Вы находитесь на странице: 1из 5

TAHAP 1 (MENGIRINGI PETI UNDI KE TEMPAT SIMPANAN SELAMAT) 1.

Hadir taklimat tugas teliti oleh pegawai zon seperti di mana kedudukan peti undi dan kotak kertas undi dll tugas. 2.Kenalpasti nombor dan jenis kenderaan yang hendak digunakan oleh KTM untuk membawa peti dan kotak kertas undi ke bilik selamat. 3.Kenalpasti KTM yang akan bersamanya mengambil peti undi dan kotak kertas undi di Pejabat SPR untuk disimpan dibilik selamat (bilik kebal,lokap). 4.Sebelum menjalankan tugas pengiring anggota bertugas hendaklah memakai pakaian seragam kemas dengan membawa peralatan tugas seperti senjatapi, walkie talkie, pocket book, station diary dll yang sesuai. 5.Mengambil peti undi. Anggota bertugas bersama-sama KTM ke Pejabat Pengurus Pilihanraya untuk mengambil peti undi dan hendaklah memastikan tindakan berikut diambil; 5.1 Bilangan kotak kertas undi dan peti undi hendaklah diambil/dicatatkan bersama siri nombor daftarnya. Mencatitkan masa/tarikh/tempat kertas/peti undi diambil, nama KTM, nama Pengurus Pilihanraya,jenis serta nombor kenderaan/motobot yang digunakan. 5.2 Memerhati dan mengesahkan peti undi dalam keadaan baik. 5.3 5.4 5.5 5.6 Menentukan bilangan dan nombor siri peti undi. Anggota polis dilarang menyentuh peti undi. Peti undi dan kotak kertas undi hendaklah diiringi ke kenderaan yang disediakan. Peti undi dan kotak kertas undi diletakkan di dalam kenderaan KTM.Pastikan kotak undi diikat dan diletak dengan selamat dalam kenderaan.

6.Anggota eskot menaiki kenderaan bersama peti undi/KTM. 7.Eskot mesti ikut seberapa rapat yang mungkin dengan kenderaan yang membawa peti undi. 8.Pastikan kenderaan KTM tidak hilang dari pandangan

anggota eskot. 9.Pastikan KTM mengikut jalan yang telah ditentukan oleh KPD. 10.Jika tidak mengikuti jalan yang ditetapkan @ berhenti @ berjumpa dengan sesiapa catitkan tempat yang berhenti, siapa dijumpai,kenapa berhenti, masa berhenti dan berapa lama berada di tempat tersebut. Anggota eskot boleh menasihatkan KTM mengikut arah laluan yang betul yang telah ditetapkan dan hendaklah memaklumkan DCC tentang sebarang perubahan laluan. 11.Apabila sampai ke tempat simpanan selamat (bilik kebal,lokap polis) pastikan anggota pengirng mengiringi peti undi ke tempat simpanan selamat dan anggota lain pula menunggu/mengawal kenderaan yang masih mempunyai peti undi. 12.Anggota bertugas juga hendaklah memastikan bahawa bilik simpanan peti undi dalam keadaan benar-benar selamat dan mencatatkan nama pegawai yang menerima kunci bilik tersebut. 13.Harus diingat, adalah menjadi tanggungjawab semua anggota pengirng untuk mencatatkan ke dalam pocket book masing-masing dan station diary tentang sebarang tindakan yang diambil. TAHAP 2 (MENGIRINGI PETI UNDI KE TEMPAT MENGUNDI) 1.Hadir taklimat tugas teliti oleh pegawai zon seperti di mana kedudukan peti undi dan kotak kertas undi ,kenalpasti saluran atau tempat mengundi, Ketua Tempat Mengundi (KTM) / pegawai petugas tempat mengundi, di mana bilik selamat dan pemegang kuncinya, kenderaan yang akan dinaiki, tempoh berlepas, rakan setugas,peralatan yang perlu dibawa dll. 2.Sebelum menjalankan tugas pengiring anggota bertugas bersiapsedia dengan pakaian seragam kemas dengan membawa peralatan tugas seperti senjatapi, walkie talkie, pocket book, station diary, lampu suluh, gari, makanan bersama bekas memasak, pakaian bermalam secukupnya, kelengkapan keselamatn bot jika melalui sungai. 3.Anggota yang bertugas hendaklah mengenalpasti KTM dan bersama-samanya ke tempat simpanan selamat untuk mengambil peti undi.

4.Bilangan kotak kertas undi dan peti undi hendaklah diambil/dicatatkan bersama siri nombor daftarnya. 5.Kenalpasti nombor dan jenis kenderaan yang hendak digunakan oleh KTM untuk membawa peti dan kotak kertas undi ke tempat mengundi. 6.Mengambil peti undi. Anggota bertugas bersama-sama KTM ke bilik simpanan selamat untuk mengambil peti undi dan hendaklah memastikan tindakan berikut diambil; 6.1 Bilangan kotak kertas undi dan peti undi hendaklah diambil/dicatatkan bersama siri nombor daftarnya. Mencatitkan masa/tarikh/tempat kertas/peti undi diambil, nama KTM, nama Pengurus Pilihanraya,jenis serta nombor kenderaan/motobot yang digunakan. 6.2 Memerhati dan mengesahkan peti undi dalam keadaan baik. 6.3 6.4 6.5 6.6 Menentukan bilangan dan nombor siri peti undi. Anggota polis dilarang menyentuh peti undi. Peti undi dan kotak kertas undi hendaklah diiringi ke kenderaan yang disediakan. Peti undi dan kotak kertas undi diletakkan di dalam kenderaan KTM.Pastikan kotak undi diikat dan diletak dengan selamat dalam kenderaan.

7.Anggota eskot menaiki kenderaan berasingan. 8.Eskot mesti ikut seberapa rapat yang mungkin dengan kenderaan yang membawa peti undi. 9.Pastikan kenderaan KTM tidak hilang dari pandangan anggota eskot. 10.Pastikan KTM mengikut jalan yang telah ditentukan oleh KPD. 11.Jika tidak mengikuti jalan yang ditetapkan @ berhenti @ berjumpa dengan sesiapa catitkan tempat yang berhenti, siapa dijumpai,kenapa berhenti, masa berhenti dan berapa lama berada di tempat tersebut. Anggota eskot boleh menasihatkan KTM mengikut arah laluan yang betul yang telah ditetapkan dan hendaklah memaklumkan DCC tentang

sebarang perubahan laluan. 12.Apabila sampai ke tempat mengundi/saluran, pastikan anggota pengiring mengiringi peti undi ke tempat peti undi yang hendak diletakkan dan anggota lain pula menunggu/mengawal kenderaan yang masih mempunyai baki peti undi. 13.Harus diingat, adalah menjadi tanggungjawab semua anggota pengirng untuk mencatatkan ke dalam pocket book masing-masing dan station diary tentang sebarang tindakan yang diambil.

TAHAP 3 ( TUGAS PENGIRING KE PUSAT PENJUMLAHAN UNDI) 1.Setelah pengiraan kertas undi selesai, anggota tugas pengiring mengambil tempat paling dekat dengan peti undi dan menyaksikan ke semua kertas undi dimasukkan semula ke dalam peti undi.Semua peti undi dimeteri/dikunci dengan sempurna dan selamat. 2.Membuat pengesahan di atas borang yang disediakan. 3.Mengiringi peti undi ke kenderaan yang telah disediakan untuk ke tempat penjumlahan undi. Anggota lain pula menunggu/mengawal baki peti undi. 4.Kenalpasti nombor dan jenis kenderaan yang hendak digunakan oleh KTM untuk membawa peti dan kotak kertas undi ke tempat mengundi. 5.Mengambil peti undi. Anggota bertugas bersama-sama KTM ke bilik simpanan selamat untuk mengambil peti undi dan hendaklah memastikan tindakan berikut diambil; 5.1 Bilangan kotak kertas undi dan peti undi hendaklah diambil/dicatatkan bersama siri nombor daftarnya. Mencatitkan masa/tarikh/tempat kertas/peti undi diambil, nama KTM, nama Pengurus Pilihanraya,jenis serta nombor kenderaan/motobot yang digunakan. 5.2 Memerhati dan mengesahkan peti keadaan baik. 5.3 5.4 undi dalam

Menentukan bilangan dan nombor siri peti undi. Anggota polis dilarang menyentuh peti undi.

5.5 5.6

Peti undi dan kotak kertas undi hendaklah diiringi ke kenderaan yang disediakan. Peti undi dan kotak kertas undi diletakkan di dalam kenderaan KTM.Pastikan kotak undi diikat dan diletak dengan selamat dalam kenderaan.

6.Anggota eskot menaiki kenderaan berasingan. 7.Eskot mesti ikut seberapa rapat yang mungkin dengan kenderaan yang membawa peti undi. 8.Pastikan kenderaan KTM tidak hilang dari pandangan anggota eskot. 9.Pastikan KTM mengikut jalan yang telah ditentukan oleh KPD. 10.Jika tidak mengikuti jalan yang ditetapkan @ berhenti @ berjumpa dengan sesiapa catitkan tempat yang berhenti, siapa dijumpai,kenapa berhenti, masa berhenti dan berapa lama berada di tempat tersebut. Anggota eskot boleh menasihatkan KTM mengikut arah laluan yang betul yang telah ditetapkan dan hendaklah memaklumkan DCC tentang sebarang perubahan laluan. 11.Apabila sampai di tempat penjumlahan undi, pastikan anggota pengirng mengiringi peti undi ke tempat peti undi yang hendak diletakkan dan anggota lain pula menunggu/mengawal kenderaan yang masih mempunyai baki peti undi. 12.Setelah peti undi selamat dibawa masuk , anggota pengiring hendaklah mengawal peti undi sehinggalah diserahkan kepada Ketua Pusat Penjumlahan Undi. Semua anggota pengiring dikehendaki standby di luar dewan sehingga mendapat arahan selanjutnya. 13.Harus diingat, adalah menjadi tanggungjawab semua anggota pengirng untuk mencatatkan ke dalam pocket book masing-masing dan station diary serta melaporkan kepada DCC tentang sebarang tindakan yang diambil

Вам также может понравиться