Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

Pengenalan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada muridmurid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan di buat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

2.0

Rasional

Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut: 1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. 2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas. 3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

3.0

Objektif 1. Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan mereka. 2. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.

3. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah. 4. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk kepada pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan. 5. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan murid-murid sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. 4.0 Kumpulan Sasaran

Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori murid yang diberi pemeriksaan kesihatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Lang adalah seperti di bawah: 1. Pra sekolah 2. Tahun 1 3. Tahun 6

5.0

Strategi Pelaksanaan Projek; 1. guru pelatih membuat kertas kerja dan melantik ahli jawatankuasa untuk mengendalikan program pemeriksaan kesihatan ini. 2. Perbincangan di buat semula seminggu sebelum program apabila dewan

masih dalam kerja-kerja pembaikan dan memerlukan tempat pemeriksaan yang lain. 3. Setelah berbincang dengan guru besar, tempat untuk program dibuat pada dua tempat iaitu di dalam dewan sekolah jika aktiviti keceriaan dewan siap dan di bilik unit kesihatan sekolah bagi mempercepatkan perjalanan aktiviti program pemeriksaan keatas murid-murid.

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LANG, KUALA LANGAT SELANGOR OLEH: AZREYZAN BIN BAHAMAN

Pada hari selasa yang lalu bersamaan 9 julai 2013 Guru pelatih daripada institut pendidikan guru kampus teknik dan kampus pendidikan islam telah menganjurkan satu program pemeriksaan kesihatan untuk murid-murid sekolah kebangsaan sungai lang dibawah pemantauan unit kesihatan sekolah sebagai salah satu projek untuk latihan Internship. Berikut merupakan butiran-butiran program; Tarikh Hari Masa Tempat Murid terlibat : : : : : 9 Julai 2013 Selasa 8.00 10.00 Pagi Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Lang prasekolah, murid tahun 1 dan murid tahun 6

Sebelum

program

ini

bermula

kami

ahli

jawatan

kuasa

yang

bertanggungjawab telah berbincang dan merancang seminggu awal untuk memastikan kelancaran aktiviti program. Kami telah berbincang dengan unit kesihatan sekolah yang diwakili oleh cikgu hakim dan guru penolong kanan pentadbiran iaitu puan Fatimah binti ali untuk mendapatkan maklumat dan menentukan tempat. Setelah mendapat pengesahan besar, ahli jawatankuasa program kertas kerja daripada guru

terus memulakan tugasnya. Namun terdapat

beberapa perubahan yang perlu dilakukan terhadap tentatif program dan tempat pemeriksaan yang ingin dijalankan. Hal ini disebabkan, dewan sekolah masih dalam kerja-kerja penambahbaikan dan tidak sesuai digunakan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Program ini dimulakan dengan menyambut ketibaan para doktor dan jururawat daripada hospital banting pada jam 8 pagi di sekolah kebangsaan sungai

lang. Para doktor dan jururawat dibawa terus ke bilik unit kesihatan sekolah kebangsaan sungai lang kerana dewan masih dalam proses mengecat bahagian dalam dewan. Kedatangan mereka disambut oleh guru-guru pelatih dan guru-guru yang bertanggungjawab dalam program ini. Oleh kerana tidak mahu membuang masa, tepat jam 8.30 pagi kami terus pergi memanggil kelas yang pertama iaitu murid-murid pra sekolah. Murid pra sekolah datang ke unit kesihatan dalam keadaan berbaris dengan diiringi oleh guru pra sekolah. Murid-murid pra sekolah akan dibuat pemeriksaan kesihatan bermula daripada pemeriksaan mulut, kepala, badan dan tahap kesihatan murid. Setiap murid mempunyai kad kesihatan yang akan ditanda oleh jururawat dan doktor sebagai tanda mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sekolah. Akhir sekali,murid pra sekolah diberi makan ubat cacing untuk menambahkan imunisasi murid terhadap penyakit yang disebabkan oleh cacing. Apabila kesemua murid para sekolah telah selesai. Pemeriksaan kesihatan diteruskan dengan memanggil murid-murid tahun satu. Tahun satu usaha merupakan kelas pertama yang dipanggil ke unit kesihatan. Seperti murid-murid pra sekolah, murid-murid tahun satu diberi pemeriksaan badan yang menyeluruh bermula daripada kepala hingga ke badan. Proses ini berjalan dengan lancar sehinggalah murid tahun satu diberitahu untuk bersedia untuk menerima suntikan BCG. Suntikan ini amat penting bagi murid jika mahu mengelakkan diri dengan jangkitan penyakit batuk kering ataupun dengan nama saintifiknya ialah tuberculosis. Muka murid tahun satu kelihatan mula pucat dan takut. Guru kelas memberikan sokong motivasi dan dorongan kepada murid untuk meneruskan pemeriksaan kesihatan. Murid-murid tahun satu secara keseluruhannya Berjaya dibuat suntikan walaupun ada segelintir yang cuba melepaskan diri dan ada yang sakit. Pemeriksaan dihentikan seketika pada jam 9.40 pagi kerana para doktor dan jururawat tidak mahu mengambil masa rehat murid. Para guru menjamu selera di bilik guru kerana ada jamuan untuk menyambut bulan puasa. Manakala rombongan daripada hospital menjamu selera di kantin sekolah.pada jam 10.10 pagi, pemeriksaan kesihatan diteruskan dengan tahun satu setia. Pemeriksaan juga berjalan dengan lancar Cuma ada beberapa orang murid yang menangis kerana tidak mahu disuntik dengan jarum. Guru pelatih dengan bantuan guru lain menenangkan murid-murid ini agar berani untuk meneruskan pemeriksaan kesihatan.

Akhir sekali, pemeriksaan tahun 6 pula dijalankan tepat jam 10.40 pagi dimulai dengan murid-murid tahun 6 setia,kemudian tahun 6 usaha ,akhirnya tahun 6 jujur. Pada pemeriksaan kali ini, para doktor dan jururawat hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan walaupun pada awalnya ingin membuat suntikan RUBELA kepada murid tahun 6. Doktor hanya memastikan semua murid tahun 6 mempunyai kesan suntikan BCG dan membuat pemeriksaan kesihatan. Program ini tamat pada jam 11.30 pagi dengan berakhirnya pemeriksaan kelas tahun 6 jujur. Guru-guru pelatih membantu para jururawat dan doktor memunggah barang ke dalam van hospital dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan mengiringi mereka keluar daripada kawasan sekolah. Semua ahli jawatankuasa program mengemas barang di bilik unit kesihatan sekolah sebelum bersurai.

Disediakan oleh (Azreyzan Bin Bahaman) Guru Pelatih, Ipg Kampus Teknik Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Disemak oleh, (Tn. Syed Nasruddin B Syed Aziz) Mentor Program Internship , Sk Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. .

Penilaian (Analisis S.W.O.T)

Kekuatan Kelengkapan yang terdapat dalam bilik unit kesihatan sekolah sesuai dan lengkap untuk digunakan dalam pemeriksaan kesihatan murid. Setiap ahli jawatankuasa bekerjasama dengan baik antara guru , kakitangan sekolah dan unit perubatan daripada hospital banting dalam mengendalikan program ini.

Kelemahan Tempat yang digunakan tidak begitu sesuai untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara beramai-ramai kerana bilik unit kesihatan sekolah tidak dapat menampung ramai murid pada satu-satu masa. Semasa murid-murid yang lain menunggu giliran untuk diperiksa, mereka terpaksa menunggu di luar bilik unit kesihatan walaupun dalam cuaca hujan.

Cadangan Penambahbaikan Ahli jawatankuasa program perlu memastikan dewan tidak digunakan pada masa-masa akhir dengan berbincang dan merancang dengan lebih awal dengan pihak pentadbiran sekolah. Ahli jawatan kuasa perlu mnyediakan satu tempat khas untuk murid-murid yang lain menunggu giliran kerana menunggu di luar bilik kesihatan sahaja kurang baik terutamanya ketika cuaca panas dan hujan.

Kesimpulan Secara keseluruhannya, program pemeriksaan kesihatan ini dapat dijalankan dengan jayanya berkat daripada usaha pihak pentadbiran, kerjasama guru-guru kelas dan ahli jawatankuasa yang berusaha untuk memastikan program ini mencapai matlamat. Pemikiran semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah seperti penukaran tempat pemeriksaan dan perubahan tentatif dengan tenang dan tidak panik menunjukkan bahawa semua perkara dapat diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya dengan profesinal.

Вам также может понравиться