Вы находитесь на странице: 1из 14

Mahkamah Persekutuan

Mohamad Arshad 6RB

:Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan ditubuhkan menurut Perkara 121 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan.

Keanggotaan Mahkamah Persekutuan terdiri daripada :


Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi. Lapan orang hakim lain.

Beberapa orang hakim tambahan yang dilantik oleh YDPA mengikut keperluan.

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan


Perbicaraan kes hendaklah didengar oleh tidak kurang daripada 3 orang hakim atau lebih yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara. Bilangan hakim yang mendengar sesuatu kes mestilah bilangan ganjil.

Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah seperti yang berikut:


Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan negara dan berkuasa untuk menolak undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Menyelesaikan kekeliruan dan persoalan yang timbul daripada tafsiran undangundang Persekutaan dan Perlembagaan Persekutuan. Menasihati YDPA tentang penguatkuasaan mana-mana peruntukan undang-undang.

Mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri atau antara Kerajaan Negeri. Mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes sivil dan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan Kes Rayuan di Mahkamah Persekutuan

Bagi kes

jenayah ,notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa 7 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan.

Perbicaraan Kes Rayuan di Mahkamah Persekutuan


Bagi kes sivil, notis rayuan hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan Mahkamah Rayuan.

Rayuan tidak dibenarkan jika :


Kes

tersebut melibatkan nilai tuntutan yang kurang daripada RM 250 000 kecuali dengan keizinan khas Kes sivil atau kes jenayah itu belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Keputusan Mahkamah Rayuan dianggap sebagai muktamad.

Persidangan
Mahkamah ini bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara litar di bandarbandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964).

Sekian Terima Kasih

Вам также может понравиться