Вы находитесь на странице: 1из 12

Penterjemahan Dinamik

Kaedah Transposisi Kaedah Modulasi Persamaan

Pengenalan
Perkataan dinamik itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkan satu kaedah baharu yang melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan kerja terjemahan. Terdapat empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu: (a)Transposisi (b)Modulasi (c)Persamaan (d)Penyesuaian

Transposisi
Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan. Kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini penting kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita melakukan pembaharuan dalam kaedah. Sebab kaedah transposisi perlu digunakan ialah untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan. Salah satu jenis transposisi ialah, transposisi wajibcara iaitu terjemahannya merupakan yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa sasaran.

Contoh

We thank you for your cooperation.

Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih. Selepas dia pulang, Selepas kepulangannya, Sekembalinya. manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle) sangat takut akan ilmu sihir pada zaman pertengahan, tetapi tidak tahumenahu langsung tentang ilmu itu.

After he returns. Non-magic people (more commonly known as Muggles) were particularly afraid of Magic in medieval times, but not very good at recognising it.

Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal.

Modulasi
Kaedah modulasi juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh negatif dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna.

Contoh
1. Saturday night = Malam minggu/Ahad.

2. In either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch. =Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji. 3. Dalam karya teks terjemahan Harry Potter dan Bilik Rahsia, kaedah ini digunakan bagi menterjemah budaya kebendaan, misalnya : sorting hat diterjemahkan kepada topi pengisih
Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi perkataan sorting digantikan dengan mengisih dalam konteks penceritaan tidak memberikan kesan yang besar .

Persamaan
Sebagaimana telah diperkatakan pada peringkat awal tadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh itu, untuk mencari persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang amat rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat at au persamaan sejadi (bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.

Persamaan Terdekat race(sociology) ----- ras nationa ------ nasional, negara, kebangsaan .

Persamaan Sejadi/Bersahaja Race-------bangsa, puak, orang, kaum, keturunan big and small ------- kecil besar Perbezaan Budaya Ouch! ------- Aduh! Go to hell -------- Persetankan! Pergi jahaman!
Idiom dan Peribahasa Live from hand to mouth ------- Hidup kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang To kill two birds with one stone ------ Sambil menyelam minum air

Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis persamaan, iaitu formal dan dinamik. Persamaan formal : menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan. Dalam terjemahan begini, seseorang penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat dan konsep demi konsep. Nida menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk membenarkan atau memberikan ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak mungkin konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik : berasaskan prinsip kesan persamaan, yakni hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran seharusnya juga sama dengan hubungan antara penerima dan mesej bahasa sumber.

Dalam karya terjemahan teks Harry Potter dan Banduan dari Azkaban.kita temui kaedah ini digunakan, misalnya:
Barely alive, Voldemort had fled.... (hlm.11) Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Voldemort melarikan diri (hlm.6)

Dalam teks di atas, perkataan barely diterjemahkan ke dalam idiom bahasa Melayu, iaitu nyawa-nyawa ikan yang membawa maksud keadaan yang sudah nazak atau hampir mati. Walaupun dalam teks sasarannya tidak sedikit pun menyebut tentang ikan atau kiasan yang sedemikian namun dari segi maksud, terjemahan yang menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca.

Menurut Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak mungkin wujud antara dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apatah lagi antara versi bahasa sumber dan bahasa sasaran. Contoh lain dapat dilihat di bawah: Aunt Petunia, who was bony and horse faced, whipped around and peered intently out of the kitchen window(hlm 19) Makcik Petunia yang kurus kering, dan berwajah cengkung, berpusing pantas dan meninjau-ninjau dari tingkap dapur (hlm. 23)