Вы находитесь на странице: 1из 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN TUGASAN KERJA KURSUS

TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3107 - PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

SEMESTER : 4

TARIKH MULA

20 OGOS 2013

TARIKH HANTAR

01 OKT. 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghasilkan rancangan pengajaran Matematik berstruktur mengikut format yang sesuai dan baik. 2. Memilih kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Matematik. 3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan pengajaran Matematik dan teori pembelajaran yang relevan dalam pelajaran Matematik. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus: Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk merancang pelajaran Matematik yang efektif. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea Matematik yang relevan. Selain itu, aplikasi teori pembelajaran Matematik diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelbagai pendekatan kreatif untuk memperkayakan pembelajaran Matematik juga dibincangkan.

Tugasan (100%) Penyediakan suatu rancangan pengajaran yang baik merupakan komponen penting yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru pelatih, anda dijangka untuk memperoleh kemahiran menyediakan suatu rancangan pengajaran yang baik. Rancangan pelajaran yang disediakan perlu mengambil beberapa pertimbangan termasuk strategi dan teknik pengajaran yang digunakan, pengetahuan kandungan yang terlibat, dan idea-idea matematik bagi meningkatkan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

matematik.

Tugasan 1 (Kumpulan 3 orang) 40% Menyediakan dua buah RPH yang lengkap mengikut format dengan merujuk kepada KBSR dan KSSR Dengan mengaplikasikan teori Konstruktivisme, sediakan dua buah RPH mengikut format yang lengkap dengan merujuk kepada mana-mana topik matematik dalam KBSR dan KSSR beserta bahan bantu mengajar yang sesuai dan boleh digunakan untuk kedua-dua RPH tersebut. Tugasan 2 (Kumpulan 3 orang) 30% Pembentangan RPH (Mikro teaching) dan penggunaan BBM Melaksanakan pengajaran mikro secara kumpulan kecil dengan menekankan kepada kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang diaplikasikan dalam RPH. Membentangkan penggunaan BBM dalam RPH

Tugasan 3 (Individu) 30% Menulis satu artikel mengenai teori-teori pengajaran dan pembelajaran Matematik (5-7 mukasurat tidak termasuk rujukan) Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang relevan, tulis satu artikel mengenai aplikasi teori-teori pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik iaitu Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstruktivisme dan Pendekatan Humanisme.

Panduan Pelaksanaan Projek Buat satu laporan lengkap secara keseluruhan tugasan kerja kursus projek ini. 1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut; i. ii. iii. iv. v. Font Arial Saiz huruf ialah 11 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) Lampiran- semua graf, gambar rajah, gambar harus dilabel dan dilampirkan

2. Muka Kulit depan kerja kursus harus mempunyai maklumat berikut; - Nama - Nombor matrik - Kelas / Unit - Tajuk Kerja Kursus - Nama Pensyarah 3.Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4.Tugasan ini harus disiapkan dalam tempoh 6 minggu dan Tugasan hendaklah dihantar mengikut ketetapan pada 1 Okt. 2013. 5. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.

Kriteria Tugasan Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut; 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Isi kandungan dan pengolahan menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah. 3. Format dan organisasi laporan yang jelas dan koheren. 4. Penulisan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal, menunjukkan kebolehan membuat keputusan yang tepat.

Kriteria Pentaksiran Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

DR. HAJAH ROSNAH DATUK SIDEK Penyelaras Kursus MTE3107 Jabatan Sains Matematik IPG Kampus Kent

............................................. BENNY KONG TZE LOONG Pakar Bidang (SME) Jabatan Sains Matematik IPG Kampus Kent

Disahkan oleh;

. SUZIELA TAHIR Ketua Jabatan IPG Kampus Kent Jabatan Sains Matematik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (TUGASAN ) Nama : Tajuk Tugasan : Pensyarah : Dr. Hjh Rosnah Sidek Tarikh Hantar : Angka Giliran : Kursus : MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja Saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan di mana setiap satu dijelaskan sumbernya.

___________________________ ( )

Tarikh :

Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Kekuatan : Moderator Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki :

Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan :

Tarikh :

Tanda tangan :

Tarikh :

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberi oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami Tanda tangan pelajar : Tarikh :

Вам также может понравиться