Вы находитесь на странице: 1из 7

KONSEP PEMULIHAN1 1.

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktivit pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi maslaah pembelajaran. 2. Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu menguasai kemahiran-kemahiran asas. 3. Guru hendaklah menggunakan kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. 4. Akitiviti pemulihan dijalankan dalam kelas biasa selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dapat dikesan melalui aktiviti penilaian.

OBJEKRIF PENDIDIKAN PEMULIHAN 1. Supaya murid-murid dapat menguasai kemahirna tertentu 2. Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka 3. Mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. 4. Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelaajran ke peringkat yang memuaskan. 5. Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu dalam aktiiviti2 sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas. 6. Memperolehi serta mengamalkan sikap postitif seperti keyakinan diiri dan berdikiri apabila mereka berada dalam kumpulanatau masyarakat. 7. Dapat meneruskan pelajaran dalam mengurangkan masalah keciciran. sistem persekolahan biasa, seterusnya

19HB Mac 2011, sabtu (kuliah)

Page 1 of 7

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN Secara umumnya, murid-muird yang sentiasa menghadapai masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut: 1. Faktor-faktor pembelajaran a. b. c. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai dengan murid. Bahan pelajaran yang diseduiakan kurang menarik minat murid-murid.

2. Faktor peribadi a. Kemiskinan dan masalah sosial- setengah murid yang miskin terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk belajar. Tidak mendapat galakan dari ibu bapa. Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa.

b. c.

3. Faktor kurang kecerdasan Faktor kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental. Murid murid ini terdiri daripada murid-murid yang lambar berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Masalah mental wujud adalah disebabkan; Warisan keturunan ibu bapa. Kelahiran secara tidak normal speerti kelahiran tidak cukup bulan. Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan. Kekurangan makanan yang berzat.

Page 2 of 7

Faktor mental dalam masalah pembelajaran dapat diperlihatkan melalui tanda-tanda berikut; Tidak boleh membunyikan perkataan dengan tepat. Tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat. Cepat lupa apa yang di ajarkan oleh guru. Kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh membaca. Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat. Tidak boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab. Tidak boleh mengikuti pengajaran guru dalam kelas biasa. Kebolehan memahami konsep dan menguasai kemahiran adalah lemah dan terhad. Malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk membaca. Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah diperlukan. 4. Faktor fizikal Kekurangan makanan yang berzat- cepat letih menyebabkan tidak berupaya memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya. Kekurangan disebabkan membuat kerja-kerja sambilan. Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai penyakit sering cuti menyebabkan pelajaran terganggu. Masalah kecacatan- pekak, bisu, buta dan sebagainya.

Page 3 of 7

5. Faktor psikologi Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

PERANAN GURU-GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN PEMULIHAN 1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan. 2. Mengurus aktiviti pengajaran pemulihan. 3. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan. 5. Menjalankan aktiviti penialian untuk sesi pemulihan 6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS BIASA

MENGENAL PASTI MURID

MENGANALISA MASALAH MURID

MEMBUAT RANCANGAN PENGAJARAN

TINDAKAN SUSULAN

MEMBUAT PENILAIAN

MELAKSANAKAN PENGAJARAN

Page 4 of 7

1. CARA MENGESAN MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID 1.1. Memerhati murid belajar. 1.2. Temuramah / interaksi dengan murid. 1.3. Menganalisa hasil kerja murid. 1.4. Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat, kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. 2. MENGANALIS MASALAH PEMBELAJARAN MURID. 2.1. Mengadakan ujian diagnostic secara bertulis dalam bentuk objektif atau subjektif. 2.2. Masalah kecacatan fizikal dan mental. 3. MEMBUAT RANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN Rancangan hendaklah dibuat berdasarkan prinsip-prinsip berikut; 3.1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid. 3.2. Langkah penyampain hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak. 3.3. Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep. 3.4. Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya. 3.5. Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran. 3.6. Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak. 4. MENGADAKAN PENGAJARAN PEMULIHAN Program pemulihan dijalankan dlaam kelas biasa. Murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut;

Page 5 of 7

PENGAJARAN GURU

PEMBELAJARAN MURID

LATIHAN

PENILAIAN

5. TINDAKAN SUSULAN Sekiranya murid-murid bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka dibolehkan mengikuti pelajaran baru bersama murid-murid yang lain, jika sebaliknya guru menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.

PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA.2 Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi; 1. Menentukan objektif pengajaran Objektif pengajaran pemulihan haruslah ditentukan. Objektif biasanya berdasarkan kepada punca masalah yang murid hadapi. 2. Merancang langkah-langkah dan strategi Perancangan langkah-langkah mengajar haruslah berdasarkan kepada objektif pengajaran yang ditentukan. Langkah-langkah disusun daripada yang kiongkrit kepada yang abstrak serta menggunakan pelbagai aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai. 3. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Penghajaran hendaklah berdasarkan kepada perancangan yang dibuat. Semasa aktivit pengajaran dijalankan, murid-murid lain akan menjalani aktiviti pengayaan. Kadang-kadang murid yang cerdas dan berkebolehan menolong murid-murid yang bermasalah membuat aktiviti pengukuhan.

2hb April 2011, Sabtu-kuliah

Page 6 of 7

4. Membuat penilaian Penialain boleh dijalankan dengan tiga cara; 4.1. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid. 4.2. Soal jawab selepas aktivit pengajaran guru. 4.3. Pemeriksaan hasil kerja murid. Semua hasil penilaian harus direkod secara individu dalam satu borang rujukan.

Page 7 of 7

Вам также может понравиться