Вы находитесь на странице: 1из 27

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0 2.0 3.0

TAJUK
PENGENALAN KEHEBATAN POLITIK ISLAM PERALIHAN POLITIK ISLAM KEPADA BARAT 3.1 3.2 Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah Kesan Kejatuhan Turki

MUKA SURAT
1 3 4 5 8 10 12 14 16 16 17 18 20 25 26

4.0 5.0 6.0 7.0

POLITIK DUNIA PADA MASA SEKARANG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) KUASA VETO DAN KEPENTINGAN AMARIKA SYARIKAT KESAN POLITIK TERHADAP DUNIA 7.1 7.2 Ekonomi Budaya

8.0 9.0 10.0 11.0

KESIMPULAN MINIT MESYUARAT RUJUKAN LAMPIRAN

POLITIK DUNIA DI DOMINASI OLEH SIAPA..?


1.0 PENGENALAN Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans". Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup. Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat, dan suku kaum. V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah Penstrataan Institusi Sosial, Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam, percukaian dan penulisan. Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat. Sementara perkataan Politik" diambil dari perkataan Yunani iaitu Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans. Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan mengapa politik". Contoh ahli-ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao. "Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama. Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama atau kebaikan individu. Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat.

Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik. Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas". Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana (who gets what, when and how). Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap. Selain kerajaan, kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini. Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orangoramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta. Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20. Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada perubahan sebagaimana yang lain.

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi, ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya. Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undangundang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

2.0

KEHEBATAN POLITIK ISLAM Politik Islam adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah.

Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syariyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata ssa yassu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi atau mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam. Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya: "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara. Bolehlah kita katakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristian relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi hingga zaman kini.

Pandangan Orientalis Barat tentang Politik Islam i. Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama, namun ia juga merupakan sebuah sistem politik. Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain". ii. Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama dan negara. Dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya". iii. Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan". iv. Prof. R. Strothmann berkata : "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau "negarawan". v. vi. vii. Prof D.B. Macdonald berkata : "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama dalam undang-undang Islam". Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara". Prof. Gibb berkata : "Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia meniscayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi".

3.0

PERALIHAN POLITIK ISLAM KEPADA BARAT Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak

terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan. Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni.

Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah. 3.1 Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah. Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya.Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun.

Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggotaanggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman AlQanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera.Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada

tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadarcukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah. Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India.

Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Turki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan. Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah. Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah. Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 16821689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah. Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap. 3.2 Kesan Kejatuhan Turki Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republic. Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik.

Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam. Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz.Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain. Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan SykesPicot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union menguasai satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.

Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah. Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik. Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.

4.0

POLITIK DUNIA PADA MASA SEKARANG Pada masa sekarang kuasa politik dunia dipegang oleh Amerika.Ini boleh dilihat

daripada kuasa besar yang dimiliki olehnya dalam Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. Pertubuhan ini ekonomi. bagi membentuk keamanan yang merupakan perkara pokok bagi sesebuah negara bangsa.Ini kerana keamanan merupakan asas kepada kestabilan politik dan kemakmuran

10

Dalam

konteks

antarabangsa,

Pertubuhan

Bangsa-bangsa

Bersatu

(PBB)

merupakan badan tunggal yang berperanan dalam memastikan keamanan dan keselamatan di kalangan negara anggota dapat dikekalkan, dan lebih penting mempunyai keupayaan untuk mencorakkan iklim politik dunia supaya kekal aman dan harmonis. Idea mengenai perlunya sebuah pertubuhan antarabangsa bebas untuk memastikan kelangsungan keamanan dan keselamatan antarabangsa bermula seawal 1941 apabila Presiden Franklin D. Roosevelt dan Perdanan Menteri Winston Churchill menandatagani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 di atas kapal HMS Prince of Wales. Piagam tersebut mengandungi prinsip-prinsip asas mengenai kerjasama antarabangsa dalam mengekalkan simbiosis keamanan antarabangsa. Piagam ini telah mendapat sokongan daripada negara-negara Bersekutu pada masa itu apabila sebanyak 26 wakil negara-negara Bersekutu telah bersetuju untuk menandatangani suatu perisytiharan yang menyatakan sokongan terhadap Piagam Atlantik dalam usaha mereka untuk menentang Kuasakuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman, Itali,dan Jepun. Perisytiharan ini telah memperkenalkan buat pertama kalinya istilah United Nations yang dicadangkan oleh Presiden Roosevelt. Empat kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, dan United Kingdom juga menyatakan persetujuan mengenai keperluan mewujudkan badan tersebut. Lantaran itu, bertempat di Moscow pada 30 Oktober 1943, negara-negara ini telah bersama-sama bersetuju untuk menandatangani satu deklarasi yang menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil inisiatif awal bagi menubuhkan badan tersebut. Matlamat ini juga telah disuarakan semasa mesyuarat pemimpin negara-negara tersebut di Tehran, pada 1 Disember 1943. Impian mengenai kewujudan PBB semakin jelas apabila rangka kerja mengenainya telah disiapkan pada Persidangan Dumbarton Oaks di Washington D.C. bermula 21 September sehingga 7 Oktober 1944. Negara-negara yang terlibat dalam proses persiapan rangka kerja PBB terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, dan United Kingdom. Malah, tiga ikon politik dunia pada ketika itu iaitu Roosevelt, Winston Churchill, dan Stalin telah pun menyuarakan keprihatinan mereka mengenai pembentukan badan antarabangsa yang mampu mengawal selia keamanan dunia semasa Persidangan Yalta yang diadakan pada 11 Februari 1945 di Yalta, USSR. Penubuhan PBB akhirnya menjadi kenyataan apabila 50 delegasi negara-negara dunia telah menghadiri Persidangan San Francisco pada 25 April 1945 dan menyiapkan Piagam PBB dengan 111 artikel. PBB diiktiraf sebagai badan dunia rasmi pada 24 Oktober 1945 apabila kesemua lima anggota Majlis Keselamatan PBB dan majoriti daripada negara-negara anggota telah bersetuju untuk meratifikasi Piagam PBB. Akhirnya, terlakar dalam kanvas sejarah dunia pada 10 Januari 1946, PBB mengadakan Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Central Hall, Westminster dengan kehadiran sejumlah 51 negara sebagai ahli terawal PBB.

11

Selaku badan dunia tunggal dan terbesar, PBB ditubuhkan dengan beberapa matlamat utama sebagaimana yang telah digariskan dalam Artikel 1 Piagam PBB, antara lain menyenaraikan. mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mewujudkan hubungan baik antara negara-negara bangsa, mencapai kerjasama antarabangsa dalam menyelesaikan isuisu antarabangsa mengenai ekonomi, sosial, budaya, dan lain-lain, menjadi pusat negara-negara bangsa merangka dan mengambil tindakan berhubung isu-isu. Matlamat-matlamat tersebut tertakluk kepada Artikel 2 yang menerangkan tujuh prinsip asas tindakan PBB antaranya mengambil tindakan dengan menghormati sensitiviti dan kepentingan negara anggota. Secara asasnya, Artikel 7 menggariskan komponen-komponen utama PBB yang terdiri daripada Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, Setiausaha Agung, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, serta Majlis Pemegang Amanah. Komponen-kompenen inilah yang menentukan sesutu halatuju bagi sesebuah negara. Segala keputusan yang dibuat adalah atas dasar perbincangan bersama ahli-ahli majlis dan persetujuan daripada lima kuasa besar yang salah satunya adalah Amerika. Negara-negara yang mempunyai kuasa besar tersebutlah yang banyak memegang politik dan mengusai dunia pada masa sekarang.

5.0

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Sebagaimana yang kita ketahui, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

merupakan satu badan induk dunia yang diasaskan bagi menjaga kebajikan dan apa jua masalah yang berkaitan dengan negara yang menganggotainya. PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Carlifornia iaitu selepas Perang Dunia Ke-2.Keahlian bagi menyertai PBB adalah terbuka kepada mana-mana negara di seluruh dunia yang diiktiraf kemerdekaannya. Sebenarnya, PBB ditubuhkan untuk menggantikan Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa yang dibubarkan setelah pertubuhan tersebut gagal menghentikan Perang Dunia Ke-2. Pejabat asal PBB adalah terletak di San Francisco, Carlifornia sebelum berpindah ke Bandaraya New York, di Amerika Syarikat. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai peranan dan tanggungjawabnya sendiri. PBB dipimpin oleh seorang Setiausaha Agungnya dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha Agung.Ketika ini, Setiausaha Agung PBB adalah Ban Ki-Moon yang berasal daripada negara Jepun. Bagi menjalankan tanggungjawab tersebut, pentadbiran PBB telah memperuntukkan enam majlis bagi melaksanakan piagam PBB iaitu Majlis Keselamatan UN di mana merupakan majlis yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara anggota. Sedangkan majlis PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada negara-negara anggota dan Majlis Keselamatan mempunyai kuasa penuh di bawah Piagam PBB untuk memutuskan bahawa kerajaan di bawah negara-negara anggota harus melaksanakan keputusan yang telah dibuat.

12

Keputusan-keputusan

Majlis

Keselamatan

digelarkan

"Ketetapan

Majlis

Keselamatan PBB" di mana ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan dan di dalam Majlis Keselamatan ini juga terdapat lima negara yang menjadi ahli tetap yang digelar sebagai Kuasa Veto iaitu Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis dan Russia. Antara majlis piagam PBB yang lain adalah Majlis Ekonomi dan Sosial, Majlis Peramanahan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Sekretariat di mana setiap majlis mempunyai fungsi dan ahlinya tersendiri. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti sudah hilang taring dan bisanya. Jika kita imbas kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dunia seperti kejadian 11 September 2001, pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq, perbalahan kaum antara Palestin dan Israel dan sebagainya tidak menemukan jalan penyelesaian. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Jika kita renungkan kembali, kita dapat melihat bahawa PBB ini cuba dipegang oleh satu kuasa sahaja di mana PBB hanya sebagai alat untuk mengaburi mata dunia tentang kuasa yang cuba menguasai dunia itu. Kebanyakan keputusan yang dikeluarkan oleh PBB seperti berat sebelah dan menimbulkan persoalan dan keraguan banyak pihak.Apakah keputusan itu diputuskan oleh kuasa tersebut? Persoalannya kini, mengapa kuasa tersebut cuba menguasai PBB dan mungkin ramai yang mempersetujui sekiranya kami katakan bahawa kuasa tersebut adalah Amerika Syarikat. Sekiranya kita lihat sejak berlakunya peristiwa 11 September 2001, banyak agenda yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang ketika itu dipimpin oleh George W Bush yang bertentangan dengan piagam PBB contohnya, pencerobohan mereka ke atas Afghanistan dan Iraq di mana alasan yang mereka berikan ke atas pencerobohan itu adalah tidak relevan. Namun begitu, PBB sebagai badan dunia yang bertanggungjawab sebagai orang tengah dalam membuat rundingan seperti membisu dalam menjawab persoalan mengenai pencerobohan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh, Amerika Syarikat cuba untuk mendominasi PBB dalam membuat keputusan. Kesannya, sehingga hari ini, peristiwa hitam tersebut terus berlaku dan amat menyedihkan lagi adalah apabila pemimpin baru Amerika Syarikat, Presiden Obama telah mengeluarkan arahan supaya menambah bilangan anggota tenteranya di Iraq di mana ia bertentangan dengan usaha yang dilakukan oleh negara-negara sekutunya yang lain. Jika dilihat dari sudut pandangan lain, Amerika Syarikat seperti sudah menyusun strategi yang cukup baik untuk melakukan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq. Bermula dengan kejadian 11 September 2001 di mana mereka menuduh militan Afghanistan, kumpulan Al-Qaeeda sebagai dalangnya sehinggalah mengaitkan Presiden Iraq, Saddam Hussein dengan keganasan dan tuduhan terhadap proses penghasilan tenaga nuklear oleh kerajan Iraq. Walaupun telah bertukar pimpinan baru, namun usaha untuk menguasai Iraq masih dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat.

13

Dalam konteks ini kita dapat lihat bahawa, Amerika Syarikat cuba menunjukkan kehebatannya sebagai polis dunia di mana segala tindak tanduk kerajan negara lain haruslah mendapat perkenan darinya. Apa yang boleh dikaitkan antara pencerobohan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh sifat tamakkan sumber minyak dan petroleum yang banyak diperolehi di negara Iraq dan sebagaimana yang kita ketahui negara Iraq merupakan antara musuh utama Amerika Syarikat dan Yahudi adri dahulu lagi. Sekiranya Amerika Syarikat tidak menguasai Iraq maka kerajaan Amerika Syarikat dan rakyat akan mengalami masalah kekurangan bekalan minyak dan petroleum pada masa akan datang. Sekiranya hal ini berlaku maka ia akan memberi kesan yang teruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat sekaligus menghalang usaha mereka untuk mendominasi ekonomi dan politik dunia. Apa yang dikhuatiri kini adalah Amerika Syarikat akan cuba untuk menguasai mana-mana negara yang mempunyai kepentingan ekonomi bagi mereka terutama negara-negara yang kaya dengan sumber asli dan tenaga contohnya negara kita, Malaysia. Terdapat banyak lagi reformasi oleh rakyat terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana antara piagamnya yang berat sebelah dan mungkin tidak relevan digunakan pada zaman moden ini. Antaranya adalah desakan terhadap penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan PBB bagi negara-negara Veto iaitu Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis dan Russia di mana ia lebih kepada pro-barat dan boleh mengakibatkan segala rundingan yang dijalankan menemui jalan buntu. Mengikut dari sisi pandangan PBB, kuasa Veto adalah perlu bagi mengelakkan sebarang persengketaan antara mana-mana negara yang mengganggotai PBB, negara pemegang kuasa Veto dapat menjadi orang tengah bagi sesuatu rundingan antara negara anggota dan menjamin kredibiliti PBB agar terus dihormati oleh negara ahli yang lain.

6.0

KUASA VETO DAN KEPENTINGAN AMARIKA SYARIKAT PBB adalah singkatan dalam bahasa Malaysia kepada perkataan Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu atau dalam perbendaharaan Bahasa Inggerisnya ialah United Nations (UN). Pertubuhan ini dianggotai oleh hampir 99.9% negara yang merdeka di atas muka bumi ini. Secara amnya, PBB merupakan pertubuhan berkecuali yang biasanya menjadi orang tengah dan rujukan bagi mana mana negara atau pihak tentang isu isu antarabangsa. Menariknya, sistem pentadbiran PBB tidak mempunyai ketua atau presiden seperti mana lazimnya bagi sesebuah organisasi, tetapi hanya mempunyai setiausaha agung yang menjalankan tugasan PBB. Veto pula adalah satu istilah yang digunakan dalam PBB bagi negara negara yang mempunyai kuasa mutlak dalam PBB. Veto dari segi istilah bahasa adalah bermaksud membenarkan. Kuasa mutlak yang dinyatakan di sini merangkumi ekonomi, ketenteraan, sosial dan sebagainya.

14

Antara senarai negara yang yang diberi kuasa ini ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China. Pada dasarnya, antara penyebab negara negara seperti yang disenaraikan mendapat kuasa veto adalah berdasarkan geografi negara tersebut, kekuatan ketenteraan dan kekukuhan ekonomi dari semasa ke semasa. Mungkin ramai di antara kita yang tertanya tanya, kenapakah perlunya kuasa Veto? Mengikut dari sisi pandangan PBB, kuasa Veto adalah perlu bagi mengelakkan sebarang persengketaan antara mana mana negara yang mengganggotai PBB, negara pemegang kuasa Veto dapat menjadi orang tengah bagi sesuatu rundingan antara negara anggota dan menjamin kredibiliti PBB agar terus dihormati oleh negara ahli yang lain. Persoalan yang timbul sekarang, adakah kuasa itu digunakan sebaiknya oleh negara anggota serta mengikut lunas lunas yang telah ditetapkan oleh PBB? Sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar banyak isu yang timbul tentang penyalahgunaan kuasa Veto dalam kalangan ahlinya. Terlalu banyak keraguan tentang cara negara kuasa Veto bertindak di peringkat antarabangsa bagi menangani sesuatu isu. Sebagai contoh, isu kadaulatan negara Palestin. Rejim Yahudi yang berlindung di sebalik bayang-bayang negara Israel dengan sewenang-wenangnya menyerang penduduk Palestin tanpa belas kasihan. Mengapa Amerika Syarikat bertindak berat sebelah dengan mengiyakan sahaja apa yang dilakukan oleh Israel bahkan menyokong apa yang telah dilakukan oleh sekutunya itu? Apakah ini piagam PBB yang diikuti oleh Amerika Syarikat dan kuasa Veto yang lain? Isu lain yang menjadi keraguan adalah pembangunan dan pengkayaan uranium di Iran yang mendapat tentangan hebat daripada Amerika Syarikat. Namun dalam isu ini, Amerika Syarikat seperti beriya-iya menggunakan kuasa Vetonya dengan mengikut lunas PBB untuk menentang usaha yang dilakukan Iran sedangkan sekutunya Israel yang terletak tidak jauh daripada Iran dengan megah mengisytiharkan pembangunan dan pengkayaan uranium bagi negara mereka. Apakah tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel? Jawapannya adalah tiada apa pun tindakan sehinggalah kini. Amerika Syarikat hanya bertindak diam dan menunggu sahaja. Sudah terang lagi bersuluh bahawa fungsi kuasa Veto cuba dimanipulasikan dan apa yang menyedihkan lagi negara-negara yang mempunyai kuasa Veto yang lain seperti mengikut telunjuk Amerika Syarikat sahaja tanpa ada suara bantahan atau tentangan. Selain itu, ada suara yang inginkan PBB lebih telus, bertanggungjawab dan cekap dalam urusan diplomatik antara negaranegara anggota, menjadikan PBB lebih demokrasi dalam sistem pemilihan ahli majlis dan sentiasa mendengar masalah dan cadangan atau pandangan daripada mana-mana negara anggota tanpa mengira kaum dan benua. Di samping itu, ada juga negara yang mahukan PBB mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia bagi mengelakkan sesebuah negara itu cuba untuk membangunkan sistem pertahanan mereka lebih daripada negara lain di mana ia boleh mencetuskan peperangan yang besar.

15

Sebagai salah sebuah negara anggota PBB, Malaysia haruslah sentiasa peka terhadap apa jua agenda yang dilaksanakan oleh PBB, baik berkaitan dengan Malaysia atau sebaliknya. Bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan Malaysia terus terjamin, kerajaan haruslah mengambil langkah yang drastik bagi membendung mana-mana negara yang cuba untuk menceroboh kedaulatan negara dan sentiasa membuat pemantauan yang lebih kerap terhadap polar politik dunia kini. Selain itu, sentiasa menjalinkan hubungan yang lebih erat terhadap manamana negara yang setia menjalinkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara kita bagi mengekang pencerobohan anasir-anasir luar. Jadikan apa yang berlaku terhadap Afghanistan dan Iraq sebagai titik tolak pengajaran yang harus dipelajari bagi menjaga keharmonian dan kedaulatan kita daripada menjadi bahan pencerobohan manusia yang tidak bertamadun.

7.0

KESAN POLITIK TERHADAP DUNIA 7.1 Ekonomi Permainan politik yang kini berada dalam percaturan Amerika Syarikat (AS) banyak memberi kesan atau mempengaruhi dunia dari segi ekonomi yang bersistemkan kapitalis. Daripada sejarah percaturan kuasa iaitu AS, China, Jepun dan Rusia sejak zaman selepas tahun 1945 jelas mempunyai hubungan yang rapat dengan sumber bahan mentah dan kepentingan ekonomi di rantau Asia Pasifik. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua hanya dua kuasa besar yang masih bertahan iaitu AS dan Soviet Union.Dalam percaturan kuasa antarabangsa, dua kuasa inilah yang memainkan peranan penting.Masing-masing ingin menonjolkan kekuatan dan menguasai wilayah di luar negara masing-masing. Akhirnya hanya AS yang kekal disebabkan kekuatan ekonomi dan teknologinya yang stabil. Spekulasi mata wang adalah satu helah politik bagi melemahkan negaranegara yang dasar ekonominya tidak begitu mantap tetapi terlalu bergantung kepada pelaburan luar dan pasaran terbuka mata wang asing.AS yang selama ini dianggap sebagai sahabat dan pelindung negara-negara demokrasi kapitalis telah mula melakukan satu tindakan yang boleh menggugat pembangunan ekonomi negara-negara Asia dalam jangka pendek demi menjamin kedudukan masa depannya serta kekuatan ekonomi dan politiknya. Kegawatan ekonomi sekarang dapat dilihat berpunca atau disebabkan daripada pelbagai faktor. Kebanyakan negara Asia relatifnya miskin dan tidak mempunyai kadar simpanan luar negara yang tinggi. Kebanyakannya juga masih banyak bergantung kepada pasaran luar negara, hutang negara dan pinjaman luar yang tinggi yang semua urus niaga mesti dilakukan dalam Dollar Amerika.

16

Oleh itu, dengan kejatuhan nilai mata wang mereka, dengan sendirinya kuasa beli dan kekuatan mata wang mereka akan jatuh. Ini berbeza dengan tindakan devaluasi di mana kerajaan dengan sendirinya menurunkan nilai mata wangnya supaya barangan keluaran negaranya secara relatifnya murah dan dapat menarik lebih banyak permintaan dari luar negara. Selain itu, isu kenaikan harga minyak yang bagaikan tiada kesudahan sehingga kini memaksa banyak negara di dunia menaikkan harga minyak dalam negara masing-masing termasuk Malaysia. Kenaikan harga minyak ini disebabkan dolar AS susut berikutan isyarat kemungkinan Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedah. Keadaan ini akan menjadi halangan kepada usaha untuk mengatasi krisis makanan dan kenaikan harga barang global. Pastinya ia akan terus membawa kesan dan pengaruh negatif kepada ekonomi global. Yang perit menanggungnya ialah negara miskin yang selama ini sudah pun menanggung berbilion hutang dengan badan kewangan dunia. Bahkan negara membangun seperti Malaysia turut akan menerima bahangnya. Demikian juga usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu mengurangkan masalah kebuluran yang mengancam nyawa hampir satu bilion penduduk dunia, khususnya di negara miskin mungkin akan terjejas berikutan kenaikan kos bahan makanan, pengangkutan dan inflasi tinggi berpunca daripada kenaikan melampau harga minyak dunia. Dianggarkan PBB memerlukan AS$200 bilion setahun untuk tujuan itu. AS dan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec), saling tuduh menuduh antara satu sama lain terhadap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Opec sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa masih seimbang. Justeru, setakat ini Opec menolak tuntutan negara pengguna supaya meningkatkan jumlah pengeluarannya. Iran juga mendakwa bahawa pengeluaran dan bekalan minyak antarabangsa mencukupi dan mendakwa tindak-tanduk kuasa besar dunia itu sebagai punca kenaikan harga minyak di pasaran global. 7.2 Budaya Kesan politik juga mempengaruhi budaya di seluruh dunia.Budaya yang dipengaruhi pada masa kini adalah bersifat konsumerisme yang berkait dengan kepenggunaan iaitu memiliki barangan dan perkhidmatan. Ia didefinisikan sebagai kecenderungan masyarakat untuk mengaitkan diri mereka dengan produk-produk atau perkhidmatan yang mereka gunakan, jenama komersil serta daya tarikan yang bertujuan untuk meningkatkan status. Contohnya seperti kereta mewah, barang kemas, telefon bimbit berjenama. Ia juga merujuk kepada satu teori apabila pengguna meningkatkan penggunaan ke atas satu-satu barangan maka ia memberi manfaat ekonomi.

17

Tumpuan yang berlebihan ke atas memiliki barangan dan perkhidmatan di luar dari kemampuan serta keperluan sebenar seseorang.Fenomena ini adalah akibat daripada usaha sistem ekonomi kapitalis untuk meningkatkan motif keuntungan, memajukan perniagaan. Bermotifkan meningkatkan keuntungan maka mereka akan menggunakan pelbagai strategi pemasaran yang menggunakan komunikasi pemujukan untuk mempengaruhi masyarakat supaya menyokong produk dan perkhidmatan mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara dan strategi periklanan yang dibentuk adalah begitu canggih dengan menggunakan strategi kreatif, daya tarikan lengkap dengan pelbagai mesej untuk memujuk pengguna. Dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan juga, sistem ekonomi kapitalis akan mewujudkan imej dan jenama khusus bagi memujuk pengguna. Logik pasaran mendorong mereka mencipta pelbagai imej dan kepercayaan bagi mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Apa yang menjadi isu di sini ialah sistem ekonomi kapitalis berlumba-lumba untuk merebut pembudayaan nilai materialisme yang keterlaluan. Pengguna pula, tertarik kepada tawaran-tawaran yang diberikan. Maka wujudlah pakatan antara pengguna dengan pembeli untuk memenuhi kehendak masingmasing.Pada peringkat ini, ia berlaku pada satu tahap yang keterlaluan. Memiliki barangan menjadi satu kemestian. Menurut pemikir kritikal seperti Theodor Adorno dan Max Horkheimer, media massa merupakan antara institusi yang membantu memajukan budaya konsumerisme ini dengan mewujudkan kandungan media yang mempopularkan nilai-nilai budaya konsumerisme. Semua media terbabit seperti radio, televisyen, majalah, akhbar dan internet bertanggungjawab kepada penyebaran budaya konsumerisme kerana adanya periklanan yang memberi sokongan kuat kepada operasi institusi media. Selain itu, media massa yang beroperasi di bawah sistem ekonomi kapitalis menyebabkan ia tidak dapat memisahkan diri dari menjadi sebahagian daripada industri penghasilan budaya. pembeli maka berlakulah

8.0

KESIMPULAN Secara keseluruhan, keganasan antarabangsa bukanlah merupakan suatu

fenomena yang muncul secara tiba-tiba atau bersifat terasing. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan peristiwa yang dihubungkaitkan dengan keganasan antarabangsa adalah merupakan suatu tindakbalas yang diambil secara kekerasan apabila tindakan penindasan yang berterusan dilakukan oleh sekumpulan negara atau pemimpin. Kebanyakan aktiviti keganasan berlaku disebabkan tiada ruang perbincangan di antara pihak yang berkonflik atau bertelagah. Pihak yang kuat akan menggunakan apa sahaja mekanisme untuk menekan pihak yang lemah.

18

Kepentingan politik dan kuasa mengatasi segala perkara yang lain untuk merasionalkannya. Justeru itulah, pihak yang ditekan dan ditindasakan mengambil pendekatan kolektif sesame mereka untuk bertindakbalas terhadap pihak yang satu lagi. Mereka akan mengambil apa sahaja strategi bagi membolehkan masyarakat antarabangsa membuat penilaian dan pengadilan terhadap tindakan yang mereka ambil. Suatu lagi aspek yang kelihatan streotaip ialah selepas berlakunya peristiwa keganasan, proses penuduhan dan pendakwaan secara melulu telah dibuat secara sewenangwenang. Tanpa penyelidikan yang mendalam dan penyiasatan yang sistematik, keputusan dimaklumkan ia dikaitkan dengan kumpulan kumpulan tertentuyang memang dimusuhi oelh sesebuah negara. Pada masa kini, biasanya ia dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan Islam. Berikutan itu, pemimpin-pemimpin mula ditangkap yang menafikan langsung elemen hak asasi manusia yang diterima secara universal. Bagi sesetengah pemimpin dunia pula, untuk menonjolkan kewibawaan kepimpinannya dan menunjukkan perasaan simpati, akan mengeluarkan pernyataan mengutuk sekeras-kerasnya peristiwa yang telah berlaku. Dalam konteks inilah, sewajarnya dalam dunia yang dikatakan moden, disuburi dengan kegiatan intelektual, pemahaman terhadap kehidupan beragama dan ketamadunan masyarakat yang tinggi, maka aspek kemanusiaan perlu diketengahkan sebagai fokus utama kehidupan masyarakat antarabangsa yang aman, makmur dan harmoni.

19

9.0

MINIT MESYUARAT

Mesyuarat Ke-1 Perjumpaan Kumpulan Al-Khawarizmi Tarikh : Masa : Lokasi : 08 Mac 2011 9.00 pm 10.45 pm Kolej Kediaman Perwira, B2-05

Ahli kumpulan yang terlibat :i. ii. iii. iv. v. vi. Muhammad Ridhwan Kamarudin Muhammad Ikhwan Bin Zainuddin Muhammad Zamir Bin Sameon Muhamad Asyraf Bin Ab Malik Mohamad Hisyam Hafiz Bin Said Muhammad Farid Bin Talib Ketua Kumpulan Setiausaha Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa

No. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Perkara Ketua kumpulan membincangkan tentang apakah artikel yang akan dibuat. Ketua kumpulan meminta semua ahli menyuarakan pendapat masing-masing. Semua ahli membincangkan mengenai isu-isu semasa yang ingin diketengahkan berdasarkan gambar di dalam tugasan yang diberi. Setiap ahli kumpulan diminta untuk membuat pengumpulan maklumat melalui sumber sekunder seperti artikel, buku, majalah dan internet. Bersurai pada pukul 10.45 pm

20

Mesyuarat Ke-2 Perjumpaan Kumpulan Al-Khawarizmi

Tarikh : Masa : Lokasi :

12 Mac 2011 9.30 pm 11.00 pm Kolej Kediaman Perwira, B2-05

Ahli kumpulan yang terlibat :vii. viii. ix. x. xi. xii. Muhammad Ridhwan Kamarudin Muhammad Ikhwan Bin Zainuddin Muhammad Zamir Bin Sameon Muhamad Asyraf Bin Ab Malik Mohamad Hisyam Hafiz Bin Said Muhammad Farid Bin Talib Ketua Kumpulan Setiausaha Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa

No. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

Perkara Ketua kumpulan meminta semua ahli menunjukkan artikel, buku, majalah dan internet yang telah dicari. Ketua kumpulan meminta semua ahli merangkan kandungan sumber sekunder tersebut. Satu tajuk telah dipilih iaitu Kuasa Dunia Di Dominasi Oleh Siapa? dengan sebulat suara tanpa bantahan. Rangka artikel dibuat bersama. Tugas telah dibahagi-bahagikan kepada ahli kumpulan. Bersurai pada pukul 11.00 pm.

21

Mesyuarat Ke-3 Perjumpaan Kumpulan Al-Khawarizmi Tarikh : Masa : Lokasi : 14 Mac 2011 9.00 am 09.50 am Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn

Ahli kumpulan yang terlibat :xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. Muhammad Ridhwan Kamarudin Muhammad Ikhwan Bin Zainuddin Muhammad Zamir Bin Sameon Muhamad Asyraf Bin Ab Malik Mohamad Hisyam Hafiz Bin Said Muhammad Farid Bin Talib Ketua Kumpulan Setiausaha Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa

No. 1.0 2.0 3.0

Perkara Ketua kumpulan meminta semua ahli membentangakan perkembangan sub-sub tajuk yang telah diberikan sebelumnya. Buku-buku tambahan dan artikel dicari. Bersurai pada pukul 9.50 pm.

22

Mesyuarat Ke-4 Perjumpaan Kumpulan Al-Khawarizmi

Tarikh : Masa : Lokasi :

21 Mac 2011 9.00 am 09.50 am Kolej Kediaman Perwira, B2-05

Ahli kumpulan yang terlibat :xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. Muhammad Ridhwan Kamarudin Muhammad Ikhwan Bin Zainuddin Muhammad Zamir Bin Sameon Muhamad Asyraf Bin Ab Malik Mohamad Hisyam Hafiz Bin Said Muhammad Farid Bin Talib Ketua Kumpulan Setiausaha Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa

No. 1.0 2.0

Perkara Ketua kumpulan bertanyakan tentang perkembangan tugas yang telah diberi. Ketua kumpulan membuat pengumuman bahawa semua ahli perlu menyiapkan semua sub-sub tajuk dan menghantarkannya kepada setiausaha untuk di dokumenkan pada 24 Mac 2011.

3.0

Bersurai pada pukul 9.50 pm.

23

Mesyuarat Ke-5 Perjumpaan Kumpulan Al-Khawarizmi Tarikh : Masa : Lokasi : 26 Mac 2011 9.00 am 12.00 am Kolej Kediaman Perwira, B2-05

Ahli kumpulan yang terlibat :xxv. xxvi. xxvii. xxviii. xxix. xxx. Muhammad Ridhwan Kamarudin Muhammad Ikhwan Bin Zainuddin Muhammad Zamir Bin Sameon Muhamad Asyraf Bin Ab Malik Mohamad Hisyam Hafiz Bin Said Muhammad Farid Bin Talib Ketua Kumpulan Setiausaha Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa Ahli Biasa

No. 1.0 2.0 3.0 4.0

Perkara Ketua kumpulan membahagikan tugas 3 orang ahli untuk membuat slide show. Ketua kumpulan membahagikan tugak 3 orang ahili lagiuntuk menyiapkan poster 2 orang pembentang telah dilantik. Bersurai pada pukul 12.00 pm.

24

10.0

RUJUKAN

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

ZIONISME: GERAKAN MENAKLUKKAN DUNIA (2002), Z.A. Maulani, Penerbit Daseta, Jakarta POLITIK DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM (1997), Dr. Subhi Al-Saleh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur. CONVICTION AND CONFLICT (ISLAM, CHRISTIANITY & WORLD ORDER) (2006), Michael Nazir-Ali, Continuum. GLOBALISM, LOCALISM & IDENTITY (2001), Tim ORiordan, Earthscan Publication Ltd. PERTEMBUNGAN TAMADUN & PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIA (2008), Diterjermah Oleh: Mokhtar Ahmad, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. POLITIK ANTARABANGSA ASIA PASIFIK (2000), Mohd. Noor Yazid, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, RETHINKING ISLAMIST POLITICS (CULTURE, THE STATE AND ISLAMISM) (2003), Salwa Ismail, I.B. Tauris, ASIA TIMUR ERA GLOBALISASI (1998) Md Narrudin Md Akhir, Universiti Malaya POLITIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (1994) Lukman Taib, Synergy Mate Sdn. Bhd. ECOLOGY & SOCIETY AN INTRODUCTION (1994) Luke Martell, Polity Press

25

11.0

LAMPIRAN

26

Вам также может понравиться