Вы находитесь на странице: 1из 3

BUKU LOG PENGAKAP (BAHAGIAN 1)

Perhatian kepada semua pelajar, anda dikehendaki menyediakan dua jenis buku
log. Pertama adalah BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA, dan
buku log yang kedua adalah BUKU LOG PERIBADI PENGAKAP REMAJA. Apakah
perbezaan di antara kedua-dua buku log ini?

BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA merupakan buku log yang
mencatatkan semua nota-nota pengakap remaja bermula dengan:

 Lencana Keahlian

 Lencana Jayadiri

 Lencana Kemahiran

 Lencana Kegiatan

 Lencana Ekspedisi

 Lencana Perkhidmatan

BUKU LOG PERIBADI PENGAKAP REMAJA merupakan buku log khas yang
dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu rekod secara bertulis, gambar foto dan
sijil-sijil pengakap. Keterangan mengenai buku log ini akan diterangkan secara
terperinci dalam Nota Lencana Jayadiri kemudian.

Oleh yang demikian, semua pelajar dikehendaki menyediakan buku log yang
pertama dahulu iaitu BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA.
Sila ikuti arahan di bawah:

1. Kamu dikehendaki membeli buku log yang baru. Buku log pengakap muda
(Tingkatan 1 hingga 3) tidak dibenarkan untuk digunakan.

2. Belilah buku log yang bersaiz buku tulis, berkulit tebal dan mempunyai
muka surat 100-200 helai. Jangan beli buku log bersaiz panjang.

3. Balut buku log kamu dengan sampul plastik lutsinar supaya kalis air dan
tidak basah sekiranya terkena air.

4. Pada kulit depan, tuliskan seperti berikut:

(i) BUKU LOG LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA

(ii) Nama Penuh : XXXXX bin XXXXX

(iii) Kad Pengenalan : XXXXXX – XX – XXXX

(iv) Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

(v) Kumpulan 80

(vii) Nama Patrol : XXXXX XXXXX


5. Anda boleh menaip butir-butir di atas atau menulis dengan pen/marker
untuk kulit hadapan di atas.

6. Di bahagian dalam buku log, catatkan semua butir-butir yang telah


diberitahu oleh Cikgu Eady ketika perjumpaan pada hari Rabu 8 Julai 2009.

7. Setelah itu, pada helaian baru, lukiskan lencana keahlian dengan


menggunakan pensel (dan jika boleh diwarnakan) dan tuliskan tajuk
helaian itu sebagai LENCANA KEAHLIAN sama ada pada atas atau di
bawah gambar lencana keahlian tersebut. Anda juga boleh menampal
gambar lencana keahlian ini.

8. Muat turun nota-nota pada laman blog saya di :

http://cikgu-wyre.blogspot.com/2009/07/nota-lencana-keahlian-
pengakap.html

9. Muat turun hendaklah disimpan dalam bentuk Microsoft WORD iaitu


format .doc

10.Lukis dengan pensel atau pen hitam mana-mana lukisan yang ada. Anda
dibenarkan untuk fotostat lukisan tersebut dan menampalnya di dalam
buku log.

11.Salin nota-nota tersebut mengikut susunan topik, iaitu bermula dengan


Topik 1 dan berakhir dengan Topik 7.

12.Untuk Topik 2 (Prinsip Rukun Negara), saya membenarkan anda untuk


mengambil nota-nota penting sahaja dalam huraian Rukun Negara.
Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya adalah lebih baik.

13.Untuk Topik 6 (Sejarah Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), saya


membenarkan anda memilih dan menulis 10 nota dari 18 nota yang
diberikan dalam sub-topik Sejarah Pengakap Malaysia serta memilih dan
menulis 15 nota dari 34 nota yang diberikan dalam sub-topik Sejarah
Pengakap Dunia. Walaupun demikian, jika anda menyalin kesemuanya
adalah lebih baik.

14.Untuk Topik 3 (Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Dunia), anda


dikehendaki mewarnakan lambang-lambang tersebut. Anda juga boleh
mencetak lambang-lambang tersebut dan menampalkannya di dalam
buku log.

15.Salin semua nota dalam Topik 1, 3, 4, 5 dan 7 tanpa meninggalkan satu


perkataan pun. Lukis dengan pensel semua lukisan atau menampalkannya
ke dalam buku log.

16.Anda DILARANG menampal nota cetakan atau fotostat ke dalam buku log.
Anda hanya dibenarkan menampal gambar sahaja ke dalam buku log
anda.
17.Serahkan kepada saya atau Encik Azimy atau Encik Eady atau Encik Rizaki
atau Encik Saiful apabila anda sudah menyiapkan buku log bahagian
pertama ini.

18.Buku log anda akan dinilai sebelum anda melaksanakan ujian lencana
keahlian.

19.Sekiranya anda mempunyai masalah, sila berjumpa dengan saya di Bilik


Guru.

ZUWAIRI ABD AZIZ


PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JB

Вам также может понравиться