Вы находитесь на странице: 1из 2

MOIST CHOCOLATE CAKE

Semalam menerima kehadiran tetamu, tak lain tak bukan Mr "Kasawari17 dan "Linda"(isteri kasawari)....Plan sebenarnya ada sorang lagi blogger "vouge (Sis_Linn)" nak datang, tapi dia ada hal yang tak dapat dielakkan...Jamu benda yang biasa2 saja...Cuma buat kek coklat lembap. Resipi pernah letak kat sini dulu...tak pelah, mat kopipaste balik, boleh lihat kat bawah ni yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-) 1 cawan tepung kek/tepung gandum* 1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali) 1 cawan gula halus (castor sugar) 2 biji telur gred A 125 g mentega

1 camca teh esen vanilla 1/2 cawan serbuk koko* 1/2 camca teh nescafe* 1/4 cawan gula halus* 1/2 cawan air panas* 1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-) 100 g coklat masakkan 50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair) 1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-) 1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur. 3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati. 4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka... 5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.