Вы находитесь на странице: 1из 13

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Topik A : Manusia diamanahkan untuk menjaga alam dan penguninya. 1. Cara manusia melaksanakan amanah tersebut: i. Tidak menerokai hutan secara tidak bertanggungjawab ii. Tidak membakar hutan atau melakukan pembakaran secara terbuka iii. Hidup berkasih-kasihan iv. Sayang-menyayangi antara satu sama lain v. Menjadi pelindung kepada anak-anak vi. Mengelakkan penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa 2. Kesan manusia tidak menguruskan amanah Tuhan (alam dan penghuninya): i. Manusia dipandang hina oleh masyarakat. ii. Pencemaran alam sekitar dan kesan rumah hijau iii. Penghuni lain tidak dapat menikmati hidup ini dengan baik. 3. Usaha-usaha supaya manusia melaksanakan amanah Tuhan dengan baik: i. Mengadakan kempen/ceramah/ seminar untuk menghargai alam ii. Mengadakan pendidikan agama/ moral untuk menjaga alam iii. Peranan media massa untuk menyedarkan masyarakat Topik B: Pembuangan Bayi 1. Sebab ibu bapa mendera kanak-kanak: i. Tekanan emosi ii. Kemiskinan iii. Pergaduhan antara suami isteri iv. Karenah anak-anak yang nakal

2. Ibu bapa tidak wajar mendera anak-anak mereka kerana: i. Anak ialah amanah Tuhan yang sepatutnya dikasihi ii. Menjejaskan perkembangan mental dan fizikal anak-anak iii. Boleh berlaku kecacatan atau kematian

3. Kesan penderaan terhadap kanak-kanak:

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

i. Perkembangan emosi terjejas ii. Tidak menjadi normal iii. Kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri iv. Menjadi seorang pendendam v. Cenderung menjadi pendera masa depan

4. Usaha-usaha/langkah kerajaan supaya ibu bapa tidak mendera kanak-kanak i. Menguatkuasakan undang-undang ii. Mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap ibu bapa yang mendera anak iii. Mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa mereka harus menjadi ibu bapa yang penyayang iv. Menganjurkan kursus-kursus motivasi kepada kursus perkahwinan dan keibubapaan Topik C: Pembuangan Bayi 1. Sebab/faktor berlaku: i. Tiada sifat belas kasih dan kasih sayang ii. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan iii. Kurangnya pendidikan agama dan moral iv. Kesempitan wang/ tidak dapat menyara kehidupan bayi itu v. Malu kepada keluarga dan masyarakat kerana melahirkan anak luar nikah vi. Anak yang dilahirkan cacat

2. Sebab hukuman perlu dikenakan kepada orang yang membuang bayi: i. Perbuatan membuang bayi kejam. ii. Mereka yang terlibat tidak menjaga amanah yang diberikan iii. Tidak berperikemanusiaan dan tiada belas kasihan

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

3. Usaha-usaha dan langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah pembuangan bayi i. Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menyayangi dan mengasihi anak-anak mereka ii. Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang iii. Masyarakat harus melaporkan kes-kes pembuangan bayi iv. Kerajaan/masyarakat harus mengadakan pendidikan agama dan moral 4. Cara membantu golongan tidak bernasib baik/cacat/miskin i. Memberi sokongan moral. Contoh : memberi nasihat dan motivasi ii. Memberi bantuan kewangan/kebendaan. Contoh : memberi pakaian, makanan dan barang keperluan asas iii. Mendapatkan bantuan pihak luar

1.2 AMANAH 1. Kepentingan sikap amanah pegawai kerajaan: i. Imej badan kerajaan terjaga ii. Tidak berlaku kebocoran rahsia kerajaan iii. Dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan 2. Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana: i. Dapat melatih diri untuk menjadi seorang bertanggungjawab, jujur, ikhlas kepada diri sendiri ii. Pelajar tersebut akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan disekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas

3. Kesan tidak bersikap amanah terhadap: i. Keluarga: Memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

ii. Rakan: Tidak dipercayai kawan, kawan akan menjauhkan diri iii. Jiran: Tidak dipercayai jiran, hubungan akan renggang iv. Masyarakat: Anggota masyarakat akan memandang rendah v. Negara: Imej negara akan terjejas, menjejaskan penjanaan ekonomi negara

4. Cara menunjukkan sikap amanah terhadap: i. Keluarga: Menjalankan tugas atau kewajipan yang diamanah oleh ibu bapa atau anggota keluarga yang lain, tepat pada masanya ii. Rakan: Menyimpan rahsia rakan, menjaga hubungan baik dengan rakan iii. Jiran: Menunaikan permintaanya supaya menjaga harta dan barang-barangnya ketika jiran tiada di rumah iv. Masyarakat: Menegur perbuatan tidak bermoral v. Negara: Menjaga nama baik negara

5. Slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Tujuan: Mewujudkan pentadbiran awam yang bersih, cekap dan amanah Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bertatatertib Mempertingkatkan hasil mutu kerja dan semangat pekerja Tiada perasaan dengki dan khianat

Maksud: Bersih

Cekap

Amanah

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

Tidak menerima rasuah Tidak terlibat dalam jenayah Tidak pentingkan diri

Cepat membuat keputusan Hadapi masalah dengan tenang Tunjuk produktiviti dan kualiti dalam kerja

Jujur Tidak menipu Tidak menyalahguna kuasa Patuh kepada arahan Rela menjalankan tugas

6. Akta Berkaitan i. Akta Pencegahan Rasuah(1997) -Mencegah rasuah ii. Akta Rahsia Rasmi (1972) -Memastikan rahsia kerajaan tidak disalahgunakan iii. Badan Pencegah Rasuah (BPR) -Badan untuk menangani masalah jenayah kolar putih

1.3 HARGA DIRI 1. Remaja perlu menentukan matlamat hidup mereka kerana: i. Dapat menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ii. Memastikan kejayaan yang dinikmati oleh seseorang berterusan 2. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri i. Berpakaian tidak sopan ii. Bercakap kasar iii. Mudah terpengaruh dengan perkara negatif iv. Terlibat dengan perbuatan tidak bermoral 3. Seseorang itu dapat menjaga harga dirinya dalam sebarang keadaan dengan: i. Meningkatkan ilmu pengetahuan ii. Percaya kepada keupayaan dan kebolehan diri iii. Bergaul dengan orang yang bermoral tinggi iv. Membina pendirian atau iman yang teguh v. Menjaga dan memuliakan maruah

1.4 BERTANGGUNGJAWAB

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1. Pengurusan masa bermaksud merancang masa secara bijaksana dan bertanggungjawab: i. Menguruskan masa untuk belajar ii. Melakukan aktiviti kokurikulum iii. Meluangkan masa bersama anggota keluarga iv. Dapat berehat dan juga memperuntukkan masa untuk diri sendiri 2. Kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab i. Dapat menjalankan aktiviti yang dirancang dengan teratur dalam masa yang ditetapkan ii. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah iii. Dapat elak bazir masa iv. Dapat elak kerja tertangguh v. Dapat kepercayaan daripada guru, rakan-rakan dan ibu bapa vi. Meningkatkan produktiviti 3. Cara seseorang remaja menguruskan masa: i. Membuat jadual waktu persendirian untuk belajar di rumah dan aktiviti kokurikulum di sekolah ii. Melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu tersebut 1.5 HEMAH TINGGI 1. Antara cara berinteraksi secara berhemah tinggi ialah: i. Menggunakan bahasa yang bersopan semasa bercakap ii. Menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan iii. Menghormati pendapat mereka iv. Tidak menyinggung perasaan orang lain 2. Kepentingan hemah tinggi i. Menjaga perasaan orang lain ii. Menjaga maruah diri iii. Dihormati dan dihargai iv. Menjalinkan hubungan mesra v. Mempamerkan hubungan yang ikhlas 3. Ciri-ciri orang yang berhemah tinggi i. Tidak angkuh ii. Sopan iii. Tingkah laku yang baik iv. Hormat-menghormati v. Mesra

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.6 TOLERANSI 1. Antara cara-cara menunjukkan toleransi dapat dilihat dari aspek: i. Makanan Menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis ii. Pakaian Berpakaian kemas dan sopan Tidak mempersendakan pakaian tradisi kaum lain iii. Kepercayaan atau agama Tidak menghina kepercayaan kaum lain Toleransi dan hormat-menghormati hak orang lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing Bertolak ansur antara satu sama lain Mengawal diri dalam pergaulan Sabar dengan kaum lain Menerima adat dan kebudayaan kaum lain 2. Antara kesan negatif jika sikap toleransi tidak diamalkan dalam masyarakat majmuk ialah i. Perselisihan faham akan berlaku ii. Wujud prasangka antara kaum iii. Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas iv. Negara kita mudah dijajah oleh orang luar 3. Antara kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat ialah: i. Dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara kaum ii. Menjamin keharmonian hidup bermasyarakat iii. Menjamin hubungan baik 4. Antara cadangan aktiviti yang dapat meningkatkan toleransi antara kaum ialah i. Sukan atau sukaneka yang melibatkan kepelbagaian kaum ii. Permainan tradisional pelbagai kaum iii. Jamuan Muhibbah iv. Sambutan perayaan kaum bersama v. Rumah terbuka

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.8 BERDIKARI 1. Kepentingan pendidikan kepada pembangunan negara ialah: i. Melahirkan masyarakat berilmu, berdaya maju, dan berdaya saing ii. Meningkatkan kemampuan rakyat untuk menyaingi kemajuan yang dicapai oleh bangsa lain di dunia iii. Rakyat mampu berdikari dalam melakukan sesuatu 2. Masyarakat yang berimu dapat membantu membangunkan negara dengan cara: i. Menggunakan ilmu yang diperolehnya untuk kebaikan masyarakat ii. Menggunakan ilmu yang diperoleh untuk mengharumkan nama negara 3. Antara buktu-bukti yang menunjukkan negara kita mampu berdikari ialah melalui kejayaan dalam bidang-bidang berikut: i. Bidang perubatan Kejayaan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menjalankan pembedahan telinga bionic pertama untuk memulihkan pendengaran Dr. Mazlan binti Othman dianugerahi Ijazah Kehormat Sains Kedoktoran oleh Universiti Otago, New Zealand sebagai pengasas ilmu Astrofizik di Malaysia ii. Sains dan teknologi Pelancaran Satelit Malaysia Asia Timur (MEASAT) pada 13 Januari 1996 dari Kourou, French Geinea Menghasilkan kereta buatan Malaysia Menghasilkan barangan buatan Malaysia yang bermutu iii. Pertanian Teknologi pertanian terbaru telah berjaya mencipta kaedah kacukan tanaman atau bioteknologi Menghasilkan baja-baja kimia yang bermutu tinggi Menghasilkan baka yang bermutu untuk pelbagai tanaman seperti koko, kelapa sawit dan padi iv. Bidang Perindustrian Kejayaan industri berat menghasilkan dan mengeksport kereta PROTON dan PERODUA Program penyelidikan dan pembangunan meningkatkan kualiti barangan buatan Malaysia v. Sukan Kejayaan Dato Lee Chong Wei dalam sukan badminton

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

4. Amalan berdikari i. Sanggup melakukan sesuatu atau melakar sejarah untuk kemajuan diri ii. Tidak mengharapkan bantuan orang lain iii. Yakin dengan keupayaan diri 1.8 KERAJINAN 1. Sebab-sebab tokoh penjelajah seperti Christopher Columbus, Thomas Alva Edison, Datuk Azhar Mansor dan Abdul Malik Mydin berjaya menghadapi rintangan dan cabaran ialah: i. Tidak mudah patah semangat ii. Yakin akan kebolehan diri iii. Bangun semula mengatur strategi iv. Menyusun perancangan v. Mengorbankan masa dan tenaga vi. Tidak kenal erti kegagalan 2. Ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seseorang untuk mencapai cita-cita ialah i. Rajin ii. Gigih iii. Tabah menghadapi dugaan iv. Cekal menghadapi rintangan v. Sabar menghadapi masalah 3. Kesan sekiranya anda berputus asa dan menyerah kepada takdir i. Masa depan gelap ii. Tidak akan mencapai kecemerlangan iii. Membimbangkan dan mengecewakan anggota keluarga 4. Saya menunjukkan sikap rajin sebagai: i. Anak: Membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti menyapu lantai, mengemas rumah, mencuci kereta dan sebagainya. ii. Pelajar: Tekun membaca buku, membuat latihan yang diberikan oleh guru, membuat ulangkaji.

5. Contoh kejayaan tokoh-tokoh awal: i. Ferdinand Magellan-Menjumpai selat yang sempit di Selatan Amerika Selatan ii. Thomas Alva Edison- Mencipta lampu mentol iii. Louis Pasteur- Menemui vaksin bagi melindungi kambing biri-biri daripada penyakit Antrax

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.9 Kasih Sayang 1. Bagaimana ilmu boleh membantu manusia hidup sejahtera: i. Ilmu teknologi maklumat penggunaan internet membolehkan kita menggunakan emel untuk menghantar maklumat lebih cepat kepada seseorang ii. Ilmu sains perubatan dapat menghasilkan pelbagai kaedah rawatan seperti teknik pembedahan untuk menyembuhkan penyakit 2. Kesan yang timbul apabila orang yang berilmu menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya: i. Hanya menipu diri sendiri ii. Menjadikan dirinya hidup dalam kepura-puraan iii. Membawa kemudaratan kepada manusia dan hidupan lain 3. Ilmu dapat memupuk hubungan baik dan rasa kasih sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Ini disebabkan: i. Dengan ilmu agama, manusia akan berbaik-baik, tolong-menolong, dan tidak menyakiti sesama sendiri. ii. Dengan ilmu perubatan, manusia dapat menyelamatkan nyawa dan mengubati pelbagai jenis penyakit iii. Melalui ilmu sains dan teknologi, manusia dapat memperbaiki mutu kehidupan ke arah kesejahteraan sejagat 4. Aktiviti manusia yang mengancam kehidupan semua makhluk ialah: Pembalakan, penerokaan hutan untuk pertanian, perumahan dan perindustrian 5. Antara aktiviti pemuliharaan terhadap hidupan i. Penternakan haiwan yang hamper pupus ii. Penempatan semula haiwan iii. Penanaman semula pokok-pokok hutan iv. Guna semula dan tebus guna kawasan paya dan kawasan lombong untuk penternakan ikan

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.10 KEADILAN 1. Organisasi yang memainkan peranan dalam menegakkan keadilan i. Melalui mahkamah sebarang pertikaian dapat diselesaikan ii. Melalui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia akan disiasat

2. Peranan SUHAKAM i. Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia ii. Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan dan tatacara pentadbiran iii. Melawat tahanan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang berhubung dengan tempat tahanan. 3. Keadilan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat i. Orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan contohnya, kesalahan mengedar dadah dikenakan hukuman mati mandatori. ii. Hukuman yang lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan atau melakukan kesalahan yang sama. 4. Contoh mahkamah di Malaysia: i. Mahkamah Persekutuan ii. Mahkamah Rayuan iii. Mahkamah Tinggi iv. Mahkamah Sesyen v. Mahkamah Majistret vi. Mahkamah Syariah

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

1.11 RASIONAL 1. Kesan remaja yang lari dari rumah: i. Kesan kepada diri sendiri: Terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan Keselamatan terancam Tidak mempunyai sumber kewangan Imej diri terjejas ii. Kesan kepada keluarga: Memalukan keluarga kerana dituduh tidak pandai menjaga anak Menimbulkan perasaan bimbang, risau, sedih dan kecewa 2. Tindakan yang boleh diambil untuk menghindari masalah dari rumah i. Berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan keluarga ii. Berjumpa kaunselor sekolah untuk mendapatkan nasihat iii. Mencari orang tengah atau orang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan perselisihan itu 3. Punca remaja berselisih faham dengan keluarga i. Sikap pilihi kasih ibu bapa ii. Ibu bapa tidak dapat memenuhi permintaan anak-anak iii. Salah sangka antara remaja dan keluarga iv. Sikap remaja yang mudah nelenting apabila ditegur v. Remaja terlalu dikonkong pergerakan mereka vi. Sikap remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa 4. Perselisihan faham dapat dielakkan melalui cara: i. Perundingan ii. Mengutamakan semangat setiakawan iii. Bertimbang rasa iv. Bertolak ansur v. Saling faham memahami

NOTA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 BIDANG 1: NILAI BERKAITAN PERKEMBANGAN DIRI

5. Sekiranya rakyat tidak menyelesaikan sesuatu masalah melalui perundingan, kesannya dari aspek: i. Keselamatan negara: terjejas, rakyat berasa tidak selamat, negara terdedah kepada bahaya baru dan huru-hara ii. Institusi keluarga: perpecahan keluarga, berlaku penderaan, penceraiaan iii. Sosial: keruntuhan akhlak remaja iv. Ekonomi: tidak stabil. pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan 1.12 KESEDERHANAAN 1. Antara sebab semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai kesederhanaan dalam hidup ialah: i. Pemikiran, pertuturan dan pelakuan yang sederhana dapat menjamin keperibadian mulia dalam masyarakat. ii. Dapat mengangkat martabat keluarga, sekolah, masyarakat dan negara 2. Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama ialah i. Pertuturan Bercakap dengan sopan Tidak menyinggung perasaan orang lain ii. Pemikiran Mengambil keputusan atau pertimbangan yang tidak keterlaluan Tidak berfikiran negatif iii. Perlakuan Merancang perbelanjaan supaya tidak boros Berbelanja mengikut kemampuan Berpakaian sesuai dengan adat dan norma masyarakat 3. Kebaikan mengamalkan sikap kesederhanaan i. Melahirkan individu yang sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat ii. Dapat melahirkan individu yang sentiasa menjaga nama baik diri dan martabat keluarga, sekolah dan masyarakat iii. Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa iv. Boleh mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra 4. Cara mengamalkan nilai kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah i. Berjimat cermat ii. Bertutur dengan sopan iii. Berpakaian yang sesuai dengan situasi iv. Memberi barangan perlu sahaja v. Menggunakan tenaga elektrik dan air dengan tidak membazir

Вам также может понравиться