Вы находитесь на странице: 1из 1

Ruj.

Kami : Bil (78) dlm SMKSP 06/04/008 Tarikh : 22 April 2011 Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tuan, JEMPUTAN CERAMAH PENGENALAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Sukacitanya merujuk perkara diatas. 2. Pihak sekolah ingin menjemput wakil dari pihak Tuan untuk menyampaikan ceramah pengenalan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada ahli-ahli Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Seri Pagi bagi sesi 2011 pada ketetapan berikut: Tarikh : 23 Mac 2011 Masa : 1.30 hingga 3.00 petang 3. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan maklumat yang lebih lanjut kepada ahli kadet mengenai perkara yang perlu diketahui oleh mereka sebagai seorang kadet. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Tuan dapat menyediakan satu slot ceramah bagi pendedahan kepada ahli kadet dalam usaha memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka selaku ahli Kadet Bomba dan Penyelamat. 4. Besarlah harapan kami agar wakil dari pihak Tuan dapat hadir pada ketetapan seperti diatas bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dialu-alukan demi kelancaran program ini dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(SITI ALOYAH BINTI ALIAS) Pengetua Cemerlang, SMK Seri Pagi. s.k : 1. Fail Sekolah.

Вам также может понравиться