You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN Bil.

Tajuk Muka Surat

1.O

PENGENALAN

1 12

2.O

JENIS STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1

Pembelajaran Masteri

2.2

Pembelajaran Kajian Masa Depan

2.3

Pembelajaran Konstruktivisme

2.4

Pembelajaran Belajar Cara Belajar

4 56

2.5

Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai

2.6

Pembelajaran Akses Kendiri

2.7

Kemahiran Berfkir

7 78

2.8

Pembelajaran

Berpendekatan

Teknologi

Maklumat

Dan

Komunikasi (TMK)

2.9

Pembelajaran Kontekstual

3.0

RUMUSAN

9 9 10

4.0

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Pada masa kini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sebagai subjek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum bagi subjek subjek lain yang diajar di sekolah. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual telah dijadikan sebagai asas bagi alat bantu bahan mengajar (ABBM) yang baik iaitu melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna yang harmoni, dan reka bentuk maujud yang cantik. Manakala, dari kalangan pelajar pula mereka berpendapat bahawa Pendidikan Seni Visual menjadi satu subjek penting untuk mereka berkreativiti dengan bebas dan tersendiri selaras dengan kemahuan kerajaan yang mahu melahirkan insan yang celik seni dan budaya disamping dapat menjadi insan yang lebih berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu memberi sumbangan kepada negara kelak. Dalam pengajaran Pendidikan Seni dan Visual, guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Sebolehnya seorang guru perlu merancang dengan rapi tentang pengajaran yang ingin disampaikan, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik dan kreatif supaya pengajaran yang disampaikan kelak tidak membosankan pelajar serta mencapai objektif pengajaran yang ingin disampaikan pada hari tersebut. Oleh itu, bagi seorang guru yang mengajar matapelajaran ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dan mencukupi tentang strategi strategi pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

2.0

JENIS STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual bagi membantu mereka menjadikan pengajaran dan pembelajaran mereka menjadi lebih menarik dan berkesan. Namun, sebelum mengetahui akan strategi yang ingin digunakan, guru juga perlu faham tentang maksud strategi mengajar dan perbezaannya dengan teknik mengajar. Strategi merupakan suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Manakala teknik pula adalah cara bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu
1

berdasarkan situasi situasi tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang ingin diciptakan. Ianya lebih dikenali sebagai suatu prosedur untuk guru mencapai objektif pengajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk melaksana dan mengelola aktiviti pembelajaran bagi menghasilkan suatu output yang segera dan maksimum pada waktu pengajaran berlangsung. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan proses penanggapan pelajar. Seorang guru perlu bijak dalam memilih strategi strategi yang ingin digunakan agar sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini adalah kerana pemilihan strategi yang tepat akan menghasilkan sebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang seronok, berkeyakinan serta mencapai objektif yang ingin disampaikan dengan mudah dan berkesan disamping berjalan lancar kesemua aktiviti yang dijalankan. Strategi strategi yang dimaksudkan ialah pembelajaran masteri, kajian masa depan, konstruktivisme, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagai, pembelajaran akses kendiri, kemahiran berfikir, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pembelajaran kontekstual.

2.1

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri ialah pendekatan yang digunakan oleh guru dengan memberi fokus kepada penguasaan pelajar untuk memahami suatu unit pelajaran terlebih dahulu sebelum berpindah ke unit pelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini dilakukan dengan guru mengenalpasti pelajar yang lemah dalam penguasaan unit pelajaran tersebut dan memberi pemulihan kepada mereka. Manakala, bagi pelajar yang sudah dapat menguasai unit pelajaran dengan baik, guru akan memberikan pengayaan kepada mereka. Setelah semua pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan baik, barulah guru berpindah kepada unit pelajaran yang seterusnya. Contoh sesuai yang boleh dipraktikkan menggunakan pendekatan ini adalah apabila guru mengajar bagaimana untuk mempelajari teknik asas lakaran. Guru boleh memulakan aktiviti dengan mengajar pelajar bagaimana untuk melukis terlebih dahulu sebelum menekankan teknik lakaran bentuk asas.

2.2

Pembelajaran Kajian Masa Depan

Seterusnya, pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah kajian masa depan. Pendekatan ini menekankan didikan kepada pelajar tentang isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat mempelajari cara membuat ramalan, menjangkakan akibat dan mengendalikan sesuatu perubahan supaya pelajar mendapat manfaat yang maksimum daripadanya. Sebagai contoh, guru menyediakan aktiviti melukis rumah idaman saya kepada pelajar. Berdasarkan soalan tugasan yang diberikan, pelajar akan cuba membayangkan rumah yang ingin dimiliki oleh mereka pada masa akan datang dan membuat perbandingan dengan rumah yang sedang diduduki kini. Selain itu, mereka juga akan memikirkan keperluan keperluan lain yang dirasakan perlu disediakan oleh mereka pada masa akan datang. Guru juga boleh menyelitkan sedikit motivasi melalui aktiviti ini dengan mengharapkan pelajar dapat belajar bersungguh sungguh supaya berjaya mencapai cita cita mereka yang ingin dimiliki.

2.3

Pembelajaran Konstruktivisme

Manakala, pemebelajaran secara konstruktivisme pula berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu. Guru perlu faham bahawa jika pelajar tidak dapat belajar dengan cara guru mengajar, maka guru harus mengajar dengan cara mereka belajar. Olen itu, pembelajaran ini menggalakkan pelajar supaya mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hipotesis hipotesis dan idea idea bernas yang baru. Pandangan ini bertolak daripada pandangan teoi pembelajaran Behaviorisme yang menekankan tingkah laku pelajar dan menyediakan ganjaran bagi pelajar sedangkan pengetahuan sedia ada pelajar dan perubahan yang berlaku dalam minda pelajar tidak perlu diambil tahu. Manakala teori pembelajaran kognitivisme pula menekankan semua idea dan imej yang terhasil di minda pelajar diwakilkan melalui skema iaitu jika maklumat yang diperolehi adalah sama barulah ia diterima. Sebaliknya, jika tidak skema tersebut akan diolah atau dibuat pengubahsuaian. Pendekatan ini dapat membantu pelajar membina kefahaman dan pengetahuan baru. Selain itu, mereka juga dapat membina kefahaman sendiri dalam Pendidikan
3

Seni Visual disamping mengaplikasikan pengetahuan baru dalam hasil kerja seni yang dilakukan. Mereka juga mampu membuat intrepetasi berkaitan maklumat sedia ada dan maklumat yang baru diterima oleh mereka. Contohnya, guru menagajar cara membuat topeng muka bertemakan rupa haiwan. Pelajar pertamanya menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dalam mengecam rupa haiwan dan menjelmakan imej di fikiran dengan melukis pada kertas lukisan. Seterusnya, guru pula akan memberikan pengetahuan baru kepada mereka dengan mengajar bagaimana cara membentuk topeng muka. Pelajar akan mula membuat intepretasi maklumat baru yang diterima dan menggabungkan maklumat terdahulu sebelum berjaya menghasilkan sebuah topeng muka bertemakan rupa haiwan.

2.4

Pembelajaran Belajar Cara Belajar

Pendekatan seterusnya pula ialah belajar cara belajar. Belajar cara belajar ialah proses teknik pembelajaran sama ada belajar bersama guru atau belajar sendiri. Proses ini merangkumi beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mengambil nota dan kemahiran mengingat. Pembelajaran melalui pendekatan ini boleh berkesan sekiranya pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar dapat menumpukan perhatian dengan mendengar kepada perkataan yang disebut oleh guru, membaca nota yang ditulis oleh guru, menyalin nota yang diberikan dan mengingat kembali apa yang dipelajari sewaktu membuat tugasan. Pembelajaran melalui pendekatan ini dapat menjadikan pelajar seorang yang boleh menjalankan pembelajaran sendiri kerana pelajar sudah pun menguasai kemahiran belajar yang utama. Contohnya, guru ingin mengajar pelajar tentang jalinan sentuh dan kebanyakan pelajar di dalam kelasnya berasal dari sebuah perkamppungan yang mengusahakan sawah padi. Maka, pendekatan terbaik adalah dengan guru menggunakan sumber alam seperti tangkai sawah padi untuk mengajar pelajar teknik jalinan sentuh dengan menghasilkan setangkai padi yang sudah masak. Pelajar dapat melihat dari dekat bagaimana rupa bentuk tersebut sebelum mendengar penerangan yang dibuat oleh guru tentang bentu jalinan. Selepas itu, pelajar dapat membuat sedikit nota penting berkaitan dengan tajuk tersebut sebelum memulakan aktiviti membina jalinan sentuh pada kanvas lukisan. Semasa proses membina jalinan, pelajar akan cuba mengingati kembali apa yang sudah dipelajari oleh mereka pada hari tersebut.
4

2.5

Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai

Pendekatan kecerdasan pelbagai pula merujuk kepada teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gadner (1983). Beliau telah membuat kajian tehadap pelbagai lapisan masyarakat termsuklah kanak kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gadner juga menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata mata diwarisi. Jika kedua dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak anak mereka juga bodoh, dan begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak kanak istimewa juga mendapati ada di antara murid murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua duanya adalah profesional. Berbalik kepada pendekatan kaedah ini, ia berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini berikutan guru dapat menggunakan lapan aras kecerdasan mengikut teori kecerdasan untuk melakukan aktiviti. Guru juga dapat merancang aktivti dan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih rapi. Selain itu, pendekatan ini juga menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Terdapat lima model yang dicadangkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru sesuai dengan pelajar, blik darjah, topik dan matapelajaran yang diajar iaitu sisipan, jarngan, jalinan, perkongsian dan kesepaduan. Contoh bagi model sisipan, guru mengajar pelajar menghaslkan model tembikar menggunakan plastisin. Secara tdak langsung pelajar menggunakan kecerdasan kinestatik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan. Contoh bagi model jaringan pula, guru boleh membimbng pelajar dalam membuat boneka bagi mengcungkil kecerdasan visual ruang, kecerdasan verbal linguistik ketika berinteraksi dengan guru dan pelajar, kecerdasan logik matematik yang diperlukan dalam mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestatik yang digunakan secara tdak langsung semasa memanipulasi bahan dan alatan. Manakala, bagi contoh model jalinan pula, guru dapat menerangkan konsep teknik lakaran asas kepada pelajar melalui model yang dibawa oleh guru sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dan menggunakan pendekatan ini, pelajar akan menggunakan kecerdasan visual ruang untuk melukis kembali teknik lakaran asas. Contoh pengajaran dan pembelajaran bagi model perkongsian pula, guru dapat membuat perbincangan bersama pelajara tentangkeindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan. Pelajar
5

diminta membuat perbincagan kumpulan mengenai kesan aktiviti seharian manusia yang menjejaskan ekologi alam semulajadi. Guru juga boleh memperjelaskan bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan dalam bentuk folio yang boleh menjadi bahan makalah sekolah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah dan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pelajar akan menggunakan kecerdasan verbal linguistik, visual ruang dan naturalisdalam mengaitkan pemahaman mereka dalam bidang Sains dan Pendiidkan Seni Visual. Akhir sekali bagi contoh model kesepaduan, guru dan pelajar boleh mengadakan perbincangan tentang penggunaan ruang lanskap dan fungsi tumbuh tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam semulajadi dan objek buatan manusia. Pelajar boleh menggunakan kecerdasan naturalis dan visual ruang dengan pemahaman berkaitan dengan Sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang berkenaan.

2.6

Pembelajaran Akses Kendiri

Pendekatan pembelajaran akses kendiri pula merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada pelajar. Pelajar belajar sendiri sesuatu topik pelajaran dibawah pengawasan dan bimbngan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai pelu disediakan kepada pelajar unutk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing masing. Pembelajaran akses kendiri mampu mennghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka kerana pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut minat, keperluan, tahap dan gaya pembelajaran masing masing. Pendekatan ini juga mampu memotivasikan pelajar ke arah sikap kendiri. Contoh pengajarna dan pembelajaran menggunakan pendekatan ini ialah guru mengajar pelajar tentang membuat tembkar menggunakan lilitan surat khabar. Guru menyediakan modul bertulis kepada pelajar dan meminta pelajar menghasilkan sebuah tembikar kecil menggunakan modul tersebut. Pelajar dikehendaki mematuhi kesemua arahan guru dan melakukan aktiviti mengikut urutan langkah yang ditunjukkan di dalam modul tersebut. Hasil langkah kerja haruslah ditunjukkan kepada guru pada akhir pembelajaran dan guru hendaklah

sentiasa mengawasi keadaan kelas sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Penilaian hasil kerja dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.7

Kemahiran Berfkir

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan kemahiran berfikir. Pendekatan ini amatlah penting dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual kerana ianya selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ngn melahrkan nsan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Kemahiran berfikir adalah salah satu unsur utama yang harus diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat kepada pelajar. Sebenarnya, kemahiran berfikir ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran befikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan sesuatu idea asli atau baru dan tulen. Contoh pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibuat ialah guru mengajar pelajar tentang membuat corak pembalut hadiah. Guru mengajar pelajar mereka corak dengan menggunakan cebisan kertas warna. Pelajar dikehendaki mengoyak dan menampal cebisan kertas warna sehingga terbentuk corak yang menarik. Melalui aktiviti ini, pelajar mampu berfikir secara kritis untuk mencirikan, membanding, membeza dan menyusun cebisan kertas warna mengikut keutamaan. Manakala, guru dapat menggarap pemikiran kreatif pelajar apabila pelaajr dapat menjana idea, membuat gambaran mental dan merekacipta corak baru pembalut hadiah mengikut kreativiti mereka sendiri.

2.8

Pembelajaran Berpendekatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pendekatan moden yang digunakan oleh guru dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) . Pendekatan hanya berguna jika guru bijak menggunakan TMK sebagai ABBM yang menarik dan terancang kerana ia mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran PSV. Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan TMK. Kemahiran
7

ini perlu diajarkan kepada semua pelajar bagi tujuan komunikasi seperti emel, menggunakan jenisan perisian bagi melengkapkan tugasan guru, dan mengakses maklumat melalui jaringan jalur lebar bagi meningkatkan kefahaman tentang pembelejaran topik yang diajar oleh guru. Terdapat empat jenis mod TMK yang diaplikasikan dalam PSV bagi merealisasikan kejayaan penggunannya, iaitu Mod Penemuan yang bermaksud memahami sesuatu konsep seperti

perisian simulasi. Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Sterusnya ialah mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel san akhir sekali ialah mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik. Conoth penggunaan TMK dalam matapelajaran ini ialah guru mengajar kraf tradisional dan dimensi baru melalui corak batik. Pengajaran TMK boleh diterapkan melalui topik ini dengan memberi sedikt penekanan kepada cara mendapatkan maklumat berkaitan denagn corak batik seperti sumber rekaan, motf, corak, warna yang sesuai mengikut fungsi dan susunan motif membentuk corak. Kemudahan TMK membantu pelajar bagi menjalankan aktiviti rekaan yang juga menjadi pemudahcara kepada pelajar untuk memahami topik tersebut dengan baik. Selain itu, terdapat juga beberapa perisian yang boleh digunakan oleh pelajar dalam membuat corak batik seperti perisian PERSIA, PHOTOSHOP, PAINT dan sebagainya mengikut aras pengetahuan sedia ada pelajar tentang penggunaan perisian tersebut. Guru mudah membantu dan berbincang tentang prinsip rekaan yang digunakan murid.Rekaan yang siap boleh diterjemahkan atau dipindahkan kepada cara membatik yang dipilih, sama ada teknik batik lukis atau teknik blok mengikut proses yang berkaitan.

2.9

Pembelajaran Kontekstual

Akhir sekali ialah pendekatan menggunakan strategi pembelajaran kontekstual. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian pelajar, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini pelajar dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, pelajar mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan. 3.0 RUMUSAN

Pendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran yang dianggap abstrak oleh guru dalam menyampaikan isi pelajarannya. Maka, seorang guru perlulah mengetahui cara dan pendekatan yang sesuai bagi pelajar memahami isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Kesimpulannya, pendidikan seni pada masa kini adalah satu mata pelajaran yang sangat penting sepertimana subjek-subjek lain terutama sekali di dalam dunia yang semakin mencabar pada masa kini. Seni diaplikasikan dalam setiap bidang ilmu dan bidang kerja. Sepertimana yangdikatakan oleh Walter Gropius,seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepadakehidupan seharian dan masyarakat. Bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri. Maksudnyaantara fungsi seni adalah memberi manfaat kepada manusia iaitu dengan menggabungkan senihalus (tradisional) dengan seni gunaan untuk kehidupan seharian. Ilmu dalam bidang seni yangdipelajari dapat membantu pelajar dalam hidup mereka iaitu dengan mengaplikasikannya dalamhidup mereka.

4.0

RUJUKAN

RUJUKAN JURNAL

1. Samri Sainuddin dan Kanthasamy Nallusamy, 2010. Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

RUJUKAN INTERNET 1. Strategi dalam pengajaran.Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html

2. Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/17713195/Pendekatan-P-P-PSV

3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual.Diperolehi pada Mac 22, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-DanPembelajaran-Dalam-Pendidikan-Seni-Visual
9

4. Dalina Yusuf, 2010. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual. Diperoleh pada April 2, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-DalamPendidikan-Seni-Visual.

5. Noor Zaliza binti Zahari, Noriha binti Mohamad Nawawi dan Roslina binti Ghazali, 2011. Strategi Pengajaran dan Pendekatan Mengajar. Diperoleh pada April 4, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/18091624/STRATEGI-PENGAJARAN.

6. Siti Sarinah Hj. Kifli dan Noorzainah Hj. Awg Omar, 2011. Strategi dan Pendekatan P&P. Diperoleh pada April 6, 2011 daripada http://www.slideshare.net/Dr22s/strategi-pendekatan-pp-272853.

7. http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html

10