Вы находитесь на странице: 1из 7

Bilangan jurnal : 1/12 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh kejadian/peristiwa : 21-25 Januari 2013 Tajuk Jurnal : Minggu pertama

di SK Sungai Lui, Hulu Langat Pada hari pertama, saya bersama rakan praktikum iaitu Izathul Sahera Binti Mustapa telah melapor dan memperkenalkan diri kepada Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Hjh. Maziah bt Ismail. Pada hari tersebut, saya dimaklumkan bahawa guru besar tiada di sekolah kerana menghadiri satu mesyuarat di luar. Selepas melaporkan diri, saya dan rakan-rakan yang lain diminta untuk turun ke tapak perhimpunan sekolah bagi menyertai perhimpunan pagi. Ketika itulah saya mula mengenali barisan guru-guru pentadbir dan guru pembimbing kami di sekolah ini. Saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan guru-guru sebelum perhimpunan bermula. Setelah itu, saya dan rakan-rakan yang lain telah diminta untuk memperkenalkan diri ketika perhimpunan tersebut. Kemudian, sebaik usai majlis perhimpunan pagi, saya menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan semua pihak pentadbiran. Pn. Hajah Maziah merupakan seorang GPK Pentadbiran yang mempunyai sikap yang ceria dan sentiasa positif dalam menjalankan tugas. Beliau memberi nasihat, panduan, dan bimbingan kepada kami dengan cara yang halus dan lembut. Oleh itu, kami berasa selamat dan sentiasa berfikiran terbuka dalam menempuh hari-hari sebagai guru praktikum di sekolah ini. Saya mengambil kesempatan untuk meminta buku pengurusan pentadbiran dan takwim sekolah daripada beliau bagi memenuhi tuntutan tugasan IPG. Setelah itu, saya dan rakan-rakan yang lain pergi menemui GPK Hal Ehwal Murid iaitu Tn. Hj. Md. Hasni b. Awang. Beliau merupakan seorang guru yang penuh dengan sifat kasih sayang. Tutur kata beliau lembut dan bersahaja. Berbual dengan beliau mengingatkan saya tentang ayah sendiri. Kami turut meminta bantuan beliau bagi mendapatkan buku peraturan Sekolah Sg. Lui.

Bukan itu sahaja, kami turut menemui GPK Kokurikulum iaitu En. Zakaria bin Abu Nawas. Beliau merupakan seorang guru yang berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan kami. Oleh sebab banyak keperluan dalam kokurikulum yang perlu kami sertai, beliau sabar mendengar dan cuba memenuhi kehendak kami seperti borang lantikan dan pilihan dalam menyertai kelab, persatuan, dan unit beruniform. Pada hari pertama juga, saya bersama Izathul melawat ke kelas pemulihan untuk melihat dengan lebih terperinci bahan-bahan pengajaran yang sedia ada di kelas tersebut. Pada pendapat saya, banyak bahan bantu belajar yang saya boleh gunakan dan manfaatkan sebagai bahan interaktif pengajaran bagi menarik minat murid. Malah, Puan Azizah selaku guru pembimbing sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menggunakan pelbagai bahan pengajaran bagi memudahkan proses PNP. Saya berasa terharu dengan keprihatinan Puan Azizah kerana beliau merupakan seorang guru pembimbing yang sentiasa mengambil berat mengenai masalah kami dan bersabar melayan pelbagai soalan yang kami tujukan. Selain itu juga, saya turut menemui Pn. Norazua selaku guru pembimbing kami dalam Matematik. Setelah berbual dan mengamati apa yang beliau bicarakan, saya mendapati beliau seorang yang kreatif dan sentiasa tekun dalam menjalankan sesuatu kerja. Malah, beliau ada memberikan ganjaran kepada murid dalam bentuk pensel dan gula-gula setelah saya melihat terdapat balang besar yang dipenuhi pensel dan gula-gula atas meja beliau dan bertanyakan sendiri kepada beliau. Terdetik rasa kagum dalam hati saya bahawa beliau masih lagi konsisten dalam memberikan ganjaran kepada murid-murid setelah berpuluh tahun mengajar. Saya akan cuba menjadi seperti beliau yang sentiasa memberi komitmen dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Pada hari kedua, SK Sg Lui telah mengadakan raptai dan pengenalan laluan merentas desa di kawasan Kampung Sungai Lui. Saya telah diberikan tugas menjadi hakim penamat bagi Program Merentas Desa ini. Namun begitu, disebabkan pada hari tersebut hanya raptai pengenalan laluan, hakim penamat tidak diperlukan lagi. Oleh itu, saya telah mengikut seorang guru yang sentiasa ceria iaitu Pn. Noraliza untuk melihat sekitar Kampung Sungai Lui. Saya turut mengambil kesempatan ini

untuk melihat dan melawat beberapa tempat yang agak terkenal di kawasan tersebut seperti Sungai Gabai. Menurut Pn Noraliza, di Kampung Sungai Lui terdapat ramai pengunjung dari luar untuk mandi-manda di Sg Gabai dan menjadi tumpuan aktor dan aktres untuk menjalankan penggambaran di sini.

Pada hari berikutnya, saya telah diberi amanah untuk mengambil alih kelas 2 Ceria dan 3 Cekal untuk menggantikan seorang guru yang tidak hadir. Secara Keseluruhan, murid-murid di sini ada yang terdiri daripada murid orang Asli. Dari segi pengawalan kelas, mereka masih lagi boleh dikawal kerana purata bagi setiap kelas hanya 30 orang. Berbeza dengan sekolah yang saya praktikum sebelum ini, purata bagi setiap kelas adalah 50 orang dan saya mengalami kesukaran dalam mengawal mereka. Selain itu juga, saya telah menghadiri satu mesyuarat guru bersama dengan wakil dari PPD Hulu Langat. Dalam mesyuarat tersebut, kami selaku guru praktikum menjadi tumpuan kerana sering ditanya pendapat oleh wakil PPD tersebut. Saya berasa sedikit gemuruh kerana perlu mengutarakan pendapat di hadapan guru-guru yang berpengalaman. Namun begitu, saya melihat guru-guru di SK Sungai Lui sangat berfikiran positif dan terbuka.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Вам также может понравиться

  • kKHAMIS 2 JAN
    kKHAMIS 2 JAN
    Документ1 страница
    kKHAMIS 2 JAN
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • kKHAMIS 2 JAN
    kKHAMIS 2 JAN
    Документ1 страница
    kKHAMIS 2 JAN
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Ajk Bulan Bahasa Bahasa Kebangsaan Latest
    Ajk Bulan Bahasa Bahasa Kebangsaan Latest
    Документ2 страницы
    Ajk Bulan Bahasa Bahasa Kebangsaan Latest
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Observe
    Observe
    Документ10 страниц
    Observe
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • NILAIMURNI
    NILAIMURNI
    Документ4 страницы
    NILAIMURNI
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Ajk Bulan Bahasa
    Ajk Bulan Bahasa
    Документ3 страницы
    Ajk Bulan Bahasa
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Kuiz Simpulan Bahasa
    Kuiz Simpulan Bahasa
    Документ3 страницы
    Kuiz Simpulan Bahasa
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • TAPAKRPHNEW
    TAPAKRPHNEW
    Документ5 страниц
    TAPAKRPHNEW
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Notis Mesyuarat Bilangan 2
    Notis Mesyuarat Bilangan 2
    Документ2 страницы
    Notis Mesyuarat Bilangan 2
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Cover Minggu Upsr Minggu 35
    Cover Minggu Upsr Minggu 35
    Документ1 страница
    Cover Minggu Upsr Minggu 35
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • RPT Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1
    RPT Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1
    Документ11 страниц
    RPT Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1
    Wan Kamarul Ariffin
    Оценок пока нет
  • Nombor Giliran
    Nombor Giliran
    Документ7 страниц
    Nombor Giliran
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • eRPH 1
    eRPH 1
    Документ11 страниц
    eRPH 1
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • TAPAKRPHNEW
    TAPAKRPHNEW
    Документ5 страниц
    TAPAKRPHNEW
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • NILAIMURNI
    NILAIMURNI
    Документ4 страницы
    NILAIMURNI
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Fatin Folio
    Fatin Folio
    Документ17 страниц
    Fatin Folio
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Latihan Merentas Desa
    Latihan Merentas Desa
    Документ2 страницы
    Latihan Merentas Desa
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Penutup Merdeka
    Penutup Merdeka
    Документ4 страницы
    Penutup Merdeka
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Dokumen RPH
    Dokumen RPH
    Документ1 страница
    Dokumen RPH
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Borang Penguasaan Item Murid Mat
    Borang Penguasaan Item Murid Mat
    Документ2 страницы
    Borang Penguasaan Item Murid Mat
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • RPH 15
    RPH 15
    Документ5 страниц
    RPH 15
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Analisis Penguasaan Murid Mengikut Item Numerasi
    Analisis Penguasaan Murid Mengikut Item Numerasi
    Документ6 страниц
    Analisis Penguasaan Murid Mengikut Item Numerasi
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • RPH 14
    RPH 14
    Документ5 страниц
    RPH 14
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Mari Belajar Kata Nama Am
    Mari Belajar Kata Nama Am
    Документ20 страниц
    Mari Belajar Kata Nama Am
    qisqaidarul
    Оценок пока нет
  • Borang Pemilihan Persatuan
    Borang Pemilihan Persatuan
    Документ2 страницы
    Borang Pemilihan Persatuan
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Etika Pantri
    Etika Pantri
    Документ4 страницы
    Etika Pantri
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Minggu 2
    Minggu 2
    Документ2 страницы
    Minggu 2
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Etika Pantri
    Etika Pantri
    Документ4 страницы
    Etika Pantri
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет
  • Rumusan Penyelidikan
    Rumusan Penyelidikan
    Документ1 страница
    Rumusan Penyelidikan
    Pensel Picit Biru Muda
    Оценок пока нет