Вы находитесь на странице: 1из 4

Cabaran Guru Masa Kini

April 21, 2009 By: SifooSidee Category: Student guide

Cikgu, hari ni tak payah belajar le, celah anak muridku. Malas betul la.semalam baru habis exam, hari ni relax la.. sambung lagi murid yang lain. Terkadang rasa bersalah juga kalau tak mengajar. Inilah cabaran guru masa kini. Terpaksa melayan pelbagai karenah murid. Semuanya harus ditangani dengan baik. Belajar juga mesti ikut mood murid. Jika pelajar tak concentrate dalam kelas, problem juga buat guru. Untuk menarik minat murid, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Fokus harus diberikan kepada murid. Maksud saya berpusatkan murid. Jika mood mereka tak baik, gunakan strategi yang boleh menarik minat mereka. Banyak strategi yang boleh digunakan seperti strategi berpusatkan murid seperti inkuiri penemuan, sosio drama, demontrasi etc. Lebih pening lagi jika terdapat murid hyper aktif dalam kelas. Nak kawal seorang macam beribu orang rasanya. Terasa teruja sekali sekala. Macamana nak handle budak macam ni..Ini ditambah dengan murid yang suka buat bising, tak mahu belajardan macam-macam lagisemuanya menjadi cabaran buatku untuk menjalani hidup sebagai seorang guru..terima aje le

CABARAN. EMOSI Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawan, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.

Saya percaya setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guruguru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti.

Dasar Kementerian Pelajaran tentu sekali menolak sebarang bentuk deraan tanpa mengira siapa. Dasar ini juga menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak Kementerian juga sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin. Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru cenderung untuk bertindak di luar emosinya. Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal. Warga pendidik memang perlu bijak menangani isu pendidikan agar dapat mengawal emosi. Oleh itu, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian yang berkaitan tekanan ialah aspek strategi berdaya tindak dan bagaimana mengawal emosi. Mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini menjadi semakin penting kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru. Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan yang diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer, 2004). Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang tekanan

menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu. Mempunyai kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial adalah amat penting dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan. Berbalik dengan isu merendam pelajar dalam kolam ikan, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu terlibat.

Вам также может понравиться