Вы находитесь на странице: 1из 14

This is Google's cache of http://www.mohdruzi.com/bahan_bestari.htm.

It is a snapshot of the
page as it appeared on 6 Nov 2008 11:59:36 GMT. The current page could have changed in the
meantime. Learn more

Text-only version
These search terms are highlighted:
cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja
1. Pelajar berada dalam 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta melayari
laman web yang ditetapkan dan mencari isi yang
berkaitan dengan kepentingan semangat patriotisme.
Kumpulan 1
http://www.patriotisme.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=13

Kumpulan 2
http://sahabatmantap.wordpress.com/2007/08/22/di-manakah-semangat-
patriotisme/

Kumpulan 3
http://sananajohor.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/esei.pdf

Kumpulan 4
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_browse
.asp?cat_browse=1&cat_id=18

Setiap kumpulan juga diminta melayari url di bawah:


http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasankhidmatnegara.pdf

Bahan lain:

i. http://www.geocities.com/ikaz2/pdtulkr2.html

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan


Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-
punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah
yang sesuai untuk mengatasinya.

ii. http://www.fppsm.utm.my/news.php?cod=64

iii. AMANAT DEKAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 48


Submitted by dekan

Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-48, saya ingin mengucapkan


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua staf FPPSM dan UTM
keseluruhannya. Harapan saya semangat menyambut kemerdekaan tidak berlaku
secara bermusim. Begitu juga ungkapan patriotisme janganlah hanya muncul apabila
musim menyambut bulan kemerdekaan atau apabila negara berdepan sesuatu isu
besar dengan negara luar atau kuasa-kuasa besar yang dikatakan hendak ‘menjajah’
semula. Hakikatnya, semangat patriotisme perlu sebagai mengisi agenda
kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan tanah air. Semangat patriotisme
yang tinggi akan membentengi dan menangani pengaruh kuasa-kuasa besar yang
telah mengikis nilai kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan negara. Seharusnya
semangat patriotisme terus menyelubungi jiwa seseorang rakyat, sentiasa disemai,
dibaja dan disuburkan agar terus merimbun dan mengakar di jiwa kita. Hal ini perlu
diusahakan menerusi pelbagai program pendidikan, ceramah motivasi dan disaluti
dalam segala pembentukan dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan dan
kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu, untuk menggalakkan dan menyuburkan semangat


patriotisme, kekuatan dalaman sesebuah negara perlu diwujudkan terlebih dahulu.
Di sinilah terletaknya kepentingan perpaduan dan integrasi nasional. Ia melibatkan
suatu proses yang mencorak dan membentuk sikap, pemikiran dan nilai di kalangan
penduduk terhadap negara bangsanya. Unsur ini lazimnya dimanifestasikan melalui
ketaatan, komitmen, rasa tanggungjawab dan sentiasa bersedia meletakkan
kepentingan negara di atas kepentingan yang lain. Tegasnya, ia berusaha untuk
melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Banyak perumpamaan yang menyentuh tentang nilai-nilai kenegaraan seperti “di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, “bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat” dan “bersatu teguh, bercerai roboh”.

Sambutan Hari Kebangsaan, hari ulang tahun kemerdekaan adalah merupakan suatu
kesempatan untuk kita menggilap semangat patriotik, hubbul watan atau
semangat cintakan negara. Malah bagi sesetengah pemikir Islam termasuklah Prof.
Ismail Faruqi dan Muhammad Iqbal menyatakan semangat patriotisme adalah
suatu yang positif dan digalakkan oleh Islam. Suatu pernyataan penting yang
menjadi asas kepada kehidupan bagi masyarakat Islam ialah mereka tidak boleh
diasingkan daripada berpaksi kepada tauhid. Kemerdekaan juga bermaksud kita
membebaskan kita diri daripada penyembahan kepada makhluk. Termasuk juga ke
dalamnya perjuangan manusia muslim untuk membina kehidupan dan budaya
dalam hidup sesuai dengan jati dirinya sebagai khalifah Allah dan hambaNya di
muka bumi. Dengan itu mereka sepatutnya membuktikan diri mereka sebagai “umat
yang terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia”. Dalam konteks ini,
mereka adalah warganegara dan tunggak utama serta berjiwa patriotisme yang
membina negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Patriotisme juga merupakan suatu kebajikan yang benar-benar fitri (fitrah manusia)
dan mempunyai tempat di dalam kehidupan moral manusia. Malah Islam
menyediakan aturan-aturan untuk perlaksanaan objektif patriotisme tersebut.
Berbakti kepada bangsa dan berkhidmat kepada negara merupakan suatu kewajipan
menurut undang-undang Islam. Pengabaian atau pengkhianatan terhadap
tanggungjawab tersebut dianggap sebagai kesalahan yang membawa hukuman
duniawi dan ukhrawi. Sesungguhnya pendekatan Islam mengatasi patriotisme Barat
yang tidak mempunyai nilai rohaniah. Islam menggandakan motivasi perlaksanaan
tugas patriotik dengan menambah ganjaran dan hukuman ukhrawi kepada ganjaran
dan balasan duniawi.

Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, hari yang cukup bersejarah ini tidak
mempunyai erti apa-apa selain daripada untuk beristirehat dan berhibur semata-
mata. Biasanya keghairahan menyambut hari kebangsaan adalah dengan rakyat
berkumpul dan berhimpun di mana-mana padang untuk menunggu detik jam 12.00
tengah malam. Persoalan yang ditimbulkan untuk difikirkan bersama ialah
sejauhmana sambutan Hari Kebangsaan menggamit dan mencuit hati nurani rakyat
untuk sama-sama menghayati, sedar dan insaf bagaimana jerit dan perih para
pemimpin terdahulu dari segenap peringkat, yang berusaha memperjuangkan dan
memperolehi kemerdekaan tanahair. Pengorbanan mereka bukan sedikit. Mereka
berkorban masa, tenaga, fikiran, harta benda dan kesanggupan menghadapi
penderitaan dan penyiksaan. Malah nyawa juga menjadi pertaruhan semata-mata
untuk membuktikan kesetiaan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap bangsa
dan negara. Justeru itu, rakyat Malaysia perlu diajak untuk memahami erti
kemerdekaan yang sebenarnya iaitu kebebasan untuk menentukan jati diri daripada
segi politik, perekonomian, ketenteraan, pendidikan, kebudayaan dan apa sahaja
bidang yang menyempurnakan kehidupan ini.

Semangat menyambut bulan kemerdekaan perlu disemarakkan menerusi


peringatan kepada generasi muda bahawa kedatangan penjajah di negara ini sejak
tahun 1511 sehingga tahun 1957, tidak disambut dengan ‘permaidani merah’, tetapi
sebaliknya dengan semangat perjuangan yang berkobar-kobar berasaskan
“keringat, darah dan air mata” di kalangan seluruh rakyat. Di sinilah terletaknya
semangat patriotisme yang tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat ketika itu.
Semangat patriotisme dimanifestasikan dengan kesepakatan rakyat untuk terus
mempertahankan tanahair, seperti pantun berikut:

Kalau roboh Kota Melaka


Papan di Jawa kita sediakan
Kalau bagai sudah dikata
Nyawa dan badan kami serahkan.

Saya ingin mengakhiri ucapan ringkas ini dengan memetik kata-kata Dr.
Burhanuddin Al-Helmi, iaitu “di atas robohan kota Melaka, mari kita bangunkan jiwa
merdeka”. Sesungguhnya, kita semua mesti menginsafi bahawa kita sedang
menikmati juadah kemerdekaan dan menghirup udara

http://forum.engkabang.net/index.php?action=printpage;topic=3382.0
Title: Pengajaran karangan yang bertemakan semangat patriotik!
Post by: Ng Ai Fen on May 11, 2008, 04:03:14 AM

iv. PENGENALAN KEMERDEKAAN


-rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-51.
-hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat
malaysia.
-pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan
diadakan.
-berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh
rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957
seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan
Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan.
-Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak
mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil
pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa
pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah
diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan
-tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh
masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang
mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan
juga British.
-semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka

Semangat Patriotisme

-perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk
mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru
atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.
-sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun
sesuatu peradaban atau tamadun manusia.
-mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman
penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap
patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.
-anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui
kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat
yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara merdeka yang lain.
-rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan
suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung
yang diselubungi oleh awan gelap.
-Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya
yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada
31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian
kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula,
negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami
pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua
cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan
kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini.
-Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut
dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah
kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin
pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh
budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan
beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara
dan kekal buat selama-lamanya.
USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT
PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara


memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan
-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak
peringkat awal
-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal
tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan.
-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran
yang berbeza
-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah
kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu
kawasan.
-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing
-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing
tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan
seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan
padang
-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana
pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan
yang sama
-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk
generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara
positif serta memperkasakan jalinan perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat


patriotisme
-Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM
-bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing,
berkarisma tinggi serta merupakan satu langkah yang murni dalam
memupuk semangat patriotisme
-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum
-pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini
-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong
antara satu sama lain dalam pelbagai elemen.
-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat
patriotisme dalam kalangan remaja
-Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program
kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum
berinteraksi antara satu sama lain
-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan
merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja
Malaysia yang terlibat
-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada
negara
3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik
-Hari perpaduan disambut pada 16 september
-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992
sempena mengingati tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan
negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah
satu bendera
-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam
diri kita
-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara
satu sama lain, hidup aman dan harmoni
-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan
semangat patriotisme merupakan tunjang keutuhan dan
keselamatan negara.
-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam
negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa
semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara.
-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk
menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa
perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi
berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia
ada.
-sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti
forum, ceramah, dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi
yang bertemakan perpaduan kaum.

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral


memang digalakkan malahan diberi keutamaan
-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya
menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan
sebagainya.
-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat
merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman
dan selamat.
-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di
sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
pelajar.
-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang
boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar
tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing
-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana
pembentung, bulat kata kerana muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab


Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta
dan dan taat kepada negara.
-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi
sebarang ancaman di negara ini.
-para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat
patriotisme antara kaum di Malaysia.
-Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati
konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama
membangunkan negara.
-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi
mempertahankan perpaduan negara.
-sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk
menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara.
-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu
persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk
menyemai semangat patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu


wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat
patriotisme.
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang
meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-
sama
-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang
berpeluang bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan
sanak-saudara dan sahabat handai bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa
bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat
dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia. Semua pihak sama
ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk
menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan
rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang
seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih
kerap dan diperluas ke seluruh negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat
patriotisme antara rakyat

7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh


dipupuk.

-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa


Melayu) dan kurikulum yang sama.
-sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya
melahirkan generasi patriotik
-kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
tahun 1982 dan 1988.
-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik
dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang
terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah
dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai
tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat
perpaduan di kalangan pelajar.
-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa
sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.
-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran
kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum.
-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid
sekolah rendah
-Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah
dan geografi
-Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan
patriotik di kalangan pelajar
-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran
mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah
seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir
ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar
di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi
muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.
-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.

Kesimpulan
-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat
dan pembangunan ekonomi
-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah
kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun negara
-industri pelancongan dapat dikembangkan
-negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai
-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai
negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa
negara tersebut.

v.
http://209.85.175.104/search?q=cache:LpeuKCZPtVgJ:www.moe.gov.my/index4.php%3
Ffail%3Dmoe_pipp_04.pdf%26kategori%
3Dbuku_pipp+esei+semangat+patriotisme&hl=en&ct=clnk&cd=7&gl=my&client=fir
efox-a (Membina Negara Bangsa)

vi.
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_browse.asp?cat_br
owse=1&cat_id=18 (Pejuang Kemerdekaan)
vii. http://www.tutor.com.my/lada/tourism/patriot.htm

viii. Bagaimana Unsur Patriotisme Dapat Dipupuk

1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk


warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian
Malaysia.

2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:

a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.

b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa


dan negara.

c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan


harmonis.

d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam


pembangunan dan kemajuan

e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan


kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk
bertindak dengan sewajarnya; dan

f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan


produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan


Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan
Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
program itu.

4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur


tertentu untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme.

5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme


eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:

a. kerja projek
b. permainan

c. simulasi

d. lakonan

e. drama

f. perbincangan

g. lawatan

viv.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0829&pub=Utus
an_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Menilai patriotisme rakyat Malaysia mutakhir

Oleh RUHANIE AHMAD

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas


daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan
pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan
kesetiaan kepada nusa dan bangsa.

Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan,


keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen
seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan
memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.

Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti,


kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran,
kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan
dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh
sesiapa.

Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada


tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan
negara, agama dan bangsa.
Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga
membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta,
kasih dan sayang.

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan


menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi
kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau
memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi


kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara
untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan
keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.

Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa


Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang
amat mencabar, lasak dan berbahaya.

Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang


menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat,
memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest,
dan menawan Kutub Utara.

Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan


menerusi kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel,
kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan dan
keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan
perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang.

Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut


beberapa kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris:

``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta


tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan
dan kemakmuran negara.

``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada


bila-bila masa.

``Cinta dan setia kepada negara.''

``Dedikasi yang tinggi kepada negara.''

``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.''


Beberapa cendekiawan Malaysia dari pelbagai latar belakang pula
pernah memberikan definisi patriotisme seperti berikut:

``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.''

``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.''

``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.''

``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan


yang mendalam kepada negara.''

Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat


perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih,
sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan,
kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama,
bangsa dan negaranya.

Patriotisme penting kepada Malaysia. Ia menjadi satu daripada


prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional.

Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari


pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul,
budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme,
perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya
terus cerah.

Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme


Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh
elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama,
melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara.

Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek


perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan
negara.

Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan pengorbanan,


kewajipan dan tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan
dan kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan.

Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi


aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan,
kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian,
disiplin dan undang-undang.
Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan
elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan
pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan
kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan.

Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia


tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan
jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme.

Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program


penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan
pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang,
fokus dan menyeluruh.

Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa


Malaysia yang lebih patriotik, bersatu padu, berdedikasi, berakhlak
mulia, cekap dan berilmu serta berkemahiran di semua bidang
kehidupan.

Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme


Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di
medan perang.

Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang,


berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk
bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi,
perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa.

Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya


aggression ketenteraan seperti peperangan antiterorisme global.
Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Mungkin dalam bentuk peperangan ekonomi dan manipulasi pasaran


yang menggunakan senjata seperti derivatif, pelaburan berisiko tinggi,
spekulasi mata wang, blok perdagangan, tindakan undang-undang
mengenai hak cipta dan cap dagangan, bentuk cukai dan tarif yang
canggih, sistem penentuan harga dan tarif, manipulasi ke atas faedah
pinjaman dan sebagainya.

Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk


subversion, infiltration dan juga pengaruh ideologi americanisme dan
universalisme.

Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan


patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses
pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang
paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggi-
tingginya.

Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar


tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari
Kemerdekaan.

Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan


Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan
2020.

Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara


komprehensif dan segera oleh semua pihak supaya seluruh resipi,
strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan
ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan kedudukan
dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi
serta kebangkitan neoimperialisme.

Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami,


menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih
mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila
musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya!

- Dipetik daripada buku Patriotisme Malaysia Penangkis


Neoimperialisme karya Ruhanie Ahmad, terbitan Utusan Publications &
Distributors Sdn

x. Klik pada perkataan Brosur

Вам также может понравиться