Вы находитесь на странице: 1из 6

MC

Ucapan Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Catatan

Yang berbahagia Ustaz Sufian bin Jasimani Penolong Pengarah Pengurusan, Institut Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Sabah Yang dihormati Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru, SMK Agama Tun Sakaran Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran, Semporna yang turut berusaha Ustaz Eshak Bin Hj Ibrahim, Penolong Kanan pentadbiran SMKA Tun Sakaran, Ustaz Muhaimin bin Mobin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Guru-guru ketua bidang, Rakan-rakan guru, dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan, Bulan dituntut untuk berpuasa, Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum. dan salam sejahtera Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Program Perdana Ihya Ramadhan dan Ifthor Jamaie, SMK Agama Tun Sakaran, Semporna tahun 2011 Masihi bersamaan 1432 hijrah. Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah. Allah telah berfirman.

Ya aiyuhallazi naamanu kutibaalaikumussiam Kama kutiba alallazi naminkoblikum laallakum tattakun


(surah al-baqarah ayat 183) Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput _____________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________ di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.Riwayat Bukhari & Muslim

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh Hasnah Bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, jkghkghjk Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi PIBG SMK Agama Tun Sakaranuntuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Syukran Jazilan diucapkan kepada ________________________________________________________ atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, jkghkghjk Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Dihormati, Ustaz Sufian bin Jasimani untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sad.Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya

Majlis seterusnya menjemput Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran naik ke pentas dengan diiringi Ustaz Abdul Azid.Penolong Kanan Kokurikulum SMK Agama Tun Sakaranuntuk menyampaikan Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada murid-murid.

Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir dan Ustaz Azid, atas penyampaian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi PIBG SMK Agama Tun Sakaran naik ke pentas dengan diiringi Ustaz Muhaimin bin Mobin.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada murid-murid.

Terima kasih kepada Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan dan Ustaz Muhaimin bin Mobin, atas penyampaian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput Ustaz Sufian bin Jasimani naik ke pentas dengan diiringi Pn Hj Hasnah bte Hj Tahir.Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan Agihan Sumbangan Fuqaha Wal Masakin kepada murid-murid.

Terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Sufian bin Jasimani dan Pn Hj Hasnah bte Hj Tahir, atas penyampaian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera kenangan kepada tetamu jemputan. Majlis menjemput Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir naik ke pentas untuk menyerahkan cendera kenangan Dijemput Yang berbahagia Ustaz Sufian bin Jasimani Naik ke pentas untuk menerima cendera kenangan sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah. Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, atas penyampaian sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Zabarjad Yang akan didendangkan oleh pelajar-pelajar SMKA Tun Sakaran Dipersilakan

Lagu: 10 minit

Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak. Dengan ini dijemput

Untuk memimpin bacaan doa berbuka puasa Dijemput kepada hadirin menjamu selera

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi makaProgram Perdana Ihya Ramadhan, SMK Agama Tun Sakaran, Semporna tahun 2011 Masihi bersamaan 1432 hijrah pada kali ini sampai ke penghujungnya. Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripadaNya. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Bulan Ramadan bakal menjelang, Berpuasa sebulan di siang hari, Diberi Allah umur panjang, Kalau sudi datang lagi.

hadirin diminta berdiri untuk mengalunkan bacaan Asma ul Husna.

Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Вам также может понравиться