Вы находитесь на странице: 1из 9

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

1) Pengenalan; - Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. - Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain). Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi. 2) Ciri-ciri Profesion; - Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. - Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. - Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. - Pakar dalam bidang pekerjaan . - Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas. - Mementingkan mutu perkhidmatan. - Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas. - Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli. - Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional; - Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. - Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion: a) penguasaan ilmu yang mendalam b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang c) kod etika d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. 4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan; - Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989) - Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989). 5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL Guru Profesional; - Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan. - Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. - Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional. - Guru adalah pakar dalam pendidikan. - Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara. Guru Non Profesional; - Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara - Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. - Autonomi guru adalah terhad. - Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika. - Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan 6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998); - Bersikap profesional - Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori - Berilmu - Patuh dengan Kod Etika. - Bermoral - Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran

- Prihatin terhadap murid dan ibubapa - Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid. - Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. - Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah. - Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. - Taat dan setia terhadap perkhidmatannya. - Mempertahankan martabat profesionnya. - Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi. 7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002); - Dorongan oleh misi dan passionate - Positif dan benar - Guru sebagai pemimpin - With-it-ness - Gaya - Kepakaran dalam motivasi - Keberkesanan pengajaran - Pembelajaran kandungan - Pintar - Celik minda 8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ; Sahsiah Bertaqwa Berakhlak Berperibadi mulia Komitmen Bersopan Positif Berkepimpinan Budaya ilmu Ketrampilan Merancang & mengurus p & p Memilih strategi Kemahiran teknologi Kemahiran generik Kemahiran kaunseling Menilai p & p

Ilmu Isi kandungan Pedagogi Bahan Kaedah Teknologi 9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut: - Kaedah mengajar - Kawalan sosial di sekolah - Kawalan disiplin murid - Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid - GERKO - Pembimbing kepada murid Profesion merujuk kepada pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Profesional ialah ciri - ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap yang tinggi dan dikawal oleh satu kod etika. Ciri - ciri Seorang Profesional: 1. asas pengetahuan mendalam 2. komitmen untuk memenuhi keperluan klien 3. identiti kuat secara kolektif (komitmen profesional) 4. Autonomi profesional (Talbert & Mc Laughlin, 1994) Guru yang profesional mesti mempunyai pengetahuan dari segi kandungan, pengetahuan kandungan pedagogi dan pedagogi asas.

CIRI - CIRI GURU PROFESIONAL Guru berwibawa (Model Guru Profesional, Mohamad Sani 1998) Sahsiah: -bertaqwa -berakhlak -berperibadi mulia -mempunyai komitmen

-bersopan santun -bersikap positif -berkebolehan memimpin -mengamalkan budaya ilmu Ilmu -isi kandungan mata pelajaran -pengetahuan kandungan pedagogi -bahan - kaedah -teknolgi Ketrampilan -merancang, mengurus dan memilih strategi P&P -merangsang P&P -kemahiran teknolgi -kemahiran generik -kemahiran kaunseling -menilai P&P CIRI - CIRI GURU BERKESAN (Abdul Shukor Abdullah, 1998) 1. bersikap profesional 2. mempamerkan ciri - ciri kekuatan teori 3. kaya dengan ilmu 4. bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja 5. bermoral teguh 6. sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran 7. prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa 8. berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid 9. melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa 10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa 11. memastikan situasi guru mengajar murid belajar di dalam kelas 12. berupaya melahirkan persekolahan berwatak 13. berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik 14. berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri 15. taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya 16. menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi 17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P sekolah

McEwan (2002): 10 Tret Guru yang amat berkesan

1. Dorongan oleh Misi dan Passionate 2. Positif dan Benar 3. Guru sebagai pemimpin 4. With - it - ness 5. Gaya 6. Kepakaran dalam Motivasi 7. Keberkesanan Pengajaran (Instructional Effectiveness) 8. Budaya Membaca/Pembelajaran Kandungan (Book Learning) 9. Street Smarts (Pintar) 10. Kehidupan Mental/celik minda (Mental life)

CIRI-CIRI PROFESIONALISME KEGURUAN 1. Pengetahuan Atau Kemahiran Yang Diperolehi Melalui Pembelajaran Teori Dan Latihan Amali Dalam Sesuatu Tempoh Masa Yang Panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

2. Mempertingkatkan Profesionalisme.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998).

3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif . Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

4. Mahir Menggunakan IT.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi infokomunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersamasama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah

tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya manakala ekonomi seperti urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya. Politik seperti dalam hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

Вам также может понравиться