Вы находитесь на странице: 1из 4

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya, Tawau

melakar sejarahnya tersendiri dengan muncul sebagai Johan Sudut PPDa Kategori Bandar
dan Johan Keseluruhan Pertandingan Sudut PPDa Peringkat Negeri Sabah yang
diumumkan semasa Karnival PPDa Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 14-17
Mei 2009 di Tg. Aru Plaza, Kota Kinabalu. Pada majlis itu juga, SK Muhibbahraya
berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Boria.

Suntikan semangat dari kejayaan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan dalam
pertandingan Sudut PPDa juga bersesuaian dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan
“SEKOLAH BEBAS DADAH” menjelang 2012. Sudut PPDa dijadikan tempat
mengakses pelbagai maklumat berkaitan dengan dadah.

Unit PPDa SKMT dibawa pimpinan En. Tahir Sulung meneruskan misi dan visi dengan
mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid
terhadap keburukan dan bahaya penyalahgunaan dadah. Ini dibuktikan dengan kejayaan
unit ini mengadakan “Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat SK
Muhibbahraya, Tawau” pada 20hb Julai dan berakhir pada 25 Julai, 2009. Matlamat
karnival ini diadakan bagi mewujudkan Sekolah Bebas dari dadah menerusi aktiviti yang
terancang dengan memberi impak yang lebih ketara dengan penglibatan murid, warga
sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Ianya juga sebahagian daripada Program
Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
golongan sasaran terhadap kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah.

Karnival PPDa anjuran Unit PPDa SKMT telah dirasmikan oleh En. Rosidian Idris,
Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau juga merangkap Penyelia PPDa Pejabat
Pelajaran Daerah Tawau. En. Rosidian mengakui akan kehebatan Unit PPDa. SKMT
yang berjaya membawa nama Daerah Tawau buat pertama kalinya hingga ke Peringkat
Kebangsaan dalam pertandingan Sudut PPDa. Pasukan kerja yang dipimpin oleh Guru
Besar dan penyelaras unit ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang cemerlang.
Menurut beliau lagi, sekolah ini dijadikan penanda aras sumber bagi Sudut PPDa Negeri
Sabah. Selain itu, sekolah ini juga merupakan sekolah pertama di Daerah Tawau yang
menubuhkan Kelab PPDa yang sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti termasuk di
bidang tarian. Kelab PPDa SK Muhibbahraya, Tawau sering dijemput untuk mengadakan
persembahan tarian di Perbandaran Tawau juga telah menyertai Pertandingan Tarian
Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kudat
(29 Jun – 1 Julai, 2009) dan telah menyertai pertandingan Tarian Kreatif Sekolah Rendah
dan Menengah 2009, Program Tugu Budaya Etnik Sabah sempena Festival Kesenian
Rakyat Antarabangsa ke-2 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang pada 2- 4 Julai, 2009.

Selaras dengan aspirasi negara dalam membangunkan modal insan, aktiviti yang
dirancang sepanjang Karnival PPDa bertujuan memberi pengetahuan, kefahaman,
penghayatan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah. Oleh itu, unit ini telah
mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab dalam
membanteras dadah dengan pengisian program berbentuk ceramah oleh Pegawai dari
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Tawau, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) Cawangan Tawau, Jabatan Penjara Tawau, Jabatan Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah Tawau (PDRM), JAHEINS dan Jabatan Kesihatan Tawau.

Sepanjang program, unit ini telah menyediakan pengisian aktiviti yang dirancang untuk
memberi kesedaran kepada murid mengenai bahaya dadah. Menyedari akan pentingnya
melahirkan generasi muda Malaysia yang merupakan aset utama negara dalam
mencungkil dan menyuburkan bakat murid pelbagai aktiviti dijalankan antaranya aktiviti
seni jauhi dadah seperti Pertandingan mewarna dan melukis poster, Deklamasi Sajak,
Deklamasi Sajak dalam pelbagai dialek, mengulas buku bertemakan dadah, boria,
bercerita, menulis esei, dan pertandingan nyanyian. Aktiviti sukan jauhi dadah juga turut
diadakan dalam mengiatkan aktiviti kokurikulum bagi membina jati diri pelajar.
Antaranya pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring yang mendapat sambutan yang
menggalakkan dari murid-murid SK Muhibbahraya. Juga turut diadakan pertandingan
sukaneka yang diadakan khusus untuk sekolah-sekolah yang dijemput untuk acara
penutupan karnival.
Pada 25 Julai 2009, “Karnival PPDa 2009” anjuran Unit PPDa, SK Muhibbahraya,
Tawau ditutup dengan acara kemuncak Majlis Penutupan Perasmian yang telah
disempurnakan oleh Ybhg. Brig.Jen. Tan Sri Liew Yun Fah, Bapa Angkat SK
Muhibbahraya di Dewan Kemalasari. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Rosidian Idris
(Penyelia PPDa, PPDT), En. Alias Ali (Guru Besar SK Bahagia), ibu bapa serta
masyarkat setempat. Aktiviti majlis penutupan dimulakan dengan senamrobik yang
dipimpin oleh Instruktor dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Tawau.

Dalam ucapan perasmian Tan Sri Liew menyatakan kebanggaannya pada Unit PPDa, SK
Muhibbahraya, Tawau yang telah mengadakan program yang cukup bernilai dalam
membentuk masyarakat madani yang bebas dadah. Beliau juga turut memuji langkah SK
Muhibbahraya, Tawau dalam menyahut seruan “ONE MALAYSIA” yang diilhamkan
oleh Perdana Menteri Malaysia juga meneruskan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) hasil ilham mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad
Badawi dengan menjemput sekolah SRJK © Yuk Chin, juga sekolah-sekolah lain yang
berjaya memenuhi undangan seperti SK Pasir Putih, SK Kalabakan, dan beberapa orang
guru dari Sekolah Menengah dan Rendah di daerah Tawau. Paling manis Tan Sri Liew
telah mengemukakan cadangan spontan agar semua murid dari sekolah yang dijemput
naik ke pentas bersama-sama beliau serta Kelab PPDa menyanyikan Lagu Tema PPDa
dan Lagu Kami Benci Dadah beramai-ramai. Acara spontan ini berjaya menarik perhatian
semua tetamu yang turut sama menyanyikan 2 buah lagu tersebut.

Tan Sri Liew juga yakin SK Muhibbahraya mampu menjadi sekolah yang terbaik di
Perbandaran Tawau dan berharap agar semua ibubapa memberi sokongan penuh terhadap
setiap aktiviti sekolah. Pada majlis tersebut, Tan Sri Liew telah memberi sumbangan RM
1 ribu untuk Unit PPDa SK Muhibbahraya, Tawau dan RM 1 ribu untuk PIBG.

Lantaran menyedari akan kepentingan melaksanakan program bagi melahirkan murid


yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam menolak anasir ancaman dadah dan
gejala sosial yang semakin menular, menurut Pn. Harijah Hj. Usman, Ketua Penyelaras
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Muhibbahraya, Tawau, berharap adalah
menjadi tanggunjawab semua pihak termasuk guru, ibubapa serta masayarakat setempat
untuk menyemai nilai murni di kalangan generasi muda yang menjadi nadi kelestarian
bangsa, bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.” Sesungguhnya
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Menurut beliau lagi menerusi Unit PPDa
dapatlah semua pihak berganding bahu membanteras gejala dadah . Kecemerlangan unit
ini juga telah mendapat pengiktirafan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dengan menerima
sijil kecemerlangan semasa sambutan Hari Guru yang berlangsung pada 1 Ogos 2009
baru-baru ini.

Вам также может понравиться