Вы находитесь на странице: 1из 2

BAB 2 : UNSUR-UNSUR PERGERAKAN 2.1 Ruang Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan.

Terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti : a) b) c) d) aras arah aliran - tinggi, sederhana dan rendah - hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah - awangan, lantai, lurus dan berliku-liku

ekstensi - mengecil dan membesar

2.2

Masa Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. a) Serta merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapa dikawal. Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan berayun. Ia boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak pertergesa-gesa atau cepat.

2.3

Tubuh Badan Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan - Pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

2.4

Aliran Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya, permainan ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.

2.5

Daya Komunikasi Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.

Вам также может понравиться