Вы находитесь на странице: 1из 4

BERITA TIP PENULISAN BERKESAN

Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh. Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa? Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan . Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang. Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama. Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana . Apa ? Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita. Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita. Bila ? Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas. Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga. Di mana ? Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa. Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh. Siapa ? Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada. Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga perlu ditulis . Mengapa ? mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku

sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai belum diketahui atau belum ada bukti. Bagaimana? menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa. Peringatan: Soalan jenis peribahasa belum pernah keluar dalam UPSR Soalan Perbincangan Minggu ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda telah menganjurkan Program Maju Diri untuk persediaan UPSR murid murid tahun lima. Anda diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda. Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1 Anda mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita. Langkah 2 Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Langkah 3 Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh berita di bawah ini. PROGRAM MAJU DIRI SEPANG, Ahad Sebanyak 120 orang murid telah mengikuti Program Maju Diri yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang. Kursus yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Menurut Guru Besar sekolah tersebut Encik Baridon bin Bedu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental . Program ini diadakan di pantai peranginan Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 26 Februari 2011 hingga 28 Februari 2011 . Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima

sebagai persediaan menghadapai UPSR 2011. Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman, kata adik Alia Mohamad salah seorang peserta program ini. Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2011, kata Encik Sailan Misran yang ditemui pada hari penutup program. Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Jaluddin Buang . Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk programprogram yang dijangka akan diadakan secara berterusan. Langkah 4 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan. Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspekaspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang . Latihan minggu ini. 1. Tiga orang murid sekolah anda telah menerima surat kepujian daripada pihak polis kerana keberanian dan kejujuran mereka . Anda dikehendaki menulis berita mengenainya untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda. Tuliskan berita itu selengkapnya. 2. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. Andaikan anda pemberita sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang kejadian tanah runtuh tersebut selengkapnya. 3. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan secara besar-besaran di sekolah anda. Tuliskan berita mengenai sambutan tersebut selengkapnya. GLOSARI: Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6. biayai : mengeluarkan wang belanja untuk melakukan sesuatu berbicara : mengeluarkan kata-kata, bercakap mencungap : bernafas dengan kencang (melalui mulut dan hidung) gemilang : bercahaya terang-benderang gemerlapan : chaya yang berkilau-kilauan hening : tidak keruh,sunyi senyap , lengang , tenteram kaget : terkejut , tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yang tidak disangka-sangka kelibat : rupa sesuatu yang kelihatan sepintas lalu . langsung : terus dan tidak berantara,terlanjur, terdorong

nista : kata-kata bertujuan menghina,cercaan, makian

Contoh latihan karangan soalan 1 Sungai Pelek, Sabtu Tiga orang murid , Anuar bin Ahmad , 12, Asraf bin Adnan, 11,dan Amri bin Zainal ,12, dari Sekolah Kebangsaan Rembau di sini telah menerima surat kepujian apabila kerana telah menunjukkan sikap berani ,jujur, dan amanah membantu pihak polis memulangkan sebuah beg yang berisi barang kemas. Menurut Anuar , sewaktu dia bersama rakan-rakannya balik dari sekolah , mereka telah menjumpai beg tersebut di dalam semak di tepi jalan . Mereka tidak menyangka beg itu berisi barang-barang kemas . Kami mengambil beg tersebut ,lalu berpatah balik ke sekolah untuk kami serahkan kepada guru kami. Dalam perjalanan ke sekolah kami diekori oleh dua orang pemuda yang mencurigakan sedang mencari sesuatu di dalam semak di mana kami menemui beg tersebut. Kami menyuruh Anuar melalui jalan pintas dan kami berjalan seperti biasa untuk mengelirukan mereka, terang Asraf dan rakannya . Setelah menceritakan kejadian tersebut kepada Encik Aminuddin bin Samiran guru besar sekolah mereka. Encik Aminuddin terus menghubungi pihak polis. Pihak polis yang kebetulan sedang mengadakan intipan, bertindak pantas memberkas perompak tersebut. Pihak polis menerangkan ,bahawa barang-barang kemas yang bernilai lebih seratus ribu itu , telah dirompak dari sebuah kedai emas di Sungai Pelek, Namun dalam drama kejar-mengejar dengan pihak polis, perompak tersebut telah mencampakkan beg tersebut. Selain menerima sijil kepujian, mereka juga diberi sumbangan peralatan sekolah dan wang saku RM 1000 setiap orang oleh tuan punya kedai emas tersebut. Adalah diharapkan para pelajar dapat mencontohi sikap mereka itu.

Вам также может понравиться