Вы находитесь на странице: 1из 4

MEROKOK

Pengenalan Pada hari ini merokok merupakan satu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita,sehingga kadangkala dipandang sebagai satu perilaku yang membanggakan perokok. Tanggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing,terutamanya yang dipaparkan di dalam media massa,ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan mnyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak semua kaum di zaman ini. Kajian kes ini mempersepsikan tingkah laku yang berkaitan dengan masalah merokok disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Latar belakang klien Klien bernama FFF dan belajar di tingkatan satu. Dia berusia 13 tahun. Bapa FFF,53 tahun,seorang pekerja buruh di sebuah kilang papan. Ibunya seorang suri rumah tangga. Klien mempunyai lima orang adik-beradik. FFF merupakan anak yang ketiga dalam keluarganya. Klien murid sederhana sahaja. Tetapi semasa kecil dia mempunyai azam yang kuat untuk berjaya dalam cita-citanya iaitu ingin menjadi seorang anggota polis. Sejak sekolah rendah lagi,suka berkawan dan bersosial. FFF seorang yang peramah tetapi cepat marah dan agresif. Ini menyebabkan beberapa orang murid sekelas takut untuk berkawan dengannya. FFF tidak berapa berpegang kuat pada kepercayaan agama. Dia kadangkadang sembahyang di rumah untuk menenangkan fikirannya. Klien merupakan seorang yang kurang memberikan penekanan kepada kekemasan diri,tetapi klien seorang yang berbudi bahasa. Ketika berkomunikasi dengannya, klien sentiasa menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Klien bersosial dan mudah didekati. Guru GBK menjalankan sesi sebanyak lima kali dan klien memberikan kerjasama yang baik. Latar belakang masalah Kes dan isu Klien GBK seorang murid biasa. Klien ini mempunyai masalah disiplin di sekolah. Guru disiplin yang merujuk murid ini kepada GBK kerana dia didapati memiliki rokok. Apabila diterokai,klien ini mengaku bahawa klien mempunyai tabiat merokok sejak dari sekolah rendah. Apabila diterokai lebih lanjut,klien menceritakan masalahnya yang sebenar. Klien tinggal bersama bapa saudara sejak kecil. Ibu bapa klien tinggal berasingan dan berjauhan. Mereka tidak dapat menjaganya kerana disebabkan oleh kemiskinan dan juga mempunyai anak yang ramai. Klien tinggal bersama bapa saudara dan mereka menjaganya dengan baik. Klien belajar merokok akibat pengaruh dari rakan-rakan. Rakan- rakan memberi pengaruh yang kuat terhadap pembentukan sikap dan keperibadian klien.

Klien beranggapan bahawa dunia ini hanya bersama kawan-kawannya yang sering mengajaknya untuk ponteng kelas,lepak dan menghisap rokok,tidak kira di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Klien akan melakukan apa sahaja tingkah laku yang disuruh oleh kawan-kawannya. Klien bermasalah disebabkan oleh tingkah laku dan pemikiran yang tidaka matang dan mudah dipengaruhi. Kekuatan dalaman klien sangat lemah. Semasa sesi,klien memberi komitmen yang baik. GBK juga dapat membantu klien mengenal pasti masalahnya dan mematangkan fikiran yang negative dengan kemahiran asas,teori,dan teknik yang bersesuaian. Hasil pemerhatian GBK,klien mempunyai potensi untuk mengembangkan kebolehan selaras dengan bakat dan kemampuannya. Klasifikasi kes dan isu Masalah disiplin disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Proses intervensi Teori yang dipilih untuk membantu klien ini adalah Rational Emotive Behavior Therapy ( REBT ),yang dipelopori oleh Albert Ellis. Terapi rasional emotif atau dikenali sebagai terapi A-B-C,merupakan suatu teori yang mementingkan ketigatiga aspek atau alam yang terdapat pada seseorang individu itu.iaitu aspek kognitif,emotif dan tingkah laku. Ia menekankan pemikiran,penilaian,penganalisisan,perlakuan serta membuat keputusan. Pendekatannya amat bercorak didaktik atau mengajar,amat mengarah dan lebih mengutamakan pemikiran daripada perasaan. Terapi rasional emotif yakin tentang wujudnya sistem nilai dan kepercayaan yang salah dan tidak rasional di dalam dir tia-tiap individu,yang perlu dicabar dan dibetulkan,agar ia dapat berpandukan nilai-nilai yang baik dan rasional. Di dalam konteks ini,ia merupakan satu sistem pendidikan semula ( re-education )yang mengajar individu untuk menggantikan sistem nilai dan kepercayaannya yang menyebabkan kesengsaraan di dalam hidupnya dengan satu set nilai dan kepercayaan yang lebih baik. Sistem kepercayaan yang baru ini yang akan membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan kepada dirinya,dan kepada orang signifikan baginya. Dengan menggunakan teori ini ,Ellis berjaya mencabar sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. Masalah yang dihadapi oleh adalah beraneka jenis,tidak terbatas kepada sesuatu jenis tertentu sahaja. Ellis berpendapat bahawa memang tidak ada gunanya menemui klien kita lama-lama,atau menunggu sehingga ia mendapat kefahaman dan celik akal mengenai masalahnya. Bagi Ellis,sesuatu gangguan emosi itu disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Dia berpendapat bahawa hubungan di antara emosi dan pemikiran itu terlalu rapat sehingga tidak boleh kita memisahkan kedua-duanya. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca dari proses dan pengaruh pembudayaan dan pembelajaran semata-mata. Disamping itu pula,manusia memang gemar sekali mengamalkan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional ini dengan menyebutnya selalu.seolah-olah mengingatkan dirinya untuk berfikir,merasa dan bertindak secara tidak rasional. Memandangkan bahawa segala proses pemikiran dan perasaan yang tidak rasional ini diperolehi melalui proses pembelajaran dan pembuyaan,maka kita sebagai GBK boleh mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui organisasi semula

perpsepsi dan pemikiran seseorang itu agar ia menjadi positif dan rasional. Teori ini telah dipilih. Teori ini telah dipilh kerana teori ini dapat membantu klien membebaskan dirinya daripada cengkaman pemikiran yang tidak logic atau tidak rasional. Sasarannya adalah menjadikan klien menginternalisasikan suatu falsafah hidup yang rasional sebagaimana ia menginternalisasikan kepercayaan dogmatik yang tidak rasional. Untuk mencapai tujuan tersebut.GBK perlu memainkan peranan yang lebih spesifik. Selain itu,teori ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk GBK dank lien berbincang sehinggan klien mencapai celik akal. Jelaslah bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya,bergembira,berfikir,menterjemahkan diri,sayang menyayangi,berkomunikasi dengan orang lain,berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Model yang digunakan bagi menjalankan proses kaunseling adalah Stages in The Helping Process oleh Brammer and MacDonald. Mengenal pasti masalah GBK telah menjalankan sesi kaunseling sebanyak lima kali. Pada sesi permulaan,GBK memberi penekanan kepada pembinaan perhubungan supaya klien mempercayai GBK dan rela berkongsi masalahnya dengan selesa dan konsisten. GBK meminta klien memperkenalkan dirinya,keluarganya,latar belekang akademik dan pengalamn persekolahan iaitu semasa di sekolah rendah dan menengah sehingga masa kini. Pada sesi kedua,GBK telah meneroka masalah dan menganalisis masalah klien,iaitu tabiat merokok. Tabiat merokok ini terbentuk disebabkan oleh pengaruh tiga orang kawan rapatnya. Klien sentiasa mengikuti arahan kawan sebab risau tinggal berseorangan tanpa kawan. Klien beranggapan hubungan dengan kawan adalah penting dan berharga untuknya daripada tangisan seorang bapa saudara. Pemikiran yang tidak rasional inilah menyebabkan kilen menghadapi masalah disiplin di sekolah. Punca utama masalah klien iaitu : a) Sistem kepercayaan yang terus menyalahkan dirinya dalam kebenyakkan perkara.Klien sentiasa berharap dan mengikuti kata-kata kawan-kawan berbanding nasihat ahli keluarga dan guru-guru di sekolah. Dia juga membuat pernyataansaya tak boleh hidup tanpa kawan b) Akibatnya,emosinya terjejas dan dia berasa takut,rendah diri dan keseorangan. c) Merokok,keluar waktu guru mengajar,enggan mendengar nasihat ibu bapa,ahli keluarga dan guru disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Penetapan matlamat GBK ingin menyedarkan dan menanamkan keyakinan pada diri klien bagi membantu klien menemui dan mengubah kepercayaan tidak rasionalnya dengan menggantikan dengan pemikiran rasional apabila klien menyatakan ingin mengubah tingkah lakunya. GBK ingin membantu klien betgerak pula ke arah D (dispute ).iaitu menggantikan pemikiran yang tidak logic dan rasional. Di dalam kehidupan seharian,kita tidak dapat terlepas daripada berinteraksi dengan orang lain. Dalam interaksi inilah kita menggunakan pola-pola atau sistem

kepercayaan yang tidak rasional tadi. Tindak balas orang akan menjadi bahan untuk kita berfikir,dan jika fikiran kita tidak rasional,maka perasaan kita juga akan menjadi tidak rasional.,kerana kita akan merasa apa yang kita fikirkan. Apabila fikiran dan perasaan sudah tidak rasional,maka tingkah laku kita menjadi efektor kepada fikiran dan perasaan akan turut menjadi tidak rasional. Untuk berfikir dan merasa secara tidak rasional,kita dikongkong dan dibelenggu oleh satu sistem kepercayaan yang tidak rasional. Di antara kepercayaankepercayaan yang tidak rasional yang telah klien hayati termasuklah yang antara lainnyasaya mesti disayangi dan mendapat persetujuan daripada orang yang penting dan signifikan dalam hidup saya. GBK ingin membimbing klien berfikiran positif iaitumasalah saya bukan masalah orang laindanhidup saya bukan di tangan orang lain malah ianya di tangan saya Langkah terakhir ialah tahapE (effect ),iaitu yang diharapkan oleh klien daripada pelaksanaan proses A-B-C dan D. Kesan selalunya mengakibatkan dua lapangan hidup seseorang itu,iaitu : Mungkin sesuatu yang baru dan cara berfikir yang rasional,yang mana Akhirnya akan membawa ke arah baru dalam cara bertingkah laku Proses sesi kaunseling Semasa sesi kedua,GBK telah mengenal pasti punca masalah klien-masalah merokok,masalah pergaulan dengan kawan-kawan sebegitu-dengan kehidupan masa hadapannya. Dengan menggunakan Teori REBT dan teknik menghindar Self Talk negatif yang sesuai dan kerja rumah untuk klien. Pernytaan GBK dan klien menjelaskan kekuatan internal drive,agen perubahan yang penting.

Вам также может понравиться