Вы находитесь на странице: 1из 17

stres

Edu3109

ISI KANDUNGAN

1. 2.

PENDAHULUAN ..................................................................................................... 2 PUNCA ................................................................................................................... 4 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Kemerosotan Disiplin Pelajar ............................................................................ 4 Hubungan Ibu Bapa Dengan Guru .................................................................... 5 Perancangan Yang Lemah Dan Pengaturcaraan.............................................. 6 Bebanan Tugas ................................................................................................. 7 Pentadbiran Sekolah ......................................................................................... 8

3.

CARA MENGATASI ................................................................................................ 9 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Bersikap Realistik. ......................................................................................... 9 Amalkan Cara Hidup Yang Sihat. .................................................................. 9 Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja ........................................ 10 Tingkatkan Sokongan Sosial dan Keharmonian di Tempat Kerja ................ 11 Kaedah Islam Dalam Menangani Stres ........................................................ 11

4. 5. 6.

PENUTUP ............................................................................................................. 12 REFLEKSI DIRI..................................................................................................... 14 RUJUKAN ............................................................................................................. 16

1|muka surat

stres

Edu3109

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU DAN LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASINYA

1. PENDAHULUAN
Stres merupakan perkataan pinjaman yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris; stress yang membawa maksud stres, titik berat, dan ketegangan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), stres didefinisikan sebagai perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan, keadaan menanggung beban yang sukar ditanggung. Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu stres atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Stres atau stres merupakan satu tindak balas fisiologi dan psikologi ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, stres yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap stres tersebut. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan yang mana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Sekiranya tahap stres tersebut adalah rendah maka tindak balas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya.

Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978, dalam Mohd Fadzli 2003), stress kerja guru ialah emosi negatif yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu Stres bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun stres tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap stres dan dapat menerima stres tersebut secara positif.
2|muka surat

stres

Edu3109

Stres dalam kalangan guru merujuk kepada sebarang gangguan sama ada dari segi fisiologi mahu pun psikologi kesan dari menjalankan tugas sebagai seorang guru sekolah. Gangguan fisiologi merupakan gangguan yang boleh memberi kesan ke atas kesihatan diri seseorang seperti keletihan dan stres darah tinggi. Manakala bagi gangguan psikologi pula, melibatkan gangguan perasaan seperti, perasaan marah, kecewa, murung, resah dan rasa tidak puas hati. Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah. Sekiranya guru terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya stres yang datang tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi.(Mohd Fadzli, 2005) Stres dalam kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Stres dalam kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.

Stres terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami stres jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan (Dr.Sapora Sipon, 2007).

3|muka surat

stres

Edu3109

2. PUNCA
Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak lagi. Stres pekerjaan berlaku apabila pekerja menghadapi tuntutan dan tekanan kerja yang tidak sepadan dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. (Rusnani Omar, 2009)

2.1

Kemerosotan Disiplin Pelajar


Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah yang

Satu kajian bertajuk

dijalankan oleh Kamaruzaman Kamaruddin pada 2007 mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan atau stres di sekolah adalah faktor disiplin pelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplin yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 1991. Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah menyebabkan tekanan emosi kepada guru. Kajian juga dijalankan menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika seorang pendidik, namun kadang kala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Lalu mendorong guru bertindak sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian, 11 September 2013. Ibu bapa kepada dua pelajar sebuah sekolah menengah di Kedah, kesal dengan tindakan seorang guru lelaki menampar dan menghentak kepala anaknya dengan buku teks. Sebelum itu, pada 8 September 2013, hangat diperkatakan tentang kes seorang guru wanita yang dikatakan mengangkat sebuah kerusi dan memukul seorang pelajar lelaki dengan kerusi tersebut berulang kali, menyebabkan pelajar berkenaan cedera di muka, kaki dan tangan.
4|muka surat

stres

Edu3109

2.2

Hubungan Ibu Bapa Dengan Guru

Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Ini kerana ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Ada kalanya, ibu bapa cepat mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat sesi persekolahan. Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-murid. Sebab itulah para ibu bapa menganggap guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus peperiksaan. Tugas guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik masa kini dianggap sebagai kerja yang perlu dilakukan oleh guru.

Selain daripada itu, pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru. Seperti yang berlaku berlaku di Alor Setar, Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, Alor Setar dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan . ( Berita Harian, 15/09/2012 ) Bukan masa untuk menuding jari namun tindakan 10 orang pelajar membelasah guru mereka merupakan suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Di manakah silap kita dalam mendidik generasi muda ini. Adakah sekolah kini sudah tidak selamat bagi guruguru terutamanya guru perempuan? Perkara sebegini, tidak dapat dinafikan, merupakan satu lagi faktor yang menjadi punca yang mengakibatkan stres emosi guru terganggu.
5|muka surat

stres

Edu3109

2.3

Perancangan Yang Lemah Dan Pengaturcaraan

Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-matanya, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dalam segi moral dan etika yang murni.

Sebagai contoh, seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan menambah baik sistem peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan menjelang tahun 2014. PBS dirancang, ditadbir, direkodkan dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan dikendalikan oleh pihak sekolah manakala penaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan guru telah didedahkan tentang pelaksanaan PBS peringkat sekolah melalui taklimat, kursus pendek seperti LADAP dan juga kursus dalaman yang disampaikan oleh guru-guru yang telah mengikuti kursus PBS. Kecairan maklumat berlaku akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk. Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat hanya mengambil masa dua jam. Apabila tanggungjawab pentaksiran diserahkan guru-guru pastilah sedikit sebanyak berlaku kekeliruan atau ketidak cekapan akibat kecairan maklumat tersebut. Akibatnya, wujudlah perasaan sedikit terbeban di kalangan guru-guru untuk melaksanakan PBS ini.

6|muka surat

stres

Edu3109

2.4

Bebanan Tugas

Antara cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajar dan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhana pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Sikap pelajar yang malas dan pasif menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan 100 peratus ilmu kepada mereka. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara.

Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihatpenasihat persatuan, permainan, kelab dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan stres kepada para guru. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar, isu ini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Jawatankuasa Kerja tangani isu beban guru sedang laksana 28 perakuan: Muhyiddin. (Berita Harian 16/05/2012). Laman Web Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut menyiarkan artikel : 14 isu beban guru ditangani. Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru termasuk memperkenalkan sistem tunggal kemasukan data. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu antara lain memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah bagi menangani keluhan guru yang terbeban dengan penggunaan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.
7|muka surat

stres

Edu3109

2.5

Pentadbiran Sekolah

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.( Mohammed Sani dan Saedah Siraj, 2012 ) Etika kepimpinan guru besar memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kenajiakn mereka sebaikbaiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami stres kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Ketidak serasian hubungan antara guru dengan pihak pentadbiran sekolah merupakan masalah yang melibatkan organisasi yang

menguruskan sekolah di mana seseorang guru itu bertugas. Masalah ini biasanya wujud apabila pihak pentadbiran mengamalkan gaya pentadbiran yang bersifat autokratik. Hal ini bermaksud sebarang keputusan yang ditetapkan untuk aktiviti dan pengurusan sekolah hanya dibuat oleh pihak pentadbir sahaja tanpa mengira pendapat guru-guru yang sebenarnya menjadi sebahagian organisasi dalam sesebuah sekolah. Kesan gaya kepimpinan pihak pentadbir sebegini sebenarnya akan memburukkan hubungan sosial antara guru dan pihak pentadbir serta menimbulkan perasaan tidak puas hati dan memberontak dalam kalangan guru.

Adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Sebagai contoh pendedahan Berita Harian, Ahad 26 April 2009 yang ditulis oleh Azrul Affandi Sobry m e l a l u i Laporan Khas: Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah. Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar. Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain. Ini lah antara faktor yang menyebabkan guru-guru menjadi stress.
8|muka surat

stres

Edu3109

3. CARA MENGATASI
Masalah stres dalam kalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi dan perubahan dalam tingkah laku yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

3.1

Bersikap Realistik.

Seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Guru juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Sikap positif juga penting dan harus diterapkan dalam diri bagi memudahkan menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Kendalikan masa dengan bijak. Beri keutamaan pada kerja yang penting.dan jangan selalu menangguh-nangguhkan kerja. Cuba elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah. Selain daripada itu, seseorang guru itu juga perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan

peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.

3.2

Amalkan Cara Hidup Yang Sihat.

Seseorang guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan stres yang dihadapi. Badan yang segar akan menjamin otak yang cerdas. Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga menjadi lapang setelah berpeluh. Ketegangan jasmani juga dapat dielakkan kerana peredaran darah berjalan lancar apabila otot-otot digerakkan.Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh
9|muka surat

stres

Edu3109

membawa penyakit di dalam badan.Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan. Menjaga kesihatan bukan sekadar secara zahir sahaja tetapi melibatkan penjagaan secara kerohanian atau kebatinan. Pelajari cara terbaik untuk merehatkan fizikal dan mental kita. Biasanya seseorang yang bekerja lebih masa akan menghadapi stress hingga menyebabkan mereka kurang tidur. Oleh itu, pastikan diri mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini kerana tidur akan membantu mengurangkan beban stress. Cuba elakkan daripada

mengamalkan tidur lewat terutama waktu hari bekerja. Bagi menghilangkan kebosanan dalam hidup adakan aktiviti atau hobi yang menyeronokkan. Jauhilah diri anda dari gejala yang negatif. Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan sedia menerima sesuatu bencana. Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.

3.3

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani stres kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan. Bagi mengelakkan stres, cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan `cool'. Ketegasan dalam menjalankan tugasan dan pelaksanaan tanggungjawab amat penting. Akan tetapi haruslah dilakukan dengan bijaksana kerana dikhuatiri akan wujud salah faham dari kaca mata rakan sekerja. Dalam meluahkan pendapat, lakukannya dalam terang dan jelas serta penuh ketegasan. Ini boleh melambangkan keperibadian seseorang. Dalam masa yang sama kita harus menghormati pendapat orang lain meskipun pendapat mereka agak kurang bernas atau matang. Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka akan dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan stres emosi dengan lebih berkesan.

10 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

3.4

Tingkatkan Sokongan Sosial dan Keharmonian di Tempat Kerja

Gunakan waktu terluang di pejabat untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan dengan rakan setugas. Kenali rakan setugas dengan lebih mendalam kerana melalui pendekatan ini akan mewujudkan satu persekitaran tempat kerja yang sihat (Rusnani Omar, 2009). Guru juga harus mengenal pasti individu dan organisasi yang dapat membantu dalam menangani masalah. Tidak salah jika kita berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai dan bersedia untuk mendengar. Demikian juga kesediaan kita membantu rakan yang lain dalam menyelesaikan masalah akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan setugas. Oleh itu, jalinkan hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar kemesraan dan keharmonian dapat diwujudkan ditempat kerja.

3.5

Kaedah Islam Dalam Menangani Stres

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Khusyuk akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan serta ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah alRad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram
11 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran". Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalanamalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

4. PENUTUP
Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca stres ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia pendidikan.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan stres mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun
12 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan stres mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khususnya.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha

melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

Kesimpulannya, dunia pendidikan hari ini menghadapi terlalu banyak cabaran dan kekangan. Memandangkan guru-guru merupakan aset penting yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru perlu diberi perhatian, khususnya dalam menangani stres. Dengan wujudnya stres dalam kalangan guru, akan memberi impak terhadap guru dalam memberi komitmen semasa menjalankan tugas dan tanggung jawab di sekolah. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini demi kepentingan negara.

13 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

5. REFLEKSI DIRI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan kehendakNya, saya dapat

menyempurnakan tugasan ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA ( EDU 3109 ) ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus iaitu Dr. Ahmad Sobri bin Shuib yang telah banyak memberikan saya panduan dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini.

Saya telah memulakan tugasan saya dengan mencari dan mengumpulkan maklumatmaklumat yang diperlukan daripada pelbagai sumber. Saya berusaha mencari bukubuku, dokumen-dokumen dan juga risalah-risalah yang berkaitan seperti meminjam bahan daripada Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Kegiatan Guru. Di samping itu, saya telah melayari internat dan seterusnya memuat turun bahan-bahan penting untuk

tugasan saya. Untuk lebih memahami tugasan ini, saya juga telah berbincang dengan rakan-rakan guru di sekolah ntuk mendapatkan pendapat dan pandangan mereka.

Kerja kursus pendek ini mampu menyedarkan saya betapa mencabarnya profesion perguruan yang saya ceburi ini. Sistem pendidikan yang pesat berubah selaras dengan perkembangan pesatteknologi dan proses globalisasi dalam merealisasikan wawasan 2020, banyak memberi kesan terhadap guru. Guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal pelanpembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.Semoga segala usaha ini akan dapat mengangkat kembali martabat profesion perguruan,

14 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu. Walaupun tahap stress tidak berada pada titik kritikal, namun ia perlu ditangani secara berhemah, agar masalah stress tidak menjadi lebih parah. Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat.

Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Dalam usaha mengurangkan tekanan kerja, pihak sekolah boleh melaksanakan dua pendekatan. Pertama, pihak sekolah hendaklah mengurangkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru seperti mengamalkan polisi disiplin yang lebih mantap, memperlengkapkan

kemudahan-kemudahan asas dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam perhubungan antara personal. Kedua, pihak sekolah boleh menganjurkan kursus dan latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja dalam` kalangan guru. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan Malaysia.

Sesungguhnya, banyak pihak yang telah membantu saya dalam menyempurnakan tugasan saya. Sokongan daripada rakan-rakan amat dihargai. Segala bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakanrakan sudah tentu tugasan ini tidak dapat disempurnakan. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini juga amat-amat saya sanjungi. Akhir kata, segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada kelemahan saya. Harapan saya agar tugasan ini, sedapat tidak

mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.

Sekian, terima kasih. ROZITA BINTI ABDUL RAHIM


15 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

6. RUJUKAN
Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi Personaliti Individu, Siri Pendidikan Karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd Azrul Affandi Sobry. ( 2009, April 26). Laporan khas: guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah. Berita Harian. Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam. (2003). Menjaga kesihatan jiwa: Teknik mengurus stress. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors. Janet H.S.C., Irdiana Syeriza Hussein, Mohd Fadzli Abu Bakar dan Nazrah Jamaludin (2005). Tekanan Guru Dalam Pendidikan Dan Resolusi Penyelesaiannya. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kerta s%201.pdf Jeanne Segal, Ph.D., Melinda Smith, M.A., Lawrence Robinson, and Robert Segal, M.A. (2013). Tips to reduce and manage job and workplace stress: Stress at work. Retrieved from http://www.helpguide.org/topics/stress.htm Kamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jurnal Kemanusiaan, bil.10. Diperoleh dari www.doaj.org/doaj?func=fulltext&aId=506430 Melinda Smith, M.A. and Robert Segal, M.A. (2013). How to Reduce, Prevent, and Cope with Stress: Stress Management. Retrieved from http://www.helpguide.org/mental/stress_management_relief_coping.htm Mok Soon Sang, (2008) Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noornazifah Binti Md Suandi. (2008). Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti. Diperoleh dari www.fp.utm.my/.../NOORNAZIFAHBP050120D2008

Nor Afzan Kasiman. (2009, Mar 22). Ramai guru sakit jiwa. Kosmo Online. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Re ncana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2hQlWAIHW Rusnani Omar. (2009). Risalah Kesihatan Dari Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Diperoleh dari http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/7505/1/Menangani%20Stre ss%20Di%20Tempat%20Kerja%201%20(2)-1.pdf
16 | m u k a s u r a t

stres

Edu3109

Saedah Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim.(2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Diperoleh dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/159.pdf Sapora Sipon (2007). Pendidik mesti bijak kawal emosi. Utusan Malaysia. Diperoleh dari http://eprints.utm.my/10427/1/Bab5.pdf Tajulashikin Jumahat. (2013). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur : Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 1 (2). Diperoleh dari http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/4557/Bil1_2_Artikel1.pdf

17 | m u k a s u r a t

Вам также может понравиться