Вы находитесь на странице: 1из 1

Halaman Empat

BH PILIH L4 22 emel

BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006

Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Penulisan Kata Ganda atau Kata Ulang

Perihal Benefaktif, Kausatif dan Lokatif

alam keluaran kali ini penghuraian akan ditumpukan kepada penulisan kata ulang atau kata ganda dalam ejaan Jawi. Dalam bahasa Melayu terdapat dua bentuk utama kata ulang atau kata ganda, iaitu kata ulang atau kata ganda penuh dan kata ulang atau kata ganda separa. Kata ganda atau kata ulang penuh terbahagi kepada dua bentuk utama, iaitu bentuk jamak dan bentuk semu. Kata ganda atau kata ulang penuh yang membawa maksud jamak adalah bentuk perkataan yang bermaksud lebih daripada satu seperti dalam perkataan buku-buku, murid-murid, barang-barang, dan sebagainya. Bentuk kata ulang atau kata ganda semu pula merupakan katakata yang sememangnya wujud dalam bentuk gandaan, tetapi tidak satu pun dari unsur kata dasarnya yang wujud secara sendirian atau bukan bentuk gandaan. Kata ganda ini terdiri daripada haiwan seperti biri-biri, kura-kura, kunang-kunang dan ampai-ampai; jenis masakan seperti agar-agar, onde-onde dan epok-epok; serta kata-kata umum seperti hati-hati, sia-sia dan undang-undang. Penulisan Kata Ganda Penuh Penulisan kata ulang atau kata ganda dalam sistem ejaan Jawi agak berbeza sedikit dengan sistem penulisan kata ulang dalam ejaan Rumi baharu, tetapi sama dengan sistem ejaan Rumi lama, iaitu dengan menulis angka 2 selepas perkataan tersebut, atau [ ] dalam tulisan Jawi. Kata yang tergolong dalam kelompok ini ialah kata ulang jamak dan kata ulang semu. Penulisan Kata Ganda Jamak

Ejaan Rumi
Kata Dasar unit buku sekali Kata Ulang unit- unit buku-buku sekali-sekali

Ejaan Jawi
Kata Ulang Kata Dasar

Dalam bahasa Melayu terdapat kata ganda penuh bermaksud jamak yang kata gandanya atau kata ulangnya menerima akhiran -an, seperti dalam perkataan buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuh an dan tanam-tanaman. Penulisan Jawi bagi kata-kata sedemikian adalah seperti contoh di bawah:

Ejaan Rumi
Kata Dasar buah sayur tanam tumbuh Kata Ulang buah-buahan sayur-sayuran tanam-tanaman tumbuh-tumbuhan

Ejaan Jawi
Kata Ulang Kata Dasar

amai pembaca kurang jelas tentang maksud di sebalik tiga ungkapan di atas. Sebenarnya ungkapan di atas digunakan dalam konteks menghuraikan makna yang dibawa oleh kata kerja yang sama ada berawalan meN- atau berapitan meN-...kan dan meN-...-i, misalnya membeli, membelikan, mendekatkan dan mendekati. Perhatikan ayat ini: (1) Ibu membeli sehelai baju. Dalam ayat ini, kata kerja membeli ialah kata kerja transitif, yakni yang memerlukan objek, iaitu sehelai baju. Jikalau hendak dinyatakan siapa yang akan menerima manfaat daripada pembelian baju oleh ibu itu, maka lahirlah ayat (2) berikut : (2) Ibu membeli sehelai baju untuk adik. Untuk adik ialah frasa sendi nama, yang terdiri daripada kata sendi nama untuk dan kata nama adik. Konsep manfaat dalam kata ini, yang disampaikan melalui frasa sendi nama untuk adik boleh juga disampaikan melalui penggunaan akhiran -kan pada kata kerja membeli, menghasilkan ayat berikut : (3) Ibu membelikan adik sehelai baju. Ayat ini kini mempunyai dua objek, iaitu objek tepat adik dan objek sipi, sehelai baju. Maksudnya sama seperti ayat (2) di atas, tetapi makna manfaat kini dibawa oleh akhiran -kan dan tidak oleh frasa sendi nama untuk adik. Istilah yang sinonim dengan manfaat ialah benefaktif (daripada istilah bahasa Inggeris benefactive). Dengan kata lain, dalam ayat (3), akhiran -kan pada kata kerja 'membeli' membawa maksud benefaktif. Dalam huraian di atas, akhiran -kan membawa maksud benefaktif atau manfaat. Akhiran -kan juga boleh membawa maksud kedua, iaitu menjadikan atau kausatif (daripada bahasa Inggeris causative). Itulah sifat akhiran -kan yang ada kalanya mendukung maksud benefaktif dan ada kalanya mendukung maksud kausatif. Perhatikan ayat berikut : (4) Ali mendekatkan meja ke dinding. Dalam ayat ini yang dimaksudkan ialah "bahawa Ali menjadikan meja berada dekat dengan dinding". Kata

adjektif 'dekat' telah dijadikan kata kerja dengan apitan meN-...-kan. Demikian juga, 'menaikkan' bererti menjadikan sesuatu itu naik dan 'memasukkan' menjadikan sesuatu itu masuk. Jikalau kita mengubah kata kerja mendekatkan menjadi mendekati, iaitu dengan akhiran -i, maka maksud yang terkandung juga berubah, iaitu menyatakan tempat. Istilah lokatif juga digunakan (daripada istilah Inggeris locative). Dalam ayat (5) Ali mendekati dinding, akhiran -i membawa maksud dekat dengan dinding, iaitu 'Ali berada dekat dengan dinding'. Demikian juga 'menaiki' membawa maksud naik ke atas sesuatu (misalnya menaiki bas) dan 'memasuki' bererti masuk ke dalam sesuatu (misalnya memasuki dewan). Jelaslah bahawa kita harus berhati-hati sewaktu menggunakan kata kerja dengan akhiran -kan, dan -i, kerana masing-ma-sing membawa makna khusus, dan jika tidak digunakan dengan betul, makna yang dibawa akan menjadi salah. Perhatikan dua ayat berikut; ayat yang manakah yang betul? (6) Sewaktu lagu kebangsaan dinya nyikan, Ali menaiki bendera sekolah; dan (7) Sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan, Ali menaikkan bendera sekolah. Dalam ayat (6), kata kerja dengan akhiran -i ini membawa maksud

naik ke atas bendera. Ayat ini semestinya salah, kerana makna yang dibawa oleh ayat ini ialah "Ali diibaratkan sesekor monyet yang naik ke atas bendera sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan". Ayat yang betul ialah dengan akhiran -kan seperti dalam ayat (7), yang bermaksud: Ali menjadikan bendera itu naik ke atas. Demikian juga, kita boleh mengatakan "menyirami bunga" atau "menyiramkan air ke bunga" dan "saya menghadiahkan sebuah buku kepada Ali" atau "saya menghadiahi Ali sebuah buku". Kita tidak boleh mengatakan" Saya menghadiahkan Ali sebuah buku", kerana maksud yang dibawa oleh ayat ini ialah kausatif, iaitu "Ali dijadikan hadiah untuk diberikan kepada buku".

Glosari PENDIDIKAN
Idea abstrak (Abstract idea) Idea yang menerangkan sesuatu keadaan atau menentukan atribut yang dianggap terpisah daripada subjeknya (dalam fikiran). Tingkah laku suaian (Adaptive behaviour) Keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dipelajari oleh individu. Penyesuaian tingkah laku berbeza mengikut umur individu. Norma umur (Age norm) Prestasi pencapaian ujian kelompok pelajar bagi tahap umur tertentu yang dinyatakan dalam bentuk purata. Rekod anekdot (Anecdotal record) Catatan yang menjelaskan pertuturan dan perlakuan seseorang dalam situasi tertentu yang dapat menggambarkan pola, tingkah laku, minat, sikap, dan masalah. Tingkah laku autistik (Autistic behaviour) Tingkah laku kanak-kanak yang sering mengasingkan diri dan lebih suka berhubung dengan objek tidak bernyawa. Kumpulan penanda aras (Benchmark group) Kumpulan yang tahap ukuran pencapaian atau prestasinya digunakan sebagai perbandingan atau asas penaksiran hasil pembelajaran pelajar. Kecekapan komunikasi (Communicative competence) Kebolehan mengkoordinasi semua aspek komunikasi untuk memenuhi keperluan komunikasi. Strategi kognitif (Cognitive strategy) Proses pemikiran terancang yang melibatkan pemilihan dan pengubahsuaian kognitif bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.
Oleh Azizul Ismail

KOSA KATA BAHARU UMUM


Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai. Pejorasi (p'jorasi) - Perubahan (peluasan) makna sesuatu kata daripada makna yang baik kepada yang kurang elok, misalnya khalwat yang asalnya bermaksud menyendiri untuk beribadah kepada berduaduaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram di tempat yang terpencil atau tersembunyi. Paragog - Penambahan huruf, suku kata atau bunyi pada akhir sesebuah kata, untuk memudahkan sebutan atau untuk menyedapkan pendengaran, misalnya huruf a bagi pulpa dalam bahasa Malaysia daripada pulp dalam bahasa Inggeris. Sinkope (sinkop') - Pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran 'ha' dalam sahaja menjadi saja, dan 'id' dalam tidak menjadi tak. Katakana - Sistem tulisan silabik yang digunakan dalam bahasa Jepun, khususnya untuk mentranskripsikan kata asing. Neuter (n'uter) - Berkaitan dengan kata yang bersifat neutral, iaitu tidak memiliki unsur maskulin atau feminin.
Oleh Zaiton Nasir

KATA KLASIK

Penulisan Kata Ganda Semu

Ejaan Rumi
Kata Dasar anai labah ular hati sia undang Kata Ulang anai-anai labah-labah ular-ular hati-hati sia-sia undang-undang

Ejaan Jawi
Kata Ulang Kata Dasar

T J

akrif: tuan (biasanya gelaran untuk ahli agama). Contoh penggunaan: Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang.
Oleh Wahyunah Abd. Gani

Makhdum

BAHASA SUKUAN
angkam ialah kosa kata bahasa suku kaum Bisaya yang bermaksud kuku palsu. Kata jangkam diucapkan dalam dua suku kata, jang-kam. Contoh penggunaannya : Penari perempuan itu memakai jangkam ketika mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Bisaya.
Oleh Noorzanani Kata

Jangkam

Вам также может понравиться