Вы находитесь на странице: 1из 7

HARI ANUGERAH BESTARI 2013 SK LANGKAWI (25 SEPTEMBER 2013) AUDITORIUM LADA, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN Cue

PENGUMUMAN ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA ,SALAM SATU Pra majlis: Peringatan kepada para hadirin Hadirin yang dihormati sekalian, berikut dibacakan beberapa tatacara majlis yang perlu dipatuhi sepanjang berlangsungnya majlis pada pagi ini; 1. Hadirin diminta berdiri apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat dan sama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU dan LAGU SEKOLAH. 2. sila matikan telefon bimbit anda atau tukarkan kepada nada senyap supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. 3. Para hadirin juga diminta agar memelihara kesopanan cara duduk, tidak merokok, tidak menggunakan telefon bimbit dan berbual-bual yang boleh mengganggu perjalanan majlis pada hari ini. 4. Hadirin juga diingatkan agar tidak meninggalkan dewan sehinggalah tetamu kehormat berangkat meninggalkan dewan ini. 5. Kerjasama para hadirin amatlah diharapkan dan didahului ucapan terima kasih. MALAYSIA

Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Encik A. Rahman bin Ketibaan vip Haji Zainal, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mewakili Tan Sri Khalid bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA

Nyanyian lagu NEGARAKU & LAGU SEKOLAH

Persembahan Kita buka tirai majlis pada hari ini dengan persembahan choral choral speaking speaking yang telah memenangi naib johan juga konduktor terbaik dalam pertandingan choral speaking peringkat Daerah Langkawi 2013 dipersilakan Mohd. Amirul bin Mohd. Azam bersama pasukan choral speaking SK Langkawi. Aluan pengacara ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH , SALAM SEJAHTERA SALAM SATU MALAYSIA

Sireh Tersusun Di Dalam Jambangan Inang Bersantun Empunya Diri Sekalung Penghargaan Atas Kunjungan Semoga Majlis Bertambah Seri

Selamat datang, selamat bertandang kepada;

Yang Berbahagia Encik A. Rahman bin Haji Zainal, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mewakili Tan Sri Khalid bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA

Yang Berbahagia ENCIK HALID BIN ALI , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi ;

Yang Berusaha TN. HJ. MAHTAR BIN HJ. DESA, Tuan Guru Besar SK Langkawi ;

Yang Berhormat En.NORSAIDI BIN NANYAN - Yang DiPertua PIBG, SK Langkawi;merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Kuah Langkawi ;

~ Yang dihormati tuan-tuan Pengetua , Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Langkawi atau wakil, AJK PIBG SK Langkawi 2013,

~ Para tetamu jemputan, ibu bapa, para waris, guru-guru dan anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah izinNya, dapat kita berada di dewan yang mulia ini untuk meraikan anak-anak pelajar kita dalam majlis Hari Anugerah Bestari SK Langkawi bagi Tahun 2013.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pasukan Choral speaking sekolah yang telah membuka tirai majlis sebentar tadi. Pasukan choral speaking tersebut adalah di bawah bimbingan Puan Siti Harliza bt Ramli.

Bacaan doa

Sidang hadirin yang dihormati sekelian,

Pendidikan Bestari Sekolah Bestari Pembentuk Generasi Era Teknologi Doa Dipohon Dari Ilahi Semoga Majlis Akan Diberkati

Marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al Fadhil - USTAZ MOHD NAJIB. BIN HAT. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadhil ustaz Mohd. Najib bin Hat atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita diberkati Allah sehingga ke penghujungnya. Insyaallah.

UCAPAN YDP

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Encik NORSAIDI BIN NAYAN, Yang DiPertua PIBG untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tamat ucapan YDP

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Encik NORSAIDI BIN NAYAN, Tuan YDP PIBG SKL 2013 atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha TN. HJ. MAHTAR Laporan GB BIN HJ. DESA, Tuan Guru Besar SK Langkawi tampil menyampaikan laporan sepanjang sesi persekolahan 2013. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Tamat laporan GB

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas laporan sebentar tadi.

Sekarang majlis dengan segala hormat dan sukacitanya Ucapan perasmian mempersilakan Yang Berbahagia Encik A. Rahman bin Haji Zainal, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan HARI ANUGERAH BESTARI SK LANGKAWI 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tamat ucapan perasmian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik A. Rahman bin Haji Zainal, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang telah sudi menyempurnakan perasmian Hari Anugerah Bestari SK Langkawi 2013 sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekelian, Persembahan multimedia sekarang marilah kita tumpukan perhatian ke skrin di hadapan untuk menyaksikan persembahan multimedia yang memaparkan aktiviti aktiviti sekolah sepanjang sesi persekolahan 2013.

Tamat

Demikian tadi persembahan multimedia yang telah disediakan oleh

persembahan Encik Mohd. Zulkifli bin Ismail, Guru Penyelaras Bestari SK Langkawi. multimedia

Penyampaian Sekarang tibalah kita ke upacara penyampaian Sijil penghargaan dan sijil penghargaan hadiah untuk murid Tahap Satu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Nasran bin Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Langkawi untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Encik NORSAIDI BIN NAYAN, Yang DiPertua PIBG untuk menyempurnakan upacara tersebut. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN

Tamat penyampaian sijil penghargaan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik NORSAIDI BIN NANYAN yang telah sudi menyampaikan sijilsijil penghargaan itu tadi.

Persembahan Sekarang marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid medley lagu Arab Tahap Satu yang akan berbicara dalam Bahasa Cina dan menyampaikan medley lagu dalam Bahasa Arab. Majlis mempersilakan.

Tamat

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pasukan Yang terdiri

persembahan daripada murid-murid tahap Satu di bawah bimbingan Encik Ng Kwang Thye, Puan Nazril Hasina Ahmad dan Ustazah Balqis bt Zakaria.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Tahap Dua dan

hadiah Tahap anugerah khas. Dua dan Anugerah Khas Bagi menyempurnakan majlis, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berusaha TN. HJ. MAHTAR BIN HJ. DESA, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Encik A. Rahman bin Haji Zainal, ke pentas.

Diminta para waris mengiringi anak naik ke pentas menerima hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH KHAS

Tamat Penyampaian Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik A. hadiah . Rahman bin Haji Zainal atas kesudian hadir merasmikan HAB dan menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi, penyampaian cenderahati kepada tetamu VVIP majlis mempersilakan Yang Berusaha TN. HJ. MAHTAR BIN HJ. DESA, untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Encik A. Rahman. Dipersilakan.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian, murid pendidikan Khas Sekarang, kita akan saksikan persembahan murid murid pendidikan khas di bawah pimpinan Guru Pendidikan Khas, Puan Norliza Asma bt Mohd. Umbaik dengan lagu mereka kenanganku dan namun ku punya hati

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada murid-murid pendidikan khas SK Langkawi atas persembahan yang penuh syahdu sebentar tadi.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan pada hari ini, kita akan saksikan

persembahan kalam jamaei yang telah menjadi johan dalam pertandingan kalam jamaei sempena ihtifal J-QAF 2013 peringkat daerah Langkawi dan akan mewakili daerah Langkawi ke pertandingan Kalam Jamaei sempena ihtifal J-QAF peringkat negeri yang akan diadakan di Kulim, Bandar Baru pada 27 September ini.

Sebelum itu, Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis pada hari ini. Tahniah kepada pelajar yang telah menerima anugerah dan yang kurang berjaya, harap berusaha lagi.

Saya juga ingin memohon ampun maaf andai terdapat kekurangan dan cacat cela majlis pada pagi ini. Persembahan kalam jamaei Dengan iringan doa restu dari kita semua semoga berjaya di peringkat negeri, terimalah persembahan kalam Jamaei murid-murid SK Langkawi

PERSEMBAHAN KALAM JAMAEI Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pasukan kalam jamaei SK Penutup Langkawi. Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Hingga berjumpa lagi, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah. Assalamua'laikum w.b.t Dijemput Tuan Guru Besar mengiringi tetamu jemputan ke bilik Jamuan ringan santapan untuk sedikit jamuan ringan. Majlis bersuraimaassalama wailal liqa

Juruacara :

1. Puan Nor Hanani binti Saaid 2. Puan Ruziyani Ridzuan

Вам также может понравиться