Вы находитесь на странице: 1из 2

EDU3105 ISL M12

Tajuk : Dalam seminggu, buat koleksi tentang perkembangan baru media elektronik dalam surat khabar, berita, majalah dan sumber media yang lain. Secara kumpulan, sediakan 1-2 muka surat laporan menghuraikan impak perkembangan baru ini terhadap pembelajaran pelajar.

Sesungguhnya sistem pendidikan masa kini adalah berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Pada masa kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer semakin mendapat perhatian daripada ramai. Kehadiran teknologi multimedia menambahkan lagi proses mencapai maklumat dalam pelbagai kaedah justeru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Antara perkembagan media elektronik seperti video, laman web dan sebagainya. Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Oleh itu, perkembangan baru media elektronik telah memberikan banyak impak dan kebaikan terhadap pembelajaran seseorang pelajar. Kebaikannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat menjimatkan masa pelajar dan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi, apa-apa maklumat dapat diperoleh dengan mudah hanya

dengan satu klik pada tetikus. Berbanding dengan pelajar pada masa lalu yang terpaksa mencari maklumat dengan cara manual dan bahan bercetak hanyalah satu-satunya harapan untuk mereka memperoleh maklumat yang diingini, pelajar sekarang mempunyai kelebihan dengan adanya kemudahan Internet. Hal ini kerana selain daripada bahan bercetak, pelajar juga dapat memperoleh maklumat yang diingini melalui internet dengan cepat. Penggunaan media elektronik juga dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Dari segi negatif, penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar. Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, overhead projector (OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit yang dibekalkan kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada akhlak pelajar. Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancanganrancangan yang jelas menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan yang sementara. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan. Perkembangan dalam teknologi multimedia memang menjanjikan potensi besar dalam berubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Sumber rujukan dan maklumat juga tidak terikat dari buku teks sahaja. Media elektronik dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif melalui teks, audio, visual dan animasi yang pelbagai warna dan corak. Oleh itu, penggunaan media elektronik berupaya untuk membentuk kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Вам также может понравиться