Вы находитесь на странице: 1из 4

NAMA PELAJAR NO.

KP

: :

SELIZAH BRUSLIM 910813-12-5146

Mata pelajaran WAJ3113 merupakan mata pelajaran GERKO yang wajib diikuti oleh guru-guru pelatih dikesemua Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Pada semester ini, kami guru-guru pelatih semester 6 Institut pendidikan Guru Kampus Darulaman, telah dikehendaki untuk menganjurkan sebuah Projek Pameran Kokurikulum bagi setiap persatuan. Pameran tersebut telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 7 Oktober hingga 9 Oktober 2013, bertempat di Dewan Banai Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Para guru pelatih telah dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut kumpulan persatuan masing-masing.

Kelebihan Sepanjang 3 hari pameran ini diadakan, kami telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman serta pengetahuan yang baru. Banyak kelebihan yang telah kami perolehi daripada pameran ini. Antara kelebihan yang telah kami perolehi melalui projek pameran ini ialah kami dapat berkongsi pelbagai bahan bantu mengajar yang amat menarik dan boleh diguna pakai semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Perkongsian ini bukan hanya berlaku dalam kalangan ahli kumpulan persatuan sahaja, malah turut boleh dikongsi bersama dengan persatuan-persatuan yang lain. Melalui perkongsian ini, kami boleh memantapkan lagi penggunaan bahan bantu mengajar kami di masa akan datang. Selain itu, projek pameran ini juga telah membantu kami untuk menimba pengalaman baru dalam aspek pengurusan sesebuah projek atau program. Bidang pengurusan merupakan suatu ilmu yang amat berguna kepada seseorang guru. Ilmu pengurusan adalah amat penting bagi seseorang guru. Hal ini kerana pengurusan merupakan suatu kemahiran yang sering dikaitkan dengan guru. Secara amnya, kita telah tahu bahawa tugas seorang guru ialah untuk mendidik, akan tetapi bidang pengurusan merupakan suatu bidang ilmu yang dijalankan seiringan dengan peranan guru sebagai pendidik. Semasa sesi PdP dijalankan, guru perlu

menguruskan bilik darjah dan murid-murid agar PdP yang dijalankan berjalan dengan lancar dan terkawal. Guru bukan sahaja perlu menguruskan murid-murid semasa enjalankan PdP dalam bilik darjah, malah guru juga perlu menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pengurusan sebarang program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Oleh itu, melalui projek pameran ini, kami dapat menambahkan dan memperbaiki lagi ilmu pengurusan yang kami telah perolehi sebelumya. Di samping itu, melalui projek pameran ini juga kami dapat memperbaiki dan merapatkan lagi hubungan antara rakan-rakan dari ahli-ahli persatuan yang lain. Usaha kami untuk menjayakan projek pameran ini memerlukan kerjasama yang utuh daripada kesemua ahli kumpulan bagi setiap persatuan. Melalui kerjasama yang diberikan, kami telah berjaya untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin. Dengan adanya hubungan baik ini, segala pekerjaan akan menjadi lebih mudah dan teratur. Sepanjang pameran ini berlangsung, kami telah belajar untuk bertoleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan sebrang perselisihan faham berlaku. Projek pameran ini juga telah membantu kami meningkatkan lagi kemahiran sosialisasi kami melalui pengalaman kami untuk melayan dan memberikan penerangan kepada para tetamu dan pelawat yang telah berkunjung ke booth pameran kami. Selain daripada membentu meningkatkan kemahiran sosislisasi kami, projek pameran ini juga telah meningkatkan lagi kemahiran kami dari aspek komunikasi. Dengan adanya pengunjung yang bertandang ke booth kami, kam i dapat memberikan penerangan yang bernas dan lebih mantap kepada mereka dari sehari ke sehari pameran ini berjalan. Hasil keberkesanan komunikasi kami dapat dinilai dalam projek pameran ini melalui maklum balas yang kami terima daripada para pengunjung yang berkunjung. Sesungguhnya projek pameran ini banyak membantu saya dan rakan-rakan untuk menyediakan diri ke alam pekerjaan. Kami telah memperolehi banyak pengalaman baru yang amat menarik serta berguna kepada kami yang dapat membantu kami untuk menjadi seorang bakal guru yang berdedikasi, berfikiran kritis, kreatif serta inovatif.

Kelemahan Meskipun projek pameran ini telah dilakanakan dengan baik dan lancar, namun kami tidak terlepas daripada mengalami masalah, terutamanya bagi masalah luar jangka seperti keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan kami untuk menjalankan projek pameran ini dengan lancar. Meskipun pameran ini dijalankan di dalam

dewan, namun keadaan cuaca seperti hujan ribut yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kelancaran projek ini. Keadaan seperti ini mengakibatkan beberapa booth pameran yang didirikan agak terjejas dan terpaksa memindahkan beberapa bahan dan alatan yang dipamerkan. Meskipun keadaan tidaklah begitu teruk, namun ianya edikit sebanyak menejaskan kelancaran projek pameran ini.

Cadangan Penambahbaikan Oleh itu, di masa akan datang, jika sekali lagi diberikan peluang untuk mengadakan projek seperti ini, saya akan menggunakan pengalaman, ilmu dan kemahiran yang telah saya perolehi semasa mengendalikan projek ini untuk membantu kelancaran program yang dijalankan. Selain itu, bagi sebarang masalah luar jangka yang berlaku, Plan B perlulah disediakan seperti menyediakan benteng yang mampu menghalang angin atau air hujan daripada menimpa booth yang didirikan. Pemilihan tempat juga mungkin perlu difikirkan kembali. Pemilihn tempat yang strategik amat membantu bagi memastikan program dan projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Kesimpulan Segala cadangan yang dikemukakan perlulah dipertimbangkan semula, namun sebarang ralat yang muncul mungkin tidak dapat dielakkan. Meskipun menghadapi masalah, namun program seperti ini hendaklah diteruskan kerana projek seperti ini sememangnya mendatangkan lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang berguna dan tidak berbaloi untuk dihentikan hanya kerana berhadapan dengan masalah yang kecil. Masalah yang dihadapi sememangnya mengajar untuk lebih mematangkan

kita. Setiap kejadian yang berlaku samada baik atau uruk perlulah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup. Secara kesimpulannya, projek pameran ini telah menambahkan keyakinan dalam diri saya dan memberikan saya keseronokan dan pengalaman yang amat berguna kepada saya. Saya percaya bahawa segala pengalaman yang saya perolehi ini mampu membantu saya untuk menjadi seorang guru yang serba boleh setelah bergelar seorang guru kelak. Saya juga mengucapkan ribun terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kami sokongan dan

semangat kepada kami, terutamanya kepada pensyarah pembimbing kami yang telah banyak memberikan kami sokongan dan bimbingan sepanjang proses melaksanakan projek ini. Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться