Вы находитесь на странице: 1из 62

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut Resepi : Cida de'Nuanza Sumber : MaDiHaA aka Ratna (MaDiHaA guna

loyang 9"x9") Bahan2 Gula Hangus (Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan) 2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar) 2 cawan air mendidih 3 sudu besar (penuh) mentega Cara: Masukkan gula dlm kuali atau periuk. Bukak api sederhana kecil... Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu.. Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik. Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit. Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td... AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti... Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula... bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut... tutup api dan sejukkan Bahan lain: 7 biji telur saiz A 2 cawan tepung gandum 1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu) 2 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila Cara: Pukul telur sampai kembang. (blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je. MaDiHaA guna mixer) Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati. Masukkan pulak esen vanila Ayak tpg gandum + soda + baking powder Masukkan dlm adunan..teruskan blend last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi! Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius. 5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg Biarkan sejuk sblm potong Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.

Potongan yang tak kemas sebab nak cepat... hehe.. Selamat mencuba!

KEK BUAH KUKUS Resepi : Chef Zubaidah Chepa Sumber : Hanamemories sumber rujukan : kak.sheila.spices journey

Bahan-bahan 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter) 350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm

60ml air panas 500g buah-buahan campuran - MaDiHaA guna 250gm buah campuran + 200gm sultana + 10 biji ceri merah 3 biji telur gred A 350g tepung gandum* 1 sudu kecil cream of tartar* 2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* 1 sudu besar susu pekat 1 sudu besar sunquik 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakan 1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan. 2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi. 3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga. 4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil. 5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut. 6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong). Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji. Petang keesokkannya barulah dipotong.

Kacang Kuda Pedas Assalamualaikum & salam sejahtera.... Quick update je hari ni ye... MaDiHaA tak sempat nak transfer gambar2 dari handphone sehari dua ni sibuk siapkan tempahan. Jadi hari ni update gambar lama saja ye. Kira aci jelah ye.. lagipun.. gambar ni rasanya memang belum pernah update ke blog lagi... Untuk resepi kali ni MaDiHaA mohon maaf sebab betul2 terlupa siapa empunya resepi asalnya. Tapi dulu2 resepi ni sangat popular dan menular dari satu dapur ke dapuryang lain gara2 terliur tengok kawan-kawan tayang di fotopages masing2. Kepada empunya resepi sila beritahu ye jika kebetulan anda masuk ke blog MaDiHaA.. tak lupa.. terima masih diucapkan & MaDiHaA mohon izin masuk resepi ke sini ye...Tiada sukatan tertentu bagi resepi ini. Main agak2 & sesedap rasa je ya... Kacang Kuda Pedas ni sedap dimakan begitu saja atau boleh juga dijadikan sidedishes.. memang ralit mengunyahnya...

Kacang Kuda Pedas Sumber : MaDiHaA's Fotopages Bahan2 Kacang kuda ~ dicuci & rendam semalaman minyak masak biji sawi daun kari garam, perasa & gula secukupnya Bahan Sambal dikisar halus Cili kering Bawang Besar Bawang Putih Cara 1. Rebus kacang kuda hingga empuk. Toskan. 2. Tumis bahan2 kisar, daun kari & biji sawi hingga wangi. 3. Masukkan segala perasa.. biar secukup rasa. 4. Masukkan kacang kuda rebus. Kacau rata. SIAP! Selamat mencuba! Ketam Masala Assalamualaikum... Jom masak ketam! Ketam sememangnya sedap, tapi agak malas nak masak sebab 'bercinta' waktu nak makan. Ketam ni sedap dimakan ratah2 je... kalau makan dengan nasi macam lambat je habis nasi tu kan kan kan... hehehehe... Resepi ala2 masakan India ni boleh tahan sedapnya.. cuba2lah ye!

Ketam Masala Olahan : MaDiHaA aka Ratna Bahan2 1 kg ketam 2 peket serbuk kari ikan 5~6 s/b sos cili (boleh tambah lg kalau suka) 2 s/b serbuk cili 1 biji tomato masak saiz sedang ~ didadu halus 5 ulas bwg merah ~ dimayang 2 ulas bwg putih ~ dimayang 1 s/k garam masala 3 tangkai daun kari 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 5 kuntum cengkih minyak masak Sedikit air. garam & gula secukup rasa bahan hiasan - daun sup/daun bawang/tomato (optional) Cara memasak 1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 hiris, cengkih, daun kari & tomato dadu hingga kekuningan. 2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, jintan manis, kayu manis dan garam masala. Masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan sos cili & gaul sebati. 4. Masukkan ketam, sedikit air, bahan2 lain & perasa secukup rasa. 5. Hias dengan daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. Kek Batik Coklat Assalamualaikum.... Lagi dengan entry tertunda... Projek Kek Batik Coklat ni rasanya dibuat dah lebih dari 2 minggu yang lepas ni.. sejurus lepas Izahdaut dok tayang aritu. Lunaskan permintaan anak dara yang dah lama sangat2 mintak ibunya buat kek batik dari biskut meri ni. Sebenarnya.. dalam hati ibu berkobar2 nak buat Kek Lapis Cheese Pesona tu.. tapi... demi anak.. ibu mengalahla kan.. so buat la dulu Kek Batik ni.. Sebenarnya belum pernah lagi buat kek batik versi lapis2 gini.. sebab biasanya buat versi gaul sebati dalam kuali yang sememangnya bila dipotong akan nampak corak batik2.. hehe.. tapi yang ini

tak berapa nak batik.. tapi lebih kepada berlapis2... hehe.. Apa2pun.. kek ni dah lama dah "selamat"... Kakak Dini bawak ke sekolah sampai 2 round sebab kawan2nya suka & sampai ada mama kawannya yang mintak resepi nak buat sendiri.. hehe.. Ni mesti kes kawannya tak puas mkn yang kakak Dini bawak tu.. yelah.. bawak sikit pastu kongsi lak ngan beberapa kawan.. jadi masing2 dapat merasa sikit sorang ajelah kan... takper2.. resepi dah lama pun diberi.. tentu mama dia dah buatkan utk dia.. Ok.. resepi ni ambil dari dapur Izahdaut yang asalnya disebarkan oleh Hasue &Mas yang sedang mabuk kepayang tu.. hehe.. bukan mabuk sebarang mabuk tau.. tapi mabuk ada makna.. hehe.. moga Mas sihat2 sentiasa ye. Resepi asal dari Mylla@myresipi.. Terima kasih pada semua ye.. mintak izin letak sini resepi ni..

Kek Batik Coklat Resepi : Mylla@MyR Sumber : Hasue & Mas & Izahdaut Bahan ( 1 kg ): 200gm millo

250gm butter 3 sudu makan serbuk koko 1 tin kecil susu pekat manis (MaDiHaA kurangkan sikit) biskut meri secukupnya Cara membuatnya : Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih (tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur . Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.... Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan..

Kat bawah tu Kek Batik Beragar-agar pertama kali buat menggunakan biskut meri original sepenuhnya. Gambar di atas sekali tu menggunakan campuran biskut meri original dengan meri perisa coklat. Terpulanglah pada anda nak guna biskut versi yang mana satu. Yang pasti kedua2nya pun sedap! Terima kasih kepada semua penyumbang idea & resepi sehingga terolahnya resepi yang sedap ini terutamanya buat Izah yang berkongsi di blog! Akak mohon izin untuk share kat blog akak pula ye..

dilapisi dengan biskut meri original KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR olahan: izah Resepi Asal: Mylla@myresipi.com Idea :nOORHSA Sumber : Hasue Bahan-bahan 2/3 cawan air 1 sk serbuk agar-agar 250 gm butter 125 gm milo 3 sb serbuk koko 1/2 sk serbuk nescafe 1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit Cara-cara Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...

Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi.... *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai. Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan... *untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong. Edited: Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal

emua nampak sedap! Jadi masa buat kuih Bingka Cheese Berlauk hari tu.. terus buat inti lebih sikit... esoknya bolehlah buat calzone ni.... jimat masa tak payah buat inti dua tiga kali.. hahaha.. kira nak mudah kerja aje! Kawan2 kalau nak buat.. boleh guna resepi inti yang diberi tu yer.. mesti lagi best. MaDiHaA punya guna inti daging + kentang dan ada tambahan parutan mozarella cheese di dalamnya ikut cara Noorsha.. bertambah2 la sedap & lemak2 yg dah sedia banyak ni.. hehehe.. Terima kasih pada Noorsha jugak ye... mintak izin letak resepi kat sini pulak.

Calzone Ala Turki (versi mudah) Resepi Asal : Chef Wan Sumber & olahan : Mat Gebu Sumber 2 : Noorsha BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-) 300 g tepung gandum 6 g instat yeast 20 g mentega 10 g gula halus 1 camca teh bread improver (optional) 1/4 camca teh garam 1 1/2 camca besar madu 170 ml air 1 sb mayonis - Noorsha tambah (MaDiHaA tak letak)

Sedikit tepung untuk ditabur BAHAN INTI AYAM :-) (MaDiHaA guna inti resepi INI) 1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly 1 biji bawang besar, didadu halus 2 ulas bawang putih, tumbuk halus 1 inci halia, tumbuk halus 1/2 camca besar cili kisar 1 camca besar rempah kari daging 1/2 camca besar sos tomato 2 pokok daun bawang, hiris halus Garam dan gula secukup rasa 5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah) 1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah) Daun salad secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA tak letak tp letak hirisan daun sup) Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA guna mozarella cheese) Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-) 1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap. 2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.

3.

UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara.

bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad (MaDiHaA tak letak), 1/4 bahagian inti ayam,(MaDiHaA tabur daun sup sikit) dan taburkan parutan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan. 4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

blog Kak Ummi Zaihadi... Kak Ummi pulak ambik resepinya dari sini. Masa tengok Kak Ummi tayang pizzanya tu.. terus rasa teringin nak buat pizza versi kari yang belum pernah buat lagi sebelumnya. Kak Ummi ada ubah sikit2 dari resepi asal.. begitu jugaklah dengan aku ikut apa bahan yang ada dalam simpanan. Terima kasih Kak Ummi.. Sangat2 yummy pizza tu makan waktu suam2

tu... even bila dah sejuk pun still sedap jugak.. hehe.. ada lebih sekeping.. panaskan esok paginya utk abang bersarapan sebelum pergi kerja.. kekeke... Ok... ini resepinya kalau ada yang ingin mencuba... C&P dari Kak Ummi (ada tokok tambah sikit) mintak halal ye kak... Terima kasih!

Pizza Daging Kari by nibbledish.com Sumber : ummizaihadi-homesweethome Dirujuk & diubahsuai : MaDiHaA Bahan (Doh Pizza):2 cawan tepung (MaDiHaA guna tepong gandum) 1 sudu besar yis kering (mauripan) 1/8 sudu kecil garam 1 sudu besar gula kastor 1 sudu besar susu tepong (MaDiHaA tambah) 1/2 cawan air suam 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan Inti:100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm ~ MaDiHaA pun sama) 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar ~ MaDiHaA pun follow gak.. ) 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar ~ ikut sama jugak ) 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun ~ ikut sama jugak) 1 biji tomato masak ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah) 1/2 cawan air (MaDiHaA tambah) garam secukupnya & 1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah) Bahan Lain:-

1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri ~ MaDiHaA guna 2 sudu besar sos tomato + 2 sudu besar sos cili) 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih ~ MaDiHaA pun letak lebih gak) 1/2 biji cili capsicum hijau ~ dipotong kiub (MaDiHaA tambah) Cara Membuat:1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 inci. (MaDiHaA biarkan kira2 15 ~ 20 minit atau hingga nampak base tu naik sikit) 2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, jintan manis & ketumbar kacau sebentar dan masukkan daging kisar serta air. Masukkan garam & gula dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Sebelum diangkat, masukkan tomato yang didadu & kacau rata. Angkat dan sejukkan. 3. Ratakan sos pizza di atas doh, (lihat nota) kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan. Aturkan cili capsicum di serata permukaan pizza. 4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran. Nota MaDiHaA : Selepas doh yang dicanai dibiarkan naik sedikit.. MaDiHaA bakar base pizza selama 5 minit. Keluarkan dari oven & cucuk2 sikit base pizza dengan garfu. Sapu dengan sos kemudian tabur nipis mozarella cheese sebelum diletakkan inti daging sehingga rata. Aturkan cili capsicum & akhir sekali barulah taburkan mozarella cheese tebal2 menutupi inti. Kemudian barulah dibakar selama 10 minit dengan suhu 190C.

Thursday, October 6, 2011

Upside Down Pizza Assalamualaikum....

Ada lagi entry tertunda ni... menu sebelum puasa lagi ni.......... ni bukan kata dah jadi baja.. kalau baja organik tu guna untuk tanam sawi.. rasa2nya sawi tu pun dah boleh dituai dah pun.. kehkehkeh... haishhh!!!!

Bukan ape.. nak update sebelum puasa ritu tak sempat... bila masuk bulan puasa rasa macam tak sesuai pulak nak update menu ni... sebabkan terlampau lama gambor dok dlm folder.. hampir2 terlupa nak edit gambor nih... Oklah.. meh tengok menu yang sedap lagi lazat & mengasyikkan ni... hahaha... suatu waktu dulu.. Upside Down Pizza ni antara menu yg berlegar2 seantero dapur2 cyber... ramai dah yang cuba.. antaranya.. Ika, Izahdaut, Noorsha, Kak Nor SG67, Sariyusa dan ramai lagi yang dah cuba.. maaf kalau tak tersenarai yer...

Betul.. memang sedap! Yang penting senang banget nak membuatnyer. Rasa macam nak buat lagi & lagi... tapi tahankan jer... kalau dah ada cheese tu... faham2 sendirilah sedapnya macamana & lemaknya macamana.. sendiri mau ingatlah yer. Tapi once in the blue moon takper kot.. haha.. Oklah.. terima kasih kepada Tun Telani yang mengilhamkan resepi sedap & lazat ni selepas menonton Quick Fix Meals with Robin Milller kat Astro katanya...

Mintak izin ye Tun letak resepi kat sini.. Terima kasih.

Upside Down Pizza (loyang 9 x 9 inci) Sumber : Tun Telani

Dough 2 bj telur 1 cwn susu 1 cwn tepung 1 sb minyak 1/2 sk garam - gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D - sedia utk diguna Filling 1 keping dada ayam- kerat2 4 sosej/hotdog- kerat2 1/2 tin cendawan butang- hiris 1/2 bawang besar- dadu 3 ulas bawang putih- hiris halus 1 sb cili boh 2 sb tomato puree 1 sb oregano 1 sk paprika garam - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu - masukkan cili boh dan tumis lagi - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak

- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap. - gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam Keju secukupnya Cara2: * * * * * * Panaskan oven 180 degree. Letakkan filling dlm loyang. Tabur cheese atas filling. Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh) Bakar selama 25 minit, hingga keperangan. Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Mee Rebus Cik Ani Resepi : Bonda Chef Wan

Sumber : Mat Gebu & Yatie BAHAN-BAHANNYA :-) 1 kg mee kuning 150 g taugeh, buang ekor 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis 2 biji cili hijau, hiris 1 biji cili merah, hiris 1 pokok daun sup, hiris 1 pokok daun bawang, hiris 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis) Bawang goreng secukupnya Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS* :-) 1/4 cawan minyak masak 2 camca besar rempah kari daging 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit) 5 - 6 cawan air 500 g keledek 1 cm lengkuas, dititik 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus 1 biji tomato, belah 4 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna) 7 biji bawang merah kecil* 3 ulas bawang putih* 1 cm halia*(*tumbuk halus) Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK KUAH MEE REBUS :1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit). Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. perlu rebus dulu).

rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.

PENYEDIAAN MEE REBUS :-

2. 3.

Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun

bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

iKAN GORENG KERABU MANGGA Resepi : MaDiHaA aka Ratna Bahan-bahan 3 keping ikan tenggiri (lebih sesuai gunakan ikan seekor spt kerapu, siakap dll) garam & serbuk kunyit Minyak secukupnya Bahan Kerabu mangga 2 biji mangga muda ~ disagat halus 2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis 4 biji cilipadi ~ dihiris halus 2 sudu besar sos ikan nampla 2 sudu besar gula Garam secukup rasa (hati2 sebab sos ikan dah masin!) 1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus 1 biji tomato ~ dipotong dadu (kalau boleh buangkan bijinya) cawan kacang tanah ~ disangai & buang kulitnya Bahan ditumbuk halus 1 bj cili merah (kalau kecik cilinya letak 2 biji) sudu kecil belacan 1. Ikan dibersihkan kemudian gaul garam & kunyit. Panaskan minyak & goreng ikan agak garing & letak di atas pinggan hidangan. 2. Gaul semua bahan2 kerabu & bahan tumbuk & pastikan secukup rasa. Tuangkan kerabu mangga di atas ikan goreng & hidangkan segera.

dilapisi dengan biskut meri original KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR olahan: izah Resepi Asal: Mylla@myresipi.com Idea :nOORHSA Sumber : Hasue Bahan-bahan 2/3 cawan air 1 sk serbuk agar-agar

250 gm butter 125 gm milo 3 sb serbuk koko 1/2 sk serbuk nescafe 1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit Cara-cara Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali... Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi.... *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai. Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan... *untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong. Edited: Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..

Kek lapis Cheese Persona Assalamualaikum... Bersua lagi... Oklah takmo bercerita panjang sangat pagi ni... bukan sebab wordless wednesday pun.. tapi sebab ada kerja lain nak buat..

Inilah dia kek yang diidam2kan... ku buat selepas buat Kek Batik Coklattempohari.. memang dah lama pun dibuat kek ni.. cuma tunggu masa sesuai aje nak pos.. Tengok sana sini semua dok tayang... so kita bagi laluan kat orang lain dulu.. hihi.. Buat kek ni bulan lepas sebelum balik kenduri kawin adik ipar tu lagi.. tak caya? tuuu.. cer tengok bunga2an yg dok kat belakang kek tu... tu semua bunga2 yang bakal digunakan untuk hias gubahan hantaran adik ipar aku ler tu... kihkihkih... Jangan marah ehh Jol... ala.. bukan luak pun kan setakat ambik gambar.. Ok aku tepek sini resepi Kek Lapis Cheese Persona yang sangat2 sedap nih... Dah ramai pun yang mencuba & pada peminat cheese pasti akan kata kek nilah yang paling sedap & yang paling mudah nak dibuat.. hihi.. TQ yer Ryo untuk ilham resepi kek yang mudah ni.. & TQ jugak pada Kak Nor@Secubit Garamyang terlebih dulu mencuba & mewar2kan kesedapan kek ni.. Mintak izin ye Ryo tepek resepi kat sini.. aku cuma buat setengah dari resepi ni dengan menggunakan loyang 7 inci... comot betul aku punya kek! haha..

Kek Lapis Cheese Persona resipi : Ryo@ryoazhar sumber : Kak Nor@Secubit Garam Bahan2: (Saiz 9x9) A: 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) 500 ml susu segar,dipanaskan B: 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) 10 ml susu segar 1/2 cawan gula halus Caranya : Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum

dipotong.

Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum... Hari Jumaat yang sangat sibuk! Tak sempat nak update pagi tadi... dah petang barulah boleh layan blog ni. Oklah.. terus jelah ke resepi yang nak dikongsikan hari ni. Takde resepi pelik2 pun.. ini resepi yang dah selalu orang lain buat. Aku sendiri pun dah beberapa kali dok buat. Tapi.. selalu tu dok buat takde sosnya.. kali ni baru terasa rajin sikit nak buat sosnya.. makan pun sedaplah sikit kan? Sedap banyak sebenarnya... hehee.... Kuih ni buat waktu hari pertama ma & adik2 datang tempohari. Dengar je kata ma on the way nak datang rumah... aku terus kerjakan roti & bahan2 yang memang dah standby. Alhamdulillah.. semua dapat rasa termasuk adik bongsu aku yang tukang jadi driver hantar ma.. pastu.. sampai adik yg kat Klang pun dapat rasa jugak.. semua kata sedap! Berbaloi2.. Resepi asalnya dari Maya Zakri MyR.. kali ni aku ambil dari blog Hana. Sebabnya resepi ni sekali dengan sosnya.. Dulu yang aku selalu dok buat gunapakai resepi kazen aku yang tanpa sos... bab puding tu buat lagumana pun.. rasanya lebih kurang sama aje.. Tapi yang ada sos ni lebih lemak berkrim ler kan? Oklah kepada Maya & Hana... TQ share resepi.. akak copy & paste simpan dalam blog akak pulak yer... Terima kasih! Macam biasa.. puding ni aku buat 1 1/2 adunan dari resepi asal... maklum.. ramai tukang makan... Puding Roti Sos Kastard by maya.zakry.myr & F&N myr Sumber Hana

Bahan-bahan 8 keping Roti * 500 ml Susu segar * 4 sudu besar Gula halus * 2 sudu besar Butter- cairkan * 2 biji Telur * 1 sudu teh Esen vanilla * 1 sudu besar Tepung Jagung * 1 sudu kecil serbuk cinnamon 2 sudu besar Kismis Untuk Sos Kastard 1 tin susu cair 2 s/b tepungkastad 2 s/b gula Cara-cara 1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter. 2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi. 3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya. 4. Taburkan kismis diatas adunan. 5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat. 7. Hidang puding roti bersama dengan sosnya.

Kuih Koleh Kacang Hijau Sumber resepi: Citarasawan@myresipi.com Telah dicuba oleh : rosmarlina@jintanmanis.com Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi ) Bahan A 400ml santan pekat KARA 150ml air 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam Bahan B 225 gm tepung kacang hijau 750ml air ( ros guna tepung kacang hijau cap Kijang) Bahan C 350 gm gula merah/gula melaka 50 gm gula pasir 100ml air ( ros guna gula merah) Bahan D 1 1/2 cawan pati santan secubit garam Cara-cara 1.Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk. 2.Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak. Tapis dan biarkan 2 sudu besar minyak didalam periuk. 3.Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya tepung kacang sebati sepenuhnya. 4.Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata dan tapis. Tuang kedalam periuk yang berisi minyak tadi. 5.Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak. Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya. 6.Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

rasa lemak dari santan dan kacang hijau amat lah menyelerakan

kesedapan tahi minyak tu melengkapkan lagi rasa koleh kacang ni

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, minggu lepas, abang sulong ros, datang ke Jepun, jadinya kena lah masak special sikit kan, lagipun dah lama tak makan cheese cake, maun nak setengah tahun rasanya, kebetulan ade krim cheese dan yogurt dalam peti ais tu, ape lagi laju je ros mengadun nye, nak buat pun bagi ros tak leceh sangat, sebab tak guna oven, cuma perlu masa lah nak menyejukkanye dalam peti ais, bila dah hidang dan dimakan, Alhamdulillah, abang ros kata sedap, topping pula dengan blueberry filling, makin uplah rasanya, kolestrol pejam mata kejap....hihii...janji sedap : ) Resepi boleh rujuk link di bawah ni ye, Selamat Mencuba. Rare Yogurt Cheese Cake ( dasar@base biskut oreo) Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm) Untuk base ( dasar pada kek) 8 keping biskut oreo yang dibuang inti vanilanya

2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan Bahan untuk rare yogurt cheese cake 150gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) di Malaysia boleh guna jenama nestle natural yogurt 200ml whipping cream 100gram cream cheese philidelphia 90gram gula 1 sudu besar jus lemon ( yang ni tak letak pun takpe) -cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengahtengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang. Bahan larutan gelatin 10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel) 50ml air - campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api perlahan dan kecil. sejukkan sebentar. (suam) Topping Sos Blueberry secukupnya 1 sudu besar madu Cara-cara 1. Blender biskut oreo hingga hancur, boleh guna blender kering tu. 2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal. 3. Alaskan loyang spring foam dengan baking sheet@kertas minyak, tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang spring foam bulat 16cm. 4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan. 5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati. 6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt

cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

letak topping banyak-banyak kasi meleleh : )

sedap dimakan sejuk-sejuk

makan satu potong sure tak cukup punye

sesuai dijadikan menu pencuci mulut

Nota: variasikan topping rare yogurt cheese cake ini mengikut selera masing-masing ya, boleh letak strawberry filling, kiwi, mango atau sebagainya. Disarankan simpan semalama dalam peti ais baru dipotong, cheese cake akan bertambah sedap, sejuk dan mudah untuk dipotong nanti.

Jelly Kelapa Sumber resepi: Kak Nor @ Secubit Garam

1 paket agar2 serbuk (10gm) 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda isi kelapa muda 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 3 helai daun pandan 1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk. 2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.

3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai. 4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan. # sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Kuih Seri Muka Bakar Bahan Lapisan Bawah:500 gm beras pulut 300 ml santan pekat 300 ml air 2 tsp garam halus sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak) Cara cara: Rendam pulut sekejap. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.

Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak. Tekan dan ratakan.

Bahan Lapisan Atas:4 biji telur 1 cawan gula 3 cawan santan 3/4 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan air daun pandan 1/4 sudu teh esen pandan Sedikit pewarna hijau Beberapa helai daun pandan * daun pandan dimesin dgn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia + 1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis Cara cara: Blend kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.

Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna. Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak

Potong

dengan

pisau

plastik

apabila

kuih

benar

benar

sejuk.

Boleh

lah

dihidangkan

...

Nota: Untuk rujukan - di masa akan datang, saya mahu kurangkan gula sebanyak 1 sudu besar dan tepung Enjoy .... gandum ditambah lagi 1 sudu besar.

Kuih Lapisan bawah: 1 cawan gula merah 1 Sedikit

Talam

Gula

Merah

1/2

cawan

gula air

Masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan. 1 1/2 cawan tepung beras 4 1/2 cawan air (termasuk air gula tadi) Sedikit air kapur

Bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.

Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.

Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garfu.

Lapisan atas 1 cawan tepung beras 3 cawan santan Sedikit Satukan semua bahan dan tapis. Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat. Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. garam

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik. Enjoy ...

Pau

Gebu

dan

Lembut

Bahan 250 3 2 50 20 2 1/2

gram gram gram gram gram gram

(2 (3/4 (1/2 (4

1/2

(1 (1 cawan

cawan) sudu sudu sudu sudu sudu

tepung teh) teh) besar) teh) air

pau yis baking gula besar) bread

bahan: ayak kering powder kaster sayuran softener suam

Cara cara: Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula di dalam mangkuk adunan. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. Bahagikan doh kepada 30- 40 gram setiap satu. Rehatkan selama 10 minit lagi. Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2" x 2") dan susun di dalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.

Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.

Nota:

Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).

Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya.

Donut Gebu sumber: norashikin Bahan-bahan (untuk 34 biji) 1 kg tepung gandum 1 pkt yis segera mauripan (11g) 2 sb susu pekat manis 1/2 st garam 1/2 cwn minyak masak 550 g air bertapis Minyak masak untuk menggoreng tenggelam Cara cara Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiranbutiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.

Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.

Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi. Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang Tips Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng. Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Campurkan susu, garam ke dalam air

Yis digaul rata dengan tepung gandum

Tuang setengah cawan minyak masak dn gaul rata

Tuang bancuhan susu tadi

Setelah bergaul rata, diuli menjadi doh

Adunan mengembang selepas dibiarkan selama 30 minit

Bahagikan adunan

Bentukkan kuih donut

Rehatkan 1/2 hingga 1 jam

Dah siap dihidangkan

Вам также может понравиться

  • 1 Okt
    1 Okt
    Документ1 страница
    1 Okt
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 05 Mac
    05 Mac
    Документ1 страница
    05 Mac
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 2 Sept
    2 Sept
    Документ1 страница
    2 Sept
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Soalan Geografi Akhir Tahun Ting 2 2017
    Soalan Geografi Akhir Tahun Ting 2 2017
    Документ16 страниц
    Soalan Geografi Akhir Tahun Ting 2 2017
    ZUL KAMARUDDIN
    78% (9)
  • Sains T4 (Khamis)
    Sains T4 (Khamis)
    Документ1 страница
    Sains T4 (Khamis)
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 12 - Jisim
    12 - Jisim
    Документ8 страниц
    12 - Jisim
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Sains T4 (Khamis)
    Sains T4 (Khamis)
    Документ1 страница
    Sains T4 (Khamis)
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Sains T4 (Ahad)
    Sains T4 (Ahad)
    Документ1 страница
    Sains T4 (Ahad)
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Contoh Minit
    Contoh Minit
    Документ2 страницы
    Contoh Minit
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Sains T6 (Isnin)
    Sains T6 (Isnin)
    Документ1 страница
    Sains T6 (Isnin)
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 1 April
    1 April
    Документ1 страница
    1 April
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Minit Mesyuarat Panitia SN 1 (2016)
    Minit Mesyuarat Panitia SN 1 (2016)
    Документ4 страницы
    Minit Mesyuarat Panitia SN 1 (2016)
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 2 Ogos
    2 Ogos
    Документ2 страницы
    2 Ogos
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 5 April
    5 April
    Документ2 страницы
    5 April
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 3 Jun
    3 Jun
    Документ2 страницы
    3 Jun
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 28 Jun
    28 Jun
    Документ1 страница
    28 Jun
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • P.moral THN 4
    P.moral THN 4
    Документ5 страниц
    P.moral THN 4
    fid4
    Оценок пока нет
  • 6 Mac
    6 Mac
    Документ2 страницы
    6 Mac
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • Rancangan Pengajaran Harian 31 Jan 2016
    Rancangan Pengajaran Harian 31 Jan 2016
    Документ7 страниц
    Rancangan Pengajaran Harian 31 Jan 2016
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 4 Okt
    4 Okt
    Документ1 страница
    4 Okt
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    100% (1)
  • 3 April
    3 April
    Документ2 страницы
    3 April
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 3 September
    3 September
    Документ2 страницы
    3 September
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 1 September
    1 September
    Документ2 страницы
    1 September
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • RPH Isnin 25 Jan
    RPH Isnin 25 Jan
    Документ5 страниц
    RPH Isnin 25 Jan
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 5 April
    5 April
    Документ1 страница
    5 April
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 1 April
    1 April
    Документ1 страница
    1 April
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 25 Feb
    25 Feb
    Документ1 страница
    25 Feb
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 2 Feb
    2 Feb
    Документ1 страница
    2 Feb
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • RPT Tahun 1 KSSR RPT Matematik (SK) Tahun 1 2015
    RPT Tahun 1 KSSR RPT Matematik (SK) Tahun 1 2015
    Документ7 страниц
    RPT Tahun 1 KSSR RPT Matematik (SK) Tahun 1 2015
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет
  • 12 Jan
    12 Jan
    Документ1 страница
    12 Jan
    Muhamad Hafidz Bin Ahmad
    Оценок пока нет