Вы находитесь на странице: 1из 29

KERJA KRUSUS SEJARAH TINGKATAN 3 2012 MAKANAN TEMPATAN

NAMA

: _________________________________

KELAS

: _________________________________

SEKOLAH

: _________________________________

NAMA GURU

: _________________________________

TARIKH HANTAR : _________________________________

SENARAI KANDUNGAN

1. Penghargaan ... 2. Tajuk Kajian ..

3. Objektif Kajian ..

4. Kaedah Kajian ...

5. Hasil Kajian ...

6. Rumusan

7. Lampiran ...

8. Rujukan .

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja krusus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah di tetapkan oleh pihak sekolah saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Sohibun bin Kinsoi Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Tambunan (SMANT) dan Cikgu Faizal bin Zakaria selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3 yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja krusus sejarah ini. Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya Fatimah binti Rakim dan ayah saya Sawaluddin bin Uldin, serta ahli keluarga yang lain telah banyak membantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.

TAJUK KAJIAN: KEK LAPIS TEMPATAN

Saya memilih tajuk ini kerana ingin mengetahui lebih dekat tentang makanan masyarakat tempat di Negara kita Malaysia. Dalam tajuk kajian saya iaitu makanan, saya telah memilih kek lapis tempatan.Saya memilih kek lapis kerana ia unik dan sukar untuk di temui di Malaysia,dan hanya dapatdi temui di Sarawak. Saya membuat kajian saya di Keningau Sabah di Syarikat Ha And Mah.Shd.Syarikat ini menjual makanan masyarakat tempatan iaitu kek lapis.Kek lapis yang di pasarkan seperti, Kek Lapis Peppermeant,Kek Lapis Strawberry dan Kek Lapis Coco dan banyak lagi jenis kek lapis yang lain. Kek lapis berasal sempena kuih laih. Kek ini dimasak berlapis-lapis mengikut peringkat menggunakan kaedah kukus atau bakar dan berwarna warni bersesuaian dengan jenis kek yang dimasak.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Makanan tempatan di negara kita. OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut: (a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. (b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang makanan tempatan di Negara kita

Malaysia. (c) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PeperiksaanPenilaian

Rendah (PMR). (d) Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa hebatnya makanan nasyarakat

tempatan berbanding makanan barat.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang digunakan ialah: a. Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenalpasti jenis makanan tradisional yang di jual. b. Temubual: Saya telah menemubual beberapa orang pekerja di sini untuk mendapatkan maklumat dan penerangan tentang kek lapis masyarakat tempatan. c. Soal selidik: Saya telah menyediakan beberapa borang soal selidik yang perlu di isi oleh pekerja kek lapis di sini. d. Rujukan: Selain itu saya juga membuat rujukan di perpustakaan,buku masakan dan melayari internet untuk mendapat maklumat tambahan tentang makanan tradisional masyarakat tempatan.

HASIL KAJIAN

1.0 1.1

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN NAMA PRODUK -Kek lapis

1.2

KATEGORI -Makanan produk tempatan

1.3

NAMA PENGUSAHA -Pemilik dan Pengusaha: Puan Halimah binti Rakim -Nama syarikat pengusaha: Ha&Ma Enterprise -Status pengusaha: Bumiputera

1.4

LOKASI -Lot I6 Pasir Putih, Peti Surat 2064, 89009 Keningau Sabah, Malaysia.

2.0 2.1

LATAR BELAKANG SEJARAH KEWUJUDAN -Perniagaan ini bermula dengan hanya menghidangkan kek lapis kepada tetamu yang

dating bekunjung di rumah.Kemudian ianya mula menjadi bualan orang ramai dan mula di tempah di majlis perkahwinan, majlis sambutan hari jadi dan pelbagai lagi.Ia juga di tempah ketika menyambut perayaan seperti, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Thaipusam dan pelbagai lagi hari perayaan di Malaysia.Sejak dari itu Perniagaan kek lapis semakin terkenal di merata tempat. 2.2 PUNCA DAN JUMLAH MODAL -Perkongsian dengan modal RM500

2.3

PENDAFTARAN PERNIAGAAN/LESEN PERNIAGAAN -

2.4

TUJUAN DAN KEPENTINGAN PRODUK KEK LAPIS -Tujuan dan kepentingan produk kek lapis adalah untuk memajukan ekonomi Negara dan

untuk memperkenalkan makanan tradisioanal kek lapis kepada masyarakat tempatan di Malaysia betapa hebatnya makanan tradisional masyarakat tempatan berbanding makanan barat. 2.5 KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHA PRODUK/KEK LAPIS -Keistimewaan kek lapis boleh di lihat pada:

a) Enak dimakan b) Corak yang menarik dan berwarna-warni c) Aroma yang amat menyelerakan. d) Tahan lama (bertahan sehingga lebih daripada 6 bulan jika disimpan didalam peti sejuk dan hampir sebulan jika dibiarkan diluar) e) Sesuai dijamukan untuk sebarang majlis. f) Sukar ditemui ditempat-tempat lain. g) Berbeza dengan kek bautan barat. -Kelebihan kek lapis ialah sesuai untuk dijamukan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Thaipusam dan pelbagai lagi hari perayaan di Malaysia, kek lapis juga mendapat sambutan bagi majlis perkahwinan, majlis sambutan hari jadi dan pelbagai lagi majlis formal atau tidak formal. Pendek kata, kek lapis amat sesuai dijadikan hidangan untuk sebarang jenis majlis. Tidak salah juga untuk dijadikan sebagai menu minum petang.

3.0 3.1

KAEDAH DAN CARA PENGHASILAN KEK LAPIS TENAGAH KERJA -3 orang

3.2

SENARAI BAHAN - Bahan utama untuk membuat kek lapis ialah tepung gandum, telur ayam, mentega,

perisa makanan, pewarna makanan, susu tepung, susu pekat, gula, kaya dan horlicks.

Walaubagaimanapun, perisa makanan atau pati yang digunakan untuk membuat kek lapis adalah mengikut jenis kek lapis yang ingin dihasilkan. 3.3 SENARAI PERALATAN - Loyang - Alat pemotong - Senduk kayu - Alat penekan kek

- Pengandum - Peralatan moden iaitu ketuhar - Pengukus 3.4

PROSES/PERINGKAT PENGHASILAN 1. Proses Kek Lapis Sarawak a) Membuat Inti Kek Lapis Menyediakan Bahan,Mengadunkan Bahan,Membahagikan Warna,Membakar Adunan,Siap Kek untuk dijadikan Inti Kek Lapis. Rehatkan Kek untuk 30 minit. b) Potong Inti Kek Lapis Membentuk Kek mengikut corak yang kita rancang.Simpan dulu di dalam Peti Sejuk, bagi jem-jem yang digunakan untuk membentuk inti kek itu serata.Boleh simpan sehingga berbulan lama di dalam peti sejuk (didalam freezer). Kalau malas, boleh terus makan kek ni. c) Siapkan untuk adunan kek lapis bagi bahagian atas & bawah Keluarkan inti kek di dalam freezer - defrostkan kek tersebut dengan suhu bilik.Bakar kek lapis bahagian bawah sebanyak 4 lapis.Lapisan yang ke 4 dimasak perang, keluarkan dari oven, sapukan campuran jem & susu dan ratakan pada kek tadi.Masukkan inti kek lapis, susun kemas, pastikan inti kek rapat, serapat-rapatnya.Masukkan adunan yang

seterusnya dan letakkan pada bahagian atas inti kek lapis, ratakan dan bakar.Lakukan perkara yang sama sehinga habis adunan kek lapis tadi.Sejukkan kek lapis anda dulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Gunakan hanya api atas sahaja sehingga habis adunan.Lapisan yang terakhir setelah dibakar kuning coklat, gunakan api atas & bawah selama 10 minit dengan suhu 180c. Ini adalah untuk memastikan kek tersebut masak.

3.5

SPESIFIKASI PRODUK(timbangan/sukatan/ukuran) -Kek lapis dijual mengikut berat dalam Kg,mengikut bentuk dan kenakannya.

3.6

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN MUTU -Menjaga kebersihan kek lapis.

4.0 4.1

PERKEMBANGAN PRODUK RANGKAIAN PEMASARAN -Secara Kecil-Kecilan Sahaja

4.2

PENGIKTIRAFAN/SAMBUTAN DARIPADA PENGGUNA/PENGHARGAAN -Perniagaan kek lapis mendapat sambutan yang ramai dari sekolah-sekolah dan klinik-

klinik. 4.3 KEMAJUAN YANG DI CAPAI(kapasiti pengeluaran/kakitangan/teknologi/keuntungan yang diperoleh)

-Perniagaan kek lapis boleh mendapat keuntungan bersih sebanyak RM500 4.4 LAMBANG/IDENTITI SETEMPAT 4.5 CABARAN DAN MASALH YANG DIHADAPI - Hutang pelanggan yang tidak berbayar, kenaikkan harga dan kekurangan bahan mentah, persaingan , modal yang kecil , mesin-mesin yang belum sempurna , tenaga yang tidak cukup menjadikan peniaga kek lapis berusaha mengatasi masalah ini satu persatu. - Persaingan, kenaikan dan kekurangan bahan mentah yang menyebabkannya mengalami kerugian. 4.6 POTENSI PRODUK -Perniagaan kek lapis yang mula menjadi bualan ramai dengan produk-produk awalnya seperti Kek Lapis Papermient. 4.7 PERANCANGAN MASA HADAPAN -Perniagaan kek lapis akan terus memandang ke hadapan. Adalah disasarkan selepas ini Perniagaa kek lapis akan membangunkan perusahaan ini menjadi dengan wujudnya satu cawangan yang besar.

RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian makanan tempatan yang terdapat dinegara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang kek lapis. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya akan lebih menghormati dan menghayati makanan tempatan. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami makanan tempatan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat ptriotisme Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Kita dapat perhatikan Perniagaan kek lapis yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat dan Negara.Melalui kajian ini juga, unsur semangat keikatan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapat di perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat Perniagaan kek lapis adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh para pekerja kek lapis. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat patriotisme memang tertanam dalam diri setiap pekerja Perniagaan kek lapis. Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri pekerja Perniagaan kek lapis yang mana mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, berdisiplin,

bersopan satun serta bersifat amanah dan jujur dalam tugas.Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihan serta ketabahan menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh pekerja Perniagaan kek lapis dapat dijadikan inspirasi seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha membangunkan ekonomi negara untuk menuju Wawasan 2020.

LAMPIRAN

RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan melalui: Internet: https://www.citarasawan.blogspot.com https://www.googlekeklapis.com.my

Perpustakaan: Buku: Kek Lapis Sarawak jilid 3 - Rabiah Amit Kek Lapis Sarawak jilid 4 - Rabiah Amit Perpustakaan Wilayah Keningau.

Orang: Ibu(Fatimah binti Rakim) Ayah(Sawaluddin bin Uldin) Pengusaha Perniagaan kek lapis(Halimah binti Rakim)

ESEI
BELILAH BARANG BUATAN MALAYSIA Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' bukanlah kempen yang baharu diperkenalkan di negara kita. Slogan dan kempen ini sebenarnya telah lama disebut dan dipromosikan dalam pelbagai bentuk media di negara kita. Matlamat kempen ini adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia supaya sama-sama membeli barangan buat Malaysia. Melalui kempen ini, rakyat sebenarnya akan terdidik agar mengutamakan barangan tempatan. Produk keluaran tempatan yang dibeli itu membutikan bahawa rakyat Malaysia menyokong produk tempatan yang dikeluarkan di negara kita. Oleh itu perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia yang memiliki kesedaran serta memberikan sokongan kepada kempen ini, mereka akan terus bertindak wajar dengan membeli barangan tempatan. Apabila industri tempatan semakin berkembang, maka pengusaha produk tempatan akan mendapat semangat agar berusaha lebih rajin dan gigih meningkatkan produktiviti atau pengeluaran mereka. Pembabitan rakyat Malaysia dalam mempromosikan slogan serta kempen ini pula menunjukkan adanya semangat bekerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Justeru ia menyuburkan semangat patriotisme serta mewujudkan perpaduan nasional di negara kita. Semua warga Malaysia seharusnya menyokong padu usaha murni kerajaan yang disampaikan melalui slogan tersebut. (175 Patah Perkataan)

SELAMAT DATANG KE MHP ENTERPRISE SDN BHD

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2010

Graduan jadi usahawan kuih Graduan jadi usahawan kuih Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

Musleha Punari sentiasa berusaha mengembangkan perusahaannya menjadi lebih besar dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.

MENJUAL kuah rojak, makanan ringan serta produk pertanian di pasar tani pada tahun 1990-an merupakan titik permulaan bagi Punari @Zainudin Salleh, 59, membina empayar perniagaannya.

"Ketika mula-mula menceburi perniagaan pasar tani saya hanya memikirkan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui di premisnya di Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.

Sebelum berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dia pernah bekerja sebagai buruh di Singapura dan berkebun.

Matlamatnya hanya satu, untuk mencari rezeki bagi anak-anak dan isteri.

Kini, selepas lebih 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan kecil-kecilan, akhirnya dengan bantuan dan galakkan isteri Mastura Senon, dia berjaya membina empayar MHP Enterprise.

Menggunakan jenama Masri, gabungan nama suami isteri Mastura dan Punari - memberikan tuah kepada Punari sehingga produknya berjaya mendapat tempat di rak-rak di pasar raya besar seperti Giant.

Sebagai pengasas, Punari memulakan usaha kecil membangunkan MHP Enterprise hanya dengan modal RM10,000.

"Siapa sangka produk yang bersifat kampung seperti kerepek, baulu, rempeyek dan biskut tradisional mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran," katanya.

Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikatnya dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur serba sederhana menjadi kuat daripada semasa ke semasa.

Bagaimanapun, tidak mahu terlalu lama mengetuai MHP Enterprise, Punari memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak sulungnya, Musleha Punari.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.

Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.

"Pada mulanya saya menangis apabila ayah memberikan tanggungjawab menguruskan MHP Enterprise. "Mana tidaknya, dengan kelulusan yang ada tentu saja saya berpeluang menjawat jawatan lebih baik di syarikat antarabangsa," katanya.

Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.

Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.

"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.

MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.

Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Bagi yang berminat boleh melayari laman blog www.mhp2020.blogspot.com atau hubungi Musleha di 019-3682346 atau 019-3779136.

POSTED BY MHP ENTERPRISE SDN BHD AT 4:58 PTG

Produk Halal Berkualiti Matlamat Kami

Selamat Datang...

KHAMIS, 9 JULAI 2009

SECEBIS KISAH KEJAYAAN MHP ENTERPRISE SERIBU LANGKAH ITU, IA BERMULA DARIPADA LANGKAH PERTAMA

MHP ENTERPRISE telah menjalankan perusahaan makanan ringan berasaskan pertanian sejak penubuhannya pada 06 hb Julai 1992. Ianya dimiliki oleh tiga ahli perkongsian iaitu Tuan Haji Punari Bin Salleh, Hajjah Mastura Binti Senon dan anaknya Puan Musleha Binti Zainuddin. Perusahaan ini telah berkembang daripada perusahaan kecil-kecilan kepada sebuah perusahaan yang semakin berkembang kini ke peringkat glokal dan global.

MHP Enterprise yang ada kini sebenarnya dibangunkan dengan keringat dan kudrat daripada pengasasnya iaitu Tuan Haji Punari dan Hajjah Mastura. Melalui usaha awal ini disamping pengorbanan dan kesabaran yang tinggi menjadikan perniagaan ini yang bermula dalam skala yang kecil telah mengalami perkembangan yang memberangsangkan. MHP Enterprise dibangunkan dengan modal sendiri daripada pengasasnya sebanyak RM10,000.00 dan dibangunkan sedikit demi sedikit di mana pinjaman dan pembiayaan agak sukar diperolehi pada peringkat awal. Setelah ia menampakkan hasil maka ianya telah membuka mata pihak-pihak tertentu untuk membangunkan perusahaan ini.

Pada ketika itu untuk memulakan perniagaan memang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Pasaran pada peringkat awal adalah ke pasar-pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA di sekitar lembah klang. Pada ketika itu pendapatan syarikat yang disumbangkan oleh pasar tani adalah 70 % dan pusat jualan di Parit 7 Sungai Leman hanya 30 % tetapi kini peratusan pendapatan syarikat sudah terbalik. Ianya satu perkembangan yang cukup memberangsangkan.

MHP Enterprise memulakan operasinya setiap hari bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 06.00 petang. Pada musim perayaan operasi pusat jualan akan ditutup sehingga jam 10.30 malam. Ia beroperasi 7 hari seminggu sebagai usaha memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin mendapatkan produk-produk yang diingini oleh para pelanggan.

Cabaran-cabaran pada peringkat awal memang memerlukan kesabaran. Hutang pelanggan yang tidak berbayar, kenaikkan harga dan kekurangan bahan mentah, persaingan , modal yang kecil , mesin-mesin yang belum sempurna , tenaga yang belum mahir menjadikan MHP Enterprise berusaha mengatasi cabaran ini satu persatu. Kini cabaran ini berjaya di atasi sedikit demi sedikit.

Penghargaan yang cukup tinggi wajar diberi kepada pengasas MHP Enterprise ini yang telah mencurahkan pengorbanan yang tinggi dalam membangunkan perusahaan ini pada peringkat awal sehingga kini. Usaha ini wajar menjadi contoh kepada usahawan-usahawan baru yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Untuk berjaya dalam perniagaan tiada jalan pintas dan cepat. Tetapi memerlukan masa disamping pengorbanan , kerajinan dan kreativiti untuk berjaya. Sebab itu kita melihat kejayaan syarikat-syarikat multinasional global bermula dengan sedikit demi sedikit. Di samping itu pembelajaran yang berterusan adalah penting supaya perniagaan yang dijalankan bersedia untuk berhadapan dengan dunia globalisasi dan Flat World.

Melihat potensi kawasan ini yang mempunyai sumber bahan mentah yang banyak disamping berusaha membela nasib ibu tunggal di kawasan ini mencari rezeki. MHP Enterprise menjadi syarikat yang mula menjadi bualan ramai dengan produk-produk awalnya seperti bahulu , kuah kacang, kuah pecal dan makanan ringan tradisional.

Siapa yang menjangka bahawa produk produk ini yang dilihat bersifat kekampungan, sebenarnya mempunyai potensi yang cukup tinggi dan unik di pasaran. Ini yang menjadi kekuatan awal kepada syarikat dalam ruang modal yang terbatas dan infrastruktur yang sederhana menjadikan syarikat kuat daripada masa ke semasa.

Sejajar dengan pembangunan perniagaan yang semakin meluas. Puan Musleha Binti Zainuddin yang mempunyai Ijazah Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia UUM, Sintok memberi inspirasi baru kepada MHP Enterprise untuk mengorak langkah yang lebih jauh. Dengan semangat dan dedikasi yang tinggi bersama didikan pelajaran yang diperolehi beliau telah membawa beberapa peningkatan kepada MHP Enterprise.

Antara usaha besar beliau dan pekerjanya, syarikat telah berjaya melonjakkan jualan kasar pada 2007 ini kepada RM 1.26 Juta. Pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan JAKIM kini telah diperolehi dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas. Malahan kini produk-produk MHP Enterprise telah mendapat pasaran di pasaraya besar seperti Giant , Seksyen 13 Shah Alam dan pasaran di Lembah Klang .

MHP Enterprise menggunakan jenama MASRI untuk produk-produk keluarannya dan di samping itu menjadi pembekal untuk kuah kacang bagi brand AGROMAS yang di pasarkan oleh pihak FAMA. Melalui FAMA produk Kuah Kacang di bawah jenama ini telah menembusi pasaran antarabangsa seperti di Asean, Asia Barat dan Eropah. Ianya juga disokong dengan penyertaan produk-produk ini di pameran-pameran perdagangan di dalam dan luar negeri.

Produk utama syarikat ini ialah Kuah Kacang atau kuah pecal, kuah rojak, pelbagai jenis bahulu seperti bahulu cermai,bahulu ikan, bahulu pecah lapan , dan bahulu gulung. Syarikat ini juga mengeluarkan lebih daripada 10 pelbagai jenis makanan ringan tradisional seperti rempeyek kacang tanah,dal dan hijau, jejari bilis dan udang, kuih ros, biskut mazola, pelbagai jenis kerepek ubi,pisang dan pelbagai lagi yang akan menyusul kelak.

MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara. Di samping itu cawangannya di Kuala Selangor telah memulakan operasinya pada Mei 2006 sebagai usaha memperkembangkan pasaran di samping memudahkan pelanggan-pelanggan di sekitar kawasan tersebut. MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional ini yang diusahakan oleh penduduk sekitar.

Kini pihak MHP Enterprise menerima pelbagai kunjungan daripada para pelawat yang menginap di Hotel De Palma Kuala Selangor , Homestay Sungai Sireh , Homestay Parit 7 Sungai Leman (PAPITUSULEM), Homestay Sungai Haji Dorani, peserta-peserta kursus daripada Institut Perakaunan Negara, KEMAS, PERHEBAT ,FAMA , PERKIM, INTAN, PDRM, Jabatan Pertanian, sekolah-sekolah dan universiti-universiti , Jabatan Penerangan, Karangkraft dan lainlain. Malahan juga pihak syarikat menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda,

Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filifina, Singapura, Mynmar, Brunai , Thailand dan lain-lain.

Di samping itu juga MHP Enterprise ada menerima peserta untuk menjalani latihan industri dan keusahawanan seperti UIAM,UiTM, Kolej Komuniti Sabak Bernam, UPSI, Jabatan Pertanian , BPR, FAMA dan pelbagai lagi. Ianya adalah usaha kami untuk mewujudkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan dalam industri asas tani dan makanan ini.

Kini MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan. Adalah disasarkan selepas ini MHP Enterprise akan membangunkan perusahaan ini menjadi lebih besar dengan wujudnya lebih banyak cawangan. Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama FAMA, SIRIM dan MARDI di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.

Semoga MHP Enterprise akan terus maju dan berkembang di masa hadapan. Kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi kejayaan adalah sebuah perjalanan, dan perlu kita berusaha dan berjihad dalam membangunkan ekonomi ummah agar nasib ummah lebih gemilang di masa hadapan.

POSTED BY MHP ENTERPRISE SDN BHD AT 3:48 PTG

Вам также может понравиться

  • Ku Tak Tahu Mengapa
    Ku Tak Tahu Mengapa
    Документ1 страница
    Ku Tak Tahu Mengapa
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • 4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    Документ1 страница
    4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Документ1 страница
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Документ1 страница
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Kanak 1
    Kanak 1
    Документ1 страница
    Kanak 1
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Ujian Saringa
    Ujian Saringa
    Документ1 страница
    Ujian Saringa
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Документ1 страница
    Masalah Sebenar Di Dalam Kelas
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Jelas
    Jelas
    Документ1 страница
    Jelas
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Budaya LG
    Budaya LG
    Документ1 страница
    Budaya LG
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Rujukan
    Rujukan
    Документ1 страница
    Rujukan
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • 2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    Документ1 страница
    2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • 2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    Документ1 страница
    2.1.2mod Penerokaandalamp&p
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Kanak
    Kanak
    Документ1 страница
    Kanak
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Timbul
    Timbul
    Документ1 страница
    Timbul
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • 25606
    25606
    Документ5 страниц
    25606
    Chung Flare
    Оценок пока нет
  • SIMPUL LG
    SIMPUL LG
    Документ1 страница
    SIMPUL LG
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Kualiti
    Kualiti
    Документ1 страница
    Kualiti
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Main Konstruktif
    Main Konstruktif
    Документ1 страница
    Main Konstruktif
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Ukiran Kayu
    Ukiran Kayu
    Документ2 страницы
    Ukiran Kayu
    jiraiya
    Оценок пока нет
  • Elebihan Bahan 3D
    Elebihan Bahan 3D
    Документ1 страница
    Elebihan Bahan 3D
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Try LG Bah
    Try LG Bah
    Документ1 страница
    Try LG Bah
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • PSV Fong
    PSV Fong
    Документ7 страниц
    PSV Fong
    Ngu Woo Hing
    Оценок пока нет
  • 25606
    25606
    Документ5 страниц
    25606
    Chung Flare
    Оценок пока нет
  • Penyerahan Dan Penilaian Tugasan
    Penyerahan Dan Penilaian Tugasan
    Документ5 страниц
    Penyerahan Dan Penilaian Tugasan
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Rujukan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
    Rujukan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
    Документ8 страниц
    Rujukan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Kerja Kursus Geograf1
    Kerja Kursus Geograf1
    Документ28 страниц
    Kerja Kursus Geograf1
    SumandakKeningau
    Оценок пока нет
  • Kajian Literature PQRST
    Kajian Literature PQRST
    Документ2 страницы
    Kajian Literature PQRST
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • Matlamat
    Matlamat
    Документ1 страница
    Matlamat
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет
  • 4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    Документ9 страниц
    4 Masalah Keselamatan Di Kilang
    Ayiem Meow
    Оценок пока нет