Вы находитесь на странице: 1из 2

Modul P engajaran & Pembelaj aran

PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

KEMAHIRAN Pengenalan
BERFIKIR DAN
STRATEGI Penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
BERFIKIR Seni Visual ( PSV ) amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah
( KBSB ) Pendidikan Kebangsaan. KBSB adalah antara unsur utama yang
diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.

MATLAMAT

Modul ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang


OBJEKTIF kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat
menerapkan dala m pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual.

Selepas mengikuti modul ini pendidik :

1. Memahami maksud dan konsep KBSB.


2. Menguasai teknik penerapan KBSB dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran
dan pembelajaran.
4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain.
5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KBSB dalam
pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan
seharian.

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk


DEFINISI mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masaalah.
Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,
kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu.

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan


STRAT EGI pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan
BERFIKIR untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara
kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea
asli.

57
Modul P engajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN S ENI V ISUAL

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi


PROSES peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah
BERFIKIR pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat
keputusan, kedua-dua KBSB secara kritis dan kreatif digunakan.

Kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara


misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul di pemikiran
anda ialah :

1. Apakah objek itu?


2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

Apabila anda menyoal dir i sendiri dan mencari jaw apannya, anda
sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jaw apan, anda
menggunakan aspek yang berikut :

. Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu


. Kemahiran - menyoal diri sendir i tentang objek itu
. Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara


pengetahuan, kemahiran kognit if dan sikap atau nilai seperti dalam
rajah di baw ah.

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN / SIKAP / NILAI


KOGNITIF

Proses Berfikir

58

Вам также может понравиться