Вы находитесь на странице: 1из 32

Artikel 1 : Guru Sambung Belajar

1.0 Pengenalan Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang berta juk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke syurga.

Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai kualiti diri yang baik.

Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan

adalah guru yang bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dan konteks pendidikan. 2.0 Perkembangan hujah hujah Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke 21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.

Perubahan yang pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukanpengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk seseorang itu mejadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut perubahan semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga dibicangkan oleh Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia. Pembelajaran sepenjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional. Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata kata Pat Basset, Presiden National Assosiation of Independent School (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian murid. Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi kini menuntut setiap guru untuk menguasai ilmu.

Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi. Jesteru, organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu akan meningkatkan lagi kompentensi dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan adalah tepat. Dr Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsang atau tdak langsung dengan kegiatan ke ilmuan si setiap kesempatan dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi, budaya ilmu adalah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, memang sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya mereka sentiasa mempunyai pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan murid. Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya. Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat. Memandang guru adalah contoh atau role model yang paling dekat

dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya adalah seperti berikut : i. Program Diploma Perguruan Khas Mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005. Program Diploma Perguruan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. Program Pensiswazahan Guru Kursus kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus kursus yang diadakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar.

ii.

iii.

iv.

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan kurikulum yang sama. Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan

v.

tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah menjalankan bebrapa program khas bagi memastikan terus berkembang. Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya. 3.0 Implikasi dan kesan Tokoh tokoh dalam bidang pendidikan seperti Zaba, Profesor Tan Sri Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Wan Zahid dan ramai lagi menjadi tokoh dalam bidang pendidikan kerana mereka mampu memainkan peranan sebagai insan yang mampu menjentik dan menyuntik kesedaran kepada masyarakat. Melalui ilmu yang dimiliki oleh mereka tokoh tokoh ini memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Mereka merupakan insan yang tidak jemu jemu meneroka ilmu walaupun telah mempunyai ijazah dan kehidupan yang selesa. Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan keperluan semasa. Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang. Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya ialah akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting di dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran megalami masalah untuk membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran serta keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri mereka terjejas. Disini, kemahiran dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya guru tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan guru tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik. Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti berniaga kerana tekanan kehidupan. Sambung belajar memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi sekarang dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini akan memaksa guru bertindak untuk mencari kerja sampingan

yang lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan in sudah pasti memerlukantenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima padahnya. Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran terjejas dan di buat ala kadar sahaja.

4.0 Cadangan Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan ketika guru sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran percuma kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan sebahagian daripada galakan kerajaan untuk menggalakkan guru guru untuk meningkatkan kualiti diri mereka agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya ada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad. Jadi, ini menutup peluang guru guru yang berminat untuk menyambung pelajaran. Dengan adanya yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan semangat untuk guru guru untuk memajukan diri. Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi guru yang sedang belajar. Mereka tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu melihat webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan seperti tugasan juga dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke kelas. Pembelajaran seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai banyak komitmen lain.

5.0 Rumusan Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.

Artikel 3: Isu Kerjaya Guru Bukan Pilihan Terakhir


1.0 Pengenalan Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Tugas utama seorang guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berkembang secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tanggungjawab yang mengatakan guru adalah lilin yang membakar diri masih tebal bukan sahaja dalam masyarakat Malaysia tetapi di negara-negara lain. Peretomede (Ibrahim, 2003) menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan pendangan yang sangat negetif terhadap profesion keguruan di man lebih 70% responden menyatakan tidak mahu memilih guru sebagai profesion mereka. Pandangan ini lebih ketara bagi responden lelaki di mana 95% dari mereka tidak mahu menjadi guru. Bidang pendidikan sering menjadi perhatian dan topik perbincangan kerana pelbagai isu sering timbul sama ada berkaitan dengan pendidik, pelajar, dasar pendidikan yang baru digubal, kaedah pendidikan dan sebagainya. Perbincangan mengenai dunia pendidikan tidak terbatas dalam kalangan warga pendidik sahaja malah turut dibincangkan secara meluas sama ada di peringkat pemimpin negara sehinggalah masyarakat di ceruk desa dan pedalaman turut menjadikannya sebagai topik perbincangan. Antara isu yang sering menjadi topik perbincangan ialah mengenai bidang perguruan yang dianggap sebagai kerjaya pilihan terakhir atau bukan utama jika dibandingkan dengan kerjaya profesional yang lain dalam kalangan mahasiswa. Anggapan mengenai kerjaya dalam bidang perguruan merupakan profesion kelas pertengahan jika dibandingkan kerjaya dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, perundangan dan sebagainya menyebabkan bidang perguruan menjadi pilihan tidak popular dalam kalangan lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Masyarakat juga menganggap bahawa kerjaya dalam bidang perguruan merupakan kerjaya pilihan terakhir sekiranya mereka gagal untuk mendapat tawaran bidang yang diminati atau tidak mempunyai peluang pekerjaan dlaam bidang yang dipelajari semasa di universiiti. Justeru, pilihan yang mereka ada ialah

dengan terjun ke dalam dunia pendidikan meskipun tidak berminat dengan kerjaya ini. Selain itu, masyarakat turut menganggap bahawa bebanan kerja guru lebih ringan jika dibandingkan dengan kerjaya lain lantaran waktu bekerja yang pendek serta banyak cuti. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa seorang guru sebenarnya dibebankan dengan pelbagai tugas yang memerlukan mereka melakukan kerja overtimetanpa rekod dan tidak mendapat upah untuk kerja tersebut. Selain itu, masyarakat menganggap menjadi seorang guru bukanlah suatu tugas yang sukar hanya masuk ke kelas untuk penyampaian ilmu kepada pelajar sahaja. Malah ada yang lebih eksterim menyatakan bahawa modal yang diperlukan oleh seorang guru ialah modal air liur yang digunakan untuk bercakap. Justeru, masyarakat dan para graduan yang memilih kerjaya guru sebagai pilihan terakhir perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan tugas seorang guru serta amanah yang dipikul apabila bergelar pendidik. Hal ini merupakan perkara yang sukar kerana tanggungjawab guru boleh diumpamakan sebagai arkitek bangsa. Peranan gurulah yang akan melakar pelan bagi membentuk sesuatu bangsa yang bertamadun. Jadi, sekiranya kerjaya guru dipenuhi oleh golongan yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir dan tidak mempunyai kesedaran diri, maka tanggungjawab guru tersebut akan diabaikan atau dilaksanakan secara sambil lewa sahaja.

2.0 Perkembangan Isu 2.1 Faktor kerjaya guru tidak diminati Lebih kurang empat dekad yang lalu iaitu sekitar awal tahun 60-an, guru merupakan insan yang terpilih untuk memberi sumbangan ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Jasa guru sangat besar dan menjadi agen pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan masyarakat. Golongan guru pada masa ini sangat dihormati oleh masyarakat serta diyakini dengan kepimpinannya. Malah, ibu bapa menyerahkan kepada guru sepenuhnya untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik dan memberi kebebasan kepada guru untuk menghukum anak mereka sekiranya didapati melanggar peraturan dan tidak mematuhi arahan guru. Namun begitu, persoalan yang sering timbul ialah mengapa pandangan masyarakat mengenai kerjaya guru dan profesion keguruan pada masa sekarang telah berubah. Pada masa dulu, masyarakat memandang mulia kepada guru, sebaliknya profesion keguruan pada masa kini seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Seringkali juga para guru menjadi sasaran dan keceman oleh pihak tertentu jika berlaku kepincangan dalam masyarakat. Golongan guru akan dipersalahkan malah terdapat kes yang sengaja diperbesarkan apabila melibatkan seseorang yang bergelar pendidik. Masyarakat sudah tidak

memandang tinggi terhadap bidang ini dan tidak lagi menjadikannya sebagai pilihan kerjaya mereka. Berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh Shuib dan Johari (2001) melalui pemerhatian, temubual dan pengalaman, mereka dapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan bidang keguruan ini kurang mendapat perhatian masyarakat serta para pelajar lepasan sekolah yang ingin memilih bidang pengajian di universiti. Antara faktor yang disenaraikan ialah profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu kecil. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama. Rajah 1: Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Profesion Selain itu, faktor seterusnya ialah guru terpaksa berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi. Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan meletakkan Pegawai Tadbir dan diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan sama ada di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri. Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras guru yang mengajar. Profesion seperti dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan perakaunan mendapat tempias apabila ia diisi oleh para pelajar yang mendapat keputusan baik semasa peperiksaan di peringkat sekolah. Justeru, peningkatan peluang dalam profesion lain menyebabkan kerjaya guru semmakin tidak mendapat tempat dalam kalangan pelajar lepasan sekolah khususnya serta masyarakat amnya. Beban kerja dan kurangnya insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat menganggap bahawa kerja guru mudah, mempunyai masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Manakala guru pula merasa beban kerja terlalu banyak sehingga terpaksa di bawa pulang ke rumah untuk diselesaikan. Selain itu, kerja lebih masanya (over-time) tidak dihargai menyebabkan segelintir guru kecewa. Dari sudut insentif pula, guru tidak akan dibayar untuk kerja lebih masa yang dilakukan berbanding bidang lain yang dikira setiap jam apabila kerja lebih masa dilakukan. Kesimpulannya, faktor-faktor yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kerjaya dalam bidang perguruan kurang mendapat perhatian dan tidak diminati serta sering menjadi pilihan terakhir dalam kalangan masyarakat. 3.0 Kesan Isu

Profesion perguruan merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi oleh agama dan masyarakat. Tugas utama seorang guru ialah untuk menyampaikan ilmu dan mendidik murid-muridnya agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Malah, pengertian seorang guru menjadi lebih luas dalam ajaran Islam kerana agama ini sangat menekankan pembentukan akhlak mulia dalam diri setiap insan. Seperti yang kita semua tahu, antara peranan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia iaitu Nabi Muhammad SAW ialah bagi membentuk akhlak mulia. Justeru, di sini dapat kita lihat betapa Allah SWT melihat akhlak manusia sebagai satu aspek terpenting dan tidak boleh dipandang enteng. Maka, peranan siapa lagi untuk menggalas peranan ini jika buka seorang guru yang merupakan antara insan terhampir dengan kanak-kanak selepas ibu bapa mereka. Apa kesan yang akan berlaku sekiranya guru yang sepatutnya melaksanakan tugas tersebut sebenarnya tidak bersedia dan masih ragu-ragu? Adakah dengan menjadikan bidang kerjaya ini sebagai pilihan terakhir akan menyebabkan guru tersebut menjadi tidak komited dan sambil lewa dalam melaksanakan amanah yang diberikan ini. Jadi, untuk menjawab persoalanpersoalan yang timbul ini, kita akan melihat satu persatu kesan yang timbul apabila guru menjadikan kerjaya ini sebagai pilihan terakhir tanpa mahu mengubah minat dan pandangan terhadap profesion ini. Isu pemilihan kerjaya guru sebagai bidang kerja yang terakhir telah memberikan pelbagai implikasi kepada guru dan profesion perguruan. Antara kesan yang timbul apabila kerjaya guru dijadikan pilihan terakhir ialah wujud masalah guru yang tidak komited dan sambil lewa menjalankan tugas mendidik yang telah diamanahkan kepadanya. Terdapat guru yang dilantik tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya sambil beralasan bahawa mereka tidak minat dengan kerjaya ini dan terpaksa memilih untuk menjadi guru lantaran tidak mendapat peluang pekerjaan dalam bidang lain. Sepatutnya, golongan seperti ini tidak perlu memohon untuk menjadi guru sekiranya tidak minat dan tidak bersedia untuk mencurahkan bakti kepada para pelajarnya. Hal ini boleh menyebabkan seorang yang menjadi guru tanpa minat dan bersedia untuk melakukan perubahan positif akan mengakibatkan kesan negatif kepada pelajarnya. Bayangkan berapa generasi yang akan dirosakkan dan tidak mendapat manfaat jika guru seperti ini terus mengekalkan sikap sambil lewa dan tidak bersungguh melaksanakan amanah yang diberi sepanjang tempoh berkhidmat iaitu lebih 30 tahun. Sekiranya kerjaya guru dijadikan pilihan terakhir, maka lahirlah guru yang kurang maklumat lantaran tidak membuat persediaan untuk melengkapkan diri dengan info yang berkaitan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, seorang guru perlu melengkapkan dirinya dengan pelbagai maklumat sama ada berkaitan dengan kerjaya profesionalnya atau isu semasa serta pelbagai isu berkaitan. Hal ini bagi mengelakkan guru menyampaikan ilmu yang salah kepada murid sekiranya ditanya

mengenai sesuatu perkara. Apabila guru menyampaikan maklumat atau ilmu yang salah, murid yang menerima akan berpegang kepada ilmu yang salah sampai bilabila melainkan murid tersebut mendapat maklumat yang lain selepas itu. Sekiranya tidak, maka dia akan berpegang dengan ilmu salah yang disampaikan oleh gurunya. Di samping itu, kesan lain yang dapat dilihat terhadap profesion keguruan sekiranya seorang guru menjadikannya sebagai pilihan terakhir ialah menyebabkan golongan guru tidak dihormati dan profesion dipandang rendah. Ia berhubungkait dengan guru yang tidak bersedia dan tidak komited menjalankan tugas yang diamanahkan. Oleh yang demikian, ia akan memberikan imej yang negatif terhadap warga guru yang lain akibat kewujudan golongan guru seperti ini. Ia menjatuhkan nama baik profesion keguruan dan para guru yang komited dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas mereka. Perkara ini merupakan realiti yang berlaku dalam kalangan segelintir warga guru pada hari ini yang tidak dihormati oleh masyarakat akibat sikap dan pembawakan diri yang ditunjukkan oleh mereka. Masyarakat tidak tahu sama ada guru terbabit minat atau tidak menjadi guru, tetapi masyarakat tahu bagaimana seseorang guru sepatutnya berperanan. Justeru, apabila guru terbabit tidak berperanan seperti yang sepatutnya, maka ia akan menjadi buah mulut dalam masyarakat dan akhirnya mengundang persepsi negatif terhadap profesion perguruan. Apabila profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat akibat sikap guru yang tidak komited melaksanakan tugas yang diamanahkan, maka semakin kuranglah lepasan sekolah yang ingin menjadikan profesion perguruan sebagai bidang pilihan untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Perkara di atas menunjukkan kesan rantaian yang berlaku terhadap guru dan profesion keguruan apabila terdapat segelintir guru yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir untuk pilihan kerjaya mereka. Kesimpulannya, pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini dan tidak menjadikannya sebagai pilihan terakhir. Selain itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, beriltizam, dan berjiwa pendidik serta menjadikannya pilihan utama sahaja yang layak untuk menyandang gelaran sebagai guru atau pendidik. 4.0 Rumusan/Cadangan Isu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir merupakan isu yang masih lagi relevan pada masa sekarang dan masih menjadi perbualan terutama dalam kalangan graduan yang bukan lulusan bidang pendidikan. Namun demikian, saya

kurang bersetuju dengan pendapat bahawa majoriti guru yang ada menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir walaupun masih terdapat segelintir pihak yang menangguk di air yang keruh apabila menyertai kerjaya guru sebagai bidan terjun kerana tidak mendapat peluang pekerjaan yang diminati. Perkara ini boleh dilihat menerusi permohonan yang semakin meningkat saban tahun untuk menjadi guru dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Para pelajar ini bersaing sesama mereka semasa membuat permohonan untuk mengikuti kursus perguruan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) seterusnya mereka berpeluang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang dikendalikan oleh pihak Institut Pendidikan Guru (IPG). Permohonan yang semakin meningkat ini menunjukkan bahawa kerjaya guru bukanlah bidang pilihan terakhir yang dipohon dalam kalangan pelajar lepasan sekolah. Menurut laporan yang diterbitkkan oleh akhbar arus perdana, Berita Harian bertarikh 19 Jun 2008, jumlah yang membuat permohonan ialah seramai 108,394 permohonan dari seluruh negara untuk mengisi 4,726 tempat ditawarkan menerusi enam Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) pada sesi Julai tahun tersebut. Pemohon terbabit meliputi 152 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan SPM tahun lalu, diikuti 11A (352), 10A (670), 9A (1,062), 8A (1,428), 7A (2,297), 6A (3,635) dan selebihnya 5A ke bawah. Selain itu, kerjaya guru juga tidak lagi menjadi pilihan terakhir dalam kalangan masyarakat yang memberi alasan bahawa gaji guru kecil dan tidak mendapat upah yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Hal ini kerana, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan gaji yang diterima oleh guru seperti yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2012 baru-baru ini. Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan yang dipetik menerusi (Berita Harian Online, 2012) berkata, jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang. Guru bukan siswazah menerima kenaikan gaji sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBP. Justeru, alasan bahawa gaji guru adalah kecil menyebabkan para lepasan sekolah tidak berminat menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan utama kerjaya mereka adalah salah dan kurang tepat serta tidak berasas sama sekali. Selain itu, bidang perguruan telah melahirkan ramai tokoh guru yang disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta melahirkan ramai guru yang komited dan cemerlang. Saban tahun, guru yang menunjukkan peningkatan dalam tugasan dan tanggungjawab yang diamanah akan dipilih untuk

dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang bertujuan menghargai usaha yang dilakukan oleh guru terbabit. Menurut Ab. Aziz yang menyandang jawatan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN berkata, APC adalah pengiktirafan kerajaan terhadap kecemerlangan pekerja yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh serta memberi komitmen tinggi dalam meningkatkan kualiti kerja yang dipertanggungjawabkan (Berita Harian, 2012). Malah menurutnya lagi, pihak jabatan tidak ada sebarang halangan sekiranya guru atau pekerja yang sama dicalonkan sebagai penerima APC asalkan mereka terbukti menunjukkan peningkatan dalam tugasan. Maka, di sini dapat kita lihat bahawa guru yang komited dan cemerlang dalam menjalankan tugas tidak akan lahir jika mereka menjadikan kerjaya guru ini sebagai pilihan terakhir sedangkan mereka tidak berminat untuk menjadi guru sebenarnya. Hal ini kerana guru yang tidak berminat untuk menjadi pendidik akan sambil lewa dalam melakukan tugas yang diamanahkan kepadanya. Selain itu, melalui isu yang dibincangkan ini, saya juga berpendapat bahawa isu guru yang menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir merupakan kes yang terpencil. Bukan semua guru yang terlibat dalam bidang pendidikan ini menganggap bahawa bidang ini merupakan pilihan terakhir kerana tidak mendapat peluang pekerjaan lain. Hal ini disebabkan ramai guru yang sememangnya bercitacita untuk menjadi guru dan berbakti kepada anak bangsa. Namun, sekiranya terdapat guru yang menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan terakhir dan tidak berminat untuk menjadi guru, ia masih dipupuk secara perlahan-lahan. Menurut Presiden NUTP (Berita Harian, 2012), kerjaya guru bukan merupakan profesion main-main kerana individu guru perlu minat dan kasih terhadap kanak-kanak. Namun begitu, beliau berpendapat bahawa minat boleh dipupuk dan kecintaan terhadap bidang pendidikan akan datang secara perlahanlahan asalkan kita ikhlas untuk melaluinya. Beliau juga berpendapat sekiranya perasaan itu tidak dapat dipupuk, maka lebih baik sekiranya guru terbabit tidak menjadikan bidang perguruan untuk melepaskan diri akibat desakan kerjaya. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh Ibrahim Ahmad (2003) supaya bidang perguruan ini dapat berdiri sama tinggi dengan bidang-bidang profesional yang lain. Selain itu, ia juga sebagai penambahbaikan terhadap profesion perguruan itu sendiri agar dapat menghadapi cabaran terutamanya dalam era globalisasi ini. Selain itu, ia juga untuk membetulkan persepsi segelintir masyarakat yang masih menganggap bahawa profesion perguruan ini sebagai pilihan terakhir walaupun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Berikut merupakan cadangan untuk mengatasi isu ini: i. Perubahan Polisi Sistem Pendidikan Yazid Abd Manap (2001) menyatakan dalam kertas kerjanya, polisi sistem pendidikan yang ada tidak menggalakkan usaha guru memperkembangkan kerjaya mereka. Guru-guru yang memiliki ijazah sarjana muda melalui cara Pendidikan Jarak Jauh kurang mendapat pengiktirafan dari pihak kementerian. Ramai guru

yang mengikuti program jenis ini kecewa dengan kenyataan pihak kementerian yang tidak akan menjanjikan apa-apa jawatan yang lebih tinggi walaupun guru menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Ada pula guru yang sanggup berhenti di tengah jalan kerana tiada ada apa-apa peluang yang dijanjikan sedangkan pihak kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran untuk memperbaiki profesion keguruan mereka. Begitu juga halnya dengan guru-guru yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana, tiada apa-apa peruntukan yang diberikan samada hadiah pergerakan gaji (HPG) seperti yang diberikan kepada guru lulusan SPM yang mengambil STPM suatu ketika dulu. ii. Pemilihan Calon Guru Yang Benar-Benar Layak Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis peronaliiti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personality tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973). Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian Burn out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. ( Zahid, 1998 ). iii. Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru. Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan. iv. Penyertaan Guru Dalam Kesatuan Mengikut kajian yang dijalankan oleh kesatuan guru ( samada KPPK atau KGMMB ), hampir 60% guru-guru di Malaysia tidak mendaftar sebagai ahli di manamana kesatuan guru pun. Ini menunjukkan bahawa guru sendiri tidak berminat terhadap kesatuan yang dibentuk oleh guru untuk kebajikan guru-guru itu sendiri.

Segala masalah yang berkaitan dengan bidang perguruan sama ada dari segi perjawatan, ganjaran mahupun kebajikan sepatutnya disalurkan melalui kesatuan dan akhirnya akan disampaikan kepada pihak kementerian supaya diambil tindakan. Sekiranya kesatuan guru senditi tidak mendapat sokongan padu dari kalangan guru sendiri, bagaimanakah nasib guru hendak terbela dan apakah martabatnya profesion keguruan tersebut.

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan


1.0 PENGENALAN ISU Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan menjadi semakin bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru. Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu masalah yang dikedepankan atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga merupakan suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya. Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Etika ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawab moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP). Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak. Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspekaspek moral yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk

menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam masyarakat tersebut. Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakantindakan tersebut membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru menerima rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini, maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Guru menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan. Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat termasuk di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktiviti pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan yang bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan mereka yang terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di

kebanyakan sekolah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guruguru sendiri di sekolah masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama. Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang komited diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan. Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain memberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007). Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bilabila masa. Selain menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004). Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap memerlukan masa yang perlu diluangkan untuk menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu lain (Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru melakukan semua perkara untuk kepentingan dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komuniti setempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan sesuatu yang dapat menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja sambilan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini di mana kesan-kesan yang wujud daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen guru-guru yang terlibat. Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan maka, seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan guru dalam memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan jayanya kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan yang menggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).

2.0

Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan utamanya. Kemudian, Pere (2007) dan Betts (2002) menyatakan istilah moonlighting ini seerti dengan istilaah second job, part time job, dual job, multiple job dan seumpamanya. Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang yang bekerja sambilan secara separuh masa namun pada masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa. Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts (2006) yang menyatakan moonlighting di dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta pekerjaan tambahan ini berlaku kepada seseorang yang memiliki sesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan utamanya. Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu cara untuk memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai pekerjaan tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas malam, membuat pelaburan selain menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai cara untuk menambahkan pendapatan. Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan di atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan. PERKEMBANGAN HUJAH Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu trend atau khusus di sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos & Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007) menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang rendah daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada seseorang itu

mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts 2002). Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010). Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati. Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun memperolehi pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti mana yang dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al. 2001). Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira dengan kerja sampingan yang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja. Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu bertugas adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple (2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai cara untuk membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza daripada pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca 2009). Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang dapat membantunya mencapai sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua alasan-alasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple 2010, Averett 2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi daripada tindakan melakukan pekerjaan sampingan. Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai

pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat juga di kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain yang mendatangkan pendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai beban tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di sebaliknya. Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder & Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama menjadi punca kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan. Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja sambilan adalah disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud seseorang itu menjalankan kerja sampingan atas tuntutan yang berhubung dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk menimba pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depan dan sebagai satu cara bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan. Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar malam, MLM, memandu teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-undang negara. Jesteru, fenomena guru menjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat pemantauan terhadap mereka yang berkenaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform

atau medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi. Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah membenarkan para pendidik untuk membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam. Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya kerja sampingan tersebut tidak mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap guru harus secara bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di sekolah dan menjadikan kerja sampingan benar-benar sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan. Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru dengan melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang menyalahi undangundang. Merujuk kepada laporan berita-berita semasa yang disiarkan melalui media massa, terdapat pelbagai isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang ini. Antara salah satu isu hangat yang telah menimbulkan permasalahan serta memberi kesan terhadap profesion keguruan ialah yang dipetik dari artikel melalui sumber laman web rasmi, Guru Sains disyaki edar dadah akan digantung kerja (Berita Harian Online: 21 Februari 2010). Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online melaporkan: Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Guru sains tersebut dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya. Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.

Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini. Menurut beliau juga, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan profesion perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat. Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini guru telah membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Dengan ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir dengan wajar tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilan tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan. Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar etika profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian Online: 4 Januari 2010 Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan. Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama nila setitik rosak susu sebelanga. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah komited menjalankan tanggungjawab mereka masingmasing. Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah secara sambilan ini menjadi semakin hangat apabila timbul pula laporan akhbar yang ditulis oleh M Hifzuddin Ihksan dalam Berita Harian Online melaporkan BETONG: Kegiatan seorang guru dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis menahannya bersama

1,862 pil nospan di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin dipercayai menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan. Suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak tahun lalu dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah. Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah melahirkan generasi pengedar dadah yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya sekaligus memburukkan nama atau mencemarkan nama profesion perguruan. Malah keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik. Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan kesalahankesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu, namun mungkinkah ianya adalah kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri. Jika kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkan faktor kewangan yang mendesak guru tersebut melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan diri sendiri. Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang berprofesional harus bijak dalam menguruskan bidang kerjaya dan peribadi dari segi kewangan serta kecenderungan minat kerana kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi kesan kepada kejayaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru perlu mengenalpasti dan merancang setiap keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi menjamin kejayaan dan kualiti hidup sebagai pendidik. Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan individu itu sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai pekerjaan sambilan semata-mata untuk mengejar

kemewahan hidup. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang kala tidak dapat menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan. Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya. Manakala, teori ini juga turut bertepatan dengan teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (18561939) melihat manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi dan tingkah lakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Sekiranya pengalaman ini tiada atau kurang, maka ia cenderung ke arah merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat. Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru wujud dalam kalangan masyarakat malah dalam kalangan guru yang bekerjaya pun situasi ini tidak terkecuali. Faktor kewangan bukanlah satu-satunya punca yang menyumbang kepada penglibatan guru di dalam aktiviti bekerja sambilan dengan melakukan kegiatan jenayah dalam kalangan guru bahkan berkait rapat dengan faktor peribadi dan kerjaya mereka. Walaupun seseorang yang melakukan kerja sampingan tersebut atas kemahuan sendiri yang menginginkan hidupan yang mewah serta pendapatan yang lumayan, namun secara tidak langsung keputusan yang dibuat itu bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di tempat kerja (Betts, 2002).

3.0

IMPLIKASI HUJAH Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan sahsiah seseorang guru sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan keluarga sangat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan

memandangkan guru merupakan golongan yang menjadi harapan untuk membangunkan bangsa dan negara. Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya serta ketabahan guru menghadapi dugaan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu guru edar pil khayal kena tahan dan guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan turut menjadi fokus perbincangan utama media massa dan para penyelidik. Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi impak yang besar terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan masyarakat serta turut mengharumkan persada pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif telah mula menjadikan kebanggaan kita terhadap profesion perguruan kini semakin pudar. Malah, pihak media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya. Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah antara isu yang melanggar etika perguruan dan ianya semakin hangat diperkatakan. Ia boleh meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan tindakan itu turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuklah pihak sekolah, Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran Malaysia. Malahan tindakan guru mengedar dadah menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan keluarga pelajar tersebut. Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah menyalahgunakan dadah yang menunjukkan kelakuannya yang dilarang dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan profesion perguruan. Kesalahan guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja. Malah, berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa guru dipercayai mengedar dadah secara kerja sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan guru tersebut melanggar peraturan tatakelakuan dan tatatertib iaitu

Peraturan 4(2), di mana guru berkenaan membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Jika disabitkan kesalahaan tindakan tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan seperti tindakan amaran, denda atau lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan penggantungan kerja. Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti mengedar dadah secara sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya yang sangat rendah dan martabatnya sebagai guru dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah sedemikian, bahkan guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru memainkan peranan cuba membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya guru sendiri bertindak membekalkan dadah tersebut kepada pihak lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan selama ini akan hilang begitu sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini juga merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh membawa hukuman mati dan penjara jika disabitkan kesalahan. Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya martabat seorang pendidik yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata bukanlah dari golongan cendikiawan sepertinya. Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan mempertikaikan tugasnya mendidik pelajar dan jika dia sudah insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan di dunia mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia masih diragui serta tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling pula akan turut menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat kita dan melabelkan guru tersebut sebagai penjenayah yang boleh membunuh generasi bangsa. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan menjadi lebih sukar dan dan memerlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah tabah menghadapinya kerana tindakan yang dilakukan akan meninggalkan kesan mendalam dan sepanjang hayat. Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh melakukan kes berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya, malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan

jenayah ini diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang turut menanggung malu akibat daripada perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang guru. Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar dadah secara kerja sambilan yang dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru secara umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa guru-guru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab, tetapi disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Adakah gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di sebabkan desakan kewangan, tekanan hidup dan desakan nafsu kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang lumayan serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa mempunyai rasa bersyukur di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup melakukan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab, maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod etika perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab. Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan yang menyalahi undang-undang negara ini biasanya ia dilakukan tanpa mengira masa sama ada setelah tamat waktu kerja rasmi atau dilakukan pada waktu malam dan masa terluang. Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan ini sudah pasti memerlukan tenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan yang akan menerima kesanya. Mereka pasti akan keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dalam keadaan yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke sekolah sibuk melakukan pekerjaan sampingan. Akhirnya segala perancangan pengajaran dan pembelajaran tidak dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan secara ala kadar sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru seharusnya menjadikan tugas di sekolah sebagai tugas utama, kerja luar hanya sampingan sahaja. Namun, agak malang kerana perkara yang terjadi adalah di sebaliknya. Kerja luar sudah menjadi kerja utama, sebaliknya tugas mengajar pula yang menjadi kerja sampingan mereka. Keadaan ini amatlah menyedihkan dan sekiranya ia tidak diatasi para murid akan turut menjadi mangsa tindakan segelintir guru berkenaan. Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang menjalankan pekerjaan sampingan

4.0

memperuntukkan masa selepas waktu bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka sendiri. Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah. Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang melakukan pekerjaan sambilan dengan mengedar dadah adalah berhubung dengan komitmen mereka terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan perlu dinilai adakah ia menjejaskan komitmennya sebagai guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan juga profesion. Ini disebabkan kerjaya perguruan memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan guru merupakan agen yang membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik. CADANGAN/RUMUSAN Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan, saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan kehidupan serta kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa menjalani kursus di institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan. Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat. Sebagai seorang guru perlu membimbing generasi muda kini tentang keburukan penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat pelajarnya ke kancah dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara. Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-kursus dan seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan

ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding dengan negara maju yang lain. Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal pendidik semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan bengkel, ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam program ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini akan melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah secara kerja sambilan dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah perlu dipandang serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak sekolah, pihak berkuasa dan juga Kementerian Pelajaran. Saya mencadangkan agar guru terbabit dikenakan hukuman yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pekerjaan di bawah perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan merupakan satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja mencemarkan imej profesion perguruan malah dadah adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya ini adalah selari dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini. Maka, saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau bahawa peraturan dan hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan tindakan yang tegas. Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara dengan jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi. Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru

mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang dihadapinya. Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan etika profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua pihak termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan guru dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu melakukan kegiatan menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi individu gagal dan bersahsiah negatif. Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru secara keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain. Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.

Вам также может понравиться