Вы находитесь на странице: 1из 12

ISI KANDUNGAN

Bil.

Tajuk

Muka surat

1.0 2.0

PENGENALAN PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI Penerokaan

1 1 14 45 57 89 9 10 10 11

2.1

2.1.1 Meneroka Alat dan Bahan

2.2 2.3

Memperoleh Pengalaman Ekspresi

3.0

RUMUSAN

4.0

RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Seni dalam Pendidikan telah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka boleh dengari, lihat, rasai, sentuh, bergerak dan berfkir dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ia menggalakkan pelajar dalam berfikir secara kreatif dan kritis dalam memberi pandangan baru dalam penjanaan idea serta menggalakkan inovasi pelajar dalam

meninterpretasikan maklumat yang diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seni dalam Pendidikan juga menjurus kepada seni visual, seni muzk dan pergerakan. Matapelajaran ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreatviti pelajar melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Gabungan aktiviti berbentuk penerokaan, pencarian pengalaman dan ekspresi citarasa pancaindera diharapkan dapat membantu pelajar mengamalkan pertimbangan seni vsual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imagnasi mereka untuk mencapai pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ianya selaras dengan kandungan kurikulum yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan yang berupaya membantu pelajar dalam meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, mengahrgai kendahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini adalah bertepatan juga dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingn melahrkan nsan yang cemerlang dan seimbang dari aspek rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial serta dapat menyumbangkan tenaga kepada warga bangsa kelak. Laura H. Chapman merupakan insan yang bertanggungjawab dalam memimpin bidang pendidikan seni.

2.0 2.1

PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI PENEROKAAN

Penerokaan dalam bdang Seni Dalam Pendidikan (SDP) membawa pelajar ke peringkat persediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada perngkat ini, proses pemerhatian pelajar adalah lebih teliti dan lebih peka untuk membuat analsis terhadap apa yang diterokai oleh mereka. Penerokaan sebenarnay bermaksud menyeldiki untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah, mencari kebenaran dan
1

membuktikan ketepatan sesuatu. Penerokaan juga membawa maksud kepada membuat percubaan menggunakan pelbaga bahan dan kaedah. Melalui kaedah ni, proses pembelajaran murid akan lebih fleksble dan terancang. Sepanjang berlakunya proses ni, guru tidak digalakkan unutk menlai aktiviti yang sedang dijalankan. Guru hanya berfungs sebagai fasilitator atau pembmbing kepada pelajar dan membantu menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri mereka. Berikut menrupakan cara cara yang boleh digunakan oleg guru dalam membantu pelajar menggunakan kaedah penerokaan.

Mencari Pengetahuan

inkuiri

membuat eksperimen

memanipulasi

MENEROKA

mencari

ingin tahu

mencipta

mengkaji

Rajah 1 menunjukkan cara untuk meneroka. Bantuan aktiviti yang berpandukan penerokaan membantu pelaajr untuk meneroka sesuatu perkara baru dengan lebih teliti dan dekat serta dapat melihatnya melalui pelbagai aspek dan segi. Berikut disertakan sebuah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah penerokaan yang boleh menjadi panduan guru.

Aktiviti

Membentuk dan Membuat Rekaan

Pelajar akan meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan lukisan atau bentuk, elemen corak yang digunakan dalam pembuatan topeng, origami atau boneka. Walaubagaimanapun, bahan penerokaan murid perlulah dalam berskala kecil, mudah untuk dilaksanakan dan ringkas tatacara kerjanya. Aktiviti permulaan yang dapat dirancang sebagai persediaan pelajar untuk meneroka boleh menggunakan teknik permainan cuba mencuab atau suai kenal bahan. Pelaajr juga boleh menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Selepas setiap aktiviti penerokaan dilakukan, guru perlu seiring dalam membmbing pelajarnya membuat suatu penghasilan dengan menggunakan alatan dan bahan serta teknik yang sesuai dan betul semasa aktiviti berlangsung. Guru juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses melakukan aktiviti dengan langkah yang betul. Kebaikan proses penerokaan ini ialah ia dapat membantu pelajar yang lemah atau bermasalah dalam proses pembelajaran untuk menjadi rangsangan mereka untuk terus belajar. Malah, guru juga tidak akan tersasar jauh daripada objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Melalui proses penerokaan ini juga, peranan guru adalah penting untuk menerangkan cara melakukan sesuatu aktiviti mengikut tertib, keselamatan dan memanbtu pelajar di dalam menyampaikan kandungan subjek, idea, hal benda dan bentuk asli. Laura H. Cahpman (1978) menjelaskan di dalam bukunya yang bertajuk Approaches in Art Education proses kreativiti mempunyai pertalian dan perhubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya mahupun dikenali sebagai proses artistik. Penggiat seni sering menggunakan proses ini dalam penghasilan karya mereka.Terdapat tiga cara disiplin dalam proses artistik yang perlu diketahui umum iaitu sesuatu yang tidak bersifat statik, sentiasa boleh berubah dan berulang ulang.
3

Namun, ketiga tiga disiplin yang dsebutkan itu tidak menjad suatu keutamaan dalam proses penghasilan karya kerana perkara terpenting di dalam penghasilan sebuah karya ialah objektif yang ingin disampaikan tercapai. Oleh itu, bagi menggalakkan pelajar mengahsilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman yang luas dalam menghasilkan sesuaut karya. Guru yang berkebolehan dan mempunyai bidang pengalaman yang luas dapat member tunjuk ajar dan ilmu kepada pelaajr pelaajrnya. Dalam bidang Seni Dalam Pendidikan, pengalaman pengajar dianggap sama penting dengan pengalaman pelajarnya. Guru menjelas gambaran sesuatu seni itu berdasarkan pengalamannya dan pelaajr akan mengambarkan imaginasi tersebut dan menukarkannya ke dalam bentuk seni.

2.1.1 Meneroka Alat dan Bahan

Guru guru perlu menyediakan bahan bahan aktiviti mengikut keperluan, kesesuaian dan keselamatan murid sebelum melakukan aktiviti penerokaan dibuat. Contohnya, penerokaan bahan ialah apabila guru ingin memperkenalkan seni kraftangan tradisional untuk diajarkan kepada pelajar, maka guru perlu menyediakan beberapa barangan kraftangan tradisional seperti kain sarung, tkar mengkuang dan ukiran kayu seperti ukiran pada congkak dan pintu. Guru juga boleh menyuruh murid membuat satu simulasi tentang aktiviti manusia pada zaman 50 - an yang memaka kain sarung, bermain congkak, berlatih silat dan sebagainya untuk mendapatkan pengalaman peralatan. Biasanya, peralatan yang dimanipulasikan ataupun diimprovisasikan akan menjadi kegemaran pelaajr untuk melakukannya.Mereka boleh memperkenalkan alatan tersebut menggunakan cara cara tertentu dengan syarat untuk meningkatkan aktiviti meninjau dan

meneliti alatan tersebut. namun, guru dilarang sama sekali untuk memaksa pelaajr melakukan atau menggunakan alatan tersebut. Setelah pelaajr mahir menggunkan alatan tersebut, barulah guru digalakkan untuk memindahkan aktiviti baru dengan menggunakan peralatan yang sebenar. Pada tahap aplikasi, pelaajr boleh mencuba berbagai cara untuk memasuki ruang alat, melompat, melintasi dan membuat pelbagai bentuk dengan menggunakan anggota badan semasa melakukan aksi. Penagalaman yang melibatkan kebolehan memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan badan bukan simetri serta imbangan badan terbalik sangat sesuai bagi pelajar di tahap ini. Apabila pelaajr telah meninjau pada tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberi perhatian pada perlakuan imbangan, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota badan yang lebih mencabar. Sepanjang aktviti penerokaan bahan dilakukan, pelajar adalah digalakkan unutk memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani pola pola pergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna. Penggunaan tema yang bersesuaian dengan aktiviti bertujuan bagi membina tubuh badan yang mntap, kesedaran ruang dan kesedaran kinestatik ketika berada di atas sesuatu peralatan.

2.2

MEMPEROLEH PENGALAMAN

Terdapat pelabgaai strategi dalam memperoleh pengalaman. Persepsi, pembinaan konsep, pemahaman, penemuan, pengetahuan, hasil proses dan kenahiran adalah perlu dalam mneyelesaikan masalah, membuat eksprementasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif dan bijak dalam membuat pemilihan. Terdapat aktiviti yang boleh guru lakukan ialah melalui aktiviti permainan yang merupakan riadah yang menakjubkan kepada pelajar, memberi
5

nilai kecergasan yang tinggi kepada pelajar, dan bertindak sebagai alat ayng amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa pelajar mengikut peringkat umur masing masing. Berikut menrupakan kepentingan memperoleh pengalaman melalui pengalaman mengikut kemahiran masing masing.

1. Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian Pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan. 2. Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap, mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam keadaan serupa seperti dalam keadaan permainan yang sebenarnya.

3. Pengalaman Bermain Permainan Dengan adanya aktiviti bermain, ianya boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan. Manakala, berikut pula merupakan ciri ciri generik tahap kemahiran pelajar.

a) Tahap Prakawalan Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesan secara berturut turut. Pola perlakuan mereka berubah ubah ke satu percubaan. Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran. Pergerakan pelajar juga tampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah kemahiran yang sebenar. Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan atau bimbingan. Apabila pelaajr berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak seolah olah dikuasai oleh peralatan tersebut.

b) Tahap Kawalan Pergerakan pelajar nampak lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak mereka. Pergerakan pelajar juga lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul. Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan dengan pergerakan yang lan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain biasanya tidak terhasil. Hal ini disebabkan oleh sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatk, pelajar masih perlu menumpukan perhatian yang lebih jepada aktiviti yang sedang dilakukan oleh mereka.

c) Tahap Penggunaan Melalui penumpuan, perlakuan perlakuan gerakan dapat dipraktikkan dengan jayanya. Walaupun konteks tugas berubah ubah, pelajar mash mampu melaksanakan kemahiran dengan cara yang betul. Pelajar juga sudah berupaya untuk mengawal kemahirna mereka dalam situasi yang boleh dirmal. mereka boleh mempraktikkan secara tekal. Pelajar juga mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran kemahiran yang dianggap kompleks yang mana terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.

d) Tahap Kecekapan Kemahiran pelajar hampir dapat dipraktikkan secara automatik dan pola pola perlakuan sudah menjadi hampir sama. Pelaajr juga berupaya memberi tumpuan ciri ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati. Pergerakan juga dapat dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah olah tanpa perlu banyak usaha. Pelajar juga memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak kehendak situasi, baik yang telah dirancang ataupun tidak terancang.

2.3

EKSPRESI

Terdapat dua jenis aktiviti ekspresi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktiviti mudah yang dirancang pada setiap akhir pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan pelaajr semasa dan setelah selesai melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Pelajar juga dapat menghargai hasil kerja masing masing serta menghormati mengakui sesuatum karya yang telah dilakukan atau dicipta. Melalui ekspresi seni, pelajar juga dapat melihat perkatan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanpulasi alatan dan teknik yang akan digunakan. Guru juga dapat menerangkan kepada pelajar tentang perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dkaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Apresiasi seni berkait rapat dengan aspek pemahaman seseorang dari aspek kognitif. Ianya didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis pelukis atau tukang mahir mengenai hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilh tema serta gaya dan stail mereka. Apresiasi seni secara aktif akan melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain tentang perasaan dan fikiran seseorang pelukis. Ia juga melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandangan. Karya seni seperti catan, lukisan, dan cetakan akan dinilai melalui pemerhatian sementara arca dan binaan adalah melalui sentuhan. Mengikut konteks ini, pengetahuan serta teori dan prinsip rekaan yang cukup penting bagi melahirkan sebuah pendapat yang rasional dan memberi inspirasi mengenai seni. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberikan kepada perkara berikut, iaitu :
8

AKTIVITI BAGI PROSES APRESIASI


aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna ton, rupa bentuk dan bentuk. penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan perasaan, penghargaan dan refleksi diri

penghasilan hasil kerja dan menghormati pembuat karya

aspek bahasa yang berkaitan dengan hal benda dan kandungan

Rajah 2 menunjukkan aktiviti bagi proses apresiasi seni Apresiasi seni visual akan memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi sesuatu perkara. Pelajar mungkin perlu melibatkan diri dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

3.0

RUMUSAN Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula daripada guru kemudian

berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu pelajar-pelajar juga penting untuk mempunyai minat dan bakat yang merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan. Empat aspek karya seni yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman adalah panduan yang lengkap untuk membantu guru menilai keberkesanan kaedah pengajaran seni visual dalam penghasilan media dan hasil
9

pembelajaran di bilik darjah. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Bagi menilai kefahaman dan pengetahuan seseorang pelajar dalam aspek kreativiti, seseorang guru harus menggunakan pendekatan yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika pendekatan yang digunakan mempunyai kekurangan, maka hasil yang diperolehi daripada proses pembelajaran yang dijalankan juga tidak akan memenuhi empat aspek yang dibincangkan. Kesimpulannya, melalui pemerhatian dan penerokaan pelajar di persekitarannya akan dapat menghasilkan satu karya seni yang kreatif dan seterusnya sesuai untuk diapresiasikan sebagai hasil karya seni yang bermutu dan kreatif.

4.0

RUJUKAN

RUJUKAN JURNAL 1. Bandura, Albert." Psychologists and Their Theories for Students. Ed. Kristine Krapp. Vol. 1. 2012. Detroit: Gale, 2005. 3966. Gale Virtual Reference Library. Web. 3 Apr.

2. MALAYSIA, Open Universti, (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd 3. Salmah, Ayob.(1994). Aktiviti aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise. Sdn. Bhd

4. Torrance, E. P. (1981). Cross-cultural studies of creative development in seven selected societies. In J.C. Gowan, J. Khatena, and E. P. Torrance (eds.). Creativity: Its educational implications. Toronto, Ontario: Kendall Hunt Publishing Company.
10

RUJUKAN INTERNET

1. http://www..school net.my

2. http://www.scribd.com/doc/7266711/Membuat-Corak-dan-Rekaan-Dalam-PendidikanSeni

3. http://sumberilmu.info/2008/02/07/membuat-topeng-dengan-limbah-kertas/

4. http://www.arteducators.org/learning/learning-in-a-visual-age/summit-participants/laurachapman

11

Вам также может понравиться