa, sering juga digunakan dalam bidang penyiaran. Tidak seperti kolokialisme, slanga tidak selalu difahami oleh semua orang walaupun mereka menganggotai komuniti bahasa yang sama. Penukaran kod merujuk kepada penggunaan dua atau lebih bahasa atau kelainan bahasa dalam wacana yang sama. Penukaran kod boleh berlaku pada tahap perkataan, frasa, ayat, dan wacana. Seperti penggunaan slanga dalam media elektronik, penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris oleh pengacara media elektronik bukan sahaja merupakan bahasa Melayu yang tidak baik, tetapi lebih serius memperendah tahap stilistik bahasa Melayu yang tinggi, dan sekali gus mencemarkan bahasa Melayu.4[4] Perbezaan dan pengasingan yang definitive harus dibuat tentang fenomena penukaran kod bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang semakin berleluasa sehingga mula menjadi kebudayaan kebangsaan. Kita harus membezakan dan mengasingkan penukaran kod yang berlaku dalam situasi tak formal, seperti sewaktu membincangkan satu isu negara dalam forum yang disiarkan secara langsung di televisyen. 2.4 Implikasi Penggunaan Slanga dan Penukaran Kod terhadap Bahasa Kebangsaan Identiti dan beberapa masalah sosial adalah antara implikasi yang wujud daripada penggunaan slanga dan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris, baik dalam bidang penyiran mahupun di luar bidang ini. Slanga dan penukaran kod yang banyak berlaku dalan situasi rasmi atau formal, mempunyai kesan negative terhadap identiti kebangsaan. Identiti kebangsaan ditonjolkan daripada dimensi kebahasaan, khususnya dalam konteks pemantapan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, merupakan identity yang tidak utuh akibat dicemari oleh bahasa-bahasa lain. Selain identiti yang tidak utuh itu, kedua-dua amalan kebahasaan ini juga member kesan negative terhadap kebudayaan kebangsaan. Implikasi negative pertama adalah terhadap imej negara dari sudut tanggapan, iaitu kesan negatif yang tercatat pada fikiran dan perasaan setelah mendapati bahasa Melayu tercemar , dan reputasi, iaitu anggapan rendah terhadap kualiti bahasa Melayu setelah mendapatinya dicemari. Kedua wujudnya keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat akibat kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai, dan cirri-ciri unggul pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

2.5 Pengacara Media Elektronik Selaku Strategis Bahasa Melayu

39

Dalam memantapkan bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, khususnya dalam bidang media, selain badan-badan kebahasaan, dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia selaku agensi rasmi dan utama yang terlibat dalam usaha dan tindakan pengembangan taraf dan imej bahasa Melayu, strategis bahasa Melayu, seperti yang dinyatakan oleh Weinstein dalam jurnal World politic [1979:31(3)], perlu dan harus ikut serta dalam kempen pemantapan ini. Strategis bahasa Melayu mampu mengatur strategi untuk memantapkan bahasa Melayu melalui para penulis, penterjemahan, sasterawan, penerbit dan editor, serta golongan atau penggiat persuratan melayu yang lain. Mereka ini bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu dalam kegiatan tugas harian, tetapi juga mampu membawa inovasi bahasa dan linguistik terhadap bahasa Melayu secara langsung, dengan memberi tumpuan yang padu pada penggunaan bahasa Melayu dari segi kualiti dan kuantiti, iaitu bahasa Melayu yang luas, untuk mempromosikan antaranya kepentingan politik, sosial, budaya moral, dan intelek bahasa Melayu. Selain itu juga, strategis bahasa Melayu mempunyai pengaruh yang kuat daripada beberapa pihak yang lain kerana mereka berpengaruh untuk mengubah nilai bahasa Melayu kepada lambang kekuasaan dengan menyelitkan nilai positif, pertama, penggunaan bahasa Melayu yang baik, misalnya dalam mengacarakan sesuatu majlis, mengendalikan sesuatu rancangan radio, menulis laporan dan sebagainya. Kedua, penggunaan bahasa Melayu yang indah melalui penggunaan kata-kata aslinya semasa mencipta sajak, menulis surat rasmi, dan menyampaikan rancangan di radio atau televisyen. Ketiga, penggunaan bahasa Melayu yang murni iaitu tidak dicampur aduk dengan bahasa Inggeris dalam komunikasi lisan formal sewaktu, misalnya berucap dikhalayak dalam majlis rasmi, mengendalikan sesuatu rngcangan di radio dan televisyen. Bidang penyiaran mempunyai peranan penting dalam struktur sosial masyarakat dan Negara kerana bidang penyiaran boleh member pendidikan sosial tentang bahasa Melayu yang baik, yang seharusnya dijadikan peraturan penggunaan bahasa oleh semua stesen penyiaran di Negara ini.Tindakan begini sudah tentu dapat membantu usaha pemantapan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 3.0 Sikap Media dalam Menggunakan Bahasa Bahasa rojak merupakan percampuran dengan bahasa-bahasa lain. Kini, kebanyakan media banyak dipengaruhi dengan bahasa rojak. Dari sudut rancangan televisyen, sebahagian besar rancangan televisyen Malaysia menggunakan bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Drama terbitan TV3 paling banyak menggunakan bahasa rojak jika dibandingkan dengan drama terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama terbitan RTM lebih berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku walaupun kedengaran agak janggal dalam konteksrealiti sosial. Usaha karyawan seni yang menghasilkan drama televisyen menggunakan bahasa Melayu baku patut dipuji. Hal ini kerana mereka cuba meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang bernilai ekonomi. Sekiranya bahasa Melayu digunakan dalam keseluruhan drama tidak ada cacat celanya kerana walaupun dialog yang diujarkan seolah-olah dibuat-buat. Sungguhpun demikian, karyawan yang tidak menggunakan bahasa Melayu baku dalam drama, tidak boleh dianggap merosakkan bahasa Melayu. Dari sudut yang lain, program hiburan televisyen dan radio seolah-olah memperlekehkan bahasa kebangsaan dengan sewenang-wenangnya. Sebahagian besar perantara atau hos rancangan hiburan televisyen tidak mempunyai kesedaran terhadap bahasa kebangsaan. Bahasa filem tidak terdapat dalam rancangan hiburan telavisyan, berbanding dengan drama. Rancangan hiburan televisyen bergantung pada bahasa ujaran sebagai wahana. Oleh hal yang demikian, rancangan hiburan televisyen mesti mengutamakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam rancangan hiburan. Penggunaan bahasa kebangsaan di stesen radio, swasta adalah sangat mengecewakan. Ada 40

sesetengah penyiar radio tanpa rasa bersalah menggunakan bahasa rojak apabila ke udara. Hal ini membuktikan bahawa mereka tidak endah dan peka terhadap fungsi dan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Apabila stesen radio yang mewajarkan penggunaan bahasa rojak ini berjaya meraih popularitya dalam kalangan pendengar, hal ini seolah-olah menjadi formula yang perlu diaplikasikan oleh stesen radio yang lain. Jika media cetak, khususnya media arus perdana sentiasa disarankan supaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul, seharusnya juga saranan yang sama diberikan kepada stesen radio dan penyiar radio.5[5] Menurut ucapan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam penyiar media elektronik suka merojakkan bahasa? yang ditulis oleh Ismail Restu, beliau menyatakan bahawa orang ramai perlu bekerjasama dengan memberikan maklumat kepada beliau jika ada juruhebah, penyiar, pengacara, dan penulis skrip menyalahgunakan bahasa kebangsaan atau menggunakan bahasa rojak.Hal ini demikian kerana orang ramai perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul. Oleh hal demikian, penyalahgunaan bahasa kebangsaan dapat dikurangkan jika tidak dapat dihapuskan. Beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak mematuhi nasihat yang telah diberikan. Sikap berhati-hati dalam menjalankan tugas agar tidak menggunakan dan menyuburkan bahasa rojak ke seluruh pelosok negara perlu diterapkan kepada pihak media agar masalah ini dapat diatasi.6[6] 4.0 Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Media dari Sudut Akademik Media merupakan salah satu sumber yang telah membawa perubahan secara langsung dalam penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam arus pemodenan dan perkembangan teknologi kini , tidak dapat dinafikan lagi bahawa media telah berjaya dibuktikan melaui penyelidikan sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam suasana pengajaran. Media menjadi salah satu alat bantu untuk memudahkan penyampaian pengajar dan juga meningkatkan tahap penerimaan pembelajaran kepada pelajar. Penggunaan bahasa yang betul bukan sahaja memudahkan proses penyampaian tetapi dapat membantu dalam penerimaan pembelajaran yang tepat7[7]. Petikan dalam Dewan Bahasa :Disember2004:Pengajaran dan Pendidikan Bahasa pengajaran bahasa menggunakan mel elektronik dan CD-ROM harus menjadi perkara lumrah dalam dunia pendidikan hari ini. Pelajar dapat memproses dokumen dalam komputer. Penggunaan CD-ROM dalam gambar digital untuk mengenali peribahasa menjadi perkara biasa atau pengayaan Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Jyh WeeSew dalam tulisanya,dari Kertas Ke Skrin.8[8] Selain itu juga, dalam perkembangan media elektronik dengan adanya kecanggihan teknologi, pembelajaran berbentuk e-pembelajaran telah diwujudkan. Kaedah ini boleh menyokong dan menambah baik pembelajaran sepenuh masa di kampus seperti pembelajaran jarak jauh. Tenaga pengajar boleh meletakkan bahan-bahan pengajaran secara atas talian untuk dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa sahaja. E-pembelajaran ini juga dapat memberi pendekatan baru kepada pelajar kerana boleh berinteraksi secara perbincangan atas talian. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan tahap pengguasaan bahasa Melayu yang baik antara pelajar dan pensyarah semasa berinteraksi walaupun tidak bersemuka seperti di dalam kelas9[9]. Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam media penyiaran bukan sahaja dapat

41

menyatupadukan bangsa serta menyalurkan dan mempertahankan budaya yang unggul malah ia dapat menyampaikan pembelajaran dan pembelajaran. 5.0 Cabaran dan Kelemahan-kelemahan Media dalam Pembinaaaan Bahasa Melayu Kini, kita perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa media massa telah berjaya, dalam beberapa bidang, berusaha untuk menjulang martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini. Walau bagaimanapun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini dilaksanakan, terdapat beberapa kelemahan yang boleh melembabkan proses perkembangan kemahiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi negara ini. 5.1 Mewujudkan media massa yang berkemampuan menjadi tonggak kemegahan bahasa Media menggunakan bahasa Melayu yang mempunyai landasan yang cukup untuk memperkukuhkan kedudukan dan pengaruhnya kepada khalayak Negara ini dengan menghasilkan terbitan-terbitan yang lebih bermutu untuk meningkatkan mutu pemikiran masa hadapan. Namun demikian prestasi media massa ini sesetengahnya masih tidak berbeza daripada dahulu dari segi menjangkaukan pengaruhnya kepada kumpulan etnik yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah. Kajian Kebiasaan dan Kecenderungan Membaca (1983) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Universiti-universiti di Malaysia menunjukkan bahawa pola pembacaan media massa masih lagi terikat pada pola bahasa ibunda kumpulan-kumpulan etnik negara ini. Berdasarkan kenyataan tersebut terdapat andaian dapat dibuat iaitu penerbit-penerbit media cetak berbahasa Melayu yang kurang berupaya menarik perhatian orang ramai untuk menghayati pendekatan penggunaan bahasa Melayu yang kurang kreatif dan kurang mantap, pengelolaan penyuntingan yang lemah dan tidak kreatif. Hal ini, akan menyebabkan golongan etnik bukan Melayu kyang kurang mahir penguasaan bahasa Melayu, mungkin akan memilih media cetak berbahasa Inggeris sebagai bahan bacaan gantian, terutama di kalangan mereka yang berpelajaran tinggi. 5.2 Masalah Pengedaran Maklumat Dalam kajian kebiasaan dan kecenderungan membaca terdapat satu penemuan yang menarik apabila responden menyatakan bahawa mereka tidak terdedah kepada mana-mana media cetak atau peringkat pendedahan mereka kurang untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan. Untuk menyedarkan orang ramai terhadap kemantapan dan keagungan bahasa kebangsaan, para penerbit perlu menyebarkan penerbitan-penerbitan meraka di semua daerah, ceruk dan rantau Negara ini dalam tempoh yang cepat. Dalam keadaan sekarang kawasankawasan seperti pantai timur dan di utara, terutamanya di kawan pedalaman, didapati amat sukar untuk mendapatkan bahan bacaan dari pusat(ibu kota dan Bandar-bandar lain). Kadangkala jumlah yang diedarkan gagal menampung keperluan di satu-satu kawasan. Pada masa yang sama agak lebih mudah mendapatkan terbitan-terbitab bahasa lain kerana majalahmajalah bahasa asing masih lagi membanjiri kedai-kadai buku dan tempat pengedar di seluruh pelosok Negara.10[10] 5.3 Kelalaian Tanggungjawab Media Massa dalam Menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Pihak media massa gagal menterjemahkan berita-berita dan rencana-rencana dalam bahasa asing, terutamanya dalam bahasa Inggeris yang terdapat dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu adalah lemah dan dibuat mengikut sesuka hati sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya ketidaksamaan dalam penggunaan satu-satu istilah serta ejaan dalam terbitan-terbitan media am. Sekiranya perkara ini tidak dielakkan, kekeliruan dan kesilapan

42

menggunakan bahasa Melayu dalam media cetak Negara ini kemungkinan berlakunya penerusan dalam menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul pada masa akan datang. Selain itu, sekiranya penerbit-penerbit media di Malaysia tidak menghiraukan tanggungjawab pembinaan dan penggunaan bahasa Melayu yang betul sebagai salah satu tanggungjawab yang utama, maka harapan untuk melihat perkembangan penggunaan bahasa ini pada masa depan akan malap. Beberapa kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam media cetak berbahasa Melayu di Negara ini yang telah dipersetujui dalam perbincangan Bengkel Bahasa Melayu dalam Media Am ialah, pertama para pemberita atau wartawan hamper tidak diberi latihan sama sekali tentang ejaan, istilah, dan tatabahasa Melayu (jika ada pun dalam jumlah yang kecil). Kedua pula kelemahan dari segi terjemahan bahasa asing ke bahasa Melayu, para penterjemah sebahagian besarnya tidak memahami prinsip terjemahan dan tidak menguasai bahasa asal terjemahan itu dengan memuaskan. Kelemahan-kelemahan lain yang amat ketara dalam media cetak berbahasa Melayu ialah dari segi penyuntingan, sama ada menyunting tulisan-tulisan yang dibuat olah para pemberita sendiri mahupun tulisan-tulisan yang disumbangkan oleh penulis-penulis luar. Secara tidak langsung para penyunting seolah-olah tidak bertanggungajawab dalam menentukan mutu hasil tulisan yang disiarkan melalui suran khabar dan majalah-majalah terbitan mereka, sama ada dari segi penggunaan bahasa mahupun ketepatan isinya. Secara langsung kelemahan-kelemahan umpama ini mempengaruhi pandangan pembaca melayu mahupun bukan melayu terhadap kemampuan bahasa Melayu dan terbitan-terbitan dalam bahasa Melayu. PENUTUP 6.0 Kesimpulan Media merupakan alat perantaraan yang berkuasa mempengaruhi masyarakat umum. Oleh itu pihak media terutama, penyampai, penyiar, pengacara dan penulis skrip haruslah mempuyai rasa sayang dan cintakan bahasa kebangsaan agar mereka dapat membentuk serta mempengaruhi pemikiran, sikap, tabiat, dan tindakan pendengar terhadap kesedaran bahasa kebangsaan yang baik dan sopan. Hal ini demikian kerana tugas dan peranan juruhebah, penyiar, pengacara, dan penulis skrip bukan sahaja menyampaikan maklumat dan menghiburkan khalayak, malah mereka juga bertanggungjawab memainkan peranan utama, mendidik masyarakat supaya menjadi masyarakat yang berilmu, prihatin dan bijaksana. Semoga pada masa akan datang tidak akan timbul lagi penyalahgunaan bahasa kebangsaan yang tidak baik dalam media seperti penggunaan bahasa rojak, percampuran kod, bahasa slanga, pengacara tidak bertanggungjawab memartabatkan bahasa kebanngsaan dan sebagainya. Sekiranya media tidak serius memandang usaha untuk meninggikan martabat bahasa Melayu ini, masa depan parkembangan bahasa kebangsaan negara ini amat meragukan malah dapat mencemarkan dan merosakkan bahasa Melayu keseluruhannya. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa kebangsaan bukanlah menjadi tanggungjawab media sahaja dalam meninggikan martabatnya tetapi penggunaan bahasa kebangsaan secara berhemah dan bijaksana menjadi tanggungjawab semua pihak apatah lagi apabila penggunaannya disalurkan melalui media penyiaran yang sangat kuat pengaruhnya. 6.1 Saranan Memandangkan perkembangan media di Malaysia berlaku dengan begitu cepat, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menubuhkan satu unit rujukan dan kerjasama dalam mengawasi penggunaan bahasa Melayu dalam media. Selain itu, pusat-pusat latihan media massa perlu memberi latihan kepada pemberita, wartawan, penulis-penulis skirp, penyunting dan pihak yang terlibat dari segi ejaan, istilah, tatabahasa, prinsip terjemahan, dan penyuntingan agar hasil penyiaran mahupun maklumat tulisan yang disiarkan melalui terbitan mereka bermutu dan sesuai untuk disampaikan kepada 43

masyarakat. Rancangan Televisyen Malaysia dan juga TV3 dicadangkan supaya mempercepat usaha mereka dalam menambahkan jumlah rancangan-rancangan terbitan dalam Negara yang berbahasa Melayu untuk tujuan siaran.

BIBLIOGRAFI 1. Lim Swee Tin.2006.Nilai Ekonomi Bahasa Melayu:Masihkah Menjanjikan Pulangan dalamEra Globalisasi. Dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 2. Teo Kok Seong .2002.Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam Bidang Penyiaran.Dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 3. Ku Seman Ku Hussai.2007.Sikap Bahasa Dalam Media Penyiaran.Dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 4. Ismail Restu.2007.Penyiar Media Elektronik Suka Merojakkan Bahasa?.Dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 5. Zarina Samsudin.2009.Media Penyiaran Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.Dalam http:www.geocities.com: 6. Jyh Wee.s2004.Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Multimedia dalam Revolusi Pendidikan Bahasa.Dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 7. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Prasanna a/l Ramakranan, Mohd Nor Mamat, Siti Rahayu Abdul Aziz dan Nurul Hidayah Mat Zin.2007. Mod Pembelajaran Elektronik (E-Learning) salah satu Teknik Pembelajaran Berkesan:Model UITM.Dalam Seminar Kebangsaan Sains Sosial.Serdang: 8. Asiah Sariji.2006.Media Massa dalam Pembinaan Bahasa Melayu.Dalam http://www.kongresbahasa.org: 9.Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.1983. Laporan Kajian Kebiasaan dan Kecenderungan Membaca.Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur: 11[1] Lim Swee Tin.2006.Nilai Ekonomi Bahasa Melayu:Masihkah Menjanjikan Pulangan dalam Era Globalisasi, dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 6) 12[2] Teo Kok Seong .200. .Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam Bidang Penyiaran,dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 17)

13[3] Teo Kok Seong.2002.Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam Bidang Penyiaran,dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 17)

44

14[4] Teo Kok Seong .2002.Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam Bidang Penyiaran,dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 20-21) 15[5] Ku Seman Ku Hussai.2007.Sikap Bahasa Dalam Media Penyiaran, dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 16-17) 16[6] Ismail Restu.2007.Penyiar Media Elektronik Suka Merojakkan Bahasa?,dalam Dewan Bahasa.Kuala Lumpur:(halaman 27) 17[7] Zarina Samsudin.Media Penyiaran Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran 18[8] 2004.Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Multimedia dalam Revolusi Pendidikan Bahasa.Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: 19[9] Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS).2007. Mod Pembelajaran Elektronik (E-Learning) salah satu Teknik Pembelajaran Berkesan:Model UITM.Seminar Kebangsaan Sains Sosial.Serdang:(halaman 27) 20[10] Asiah Sariji.Media Massa dalam Pembinaan Bahasa Melayu.

45

Вам также может понравиться