Вы находитесь на странице: 1из 12

Cabaran Guru Masa Kini Tugas seorang guru kini bukan sekadar pengajar, sebaliknya mencurahkan segala ilmu

pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan pelajar. Begitupun pada masa kini peranan seorang guru semakin kurang memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah walaupun tugas dan tanggungjawab itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Tugas seorang guru pada hari ini semakin berat dan ramai dalam kalangan guru meluahkan rasa keluhan dan rungutan mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.Tugas dan tanggungjawab guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Sebaliknya, pada hari ini semakin banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi di sekolah. Tidak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak songeh serta pelbagai kritikan lagi dilemparkan kepada para guru termasuklah sindiran seperti sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut.

Peranan guru semakin mancabar Mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu ini mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya guru di sekolah ketika ini yang bukan sekadar bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tidak selesai di sekolah dan terpaksa dibawa sehingga ke rumah pada hari Sabtu dan Ahad. Di sekolah pada hari ini, banyak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang kerani atau pegawai data kini menjadi tugas seorang guru. Tugas-tugas guru yang rutin seperti merekod maklumat murid, data profil murid, analisis keputusan ujian dan peperiksaan secara manual dan berkomputer. Begitu juga dengan kerja-kerja pembayaran buku rujukan, pembahagian susu dan pakaian sekolah, rekod skim pinjaman buku teks, inventori aset sekolah dilaksanakan oleh seorang guru. Tugas-tugas

tambahan ini kemudian diteruskan lagi dengan tugas arahan pentadbiran dan sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pelajaran daerah serta jabatan pelajaran negeri. Justeru itu, adalah tidak wajar seorang guru dahulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini. Jika pada hari ini semua kerja perlu direkod dalam sistem berkomputer walaupun rekod bertulis telah dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer dan tidak semua guru tahu dan celik menggunakan komputer. Bagi ketua panitia mata pelajaran pula, bebanan itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan, penyimpanan dan pelaporan serta analisis peperiksaan dan ujian yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.

Xxxxx Peranan Guru Masa kini...cabaran atau tekanan? Isnin 8 April 2013

Salam untuk semua. Menyingkap tajuk di atas peranan guru masa kini...cabaran atau tekanan? sesuatu yang perlu difikir bersama. Di mana letak nilai seorang guru dewasa ini dengan permasalahan yang saban waktu tidak terperi dengan tanggungjawab? atau guru hanya pencaturan dalam merefomasikan pendidikan yang semakin rencam dengan bebanan dan dalam masa yang sama tercabar dengan bebanan tugasan di luar bidang mereka.Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.( Surah al-Nahl ayat 125) Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: 1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja. 2- Muallim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. 4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh.

Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat Islam yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan.Oleh itu bergembiralah wahai para guru jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini

1515/0303/2013 in TERKINI |

Xxxx

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks.

Xxxx Kerjaya sebagai pendidik sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Tidak hairanlah, selain ibu bapa, guru dan pendidik adalah orang yang amat dipercayai dan dihormati pelajar dan masyarakat. Mereka menjadi contoh terbaik kepada pelajar dan sentiasa dipandang tinggi. Pepatah ada mengatakan guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Mungkin bukan suatu yang memeranjatkan jika ada yang masih mengingati guru mahupun pensyarah mereka walau sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan dan universiti. Di sekolah rendah guru adalah ejen yang membentuk peribadi kanak-kanak sejak kecil. Mereka diajar dengan pelbagai asas ilmu dan nilai murni. Guru mengajar membaca, menulis, mengira dan berbudi bahasa seperti mengucapkan terima kasih, saling bekerjasama dan berakhlak mulia. Sering kali kita dapati guru di sekolah rendah terdiri daripada mereka yang sangat penyayang dan prihatin terhadap murid mereka. Di peringkat sekolah menengah guru memberi ilmu dan memupuk sikap bertoleransi serta menjadi pendengar yang baik kepada murid yang mengalami transisi daripada kanak-kanak menjadi remaja. Di universiti misalnya, pendidik yang baik disenangi pelajar, malah mudah untuk pelajar berinteraksi dan berbincang.

Evolusi kerjaya guru Namun apabila zaman berubah, kerjaya guru mengalami evolusinya tersendiri. Jika zaman dulu guru terdiri daripada mereka yang benar-benar minat menjadi pendidik dan sanggup berkorban untuk kerjaya berkenaan, zaman siber memperlihatkan pola perubahan kepada profesion itu. Walaupun ramai antara mereka yang memohon menjadi guru kerana minat mendalam dalam kerjaya itu, namun ada sesetengahnya memilih kerjaya mendidik kerana terpaksa. Profesion itu adalah pilihan kedua mereka yang tidak berjaya mendapat pekerjaan mengikut jurusan dipelajari. Kerjaya ini dianggap sebagai suatu survival untuk hidup kerana kesukaran mendapat pekerjaan lain. Mungkin ada antara mereka pada mulanya hanya suka-suka memilih kerjaya ini, namun akhirnya mula mencintai profesion ini apabila sudah bergelar pendidik. Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang menjadikan profesion ini sekadar tempat persinggahan dengan sekadar mendapat gaji dan tidak dapat menjiwai profesion ini secara menyeluruh. Selain tidak dapat menjiwai profesion yang mulia ini dengan baik, mereka juga gagal menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar serta tidak ikhlas menjalankan amanah yang diberi. Transformasi pengajaran Sememangnya tidak dinafikan cabaran menjadi seorang guru di zaman siber ini amat besar dan memerlukan satu transformasi cara pengajaran yang berkesan. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan ilmu kepada generasi tanpa wayar sekarang ini. Seorang pendidik perlu memiliki peribadi yang baik seperti sabar, belas kasihan, kreatif, berilmu, bijaksana dan berpengalaman. Memetik kata-kata Prof Dr Sidek Baba dalam buku Pendidikan Rabbani, beliau menjelaskan bahawa pendidik bukan saja mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat atau pengalaman, malah kepakaran mengenai sesuatu. Selain itu, pendidik juga mesti memberi contoh dan pekerti yang baik ketika mendidik. Mereka juga mesti mempunyai sifat kesabaran, ikhlas, amanah, adil serta bertimbang rasa dan lain-lain kualiti yang penting dalam proses pendidikan. Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bukan mudah menjadi guru yang mempunyai peribadi agung dan dihormati pelajar. Mereka menjadi pendidik terbilang apabila dapat melahirkan generasi berkualiti dan berakhlak mulia yang diperlukan negara dan masyarakat. Kisah pengorbanan guru di luar bandar patut dijadikan contoh kepada guru yang mengajar di bandar besar dengan segala kemudahan berada di hujung jari. Bayangkan guru di kawasan pedalaman terpaksa menaiki bot, meredah hutan dan

berkorban banyak perkara untuk menyampaikan ilmu kepada murid mereka. Namun mereka masih bertahan dengan kerjaya berkenaan. Walaupun negara sudah semakin maju, kita jangan pula lupa bahawa masih ada beberapa kawasan pedalaman yang tidak mendapat kemudahan dalam pembelajaran. Sesetengah sekolah di kawasan mundur masih amat jauh ketinggalan. Mereka tidak mempunyai kemudahan moden, umpamanya komputer, ada kalanya kerusi dan meja juga amat daif selain kekurangan kelengkapan, infrastruktur dan prasarananya. Namun semangat guru yang mengajar di kawasan seumpama ini amat dipuji. Penulis pernah membuat tinjauan di sebuah kawasan pedalaman di hulu Perak dan mendapati kegigihan guru serta murid dalam proses pembelajaran amat jauh berbeza dengan sekolah di bandar yang bukan saja lengkap dengan alat pembelajaran canggih dan moden, malah ada antaranya memiliki kelas berhawa dingin. Justeru, dalam dunia pendidikan masa kini, melahirkan guru yang benar-benar menjiwai kerjaya mendidik bukanlah mudah. Landskap pendidikan juga sudah banyak berubah. Guru bukan saja diamanahkan dengan tugas hakiki, tetapi juga terpaksa melaksanakan tugas pentadbiran, kokurikulum selain memegang jawatan tertentu dalam persatuan dalaman dan luar sekolah. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru diharap akan gigih mencurahkan bakti mereka dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti dari sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik. Ingatlah bahawa pendidik terbilang melahirkan pelajar cemerlang. Xxx

Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Nona Seri - Sunday, 7 April 2013, 02:46 PM

Salam. Saya bukan menyesal menjadi guru, tetapi sekadar berkongsi cerita dan juga untuk mengurangkan bebanan di minda.Seperti yang kita ketahui jika di zaman guru pada tahun 1980an guru hanya ditugaskan untuk mengajar di dalam bilik kelas sahaja tanpa dibebankan dengan tugas itu dan ini, sebab itu murid-murid dahulu disiplinnya senang di lentur dan keputusan memuaskan. Tetapi sekarang di era tahun 2000 guru telah dibebankan dengan pelbagai tugas, baik dari segi kewangan iaitu Kwamp, e-kasih, dan juga banyak tugas perkeranian yang tidak tahu dah berapa banyak, semua benda sekarang perlu diisi secara on-line dan sebagainya, tidak hairan sekarang ramai guru yang memilih untuk pencen muda. Bagi kami yang sedang belajar terasa begitu banyak bebanan di sekolah untuk di penuhi, dan banyak juga kekangan yang terpaksa dihadapi sepanjang kita semua mengikuti program PPG ini terutama bagi kami yang daripada kohort 3 yang sudah berumur ini. Namun begitu perjuangan terpaksa diteruskan juga demi untuk bergelar seorang guru berijazah. Kita tidak akan mengalah dan akan terus berusaha sampai berjaya, walaupun kekangan masa terpaksa kami tempuhi untuk menjadi pelajar yang berwibawa dan berjaya, oleh itu semangat juang kami tidak pernah padam oleh tindihan tugas yang terdapat di sekolah. Semua kuiz, forum dan kerja kursus tetap kami lunaskan. Semoga kita sama-sama di limpahi kesihatan yang sentiasa. Amiiin.

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Siti Zanariah Muhammad - Sunday, 7 April 2013, 03:24 PM

Saya setuju dengan luahan Pn.Nona Seri.Sememangnya tugas guru masa kini semakin mencabar.Kita bukan sahaja mengajar malahan membuat kerja-kerja pengkeranian.Namun hidup ini perlu diteruskan.Bebanan tugas di sekolah mahupun di rumah tidak patut dijadikan alasan kita untuk terus belajar dan mendapat segulung ijazah.In Shaa Allah kita semua mampu mengharunginya.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Redan Ginoh - Sunday, 7 April 2013, 10:08 PM

Tidak lama lagi, mungkin bermula Jun atau Julai, berapa kali murid keluar kencing pun mau direkod secara on-line!!

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Rosmah Bt Mohd. Idris - Tuesday, 9 April 2013, 12:09 AM

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.Sememangnya banyak pertambahan lingkungan tugasan guru masa dahulu dan guru masa sekarang.Dari segi fokusnya tugas guru dulu dan sekarang tetap sama iaitu mendidik dan mengajar pelajar agar menjadi seorang pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi ,rohani dan intelek.Pertambahan tugas guru yang ketara ketika ini ialah dari aspek tugas-tugas pengkeranian yang sedikit sebanyak menganggu tugas perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru di dalam kelas atau bilik darjah.Selain itu, semua guru/pendidik kini perlu celik IT.Guru kini juga perlu memantapkan ilmu dan kepakaran yang ada pada dirinya dari semasa ke semasa sejajar dengan matlamat KPM menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Salfarina Isma Ramli - Tuesday, 9 April 2013, 09:18 AM

Menjadi seorang pendidik bukannya mudah seperti yang dilihat oleh masyarat sekeliling.Tugas guru berat sebenarnya.Guru sekarang bukan duduk,tulis dan semak buku sahaja malah perlu mahir dalam dunia ict.Guru dan ict tidak dapat dipisahkan lagi.Murid makin terbiar dalam mengenal huruf kerana banyak kerja guru yang sepatutnya pihak lain lakukan dilakukan oleh guru.Kasihan anak-anak sekarang yang masih tidak tahu membaca.Demi anak bangsa kami tetap menyambung pelajaran demi menjadikan anak bangsa terus berjaya.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Suganthi Mariappan - Tuesday, 9 April 2013, 08:13 PM

Saya sangat setuju dengan pendapat saudara dan saudari. Dari segi faktor luaran kehidupan guru nampaknya sangat mewah. Kekangan masa dan tekanan emosi sudah menjadi satu pakej dengan jawatan guru sekarang. kadang - kadang terpaksa mengabaikan keluaraga demi jawatan. Ada masanya saya terfikir untuk mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan hanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama dengan keluarga. Saya tak terdaya sebab banyak komitmen .... jadi terpaksalah setiap hari melalui perkara yang sama.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Vanithamalar Muniandy - Wednesday, 10 April 2013, 07:32 PM

Pada tahun 80-an, kerja sebagai guru hanya 1/2 hari sebab tugas guru hanya mengajar dan semak buku sahaja ; pukul 1.30 tgh balik rumah. Maka lebihan masa diluangkan bersama ahli keluarganya. Tapi pada kini ,setiap hari guru berada di sekolah hingga 4.00 petang pun kerja tidak habis. Tambahan kekangan masa menyebabkan kita terpaksa mengabaikan urusan lain demi profesional kita. Kini guru dibayar gaji lebih pun tidak bermakna kerana kerja pun semakin banyak setaraf dengannya. Pada masa kini, kerja guru adalah sepanjang hari. Ini menyebabkan timbulnya masalah persefahaman dalam keluarga, gangguan tekanan dan emosi. Walau bagaimanapun, kita harus memberi keutamaan kepada perkara tertentu pada masa tertentu sahaja.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Mohd Niza Mohamad - Thursday, 11 April 2013, 10:27 AM

Salam cikgu. Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Kadang kala teringat senikata lagu 'dulu lain sekarang dah lain'. Kalau dulu satu kerja sekarang dah banyak kerja. Namun, tugas tetap tugas yang harus dipikul selagi berkudrat dalam mendidik.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Afandi Apong - Thursday, 11 April 2013, 12:32 PM

salam.... "Dulu lain sekarang lain " memang sangat sesuai dengan situasi yang dialami oleh guru-guru sekarang.Kalau dahulu era 70-an beban guru tidaklah seperti beban yang ditanggung oleh guru sekarang. Guru dahulu tidak pening kepala melaksana dan membuat laporan kerja-kerja diluar PdP.Sekarang..tugas-tugas guru mengalahkan tugas kerani sekolah...sehingga ada ketikanya guru-guru terpaksa mengajar masa untuk menyiapkan laporan ,kertas kerja dan sebagainya yang diluar PdP sehingga mengabaikan tugas dikelas seperti mengajar ,membuat alat bantu dan menyediakan buku rekod mengajar... Jika disenaraikan tugas-tugas guru sekarang...memang banyak bukan sahaja memerlukan kemahiran berfikir guru malah memerlukan juga kemahiran fizikal,tenaga,kewangan sendiri dan masa...ada masanya terbawa sehingga tidur...aduhai pengorbanan guru.redakan saja semuga mendapat reda daripada Yang Maha Berkuasa..amin

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Jihos Aheng - Thursday, 11 April 2013, 09:37 PM

Saya sokong cerita/komen/pendapat dan idea cikgu Nona.Memang tugas guru sekarang tidak seperti tugas guru zaman dahulu iaitu zaman sebelum zaman ICT. Kalau dilihat dari segi tugas guru dahulu dan tugas guru masa sekarang memanglah tugas guru dilihat dan dikatakan senang kerana bertugas dari jam 7 pagi sampai jam 1 petang sahaja.Zaman dahulu, guru mengajar menggunakan buku teks sahaja. Zaman sekarang, guru perlu menggunakan alat multimedia dalam PdP. Oleh itu, para guru sekarang terpaksa/dipaksa dan memaksa diri untuk mahir dlm penggunakan alat-alat ICT. Kalau tidak, guru itu akan merasakan dirinya ketinggalan zaman.Mahu tak mahu terpaksa juga berusaha memahirkan diri dlm bidang ICT.

Zaman ICT sekarang hampir semua kerja perlu dilakukan dengan menggunakan komputer dan sebagainya. Memang ramai yang berpendapat bahawa zaman ICT sekarang semua kerja menjadi mudah. Tetapi pada pendapat saya , saya tidak dapat setuju seratus peratus dalam hal ini. Alasan saya ialah sebab tidak semua pelusuk/ kawasan di negara kita Malaysia ini boleh melayari internet. Contoh di sekolah tempat saya bertugas iaitu di SK Raso,Lundu.Internet di sini ....kejap ada, kejap tak da....Macam iklan " Chipmore".Jadi inilah masalah guru-guru di sini. Tugas guru sekarang banyak yang perlu online/ emel.Bagi guru-guru yang bertugas di bandar yang line internetnya sentiasa baik adalah amat beruntung jika dibandingkan dengan guru-guru yang senasib dengan saya yang bertugas di pedalaman. Terpaksalah beli broadband...tapi dengan broadband pun sama je.Terpaksa cari tempat yang ada line. Ini hanya antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru di pedalaman. Kalau nak diceritakan.......sehari semalam memang tak habis. Jadi cukup sampai di sini dulu buat kali ini. Ini hanya utk menghilangkan stress je. He...he. Terima kasih kepada yang sudi membaca coretan saya ini.Akhir sekali moga semua pelajar serta semua pensyarah yang terlibat akan sentiasa diberi kesihatan yang melimpah-limpah. AAAAAAmmmiiiiiinnnnn.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Zulkarnain Hassan Daud - Thursday, 11 April 2013, 09:54 PM

salam kepada semua rakan.. Saya setuju dengan kenyataan rakan. tetapi semua itu bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.. hanya data2 sahaja yg boleh menunjukkan seseorang guru itu menjalankan tugas dgn baik. sebab itu kita terpaksa membuat kerja2 pengkeranian... sebab itu guru yg cemerlang kerjanya disekolah mempunya beban tugas yg lebih banyak daripada yg lain... ini disebabkan kepercayaan pihak pentadbir dan rakan guru yg lain terhadap beliau... perhatikan disekolah masing2

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Siti Sara Ismail - Thursday, 11 April 2013, 10:07 PM

Salam 1 malaysia.

Saya juga sependapat dengan saudara Zulkarnain. Bak kata pepatah melayu Lain padang lain belalang, Lain zaman lain Cabaran

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Redan Ginoh - Monday, 15 April 2013, 12:19 PM

Doing unnecessary things has become part and parcel of teachers these days. We just have to keep up or to go on. However, if you can't supply datas to your PPD or to the Department online, do not worry too much. Worry if Ali or Peter or Sheila still cannot read or cannot write their names or cannot memorise multiplication tables.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Malia Masri - Friday, 10 May 2013, 08:44 PM

Saya juga setuju dengan pendapat cikgu. Tugas mendidik anak murid terpaksa dibahagikan dengan tugas perkeranian sehinggakan kita terpaksa memberi murid-murid di dalam kelas dengan latihan dan guru terpaksa menghadap komputer untuk online apa-apa saja yg diperlukan oleh pihak jabatan.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Ukaneswary Kali - Friday, 19 April 2013, 12:54 PM

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu Nora Seri dan rakan-rakan sekalian. Pekerjaan guru kini meningkat ke 24 jam. Setiap saat terpaksa mengingkatkan tugasan sekolah . Bebanan ini tidak lama akan meningkatkan tekanan mental di kalangan guru. Tugasan fail semakin meningkat . P&P di kelas kurang diberi tumpuan bukannya sengaja tetapi terpaksa memberi tumpuan pada fail KSSR.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Sivam Kerisnan - Friday, 19 April 2013, 01:00 PM

Selamat sejahtera.Tugasan guru di sekolah pada masa sekarang sudah menjadi beban betul.Kadang-kadang guru besar pun tidak bertimbang rasa.Semakin hari semakin muncul

pelbagi program di sekolah dan diwajibkan buat dalam masa yang tersingkat.Guru yang mengajar tentang kesihatan kepada murid tetapi guru sendiripun tidak dapat menguruskan masa untuk menjaga kesihatan diri seperti makanan yang seimbang, rehat yang secukup.Selain itu, guru juga tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Zuraini Bt. Ismail - Monday, 29 April 2013, 07:29 PM

Salam sejahtera, Saya setuju dengan pendapat saudara-saudari sekelian. Tugas guru sekarang begitu banyak dan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Berbagai program yang terkini perlu diisi oleh guru-guru sekarang. Dari e-operasi, e- kasih, data nilam, sppbs,kwamp, saps dan berbagai lagi. Kadang kala guru seakan tidak cukup masa untuk mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki menyebabkan terpaksa bersengkang mata di hadapan komputer hingga lewat malam atau bangun dari tidur dalam jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi data secara on-line. Apa pun sebagai guru tanggungjawab dan amanah mendidik anak bangsa tetap dilakukan sebaik mungkin.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Wan Norsyarwani Bt Wan Md Saad - Saturday, 4 May 2013, 11:07 PM

Alhamdulillah, ada jgk guru yg sefahaman dgn sy. Tugas guru skrg trlalu byk kekangannya. Kta bkn nk mrungut ttg soal bebanan cuma mtk sdikit rsa smpati. Tugas mngajar adalah sesuatu yg myeronokkn tetapi yg mbebankn kta adalah pnilaian yg kdg2 dirasakn tdk prlu. Brmula dgn mggu dpn plk kta akn dibebani pula dgn 1 lg pnilaian yg trpksa dibuat kpd murid2 thn 1. slmt memeningkn kpla whai guru2 yg prihatin...

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Hazliza Abdullah @ Gelehia Anak Tiga - Sunday, 5 May 2013, 03:52 PM

Salam 1 Malaysia,

Guru" ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain".Begitu mulianya tugas seorang guru.Tidak dapat dinafikan yang tugas guru pada masa kini memang banyak cabaran dan amanah yang perlu kita pikul sesuai dengan perkembangan pendidikan yang menuju ke arah perubahan pendidikan bertaraf dunia. Walaupun begitu,kita sebagai guru bersedia menggalas amanah tersebut demi anak-anak didik kita.Insya Allah ,dengan keikhlasan yang kita curahkan akan membuahkan hasil.

Show parent

Re: Guru masa dahulu dan guru masa sekarang.


by Siow Wee Li - Thursday, 30 May 2013, 05:18 PM

Ya, ya, zaman sudah beredar, dengan adanya teknologi yang makin hari makin canggih, kita terpaksa mengikuti perkembangan zaman untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada. Setelah tamat pelajaran dari institut peguruan, kita mulai menghadapi cabaran yang SEBENARnya. Dan ianya bukan suatu cabaran yang mudah, kita terpaksa berhadapan dengan pihak sekolah, ibubapa, anak murid serta JPN. Tekanan yang dihadapi tidak pernah berkurangan, tetapi apa yang kita pinta hanyalah sikap timbang rasa kerjasama dari semua pihak. Contohnya apabila kami diminta untuk menghadiri kuliah PPG, excemptlah kami daripada LDP. Tetapi sebaliknya kita disusahkan oleh pihak sekolah dengan pelbagai cara. Adakah kami ingin berbuat demikian? Renung-renungkanlah, antara kuliah sepanjang hari dengan LDP setengah hari, takkanlah Matematik kami begitu teruk sehingga tersalah hitung. Pada awanya,PPG merupakan pogramyang disarankan oleh JPN dan pihak sekolah. Tetapi sebaliknya, kamilah juga yang dianggap sebagai penindas pula!........SPEECHLESS

Вам также может понравиться