Вы находитесь на странице: 1из 14

BINCANGKAN KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DISLEKSIA

AHLI KUMPULAN : ARDIAN AGNES CHAN JORAZLIN MURDIN THENUSYA

Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Pemulihan Disleksia

Pentaksiran ialah satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Antara kepentingan pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan pemulihan disleksia ialah guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid disleksia. Misalnya dengan menggunakan ujian diagnostik.

Dengan melaksanakan pentaksiran dan penilaian, membolehkan guru mengetahui tentang kelemahan murid dari segi bahasa dan matematik. Contohnya murid keliru dengan perkataan bapa sebagai bada. Untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah ejaan, tulisan dan bacaan murid ujian speed boleh digunakan oleh guru. Ujian ini perlu dihabiskan dalam masa yang terhad dan ia dijalankan secara tidak formal.

Selain itu, guru dapat mengenal pasti tentang kekuatan dan kelemahan murid disleksia. Contohnya, walaupun murid tersebut menghadapi masalah dalam kemahiran menulis dan membaca, mereka mungkin mempunyai bakat dalam bidang seni atau bidang sukan. Antara ujian yang boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat mengenai bakat yang dimiliki oleh murid ialah dengan menggunakan ujian tidak formal, ujian individu dan ujian kumpulan.

Guru juga boleh mengenal pasti masalahmasalah murid dalam kemahiran tertentu dengan menggunakan ujian diagnostik, ujian formatif, ujian individu, ujian standard atau formal, speed dan power. Sebagai contoh dari segi kemahiran menulis, murid menghadapi masalah dalam memegang pensel dengan betul, keterbalikkan huruf seperti b,d,p,q,g dan j. Dalam pada itu, guru dapat mengenal pasti jenis disleksia yang dihadapi oleh murid. Antaranya disleksia visual, auditori dan visual-auditori.

Guru boleh merancang program khas bagi murid2 tersebut. Guru boleh merancang aktiviti p&p yang berkesan yg boleh merangsang kanak2 yg melibatkan VAKT. Agar guru dapat menyediakan pelbagai alat bantu mengajar supaya murid mudah faham konsep. Guru dpt mengesan punca & kwsn kelemahan murid dlam pembelajaran.

Melalui maklumat yang diperolehi, guru boleh merancang intervensi mengikut masalah yang dihadapi oleh murid disleksia. Contohnya, guru boleh merancang strategi yang sesuai untuk murid berdasarkan kekuatan dan kelemahan dalam bahasa dan matematik. Seterusnya pentaksiran yang dibuat boleh memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas disleksia. Misalnya guru mengetahui tahap kefahaman murid disleksia dalam sesuatu topik.

Terima kasih ^^//

Soalan 2
Masalah pembalikan bentuk huruf, pembalikan, jarak tulisan, kecenderungan tulisan adalah masalah biasa yang dihadapi oleh murid-murid Disleksia. Berikan pendapat secara huraian dan kaitkan dengan situasi.

Masalah yang biasa dihadapi oleh kanakkanak disleksia dalam kemahiran menulis salah satunya ialah pembalikan huruf. Masalah pembalikan huruf terutamanya pada huruf yang hampir sama bentuknya. Contohnya, huruf kecil b , d , p dan q. Biasanya semasa murid-murid diminta untuk menulis huruf kecil b murid akan menulisnya sebagai d.

Selain itu, masalah yang dihadapi oleh murid disleksia dalam kemahiran menulis ialah bermasalah dalam menulis dan mengecam bentuk huruf. Dalam hal ini, murid akan bermasalah dalam mengenal bentuk huruf yang hampir sama. Misalnya huruf g dan j, e dan c, m dan w serta u dan n. Apabila murid menulis perkataan jujur mereka akan menulisnya sebagai gugur

Di samping itu, masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid disleksia ialah dari aspek jarak tulisan. Contohnya murid menggabungkan dua perkataan yang berlainan maksud dalam sesuatu ayat. Misalnya, semasa menulis ayat saya makan nasi ayam murid akan menulis perkataan nasi ayam sebagai nasiayam dan contoh lain ialah matahari sebagai mata hari.

Seterusnya, murid disleksia juga sering menghadapi masalah dalam meninggalkan huruf dalam menulis perkataan dan ayat pendek. Masalah dalam kemahiran menulis ini biasanya dilakukan oleh murid disleksia semasa menulis perkataan yang mempunyai suku kata lebih dari dua suku kata contohnya kepala, menggunakan, makanan dan telinga. Misalnya semasa menulis perkataan menggunakan mereka akan menggugurkan salah satu huruf g dan ditulis sebagai mengunakan. Hal ini kerana muridmurid disleksia menghadapi masalah dalam mengingat semula perkataan semasa menulis dan menyalin.

RUJUKAN
o

Mohd. Sharani Ahmad.(2006). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Selangor : Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zainal kassan & suhaila abdullah.(2010). Pendididkan disleksia. Selangor: Penerbitan multimedia. Sdn. Bhd

Вам также может понравиться