Вы находитесь на странице: 1из 2

Alan Mathison Turing (1912 - 1954) ialah ahli matematik,logik, dan kriptografi.

Dianggap sebagai bapa sains komputer moden, beliau membekalkan pemformalan yang terpengaruh kepada konsep algoritma dan pengiraan menerusi mesin Turingnya.

2. Dilahirkan di London, Turing menyertai sekolah St Michael ketika berumur enam tahun.
Sebagaimana dengan banyak pendidiknya yang kemudian, guru besar sekolah itu mengecam bakat Turing yang luar biasa sejak awal-awal lagi. Pada tahun 1926, Turing menyertai Sherborne School, sebuah sekolah awam yang termasyhur di Dorset.Kecenderungannya terhadap matematik dan sainstidak disukai oleh sesetengah guru di Sherborne yang menekankan pendidikan klasik. Keengganannya untuk belajar kajian klasik dengan bersungguh-sungguh menyebabkan beliau gagal menerima biasiswa ke Trinity College, Cambridge. Oleh itu, Turing menyertai King's College, Cambridge di mana beliau lulus dengan ijazah yang cemerlang.

3. Dalam sebuah kertas kerja pada tahun 1936 yang berjudul "On Computable Numbers, with an
Application to the Entscheidungsproblem" (Tentang Nombor Boleh Kira, dengan Penggunaannya kepada Entscheidungsproblem), Turing merumus semula dapatan yang dihasilkan oleh Kurt Gdel pada tahun 1931 tentang had bukti serta pengiraan.Dengan menggantikan bahasa formal berasaskan arimetik sejagat Gdel dengan apa yang kini dikenali sebagai mesin Turing, beliau membuktikan bahawa mesinnya berupaya melakukan semua masalah matematik jika masalah itu dapat diwakili olehalgoritma.

4. Pada tahun 1938, Turing memperoleh ijazah kedoktorannya daripada Princeton


University. Disertasinya memperkenalkan konsep tentang pengkomputanrelatif, dengan mesin Turing diperkukuh dengan mesin-mesin orakel yang membenarkan pengkajian masalah yang tidak dapat diatasi oleh mesin Turing.

5. Semasa Perang Dunia II, Turing bertugas di Bletchley Park, pusat pemecahan tulisan rahsia di
Britain dan buat suatu tempoh, mengetuai Hut 8, bahagian yang bertanggungjawab terhadap kriptanalisis tentera laut Jerman. Beliau mencipta sebilangan teknik untuk memecahkan sifer Jerman, termasuk juga kaedah Bombe, mesin elektromekanik yang berupaya mendapatkan seting untuk mesin Enigma.

6. Pada hari ini, mesin Turing merupakan perkara yang utama dalam pengkajian teori
pengiraan. Dengan ujian Turing, Turing memberikan sumbangan yang penting kepada perdebatankecerdasan buatan, iaitu bolehkah mesin dikatakan memiliki kesedaran dan berupaya memikir? Dari tahun 1945 hingga tahun 1947, beliau bertugas di Makmal Fizik Negara, UK dan sewaktu di sana, beliau mencipta salah satu reka bentuk yang terawal untuk komputer yang dapat

menyimpan atur cara (komputer tersebut tidak pernah dibina). Pada tahun 1948, Turing berpindah ke Universiti Manchester untuk mengerjakan Manchester Mark I yang ketika itu merupakan salah satu komputer sebenar yang terawal di dunia.

7. Pada tahun 1952, Turing disabit bersalah terhadap tuduhan kelucahan melampau dalam zaman
ketika kehomoseksualan masih merupakan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang Britain. Beliau membunuh diri pada 7 Jun 1954. Separuh epal yang dibubuhi sainida dijumpai di sebelah katilnya. lebih...

Saintis British, Alan Turing mereka bentuk Colossus, sebuah komputer elektronik pemecah kod rahasia. Colossus dicipta khas untuk tentera bagi memecahkan kod-kod rahsia German. Kemunculan komputer ini telah dirahsiakan sehingga tahun 1970-an.

Вам также может понравиться