Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
GAYA BERFIKIR
Mohammad Firdaus Bin Ismail Mohd Akmal Bin Mohd Din
KONSEP BERFIKIR
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
KONSEP PEMIKIRAN
V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yangdigunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannyamembuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap inputderia, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuatpenyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahamisesuatu konsep RUMUSAN: satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling waja
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
KONVERGEN
REFLEKTIF
DIVERGEN
KREATIF
MENEGAK
KRITIS
LATERAL
PEMIKIRAN KONVERGEN
Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
PEMIKIRAN DIVERGEN
Dikenali sebagai pemikiran bercapah (keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka) Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. (jawapan terbuka) Memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.(sesuai untuk bidang sastera) Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
PEMIKIRAN MENEGAK
Keupayaan menjana satu idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci
Dr. Edward De Bono,: pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah
PEMIKIRAN MENEGAK /pemikiran logik Dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah Menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan
PEMIKIRAN LATERAL
Melibatkan proses pemikiran diluar kebiasaan ketika menyelesaikan sesuatu masalah melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan. Maksudnya: mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.
Melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yg berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian unik. Kesan pemikiran ini akan menghasilkan pelajar yg berfikiran kreatif
PEMIKIRAN KRITIS
Satu penerokaan bertujuan utk mengkaji situasi, fenomena, persoalan, atau masalah utk menghasilkan rumusan yg merangkumi semua maklumat yang ada. Maksudnya: kemahiran intelektual utk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.
Penerokaan seseorang yang berfikiran kritis sangat berkaitan pengalaman yg dialami (bacaan), pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhnya sendiri.
PEMIKIRAN KREATIF
Cropley (1967) dan Torrance (1972) : kanak-kanak kreatif biasanya menimbulkan gangguan dibilik darjah karana golongan ini kurang menumpukanperhatian di dalam bilik darjah
PEMIKIRAN REFLEKTIF
Pemikiran reflektif memerlukan seseorang untuk menghubungkaitkan idea-idea dengan pengalaman masa lampau atau terkini untuk proses seterusnya. Proses pemikiran ini juga melibatkan proses penyoalan dan penyoalan kendiri, penilaiankendiri, melalui pengalaman kita, menjeleskan tindakkan alternatif yang mungkin berdasarkan andaian-andaian tertentu dan jangkaan kita.
GAYA PEMBELAJARAN
Hillard
Gaya pembelajaran ialah hasil tambah corakcorak seseorang individu membentuk caracara untuk respons terhadap sesuatu pengalaman. Dunn dan Dunn (1981) Gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula memberi perhatian, memproses atau menyimpan maklumat bharu dan maklumat yang sukar. Woolfolk (1998) Gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.
Pelajar analitis
Melihat bahagian-bahagian dalam urutan sebelum dapat memahami keseluruhanya. Lebih suka persekitaran yang berstruktur dan formal.
Aktivis
Teoris
Reflektor
Pragmatis
PELAJAR VISUAL
Mereka mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Mereka perlu menatap wajah dan riaksi guru yang mengajar dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar, paparan visual dll. Akan memastikan bahan-bahan visual dapat dilihat dengan jelas. Jika tidak dapat lihat akan berkata nak tengok.. Mereka mudah terangsang dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya menggunakan bahan visual yang menarik. Kanak-kanak berkeperluan khas masalah pendengaran, penggunaan bahan visual sangat penting. Aktiviti yang dicadangkan: puzzle,mewarna, melukis dll.
PELAJAR AUDITORI
Mereka belajar melalui pendengaran. Pembelajaran paling berkesan ialah melalui kuliah, perbincangandan mendengar penerangan dan pendapat orang lain. Bagi pelajar auditori, intonasi suara, pitch kelajuan dan butiran-butiran sangat penting untuk mereka memahami apa yang diajar oleh guru. Aktivit yang dicadangkan: bercerita, membaca teks secara lantang dan menggunakan pita perakam
PELAJAR TAKTIK/KINESTETIK
Pelajar ini belajar melalui pergerakan, sentuhan, susunan, mereka cipta dan membuat binaan. Belajar paling sesuai menggunakan pendekatan hands-on. Apabila mereka berinteraksi dengan ruang sekitar, mereka dapat mengingat dan memproses maklumat. Mereka lebih cenderung belajar jika guru menyediakan ruang pembelajaran kepada mereka untuk membina atau menunjukkan perasaan mereka melalui isyarat tubuh badan. Golongan ini jarang dapat duduk diam dengan lama, malah mereka mudah terganggu kerana keinginan kuat mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti atau meneroka.
AKTIVIS
Bagi pelajar aktivis, mereka lebih suka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran Mereka tidak akan leka sungguh pun perhatian mereka terganggu. Mereka akan mengambil bahagian dalam pelajaran secara peribadi. Kebiasaanya, mereka akan melibatkan diri secara rela dalam proses pembelajaran.
REFLEKTOR
Golongan ini gemar berfikir dan mengkaji semula maklumat yang baharu untuk disesuaikan dalam kerangka sedia ada. Mereka akan menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum menjawab. Refleksi ini dapat menambah lebih maklumat ke dalam ingatan jangka panjangnya.
TEORIS
Pelajar kategori inisentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi bagi hukum-hukum dan teori-teori . contoh : dalam bidang matematik, mereka akan cuba menganalisis dan mensitesiskan data , mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.
PRAGMATIS
Mereka sentiasa ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi walaupun tidak mementingkan buktinya. Mereka menganggap pembelajaran sebagai suatu proses membina pengalaman. Pembelajaran berlaku secara aktif semasa mereka melalui proses menyelesaikan masalah. Pelajar pragmatis mampu menyelesaikan masalah secara bijak.
BIMBINGAN :
Guru perlu mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi dan uji kaji.
PENILAIAN :
Kepelbagaian teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara menyeluruh perlu dilaksanakan oleh guru.
Pembelajaran kendiri:
Sebahagian murid mampu belajar sendirian, namun ada murid yang perlukan bimbingan guru. Guru perlu merancang pengajaran dengan kemas dan teliti bagi murid ini tidak tercicir. Pada waktu guru memberi tumpuan pada murid yang memerlukan bimbingan, guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang sesuai kepada muridnya yang pantas dan cepat dalam meyiapkan tugasan mereka.
TUMPUAN :
Kapasiti tumpuan bagi setiap individu adalah tidak sama, ada yang mampu memberikan tumpuan dalam jangka masa yang lama dan ada yang tidak tahan lama. Guru tidak sepatutnya menerus pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak beri perhatian. Guru boleh melakukan: Menyebut nama pelajar tersebut Mengemukakan soalan yang menerujakan murid untuk menjawab Ajak murid menyanyi, bermain kuiz dll suara guru harus lantang dan ulang beberapa kali fakta yang dirasakan tidak ditumpukan.
Guru perlu membuat persediaan yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat dan ilmu yang disampaikan. Setiap murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir yang berbeza. Ini akan menentukan juga gaya pembelajaran mereka yang berbeza. Guru perlu mengkaji perbezaan antara setiap murid.
Guru juga boleh mendorong murid untuk menghasilkan bahan pembelajaran mereka sendiri dengan menggunakan peralatan ICT. Boleh juga diwujudkan pusat pembelajaran di suatu sudut yang menempatkan bahan- bahan hidup untuk mendorong murid berfikir
Penyampaian Guru
Guru sepatutnya mampu mempelbagaikan penyampaian dan memastikan maklumat yang disampaikan diterima oleh murid. Guru perlu mempunyai personaliti yang pelbagai untuk menarik perhatian murid.