Вы находитесь на странице: 1из 4

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains. Kuala Lumpur: BPPDP, 2000. 1.0 Latar Belakang 1.1 Pendidikan Sains di sekolah rendah dan menengah merupakan asas bagi menyediakan sumber tenaga manusia ke arah merealisasikan wawasan 2020. Walaupun dasar 60:40 pelajar Sains : Sastera telah dicadangkan seawal tahun 1967, tetapi pada pelaksanaannya, dasar tersebut masih belum tercapai. Pelbagai program diusahakan sebagai pengisian dalam pelaksanaan pendidikan sains, demi menyedari kepentingan dan peranan pendidikan Sains dalam kemajuan perkembangan ekonomi sesebuah negara. 1.2 Dalam proses P&P, guru dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran sains yang disampaikan dan pelajar dapat menerimanya serta mengemukakan semula sebagai fakta atau maklumat dalam jawapan ujian yang diberi terutamanya di kalangan pelajar berpencapaian tinggi, dan semakin kurang kesannya di kalangan pelajar berpencapaian rendah. Proses P&P ini belum dapat menjamin pelajar berkenaan menguasai kemahiran saintifik yang boleh diperkembangkan dan diaplikasikan dalam suasana menyelesaikan masalah yang berkaitan. 2.0 Pernyataan masalah 2.1 Analisis ke atas prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Sains KBSR PMR 1993 1999 menunjukkan sekurang-kurangnya 63.3 peratus mendapat C & D dan 41.6 peratus mendapat gred D. Manakala analisis data keputusan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sains Tulen dari tahun 1993 1999 menunjukkan bahawa antara 40 peratus hingga 50 peratus daripada calon yang mengambil mata pelajaran berkenaan mendapat sekurang-kurangnya gred 7, 8 dan 9 (7 dan 8 lulus dan 9 gagal). Daripada analisis peperiksaan SPM tersebut menunjukkan hampir separuh daripada pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen boleh dikategorikan sebagai berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Sains Tulen. 2.2 Usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran Sains di kalangan kumpulan pelajar aliran Sains yang berpencapaian rendah adalah wajar memandangkan mereka telah menggunakan peruntukan gran perkapita yang lebih besar berbanding dengan pelajar aliran sastera (tidak mengambil Sains Tulen). Penguasaan kemahiran saintifik dan isi kandungan pelajaran Sains dihubungkait dengan pelbagai faktor seperti faktor pelajar, guru dan persekitaran. Walau bagaimanapun, faktor yang ada hubungan dengan guru lebih mudah dikawal dengan mekanisme tertentu melalui perancangan dan program perkembangan staf. 3.0 Objektif Kajian Kajian ini mengkaji pengajaran guru Sains kepada pelajar berpencapaian rendah dengan memberi fokus kepada kemahiran saintifik dan pedagogi. Soalan Kajian (i) Apakah latar belakang guru dari segi kelayakan akademik dan professional guru Sains? (ii) Sejauh manakah penguasaan guru Sains terhadap isi kandungan pelajaran Sains dan juga penguasaan pedagogi pengajaran Sains? (iii) Bagaimana hubungkait pengalaman dan pendedahan kursus / latihan yang berkaitan dengan pendidikan Sains pernah diikuti oleh guru Sains? (iv) Apakah amalan guru dalam melaksanakan proses p & p Sains kepada pelajar berpencapaian rendah? (v) Bagaimana persepsi guru terhadap proses pembelajaran Sains di kalangan pelajar berpencapaian rendah?

4.0

(vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) 5.0

Bagaimanakah persepsi guru Sains terhadap sikap pelajar berpencapaian rendah dalam pembelajaran Sains? Bagaimana sikap guru terhadap pelajar berpencapaian rendah? Sejauh manakah perbezaan persepsi yang ditunjukkan oleh guru Sains dalam melaksanakan proses pengajaran antara pelajar berpencapaian rendah dan tinggi? Sejauh manakah aktiviti-aktiviti pengajaran yang dilakukan dapat menarik minat atau merangsang pemikiran pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Sains? Sejauh manakah guru Sains menghadapi masalah berkaitan dengan aspek pedagogi pengajaran Sains dalam pelaksanaan proses pengajaran? Sejauh manakah amalan, pengalaman dan sikap guru menyumbang kepada tahap masalah yang dihadapi dalam melaksanakan proses pengajaran di kalangan pelajar berpendapatan rendah? Apakah cadangan daripada guru Sains untuk meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Sains di kalangan pelajar berpencapaian rendah?

Metodologi Kajian Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah survey melalui soal selidik yang dipos ke sekolah sampel. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sekolah menengah harian telah dipilih secara rawak menggunakan komputer. Bagi mengukuhkan lagi maklumat yang diperolehi daripada soal selidik, kajian lapangan ke sekolah mengikut zon juga dilakukan. Responden kepada soal selidik terdiri daripada guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah. Bagi tujuan penyelarasan mendapatkan maklumat mengenai proses pengajaran daripada guru yang mengajar Sains di sekolah bagi kajian lapangan senarai temu bual disediakan. Dapatan Kajian 6.1 Didapati 92. 2 % daripada guru yang mengajar Sains kepada pelajar Tingkatan 4 berpencapaian rendah adalah terdiri daripada guru siswazah. Lebih ramai guru perempuan mengajar Sains kepada pelajar Tingkatan 4 berpencapaian rendah dalam mata pelajaran dalam mata pelajaran Sains Tulen. Mengikut lokasi sekolah, nisbah guru perempuan siswazah adalah lebih besar di sekolah bandar berbanding dengan nisbah guru lelaki. Sekurang-kurangnya 38.3% daripada mereka yang terlibat dengan pengajaran pelajar berpencapaian rendah ini tidak pernah menerima sebarang kursus yang berkaitan dengan orientasi Sains KBSM. 6.2 Guru yang terlibat dengan proses pengajaran Sains kepada pelajar berpencapaian rendah belum menguasai sepenuhnya aspek yang berkaitan dengan pedagogi. Walau bagaimanapun, pendedahan melalui kursus yang dihadiri telah meningkatkan tahap penguasaan kefahaman dan penguasaan mereka dalam aspek yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi. 6.3 Terdapat hubungkait antara pengalaman dengan amalan positif guru dalam melaksanakan proses pengajaran Sains kepada pelajar berpencapaian rendah. Kajian ini mendapati adanya peningkatan amalan positif dengan bertambahnya tempoh pengalaman mengajar mata pelajaran Sains. 6.4 Guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah masih kurang mengamalkan aktiviti yang sering dicadangkan oleh banyak kajian yang menunjukkan keberkesanannya dalam proses pengajaran Sains, seperti pendekatan pembelajaran kooperatif. Mereka juga kurang melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 6.5 Guru yang mengajar pelajar berpencapaian rendah bersetuju bahawa pelajar berkenaan kurang melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi dalam mata pelajaran Sains, seperti kurang berminat

6.0

6.6

6.7

6.8

6.9

6.10

6.11

6.12

6.13

membuat rujukan sendiri, menyediakan nota tambahan dan menyiapkan latihan yang diberikan. Persepsi guru terhadap pelajar berpencapaian rendah menunjukkan bahawa pelajar berkenaan bersikap negatif terhadap pembelajaran Sains. Ini ditunjukkan dengan kurangnya membuat persediaan awal, hanya mengharap nota daripada guru, sikap sambil lewa dan menganggap mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran yang sukar dipelajari dan dikuasai. Pada keseluruhannya, guru menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajar berpencapaian rendah. Walau bagaimanapun, mereka kurang seronok mengajar dan membuat persediaan untuk kumpulan pelajar berpencapaian rendah. Pada keseluruhannya, guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah menunjukkan keprihatinan yang tinggi. Ini ditunjukkan dengan masa yang lebih banyak diperuntukkan untuk mendisiplinkan dan memotivasikan pelajar berkenaan dalam proses pengajaran Sains. Mereka juga mengguna banyak masa untuk menyampaikan isi pelajaran. Sebaliknya guru tidak memberi keutamaan terhadap proses pengembangan kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif dalam proses pangajaran Sains. Penggunaan bahan maujud dan melibatkan pelajar melakukan eksperimen merupakan aktiviti yang dianggap paling dapat menarik minat / merangsang pelajar berpencapaian rendah dalam proses pengajaran Sains. Sebaliknya guru menyedari bahawa kaedah pengajaran secara deduktik dan menggunakan soalan bercapah masih tidak dapat menarik minat / merangsang pelajar berpencapaian rendah. Pada keseluruhannya guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah berpendapat bahawa mereka tidak menghadapi masalah yang ketara, hanya sekadar bermasalah sedikit dalam melaksanakan proses pengajaran. Menggunakan kaedah kooperatif dan simulasi dalam proses pengajaran merupakan masalah yang menunjukkan min paling tinggi (pada tahap bermasalah sedikit) dihadapi oleh guru berbanding dengan memberi nota/catatan pada tahap tiada masalah. Kajian ini mendapati bahawa sikap guru sendiri merupakan penyumbang utama kepada variasi jangkaan tahap masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran Sains kepada pelajar berpencapaian rendah. Ini diikuti oleh amalan yang guru lakukan dalam proses pengajaran. Sikap guru menyumbang dua kali ganda kesan terhadap masalah berbanding dengan amalan guru. Bagi amalan guru pula, didapati amalan yang memberi penekanan kepada kemahiran saintifik merupakan faktor yang dominan dan signifikan berbanding dengan amalan yang lain. Tahap kefahaman guru merupakan penyumbang utama kepada jangkaan amalan guru, diikuti oleh sikap dan masalah. Secara perbandingan, kefahaman menyumbang dua kali ganda berbanding dengan sikap dan hampir tiga kali ganda berbanding dengan masalah terhadap amalan guru. Dalam kefahaman yang menjadi penyumbang utama kepada amalan guru, didapati kefahaman terhadap aspek kemahiran santifik merupakan faktor yang domninan dan signifikan kepada amalan guru. Cadangan kepada guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik merupakan cadangan yang sewajarnya dilakukan oleh guru sendiri serta selaras dengan kehendak dapatan kajian yang telah dijalankan. Antaranya adalah mempelbagaikan kaedah proses pengajaran dan pembelajaran, melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa mereka menyedari betapa perlunya tindakan sewajarnya dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran saintiifk di kalangan pelajar berpencapaian rendah.

7.0

Cadangan kajian: 7.1 Kajian ini mencadangkan perlunya dilakukan penyegaran semula terhadap tahap kefahaman guru dalam aspek kemahiran saintifik terutamanya di kalangan guru yang mengajar Sains kepada pelajar berpencapaian rendah. Ini perlu dilakukan dengan menyediakan kursus dalam perkhidmatan yang memberi penekanan kepada peningkatan penguasaan kemahiran saintifik. 7.2 Dicadangkan supaya Kementerian Pelajaran memberi perhatian sewajarnya ke atas program latihan perkembangan staf yang melibatkan aspek pedagogi Sains khususnya dalam kaedah meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik. Ini dapat dilakukan dengan memastikan guru/pegawai yang mengikuti program latihan peringkat ijazah kedoktoran atau sarjana membuat kajian berkaitan peningkatan peningkatan penguasaan kemahiran saintifik dalam suasana Malaysia. 7.3 Dicadangkan supaya dilakukan pemantauan kepada peserta yang mengikuti program latihan bagi memastikan pegawai/ guru yang menerima tawaran biasiswa berkenaan menjalankan kajian dalam aspek pedagogi sains. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan maklum balas dari institusi pengajian pegawai/guru yang melanjutkan pelajaran. 7.4 Dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran mengumpulkan semula pegawai / guru yang telah menerima ijazah kedoktoran falsafah atau sarjana dalam bidang pedagogi Sains bagi membolehkan mereka menjalankan kajian ke atas peningkatan penguasaan kemahiran saintifik, terutamanya di kalangan pelajar berpencapaian rendah bagi mencadangkan pendekatan pengajaran Sains yang berkesan dalam suasana Malaysia. 7.5 Memandangkan sikap merupakan penyumbang utama kepada tahap masalah dalam melaksanakan proses pengajaran kepada pelajar berpencapaian rendah, dicadangkan supaya memasukkan unsur-unsur motivasi ke arah pembinaan sikap yang positif dalam proses pengajaran Sains dalam semua kursus yang dianjurkan dalam program pembangunan staf.

Tajuk perkara: Science Study and teaching (Secondary) - Methodology Research KP 507 KEM

Вам также может понравиться