Вы находитесь на странице: 1из 25

FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian Sebagai bakal guru Pendidikan Khas, pengkaji perlu menjalankan kajian tindakan ke atas sampel untuk mencari kaedah pengajaran yang baru dan sesuai bagi meningkatkan kemahiran bahasa sampel kerana murid disleksia boleh dididik dan menunjukkan pencapaian yang baik jika kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dengan tahap keupayaan dan masalahnya. Kebolehtadbiran : Untuk mengatasi masalah membezakan huruf b dan d dalam tulisan, pengkaji menjalankan program intervensi dengan penggunaan buku riba. Pengajaran buku riba ini telah menggabungkan pelbagai teknik dalamnya iaitu latih tubi, kaedah pelbagai deria iaitu sebut, dengar, lihat dan rasa, kaedah mengingat dan kaedah ulangan. Pengkaji menerapkan kaedah belajar membaca dan latih tubi menulis dalam aktiviti buku riba ini supaya sampel dapat mengingati dan membezakan huruf b dan d dengan lebih baik dalam ejaan, bacaan dan tulisan.

Aktiviti buku riba ini hanya dijalankan kepada seorang sampel disleksia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas. Pada permulaannya, sampel akan mempunyai dua buku riba di mana satu buku riba b dan satu lagi buku riba d. Sampel perlu mengeja perkataan yang mengandungi huruf b dan d berulang kali sehingga sampel menghafalnya. Sampel perlu menulis kembali perkataan-perkataan atau perbendaharaan kata yang mempunyai huruf b dan d yang telah dipelajari dalam buku riba. Sampel mengasingkan perkataan yang mengandungi huruf b dan perkataan yang mengandungi huruf d. Sampel mengeja secara berulangulang sehingga mereka boleh mengeja tanpa melihat perkataan dan seterusnya menulis kembali dalam buku riba tersebut berdasarkan ingatan itu. Kaedah bacaan dan tulisan digunakan supaya sampel dapat mengingat dengan lebih baik dengan menyebut, membezakan dan menulis huruf tersebut berulang kali. Kepentingan : Tujuan kajian pengkaji ini adalah untuk membantu sampel mengenal huruf, membaca dan menulis dengan lebih baik di samping meningkatkan kemahiran bahasa sampel. Pengkaji juga mengharapkan dengan menjalankan kajian tindakan ini, sampel dapat membezakan huruf b dan d dalam aspek tulisan seterusnya dia dapat menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan yang akan datang. Kepentingan kajian ini untuk jangka masa panjang bagi sampel ialah diharapkan sampel dapat menjalani program inklusif di mana sampel berpeluang menduduki peperiksaan UPSR. Malah kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru Pendidikan Khas untuk menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan

mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas bagi menangani masalah menulis dalam kalangan murid disleksia. Teknik ini bukan sahaja untuk membantu murid disleksia malah turut dapat membantu murid yang menghadapi masalah menulis dan mengeja di seluruh Malaysia tidak kira di aliran perdana atau Pendidikan Khas supaya dapat menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan menggunakan teknik buku riba. Kebolehgunaan : Teknik buku riba yang diperkenalkan ini mudah digunakan dan sangat fleksibel di mana guru boleh mengubah latihan dan aktiviti yang dimasukkan di dalam buku riba tersebut. Murid juga akan berasa lebih seronok kerana aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan murid di mana sampel melakukan semua aktiviti sendiri dan guru hanya memantau kerja murid. Murid juga bebas melukis, mewarna dan menampal mengikut kreativiti mereka dan yang paling utama murid dapat mengakses maklumat dan kemahiran yang telah dipelajari dengan mudah. Murid hanya perlu membuka dan

membaca semula buku riba kerana semua kemahiran yang telah dipelajari dikumpulkan dalam satu buku. Kajian tindakan ini adalah untuk menyediakan kaedah pengajaran yang sesuai bagi guru untuk mengajar murid disleksia bagi kemahiran menulis dan juga sesuai untuk kemahiran membaca. Murid yang berlainan keupayaan perlu diajar dengan strategi yang bersesuaian dengan tahap dan masalah mereka. Guru boleh mengajar menggunakan teknik buku riba ini kerana teknik ini menggabungkan teknik hafalan, teknik latih tubi, teknik pelbagai deria dan teknik ulangan. Oleh itu, murid dapat menguasai sesuatu

kemahiran yang diajar dengan lebih berkesan dan dapat mengingati kemahiran tersebut untuk jangka masa yang lebih lama. Selain itu, teknik buku riba juga boleh digunakan oleh guru untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid dapat mencapai hasil pembelajaran dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan berpusatkan murid. Teknik ini juga untuk mengajar murid yang mempunyai masalah dan kecacatan yang lain kerana teknik ini melibatkan kemahiran motor halus, kemahiran mengeja, membaca dan menulis dalam masa yang sama. Guru perlu menyesuaikan tahap pengajaran mengikut keupayaan kecerdasan sampel supaya teknik ini dapat diaplikasikan di kelas. Kawalan : Aspek kawalan yang diambil kira sewaktu aktiviti intervensi buku riba dijalankan ialah kawalan masa. Pengkaji hanya menjalankan kajian tindakan ini pada waktu persekolahan daripada pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang selama tiga bulan sahaja. Hal ini kerana, kajian tindakan perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan sahaja untuk menilai keberkesanan program intervensi dan memperbaiki amalan P&P dengan segera. Program intervensi akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan sampel mempelajari kemahiran Bahasa Melayu yang pengkaji ajarkan terlebih dahulu. Selepas kemahiran tersebut diajar, sampel akan menjalankan aktiviti buku riba. Aspek kawalan kedua ialah kos kewangan untuk menjalankan aktiviti intervensi ini adalah murah dan berpatutan. Bahan-bahan yang diperlukan bagi menjalankan buku riba ialah kertas warna, pensel, pensel warna dan doh. Jumlah semua bahan-bahan yang

akan digunakan dalam aktiviti intervensi ini ialah RM21.30 sahaja. Malah, sampel juga boleh menggunakan bahan-bahan terpakai untuk menghias dan mencantikkan buku ribanya. Pengkaji juga mengambil kira aspek kawalan keselamatan di mana aktiviti dan bahan-bahan yang digunakan tidak membahayakan sampel. Walaupun terdapat aktiviti menggunting, pengkaji akan sentiasa memantau kerja sampel ketika sampel menjalankan aktiviti tersebut. Malah, sampel juga telah mahir menggunting tanpa perlu pertolongan dan bimbingan pengkaji. Bahan-bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak membahayakan di mana pengkaji menggunakan doh yang bebas toksin. Kolaborasi : Bagi menyempurnakan kajian tindakan ini dengan jayanya, terdapat banyak pihak yang akan berkolaborasi dan bekerjasama dengan pengkaji. Pertama sekali, pengkaji akan berkolaborasi dengan pihak sekolah di mana pengkaji akan meminta kebenaran daripada guru besar untuk menjalankan kajian tindakan ke atas seorang sampel Pendidikan Khas di sekolah yang sedang pengkaji jalani praktikum selama tiga bulan. Selain meminta kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah, pengkaji juga perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sampel yang ingin pengkaji jadikan sampel bagi menjayakan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga dengan individu penting dalam kajian tindakan ini iaitu sampel yang akan pengkaji berkolaborasi sepenuhnya selama tiga bulan ini. Pengkaji juga menjalankan kajian tindakan ini dengan pertolongan daripada guru-guru di sekolah SK Sri Kelana terutama guru kelas K3 Anggerik dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu K3 Anggerik di mana pengkaji

menemu bual dan berbincang tentang sampel dengan mereka. Selain itu, tidak lupa juga dengan bimbingan dan panduan daripada pensyarah pembimbing, Puan Shariza Binti Said dan guru pembimbing, Cik Ramazuzi Binti Ishak yang menjadi tempat pengkaji merujuk maklumat dan pertanyaan tentang kajian tindakan pengkaji ini. Untuk menjayakan kajian tindakan ini, pengkaji berharap pengkaji dapat menjalinkan hubungan yang mesra dan rapo dengan semua pihak dan segala kerjasama mereka pengkaji dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga. Kerelevanan kepada sekolah : Antara kerelevanan kajian pengkaji kepada sekolah ialah kajian ini dapat membantu guru memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah terhadap murid-murid Pendidikan Khas dan juga aliran perdana. Teknik buku riba adalah satu teknik yang fleksibel di mana guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti intervensi mengikut masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini kerana buku riba merupakan satu kaedah di mana murid terlibat secara aktif dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. Murid juga melakukan aktiviti di dalam buku riba dengan sendiri dan guru hanya perlu memantau hasil kerja sampel. Dalam pada masa yang sama, aktiviti yang disediakan dapat menarik minat dan perhatian sampel untuk belajar. Seterusnya, dengan kajian tindakan ini, teknik yang diperkenalkan dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian sampel mengikut masalah yang dihadapi. Hal ini kerana teknik buku riba ini menggabungkan beberapa teknik yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran murid iaitu teknik hafalan, latih tubi,

pelbagai deria dan ulangan. Oleh itu, murid dapat mencapai markah yang baik dalam peperiksaan dan secara tidak langsung pencapaian akademik sekolah dapat ditingkatkan.

2.1.1

Tinjauan Masalah

Dalam analisis tinjauan masalah, pengkaji dikehendaki menerangkan alat kajian yang digunakan dan cara pelaksanaannya bagi mendapatkan data untuk membuktikan masalah atau isu yang telah dikenalpasti. Oleh itu, untuk membuktikan masalah membezakan huruf b dengan d dalam tinjauan masalah ini, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen iaitu : i. ii. iii. Pemerhatian Temu bual Senarai semak

i. Pemerhatian Alat untuk mengenal pasti masalah pengkaji yang pertama ialah dengan menggunakan instrumen di mana pengkaji memerhati sampel semasa proses pengajaran dan pembelajaran ketika guru Bahasa Melayunya dan pengkaji mengajar. Pemerhatian digunakan kerana cara ini paling mudah dan sesuai bagi melihat masalah sampel yang ingin dikaji. Kaedah pemerhatian juga paling sesuai digunakan bagi merekod kejadian dan corak tingkah laku manusia tanpa perlu pengkaji menyoal dan berkomunikasi dengan sampel. Pengkaji melaksanakan pemerhatian ke atas sampel dan merekodkan kejadian bagi membuktikan sampel tidak dapat menguasai kemahiran membezakan huruf b dan d. Selain itu, pemerhatian ini juga dijalankan untuk melihat tingkah laku sampel sama ada sampel gembira dan berminat atau tidak semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Pemerhatian akan direkodkan dan dianalisis dalam bentuk laporan.

ii.

Temu bual Bagi mengumpul maklumat daripada guru tentang prestasi dan masalah sampel

sebelum ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur dengan menemu bual guru di mana guru menjawab berdasarkan soalan yang telah dibina oleh pengkaji. Temu bual dianalisis berdasarkan jawapan yang diberikan oleh guru. Pada peringkat tinjauan masalah ini, pengkaji menjalankan temubual secara terancang dan berfokus dengan guru yang mengajar sampel bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tujuan temubual ini dilakukan ialah untuk mendapatkan maklumbalas dan juga seberapa banyak maklumat yang tepat dan berkaitan dengan masalah yang wujud dalam proses pembelajaran sampel sekarang. Maklumat yang diperolehi itu dikumpulkan dan direkodkan .Soalan-soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada satu senarai semak yang mengandungi item-item berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Masalah pembelajaran sampel yang ketara. Tahap penguasaan sampel dalam akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Bahan bantu mengajar yang digunakan Proses penilaian yang dilakukan Kesan masalah membezakan huruf b dan d ke atas pencapaian. (Rujuk lampiran C)

iii.

Senarai Semak

Senarai semak yang disediakan adalah untuk mengukur minat sampel dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebelum program intervensi buku riba dijalankan ke atas sampel. Adakah sampel mahu menjalankan mempelajari Bahasa Melayu dengan gembira, seronok dan menunjukkan minat yang positif tanpa perlu dipaksa oleh guru? Senarai semak dijawab oleh pengkaji sendiri berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadapnya. Terdapat enam item yang perlu dijawab oleh pengkaji ke atas minat dan sikap sampel sebelum intervensi diberikan kepada sampel. Pengkaji menganalisis maklumat dan jawapan yang dikumpulkan daripada instrumen dalam bentuk pelaporan kerana hanya terdapat seorang sampel sahaja dalam kajian ini.

2.1.2

Analisis Masalah

i.

Pemerhatian Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji dapat melihat sampel kerap

mengeja b sebagai d dan sebaliknya. Sampel juga lebih suka tidak menyebutkan huruf b dan d semasa mengeja dan menggantikannya dengan menyebut ermm. Contohnya, ketika sampel mengeja bola, ermm, o, l a, bola! Apabila sampel berjaya menyebut dan membaca huruf b dan d dengan betul semasa mengeja, sampel akan menulis huruf tersebut dengan salah. Oleh sebab ini, sampel akan membuat kesalahan ejaan ketika membuat latihan, lembaran kerja dan ujian. Kesalahan ejaan ini mengakibatkan markah ujian sampel rendah seterusnya dilabel sebagai bodoh dan lembam oleh pihak luar. Sampel juga mudah berputus asa dan kecewa apabila guru kerap membetulkan kesalahan tersebut. Apabila guru mengajar di hadapan, sampel mengajak rakannya berbual dan sampel kurang menjawab soalan yang diajukan oleh guru dan bertanyakan soalan yang tidak difahami berbanding ketika sampel belajar untuk mata pelajaran lain seperti Matematik dan Sains. Melalui pemerhatian ini, dapat saya simpulkan bahawa sampel mengalami masalah dalam membezakan huruf b dan d di mana sampel kerap menukarkan keduadua huruf tersebut semasa mengeja dan menulis. Selain itu, sampel juga kelihatan tidak berminat dan bersemangat semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan masalah membezakan huruf b dan d yang dihadapi oleh sampel dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik kerana guru Bahasa Melayu tersebut hanya menggunakan kaedah chalk and talk sahaja.

ii.

Temu bual

BIL 1. Adakah murid

ITEM dapat mencapai tahap pembelajaran seperti rakan sekelasnya?

RESPONS GURU

2.

Adakah murid menunjukkan minat semasa mempelajari Bahasa Melayu?

3.

Adakah guru menggunakan alat bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik semasa P&P?

4.

Adakah

guru

menggunakan

pendekatan

berpusatkan murid dan penglibatan aktif murid semasa P&P? 5. Adakah guru mempelbagaikan kaedah dan teknik semasa mengajar selain teknik chalk&talk? 6. Adakah guru menilai tahap pembelajaran murid setiap kali sesi P&P dijalankan? 7. Adakah murid memerlukan bahan sokongan lain bagi membantunya belajar? 8. Adakah murid mempunyai masalah

membezakan huruf b dan d? 9. Adakah masalah membezakan huruf b dan d

mempengaruhi

pencapaian

murid

dalam

akademik dan peperiksaan? 10. Adakah murid menumpukan perhatian semasa belajar dan tidak termenung, berangan-angan dan mengganggu rakannya?

iii.

Senarai semak

Jadual 7.4.1: Tumpuan Murid Semasa P&P BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

1.

Murid menumpukan perhatian semasa sesi P&P.

Jadual 7.4.2: Penglibatan Murid Semasa P&P BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

2.

Murid melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti P&P

Jadual 7.4.3: Perasaan Murid semasa P&P Bahasa Melayu BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

3.

Murid berasa seronok apabila belajar Bahasa Melayu.

Jadual 7.4.4: Tahap Kesukaan Murid Terhadap Kaedah P&P Guru BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

4.

Murid menyukai aktiviti dan kaedah yang diaplikasikan oleh guru semasa P&P.

Jadual 7.4.5: Kesedaran Murid Menyiapkan Lembaran Kerja BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

5.

Murid menyiapkan lembaran kerja tanpa dipaksa oleh guru.

Jadual 7.4.6: Perasaan Murid Untuk Belajar Bahasa Melayu BIL ITEM SS 4 S 3 TS STS 2 1

6.

Murid berasa tidak sabar untuk belajar apabila waktu Bahasa Melayu.

2.2

Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Untuk menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kurt

Lewin & Laidlaw sebagai panduan dan asas kajian. Berikut adalah Model Kurt Lewin & Laidlaw yang diaplikasikan :

Mengenal pasti aspek amalan - mengumpul data untuk mengenal pasti aspek amalan yang ingin ditambah baik Refleksi - menganalisis dan menilai - membuat refleksi tentang keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul

Merancang - merancang pelan tindakan untuk menambah baik amalan

Memerhati - mengumpul data tentang kesan tindakan

Bertindak - melaksanakan pelan tindakan

Teori tentang Disleksia : Teori Perbezaan menyatakan bahawa terdapat murid-murid yang mempunyai kepintaran normal tetapi gagal mencapai prestasi yang memuaskan dalam pembelajaran mereka. Hammond & Hughnes (1996) menyatakan terdapat perbezaan yang ketara antara pencapaian murid bermasalah belajar spesifik dalam bidang-bidang tertentu jika dibandingkan dengan bidang-bidang lain. Spafford dan Grosser (1996) telah menggunakan teori kepincangan untuk mentakrifkan disleksia sebagai ketidakbolehan membaca yang tidak selaras dengan aras kecerdasan umum. Oleh itu, murid disleksia bukannya seorang yang bodoh cuma mereka tidak dapat mencapai prestasi akademik yang baik kerana bermasalah dalam kemahiran berbahasa. Teori Pengasingan pula mengatakan bahawa murid tidak boleh dikategorikan sebagai masalah belajar yang spesifik jika punca masalah belajar murid tersebut terlalu berat (Hammond & Huhges, 1996). Teori pengasingan telah digunakan oleh Persatuan Antarabangsa Disleksia dalam mentakrifkan murid disleksia iaitu : a. b. c. d. e. Tidak mempunyai kelemahan intelektual Bukannya murid yang malas Tidak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran Tidak menghadapi masalah ekonomi yang teruk Telah menerima pengajaran yang memuaskan

Definisi Disleksia : Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan. Oleh itu gabungannya memberi maksud kesukaran

dengan perkataan bertulis. Fadhilah Fitri, 2009 menyatakan bahawa perkataan disleksia berasal daripada bahasa Yunani iaitu dys (kesulitan untuk) dan lexis (huruf atau leksikal). Definisi yang diberikan daripada World Federation of Neurology (1968) tentang disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak meskipun melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa (membaca, menulis, mengeja) yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Mercer (1991) juga menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Disleksia dikaitkan dengan kesukaran membaca dan menulis. Lazimnya muridmurid dalam kategori ini adalah terdiri daripada murid atau kumpulan murid yang mempunyai kecerdasan atau kepintaran yang tinggi tetapi pencapaian akademik mereka adalah rendah. Hal ini adalah kerana murid atau kumpulan murid ini mempunyai masalah dalam penguasaan membaca dan menulis. (Norul Ain Md Yusof, 2005) International Dyslexia Association (2003) pula memberi istilah bagi disleksia yang terkini sebagai : Dyslexia is a specific learning disability that is neurobiological in origin. It is characterized by difficulties with accurate and / or fluent word recognition and by poor spelling and decoding abilities. These difficulties typically result from a deficit in the

phonological component of languages that is often unexpected in relation to other cognitive abilities and the provision of effective classroom instruction. Secondary consequences may include problems in reading comprehension and reduced reading experiences that can impede growth of vocabulary and background knowledge. Menurut Kementerian Pelajaran, kira-kira 314,000 murid sekolah di

Malaysia menghidap disleksia. Sumber: The Star, 16 Mac, 2009. Malah, statistik yang dikeluarkan oleh United States National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) telah menunjukkan bahawa 5-10% daripada populasi (iaitu seorang dalam 10 atau 20 orang) adalah disleksia. Kategori dan Jenis Disleksia Terdapat dua kategori disleksia iaitu disleksia perolehan dan disleksia perkembangan. Disleksia perolehan: Disleksia perolehan adalah kehilangan semua kemahiran bacaan sama ada yang di pelajari sebelumnya, atau yang akan dipelajari disebabkan masalah kerosakan otak. Jenis-jenis disleksia perolehan yang disenaraikan oleh Ellis (1984) adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Disleksia fonologikal Disleksia batin/ fonemik Disleksia lahir/ semantik Disleksia tumpuan/ literal

v. vi. vii.

Disleksia yang dikaitkan dengan pandangan Disleksia langsung atau bacaan tanpa kaitan semantik Disleksia pembentukan perkataan atau bacaan huruf demi huruf

Disleksia perkembangan: Khadijah Rohani (1998) menyatakan bahawa disleksia perkembangan adalah satu keadaan yang dialami oleh sampel yang pada dasarnya mempunyai tahap kecerdasan yang baik. Thomson dan Watkins (1984 & 1990) pula menyatakan disleksia perkembangan ialah kesukaran yang teruk dalam penulisan, kebebasan intelektual, budaya, dan yang berpunca daripada emosi. Sampel disleksia yang mempunyai ciri-ciri ini boleh dilihat daripada aspek penulisan, bacaan dan ejaan yang berada di bawah aras kecerdasan dan umur kronologi. Menurut Haraza Malek (2001), masalah disleksia perkembangan ini memberi kesan kepada kemahiran bahasa yang berkaitan dengan bentuk penulisan, terutamanya pemahaman melalui visual dan verbal, daya ingatan jangka pendek, susunan persepsi dan urutan. Abdullah Hassan (1980) mendefinisikan tulisan ialah lambang-lambang atau kod untuk sebutan sesuatu yang menghasilkan bunyi. Manakala menulis daripada sudut fonologi ialah menghasilkan fonem-fonem yang dikenali sebagai tulisan atau huruf. Disleksia disgrafia ialah kategori disleksia yang mengalami kesukaran menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf dan menghadapi masalah penulisan kerana tidak boleh menterjemahkan pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Sampel disleksia juga mengalami masalah pembalikan imej atau huruf di mana

teks yang dibaca, huruf yang dieja atau ditulis kelihatan terbalik seperti di dalam cermin (Ryden, 1998). Mengenal huruf merupakan kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran mengenal dan menyebut huruf. Ketika mengenal huruf, murid sering kali keliru untuk membezakan bentuk dan bunyi huruf yang sama. (Siti Hadijah Mahmud, 2004). Manakala menurut Catt (1989) kanakkanak disleksia lemah dalam ingatan jangka pendek mengenai huruf, perkataan, digit dan ayat. Oleh itu, intervensi yang sesuai seperti kaedah latih tubi, hafalan dan pelbagai deria perlu dirancang untuk meningkatkan daya ingatan jangka pendek mereka. Zainal Kassan & Suhaila Abdullah, 2010 menyatakan masalah sampel disleksia dalam penguasaan kemahiran menulis dalam buku Pendidikan Disleksia adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. sebayanya 5. a. Contoh : Abjad Tulisan sampel Sampel menulis secara terbalik Abjad-abjad tertentu Hasil kerja sampel tidak kemas Hasil kerja yang tidak lengkap Tulisan sampel sukar dibaca Sampel tidak dapat menyaingi kebolehan menulis standing dengan rakan

B U M P

D N W Q

Sering kali masalah sampel disleksia menguasai kemahiran menulis dikaitkan dengan masalah pengamatan di mana masalah ini berpunca daripada kecacatan ringan di bahagian otak kanak-kanak. Fungsi pengamatan yang berkaitan mengikut Marion Frostig (1958) ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Keselarasan motor penglihatan (visual motor co-ordination) Pengamatan latar belakang Ketetapan pengamatan Pengamatan mengenai kedudukan dalam ruang Pengamatan mengenai pertalian jarak

Strategi dan Pendekatan Yang Digunakan dalam Kajian : Mok Soon Sang (1991) menyatakan strategi pengajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pengajaran secara optimum. Menurut Torgesen, 2000 , intervensi awal yang efektif boleh mengurangkan kegagalan membaca daripada 18% populasi sampel di sekolah kepada 1.4-5.4%. Strategi pengajaran yang sesuai boleh

dijadikan sebagai intervensi awal murid supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Lerner, 1987 pula berpendapat bahawa disleksia masih boleh dirawat dengan menggunakan kaedah belajar membaca. Teknik pengajaran dan pembelajaran Maria Montessori (1870-1952) pula adalah berasaskan prinsip bahawa cara kanak-kanak belajar adalah berbeza daripada orang dewasa. Kanak-kanak mempunyai kapasiti yang sangat besar dan dapat menyerap ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti span dan ia dipanggil absorbent mind. Jika murid didedahkan denga cara pembelajaran berdasarkan pengalaman dan sesuai dengan tahap mereka, kognitif mereka akan berkembang. Menurut Michael Thomson dalam bukunya The Pschology of Dyslexia: A handbook For Teachers Second Edition pada tahun 2009 menceritakan terdapat kaitan faktor neurologi dan kognitif yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak disleksia. Terdapat penjelasan dalam faktor neurologi dan tahap kognitif bagi murid disleksia dan kanak-kanak disleksia merupakan individu yang berbeza cara pembelajarannya. Perbezaan neurologi akan mempengaruhi tahap kognitif di mana akan menyebabkan murid disleksia lemah dalam sesuatu kemahiran yang menghubungkan sistem bahasa tulisan. Strategi pengajaran yang tepat dan baik akan dapat memulihkan kanak-kanak disleksia daripada dibelenggu dalam dunia buta huruf (Haraza Malek, 2001). Oleh itu, penting bagi guru untuk mencari teknik, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan masalah murid secara khusus. Menurut Sarah Ibrahim, 2006, kanak-kanak

disleksia ini memerlukan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Cadangan pendekatan yang boleh diaplikasikan ialah: 1. Gunakan pelbagai deria : sebut, dengar, lihat, rasa 2. Kerap ulang : melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan kefahaman. (Sarah Ibrahim, 2006) 3. Bersifat struktur dan turutan : bertindak dari unit kecil dalam urutan jelas, usahakan kemajuan melalui langkah kecil dan berperingkat. 4. Gunakan strategi ingatan dan hafalan. Menurut Leong (1998), kanak-kanak disleksia memerlukan arahan yang berulang, kalau tidak mereka akan ketinggalan dalam mengikuti pelajaran dan arahan. Dengan meminta mereka mengulang dan membuat latih tubi, secara tidak langsung sampel dapat menghafal apa yang dieja dan ditulis. Terdapat pelbagai aktiviti bagi pendekatan teknik multi sensori untuk mengajar mengeja (e.g. Pollock J., Waller E. and Pollitt R., 2004.). Contohnya, untuk mengajar bunyi awal huruf, guru boleh menyebut huruf pertama bagi perkataan tersebut dahulu seperti b untuk bola dan d untuk daun. Perkataan yang dipilih haruslah menarik minat murid dan boleh dibayangkan dan divisualkan oleh murid. Guru juga boleh menulis dan membunyikan huruf tersebut dengan menggunakan kad perkataan supaya murid boleh nampak dengan jelas. Menurut Michael Farrell (2008), dalam pendekatan multi sensori ini, apabila murid menyebut perkataan yang ditulis, ingatan kinestetik dan ingatan pendengaran akan turut terlibat. Malah, penglihatan murid akan lebih teruji apabila guru menunjukkan perkataan yang bertulis dan meminta mereka menumpukan perhatian

untuk menghafal ejaan tersebut dengan sebaik mungkin. Multi sensori atau pelbagai deria berkesan untuk mengajar menulis dan mengeja berdasarkan gabungan aktiviti pertuturan, kinestetik, visual dan pendengaran (Michael Farrell, 2008). Menurut Siti Hadijah Mahmud, 2004, dalam kajian jurnal beliau, murid-murid telah didedahkan kepada cara membezakan bunyi huruf b dan d dengan menggunakan kad gambar serta latih tubi selama dua minggu dalam tiga sesi pengajaran (60 minit setiap pengajaran). Pengkaji berpuas hati dengan tindakan yang dijalankan kerana memberi keputusan yang memberangsangkan. Buku riba diperkenalkan oleh Tammy Duby iaitu seorang ibu yang mengajar di rumah (homeschool) dan penulis dari Virginia, USA. Beliau menamakannya buku riba kerana seluruh hasil kerja boleh dimuatkan ke dalam satu buku yang sesuai dengan saiz riba kanak-kanak. Buku riba ialah satu portfolio atau kumpulan buku yang kaya dengan bahan-bahan interaktif seperti lukisan, gambar, cerita, graf dan lembaran kerja daripada topik dan kemahiran yang telah dipelajari. Bahan-bahan tersebut dikumpulkan, ditampal dengan cantik mengikut kreativiti sampel atas kertas berwarna yang dijadikan seperti sebuah fail. Pengajaran buku riba ini telah menggabungkan pelbagai teknik dalamnya iaitu latih tubi, kaedah pelbagai deria iaitu sebut, dengar, lihat dan rasa, kaedah mengingat dan kaedah ulangan. Oleh itu, dengan bantuan kaedah buku riba yang akan mengumpulkan maklumat dan perkataan yang diperoleh oleh sampel, diharapkan sampel dapat membezakan huruf b dan d pada akhir sesi pelaksanaan aktiviti buku riba ini.

Вам также может понравиться