Вы находитесь на странице: 1из 6

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

1.0 Pengenalan Trigonometri merupakan satu cabang khas geometri yang berurusan dengan kajian mengenai segi tiga. Trigonometri kadangkala disebut sebagai trig secara tidak rasmi. Dalam trigonometri, ahli matematik mengkaji perhubungan antara panjang sisi dan sudut di antara sisi-sisi tersebut. Segi tiga tepat ialah segi tiga yang mempunyai satu sudut 90 darjah dan merupakan bahagian utama yang dikaji dalam trigonometri. Perkataan trigonometri selalunya dipercayai berasal dari perkataan bahasa Yunani iaitu trigonon dan metron yang bermaksud segi tiga dan ukuran masing-masing. Trigonometri merupakan sains yang sangat lama yang mungkin telah digunakan dalam bentuk asas di Mesir Purba. Fungsi trigonometri yang pertama telah dirasmikan oleh orang Yunani. Perasmian fungsi trigonometri telah bermula daripada Hipparchus of Bithynia pada sekitar 150 SM. Trigonometri merupakan satu cabang matematik yang sangat penting untuk kehidupan dan bidang-bidang khas. Aplikasi cabang matematik ini dalam kehidupan sangat banyak dan berbagai-bagai. Trigonometri bermula sebagai komponen pengiraan gemetri. Sebagai contoh, satu penyata geometri satah menyatakan bahawa segi tiga boleh ditentukan oleh satu sisi segi tiga dan dua sudut dalam segi tiga. Dalam erti kata lain, kedua-dua sisi yang lain dan sudut lain yang selebihnya dapat ditentukan semasa diberikan satu sisi segi tiga dan dua sudut dalam segi tiga. Selain itu, trigonometri juga sering diaplikasikan dalam bidang astronomi, seni bina, geologi, kejuruteraan, fizik, kimia dan sebagainya. Trigonometri merupakan satu cabang matematik yang sering diaplikasikan dalam kehidupan seharian tanpa disedari oleh orang ramai.

2.0 Definisi Trigonometri Trigonometri merupakan satu cabang khas matematik yang mengkaji tentang sudut dan perhubungan sudut bagi satah dan objek tiga dimensi. Fungsi trigonometri, atau dipanggil fungsi bulat terdiri daripada sinus tangent , dan kotangen , kosekan , kosinus , sekan ,

. Fungsi-fungsi ini menggambarkan nisbah sisi segi tiga , , ,

tepat. Songsangan fungsi-fungsi ini boleh ditandakan sebagai , dan . Perhatikan bahawa notasi kepada kuasa -1.

di sini bermakna fungsi

songsang dan bukannya

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

Fungsi-fungsi trigonometri adalah paling mudah ditakfif dengan menggunakan bulatan unit.

Jadikan

sebagai sebuah sudut yang diukur secara arah lawan jam dari paksi-x sebagai kordinasi mengufuk kepada ditakrifkan sebagai

sepanjang lengkok bulatan. Kemudian, jadikan titik hujung arka, dan

sebagai komponen menegak. Nisbah

. Sebagai hasil daripada definisi ini, fungsi-fungsi trigonometri adalah berkala dengan tempoh . Jadi, ( ) ( ) . Di mana adalah integer dan adalah

fungsi trigonometri. Sebuah segi tiga tepat mempunyai tiga sisi. Sisi-sisi tersebut dapat dikenalpasti secara unik sebagai hipotenus, bersebelahan (adjacent) dengan sudut bertentangan dengan . yang diberikan, atau

Sinus bersamaan dengan opposite dibahagi hipotenus, kosinus bersamaan dengan adjacent dibahagi hipotenus dan tangent bersamaan dengan opposite dibahagi adjacent.

Sebuah mnemonik yang membantu dalam mengingati takrif fungsi trigonometri oh, ah, oa, Soh, Cah, Toa atau SOHCAHTOA.
2

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

3.0 Sejarah Trigonometri Istilah trigonometri berasal daripada gabungan perkataan Yunani, tri bermakna tiga, gono ialah sudut, dan metri ialah pengukuran, iaitu bermaksud pengukuran sudut segi tiga. Trigonometri adalah cabang matematik yang berfungsi sebagai alat utama astronomi. Selain itu, ia juga telah berkembang dalam pelbagai bidang kajian sains seperti ilmu pelayaran, astronomi, dan trigonometri sfera. Trigonometri merupakan satu bidang yang mengajar kaedah mengukur dan menggunakan sudut. Sebelum tulisan dicipta iaitu kira-kira 3100 S.M., negara Mesir purba pada zaman pemerintahan Firaun terkenal dengan bangunan Piramid dan Sphinx. Piramid merupkan bukti yang nyata tentang kepandaian orang-orang Mesir dalam bidang matematik. Apabila hasil penulisan yang terawal direkodkan dan sumber maklumat tentang Mesir purba dicatatkan pada Rhind papyrus yang mengandungi penggunaan kaedah matematik antara 2000-1800 S.M., orang-orang Mesir purba ini telah pun mengetahui dan menggunakan teori tentang nisbah bagi sesendang segi tiga. Boleh dikatakan orang Mesir telah lama mempunyai ilmu tentang pengukuran, terutamanya tentang masalah pengukuran piramid. Orang-orang Babilon telah menggunakan ukuran darjah untuk sudut sejak sekitar 300 S.M. Orang-orang Babilon merupakan orang pertama yang memberikan koordinat untuk bintang. Mereka menggunakan ekliptik sebagai bulatan asas mereka dalam sfera angkasa, iaitu sfera kristal bintang. Matahari bergerak ekliptik, planet bergerak berhampiran ekliptik, buruj zodiak disusun di sekeliling ekliptik, dan bintang utara, Polaris adalah 90 darjah dari ekilptik. Sfera angkasa berputar mengelilingi paksi melalui kutub utara dan selatan. Orang-orang Babilon telah mengukur longitud dalam darjah secara arah lawan jam dari titik vernal seperti dilihat dari kutub utara. Selepas itu, mereka telah mengukur latitud dalam darjah, utara atau selatan dari ekliptik. Pengenalan kepada trigonometri sebagai satu cabang pengajian yang berasingan dan sistematik adalah daripada usaha Hipparchus, seorang ahli astronomi dan matematik berbangsa Yunani. Hipparchus adalah orang yang pertama membina jadual sinus asli dan juga segi tiga bersudut tepat pada abad pertama S.M. Pada abad ke 5, Ptolemy membawa trigonometri secara lebih lanjut dengan mewujudkan jadual kord dengan peningkatan 1 darjah. Ini dikenali sebagai teorem Menelaus yang membentuk asas kajian trigonometri untuk 3 abad yang seterusnya.
3

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

4.0 Sumbangan ahli-ahli matematik dalam Trigonometri Hipparchus (190-120 S.M.) Hipparchus merupakan seorang ahli astronomi dan matematik berbangsa Yunani yang dilahirkan di Nicaea, Turki. Dia merupakan orang yang pertama membina jadual sinus asli dan juga segi tiga bersudut tepat pada abad pertama sebelum masihi. Dia sangat terkenal dengan hasil pencerapannya tentang bintang-bintang yang telah diamatinya dari kepulauan Rhodes pada tahun 146-127 S.M. Hasil pemerhatiannya, sebanyak 850 jenis bintang berjaya disenaraikannya dalam bentuk catalog yang terdiri daripada enam kumpulan berdasarkan peringkat kecerahannya. Pengelasan kumpulan bintang ini masih lagi digunakan oleh ahli astronomi sehingga kini. Hipparchus juga telah menentukan kedudukan garisan latitud dan longitud. Berdasarkan garisan lintang bulatan di permukaan bumi, latitud dan longitud

Menelaus (100-?) Menelaus daripada Alexandria telah menulis Chords in a Circle yang terdiri daripada enam buku yang mengandungi banyak kemajuan dalam bidang geometri sfera dan bebrapa rumus asas untuk menyelesaikan segi tiga sfera. Berikut adalah tiga daripada pencapaiannya: 1) Jumlah bagi kedua-dua sisi sebuah segi tiga sfera adalah lebih besar daripada sisi ketiga manakala jumlah sudutnya adalah lebih besar daripada 180 darjah. 2) Jika dua segi tiga sfera mempunyai sudut yang sama, maka mereka adalah kongruen. 3) Teorem Menelaus telah digunakan oleh orang Yunani untuk membuktikan identiti segi tiga.

Ptolemy (100-178) Kerja matematik terkenal Claudius Ptolemy adalah Mathematike Syntaxis

(Mathematical Collection) yang biasanya dikenali sebagai Almagest. Ia diutamakan kepada kerja-kerja mengenai astronomi yang termasuk teori matematik yang berkaitan dengan astronomi. Ia termasuk jadual trigonometri, jadual kord untuk sudut dari 1/2 darjah hingga 180 darjah dalam pertambahan 1/2 darjah. Kord tersebut telah dibundarkan kepada dua tempat perenampuluhan, kira-kira lima digit ketepatan. Dia juga memasukkan geometri yang diperlukan untuk membina jadual.

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

5.0 Aplikasi Trigonometri dalam kehidupan seharian 5.1 Trigonometri dalam bidang seni bina Dalam seni bina, trigonometri memainkan peranan yang besar dalam penyusunan pelan bangunan. Sebagai contoh, arkitek perlu mengira sudut persilangan bagi komponen struktur untuk memastikan kestabilan dan keselamatan. Beberapa contoh penggunaan trigonometri dalam seni bina termasuk gerbang, kubah, tiang sokongan, dan jambatan gantung. Seni bina merupakan salah satu sektor yang paling penting dalam masyarakat kita kerana seni bina merancang reka bentuk bangunan dan memastikan bahawa bangunan-bangunan tersebut dapat menahan tekanan dari dalam. Trigonometri adalah amat penting dalam seni bina kerana trigonometri membolehkan arkitek mengira jarak dan kuasa-kuasa yang berkaitan dengan unsure-unsur pepenjuru. Daripada enam fungsi trigonometri asas, sinus, kosinus dan tangent adalah paling penting kepada seni bina kerana ketiga-tiga fungsi ini membolehkan arkitek mencari nilai-nilai bertentangan dan bersebelahan yang berkaitan dengan sudut atau hipotenus, mentranslasi sebuah vektor pepenjuru kepada vektor mengufuk dan menegak.

5.2 Trigonometri dalam bidang Astronomi Astronomi telah dikaji selama beribu-ribu tahun oleh tamadun dari semua rantau di dunia. Dalam zaman moden sekarang, kita dapat menggunakan astronomi dalam mengira jarak antara bintang dan mengetahui lebih lanjut mengenai alam semesta. Teorem Menelaus membantu ahli astronomi mengumpul maklumat dengan menyediakan latar belakang dalam pengiraan segitiga sfera. Kegunaan trigonometri yang paling besar dalam astronomi adalah dalam penentuan jarak kepada bintang berdekatan melalui kaedah parallax. Bumi mengorbit mengelilingi matahari setahun sekali. Ini bermakna dalam tempoh masa enam bulan, kami melihat bintang di bumi dari dua sudut segi tiga sama kaki ( di mana titiknya berada pada bintang). Kami boleh melihat sejauh mana bintang muncul untuk bergerak terhadap galaksi latar belakang dalam masa itu dan mencari sudut segi tiga daripada itu. Dengan sudut dan panjang asas (diameter orbit bumi), kami boleh mencari ketinggian segi tiga atau jarak ke bintang.

SAW KUAN CHE

F3A

940503-89-5011

Pergerakan bintang terhadap latar belakang seperti yang kita mengorbit Matahari dipanggil parallax. Kami mungkin pernah memerhatikan parallax semasa berada dalam perjalanan dalam kereta. Kami akan menyedari bahawa semak berdekatan atau objek lain di sepanjang jalan kelihatan bergerak berkenaan dengan objek lebih jauh semasa kami dalam perjalanan di sepanjang jalan. 5.3 Trigonometri dalam bidang Navigasi Trigonometri digunakan secara meluas dalam pengiraan yang melibatkan koordinat Cartesan. Koordinat Cartesian boleh digunakan untuk mewakili peta dengan arah Utara, Selatan, Timur dan Barat. Sebagai contoh, vektor, atau arahan boleh dinyatakan dengan menggunakan trigonometri. Katakan seorang pelancong ingin mencari lokasi yang tiga batu timur satu lokasi terkenal yang berjarak satu batu selatan di mana pelancong tersebut berada sekarang. Trigonometri bukan sahaja memberi jawapan, namun ia boleh menunjukkan arah yang perlu diambil dengan kompas untuk sampai ke sana pada garis lurus. Destinasi pelancong tersebut adalah batu, pada timur ke selatan atau

selatan ke timur. Trigonometri juga boleh digunakan untuk mengira jarak objek jika kami tahu ketinggian objek itu, atau kami boleh mengira ketinggian objek jika tahu jarak dengan objek tersebut. 6.0 Kesimpulan Matlamat pendidikan mata pelajaran matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, sistematik dan kritis. Selain itu, subjek ini juga bertujuan untuk membentuk kemahiran bagi menyelesaikan masalah dan kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Dengan membelajari topik trigonometri, seseorang pelajar dapat memperolehi pengetahuan yang boleh diaplikasikan untuk mengendalikan masalah praktikal dalam pelbagai bidang kerjaya seperti bidang pengukuran, arkitek, pembinaan bangunan, dan kejuruteraan yang merangkumi kejuruteraan kimia, elektrik, awam, dan jentera. Oleh itu, kami haruslah menghargai sumbangan dan jasa yang telah dilakukan oleh ahli-ahli matematik dalam trigonometri yang amat membantu dalam kehidupan seharian. Kami sepatutnya mengambil peluang untuk belajar trigonometri bersungguh-sungguh dan menerokai bidang ini secara mendalam sebagai satu penghargaan terhadap matematik.
6

Вам также может понравиться