Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Setiap tanggal 22 Desember, kita peringati hari Genta Rohani yang disebut juga sembahyang DONG ZHI. Kaum awam menyebutnya sembahyang ronde, karena sesajian utama adalah ronde. Untuk keperluan sembahyang ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa, disiapkanlah sesajian ronde 3 mangkuk. Setiap mangkuk terdiri atas 12 butir ronde kecil, separuh berwarna putih (warna asli tepung) dan separuh berwarna merah (atau coklat dari gula aren), dan terdapat satu butir ronde dengan ukuran lebih besar berwarna merah. Keduabelas ronde kecil dapat diartikan sebagai jumlah waktu perjalanan 12 bulan (bulan dalam peredarannya mengelilingi bumi) dan satu ronde besar melambangkan bumi mengelilingi matahari selama satu tahun. Sedangkan warna merah dan putih melambangkan YIN dan YANG, perpaduan dua unsur yang akan mewujudkan kehidupan yang harmonis. Dengan bentuk yang bulat melambangkan kesempurnaan hidup, bahan dari tepung ketan yang liat melambangkan bahwa kehidupan harus dijalani dengan penuh keuletan dan kelenturan.
Chingming (5 April)
setiap tanggal 1 dan 15 Imlek/Yinli, Qing Ming, tanggal 15 bulan 7 (Imlek/Yinli)
Hari ChingMing
Hari Ching Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender gregorian. Pada hari tersebut, orang Cina akan menziarahi kubur nenek moyang dan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Orang Cina akan bersembahyang dan membersihkan kawasan kubur sebagai tanda menghormati dan memperingati nenek moyang mereka.
Ching Ming bermaksud jernih dan terang. Kebanyakan tarikh perayaan masyarakat Cina mengikut kalendar bulan Cina seperti Tahun Baharu Cina, dan hanya perayaan Ching Ming mengikut kalendar gregorian. Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum 5 April dan sepuluh hari selepas 5 April. Hal ini bermakna bahawa kaum Cina mempunyai dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan penghormatan dan peringatan mereka kepada nenek moyang, ibu bapa dan ahli-ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia.
Pada hari tersebut, ahli-ahli keluarga terdekat akan berkumpul dan membuat persediaan untuk menyembah nenek moyang. Antara barangan yang akan disediakan ialah ayam, daging, buahbuahan, pau, bak chang, colok dan lilin, serta barangan yang diperbuat daripada kertas.
Satu perkara yang menarik perhatian kaum-kaum lain ialah kepelikan melihat rumah-rumah kertas, kereta kertas, barangbarang kertas dan juga wang-wang kertas yang biasanya dibakar. Mengikut kepercayaan orang Cina, roh ahli keluarga yang sudah mati akan menjalani kehidupan di syurga atau di neraka. Jadi mereka perlu mempunyai rumah, kereta dan wang ringgit agar dapat hidup dengan mewah. Sekiranya nenek moyang hidup senang, cucu-cicit yang masih hidup di dunia maya pada ini juga akan hidup senang dan bahagia.
Bukan semua kaum Cina mengamalkan kepercayaan sebegini. Kaum Cina yang beragama Kristian (Katholik) biasanya mempunyai hari All Souls Day (hari roh) yang jatuh pada 2 November, yakni mereka juga akan ke kubur untuk membersihkannya dan memberikan penghormatan dengan membawa jambakan bunga. Kaum Cina yang beragama Kristian percaya bahawa roh-roh mereka yang telah meninggal dunia telah ditempatkan sama ada di syurga atau di neraka. Masyarakat yang beragama Buddha pula percaya bahawa roh-roh itu telah dilahirkan semula. Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha pula percaya bahawa sama ada hidup atau mati, mereka harus bertanggungjawab menjaga makan minum ahli keluarga sebagai tanda sayang akan ahli keluarga dan bukannya kepercayaankepercayaan yang lain. Pendek kata, tujuan utama Ching Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati nenek moyang mereka.