Вы находитесь на странице: 1из 24

All About Your Money

2010
By: Muhammad Hanis

TIPS UNTUK PENGUMPUL MUDA/BARU


Dibawah merupakan tips yang saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca sebagai "guideline" untuk mengumpul syiling/wang kertas lama mahupun baru sebagai koleksi dan hobi; Mula-mula sekali anda mesti enjoy dengan apa yang anda hendak dilakukan, jangan menjadikan hobi untuk mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sesuatu yang membebankan. Kumpul mengikut kemampuan anda dan jangan beranggapan anda mengumpul untuk dijadikan pelaburan atau untuk dijual suatu masa nanti. Perancangan penting dalam mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, ianya penting supaya koleksi yang anda ada mendatangkan kepuasan suatu hari kelak. Anda boleh pilih samaada ingin mengumpul syiling, wang kertas atau kedua-duanya sekali. Tepuk dada, tanya budget dan minat anda. Beritahu kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat yang anda seorang pengumpul syiling/wang kertas lama dan baru. Mana tahu, mereka ada simpan duit/wang kertas lama dan baru, kemudian memberikan kepada anda secara percuma. Anda juga yang untung. Kumpul syiling/wang kertas yang berdonimasi kecil terlebih dahulu, sebagai contoh mulakan dengan syiling ataupun wang kertas RM1 kemudian RM5 dan seterusnya mengikut kemampuan. Tidak salah sekiranya kita meletakkan target untuk memiliki syiling/wang kertas berdominasi tinggi.....usaha tangga kejayaan Seboleh-bolehnya cari syiling/wang kertas yang UNC terlebih dahulu, kerana syiling/wang kertas UNC bernilai tinggi sekiranya disimpan lama dan sedap mata memandang (bukan tujuan untuk menjualnya). Sekiranya susah untuk memperolehi gred UNC, gred syiling/wang kertas lain pun boleh, asalkan mendatangkan kepuasan kepada anda (susah nak dapatkan syiling/wang kertas lama dan baru yang UNC). Kumpul syiling/wang kertas yang mudah diperolehi, dengan erti kata lain yang digunakan sekarang, sebagai contoh anda boleh tukar dari bank atau money changer. Rajin-rajinlah mencari sumber maklumat untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda berkaitan syiling/wang kertas lama dan baru seperti sejarah, gred syiling/wang kertas, harga semasa, tahun keluaran dan seumpamanya. Ini adalah sebagai persediaan sekiranya anda ingin membeli syiling/wang kertas baru dan lama yang susah di perolehi (RARE) supaya anda tidak mudah ditipu. Sebagai contoh, ada sesetengah penjual syiling/wang kertas lama menjual koleksi mereka pada harga UNC, walhal gred sebenarnya FINE. Selalulah survey harga dan buat perbandingan sebelum membeli syiling/wang kertas lama dan baru. Elak daripada membeli syiling/wang kertas yang sudah di"polish"/dibasuh kerana nilainya akan menurun. "Polish" biasanya dijalankan pada syiling bertujuan untuk kosmetik tetapi impaknya amatlah teruk. Simpan syiling/wang kertas lama dan baru ditempat yang bersesuaian supaya tidak rosak seperti dalam fail, plastik dan bekas yng dibuat khas untuk menyimpan koleksi syiling/wang kertas lama.

RUJUKAN BAGI PENGUMPUL DUIT SYILING/WANG KERTAS LAMA DAN BARU


Sekiranya anda ingin menjadikan hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru sebagai satu hobi yang serius/menarik, anda perlu menambah pengetahuan dengan merujuk pelbagai jenis bahan rujukan bagi memastikan apa yang dikumpul selama ini benar-benar berbaloi. Aku rasa tidak cukup dengan mengharapkan sumber maklumat yang ada dalam alam maya cyber sahaja (Internet) sebagai sumber rujukan tetapi anda sendiri mesti berusaha untuk menambah pengetahuan dengan mencari sumbersumber rujukan lain seperti buku-buku berkenaan hobi mengumpul syiling/wang kertas lama dan baru, di bawah aku ada sertakan berberapa tajuk buku yang boleh dijadikan sebagai rujukan, disamping itu anda juga boleh jadikan buku-buku tersebut sebagai koleksi peribadi... hehehehe, Selain buku-buku dibawah, ada banyak lagi buku rujukan lain berkenaan duit syiling/wang kertas lama dan baru dipasaran. Rajinrajinlah anda ke kedai buku untuk mendapatkannya, di dalam buku tersebut terdapat macam-macam maklumat yang anda boleh ketahui. Jangan lupa beli dan membacanya sampai habis... lepas ini anda akan menjadi seorang yang EXPERT dalam mengumpul Duit Syiling/Wang Kertas Lama dan Baru.

Tajuk: A Complete Educational Reference: Malaysia Brunei & Singapore Banknotes & Coins, 4th Edition (1786 2008)

Penulis/editor: K.N Boon

Diterbitkan oleh: International Educational & Cultural Exchange Foundation and Trigometric Sdn. Bhd

Tajuk: Sejarah Matawang Malaysia (History of Malaysian Banknotes and Coins), 1957 - 2007

Penulis/editor: Jabatan Warisan Negara

Diterbitkan oleh: Jabatan Warisan Negara

Tajuk: A Complete Educational Reference: Malaysia Banknotes & Coins, 3rd Edition(1786 - 2006)

Penulis/editor: K.N. Boon

Diterbitkan oleh: Trigometric Sdn Bhd

Tajuk: Kenali Wang Anda (Know You Money)

Penulis/editor: Peter Eu, Ben Chiew dan K.N. Boon

Diterbitkan oleh: Eureka Metro Sdn. Bhd

Tajuk: A Complete Educational Reference: Malaysia Banknotes & Coins, 2nd Edition(1786 - 2004)

Penulis/editor: K.N. Boon

Diterbitkan oleh: Trigometric Sdn Bhd Tahap Gred Mata Wang Kertas

TAHAP GRED MATA WANG KERTAS


Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;

Uncirculated (UNC) Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU) Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF) Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF) terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F) Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG) Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G) Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi

tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA) Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P) Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Rujukan: Buku Malaysia Banknotes and Coins

TAHAP GRED MATA WANG SYILING


Kali aku bawa anda semua untuk mengetahui Tahap Gred Mata Wang Siling pula, sila rujuk panduan gred dibawah;

Poor/pair (P) Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca tetapi keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya tidah dihiraukan oleh para pengumpul.

Good (G) Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih boleh dibaca, permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan masih boleh dikenalpasti, terdapat kesan calar dan pinggirannya pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijumpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.

Fine (F) Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya, terdapat kesan calar dan pinggirannya yang pecah.

Very Fine (VF) Terdapat kesan calar, bukti penggunaan yang terhad, terdapat tombokan pada permukaan, namun tulisan dan gambarnya amat jelas sekali.

Extremely Fine (EF) Terdapat bintik tompok pada permukaan, masih jelas dan tajam kelihatan. Warnanya masih terpelihara.

Uncirculated (UNC) Tiada kesan calar atau pecah, kesan calar yang amat sikit mungkin disebabkan oleh ketidak sempurnaan semasa penempaan. Syiling yang lama mungkin kelihatan sedikit warna asal.

Brilliant Uncirculated (BU) Warna asal yang jelas, tiada kesan kotoran atau kesan calar.

Fleur de Coin (FDC) Proses penempaan yang sempurna, tiada kesan calar, warna asal yang jernih dan biasanya digunakan untuk syiling Peruf.

Proof (PROOF) Sering dijalankan dengan menggunakan acuan yang dikilatkan, mengenakan 2 kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Salah satu kriteria utama ialah ianya mempunyai permukaan yang tajam dan jelas.

POTRET SIAPAKAH PADA WANG KERTAS MALAYSIA?

Gambar/potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang pertama

Aku rasa ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong). Setelah baginda mangkat, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah menggantikan tempat baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke dua. Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong sejak Hari Merdeka Malaysia hingga sekarang; 1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dariNegeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan

Hisamuddin

Alam

Shah

Al-Haj

ibni

Almarhum

Sultan

Alaeddin

Sulaiman

Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960. 3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dariPerlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000 4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979 5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1924, memerintah pada 1970-1975 6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dariKelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979 7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin AlMuadzam Shah dariPahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984 8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989 9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahulahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994 10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999 11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001 12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullaildari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006 13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah AlHaj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

Sumber: 1. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad 2. Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

APA ITU "REPLACEMENT NOTES"


Apa itu Replacement Notes atau Wang Kertas Gantian, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja (contoh berdasarkan yang pernah aku lihat). Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. Bagi mereka yang bukan pengumpul wang kertas lama/baru, Wang Kertas Gantian dianggap sama dengan wang kertas biasa dan tiada apa-apa yang boleh dianggap istimewa, Sebenarnya nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi(sekiranya anda ingin berbuat demikian) . Sesetengah Wang Kertas Gantian boleh dikategorikan sebagai RARE dan menjadi buruan oleh para pengumpul termasuklah aku sendiri. Disini aku beri sebahagian contoh Wang Kertas Gantian yang dianggap RARE berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku; 1. RM10 siri ke-1, Prefix Z/1 xxxxxxxx 2. RM5 siri ke-2, Prefix Z/1 xxxxxxxx 3. RM10 siri ke-2, Prefix Z/4 xxxxxxxx 4. RM5 siri ke-5, Prefix NZ xxxxxxxx 5. RM10 siri ke-5, Prefix QA xxxxxxxx 6. RM50 siri ke-5, Prefix WA xxxxxxxx 7. RM100 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx 8. RM1000 siri ke-5, Prefix ZZ xxxxxxxx 9. RM20 siri ke-6, Prefix UZ xxxxxxxx 10. RM2 siri ke-8, Prefix ZB xxxxxxxx 11. RM50 siri ke-9, Prefix ZA xxxxxxxx 12. RM1 siri ke-11, Prefix ZD xxxxxxxx Rupa-rupanya banyak juga Wang Kertas Gantian yang RARE, masih banyak lagi yang aku belum miliki. Banyak juga modal yang aku perlu keluarkan untuk memiliki semua Wang Kertas Gantian diatas. Oklah, sekarang aku senarai pula semua Wang Kertas Gantian mengikut siri dan Gabenur/Gabenor, Sila lihat carta dibawah;

Carta ringkas Wang Kertas Gantian mengikut siri keluaran dan Gabenur/Gabenor Note: Maklumat yang aku perolehi adalah berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku diantaranya A CompleteEducation Refrence Malaysia Banknotes & Coins dan History of Malaysian Banknotes & Coins. Ada juga maklumat yang aku tambah sendiri kerana ianya masih belum dibukukan sebagai contoh Wang Kertas Gantian siri ke-11 RM1 ZE xxxxxxx, RM10 ZC xxxxxxx dan RM50 ZE xxxxxxx.

WANG KERTAS & DUIT SYILING DI EDARAN


Tahukah anda, semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran. Dibawah merupakan maklumat ringkas yang aku perolehi dari info perbankan yang dikeluarkan BNM pada 21 januari 2003 kalau tak salah aku, tetapi kalau salah tolonglah betulkan.

Bagi aku, bagus jugalah BNM keluarkan maklumat berkenaan ini kerana mudah difahami, ringkas dan padat. Sebenarnya dari maklumat-maklumat tersebut ada lagi yang perlu dihuraikan.dan perlu diketahui. Aku ambil sebagai contoh adalah duit syiling siri kedua, kalau diterangkan Tradisi dan Perwatakan Malaysia, susah juga nak fahamkan. Cuba korang ingat-ingat kembali, apakah Tradisi dan Perwatakan Malaysia yang ditempa/diukir pada duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1. Ini kira macam aku buat satu ujian, aku rasa ada yang ingat-ingat lupa. selamat mencuba :D 1. 1 sen = ? 2. 5 sen = ? 3. 10 sen = ? 4. 20 sen = ? 5. 50 sen = ? 6. RM1 = ?

Sumber: Maklumat Am Matawang, Bank Negara Malaysia

KENALI GABENOR BNM DAN TANDATANGAN


Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor iaitu; 1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)

3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)

Rujukan: Bank Negara Malaysia Wikipedia

GARIS PANDUAN STANDARD KUALITI MATA WANG MALAYSIA OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Mata Wang Sesuai


Mata Wang Sesuai ialah wang kertas atau duit syiling yang memenuhi kriteria dan standard kualiti untuk dikekalkan dalam edaran

Mata Wang Tidak Sesuai


Mata Wang Tidak Sesuai ialah wang kertas atau duit syiling yang mempunyai ciri-ciri yang menjadikannya tidak sesuai untuk dikekalkan dalam edaran

KOTOR/ LUSUH

Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat pada permukaan wang kertas..

LEMBIK

Lipatan berlebihan yang menyebabkan struktur wang kertas menjadi lembik..

Tindakan Terhadap Wang Kertas Dan Duit Syiling Tidak Sesuai Untuk Edaran

Wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran semula boleh ditukarkan di mana-mana bank perdagangan dan cawangan Bank Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di alamat berikut:

Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur Telefon : 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278 Faksimile : 03-26913410 / 03-26915859 Laman Web : www.bnm.gov.my

atau

BNMTELELINK Telefon : 1-300-88-5465 Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616 E-Mel : bnmtelelink@bnm.gov.my

atau

mana-mana Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

CARA PENJAGAAN DUIT


Ok, mula2 yg paling penting skali bg sy ialah glove.. Glove ni penting utk melindungi finger print kita.. Sebab ape nk kena lindung finger print kita, sebab kita nak bunuh orang.. Silap2.. Sebab jari kita ni ada peluh sebenarnyer walaupun kita rasa kering jer.. Peluh, kimia or pape cecair adalah x bagus utk koleksi duit kita sebenarnyer..

Berikut adalah beberapa item yg sy gunakan untuk menyimpan koleksi sy lg 100tahun.. beberapa jenis plastik diperlukan dan yg paling penting kita kena pastikan yg plastik tersebut direka khas utk simpan duit dan bebas kimia..

Masukkan duit di dalam plastik yg keras ni.. Takde la nnti dia kemik or terlipat..

Lepas tu masukkan pula dlm plastik lembut ni.. Takde la terkeluar duit tu nnti..

Plastik paling besar tu lak digunakan begini.. Masukkan duit td macam ni.. Dah ada 3 lapis plastik kesemua nyer..

Hah tu dia.. Kalo dh syg n minat tu, begini la gaya nyer.. Guna plastik sealer utk seal plastik tu.. Baru la simpan dalam peti campak tengah laut jadi harta karun..

Kan semak tu.. Dah macang bungkus frozen food.. Trim sket rambut dia..

Tada!!! Begini la rupanyer.. Pastu ada lg.. Blom siap lg.. Jgn tekan 'x' kt bucu atas tu.. Simpan dalam tupperware yang airtight n bewarna legam.. Maksudnyer bukan yg transparent.. Kira kalo tutup dalam tu gelap gelita la.. sebabnyer utk melindungi duit ini dari terkena CAHAYA n UDARA.. Letak 'silica gel' kalo ada..

Ok skrg sy akan citer sket2 fungsi cara pembungkusan sy ni..

1- glove utk lindung peluh or kimia or chemical.. jika duit terkena peluh or kimia or chemical( saja nk taip panjang2), lama2 duit tu bole kuning di bahagian yg terkena sentuhan tu.. Bg sy x kesah sgt jenis glove sebenarnyer yg ptg kita tau dia suci dari segala hadas.. Dh pkai glove tu jgn lak korek telinga or hidung.. Kalo gatal sgt pn garuk pakai gunting jer.. Oleh itu adalah amat penting utk kita tau n kenal seller kita supaya duit yg kita dapat berkualiti.. kalo kita dh buat cmni sumer tp lepas 20-30tahun ada kuning gk, nasib kita x baik la tu..

2- Plastik keras tu biasa la fungsinyer.. takut ada yg gatal tangan terkenyuk lak kang.. kalo bole jamin 2030tahun xkn terkenyuk, xpela.. nk senang lg simpan dlm safety box di bank.. eh jangan gelak.. sy kenal beberapa org yg snggup buat cmtu.. kebaikan simpan di safety box di bank, ada duit di negara kita ni yg nilainyer puluhan n ratusan ribu sekeping.. xkan nk smpan kt bawah bantal kowt.. dh serupa mcm simpan gold bar.. kena rompak kang.. lgpn kalo dh dalam bank, xdela gatal tangan nk tengok slalu..

3- Seal guna plastic sealer tu adalah utk elakkan terkena udara yg bnyk.. Udara ni ada wap air.. Dalam tempoh 10 tahun memang x nmpak kesannyer.. tp lepas 30 tahun, duit tu akan banyak berbintik2 kuning.. Kalo nk nk buat eksperimen cepat, duit yg umur 10 tahun ke atas cuba kita iron.. nnti bole tgk warna berubah n ada bintik2 kuning kecik.. tp sy nk TEGASKAN kt sini, sy bkn seorang yg menggosok duit gunakan seterika!! duit yg di iron, sy x galakkan beli kerana strukturnyer sudah lari(brubah).. kebanyakan duit ada silver security thread.. bila duit tu digosok, silver thread ni akan mengecut sedikit.. cadangan seterika duit di atas hanya la kalo nk wt eksperimen la..

4- Simpan dalam tupperware kaler legam adalah untuk menghalang duit dari terlalu lama kena cahaya.. cuba kertas kita jemur bawah matahari berminggu2.. xyah bertahun pn dia dh jadi kuning.. silica gel tu lak kalo korg x paham, kt skolah dulu ada blaja dorg kata kalsium klorida kontang kowt.. utk serap wap air.. ktne nk dpt? kt kedai otai2 yg jual duit ada bende alah tu.. xpn bila beli kasut baru, dlm kotak tu mesti ada benda tu..

Sekian tips n ilmu yg sy nk konsikan bersama.. Mesti ada yg pelik nape duit RM1 pn nk simpan giler2 kn.. padahal guna utk beli 2 batang rokok dunhill jer.. tgk dekat2 nombor nyer..

Вам также может понравиться