You are on page 1of 4

KUMPULAN 1 Band 3 Diskriptor 1 B3 D1 E1 Soalan Murid menunjukkan kad-kad ikon sedih, riang dan takut semasa lagu-lagu pelbagai

mud dimainkan. Pemerhatian Guru memperdengarkan 3 buah lagu berlainan mud. Minta murid menunjukkan kad ikon yang sesuai dengan muzik yang didengari. B3 D1 E2 Soalan Mendengar muzik/lagu yang dimainkan. Arahan: Berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk tekstur yang tebal. : Berdiri bersendirian untuk tekstur yang nipis. Pemerhatian - Guru membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan - Guru memperdengarkan muzik/lagu - Murid-murid mendengar dan bergerak seperti dalam arahan B3 D1 E3 Soalan Mendengar bunyi alat perkusi yang dimainkan. Arahan: kuat = berjalan di luar gelung; lembut = masuk ke dalam gelung. Pemerhatian - Guru menyediakan gelung untuk semua murid. - Guru memainkan alat perkusi ikut dinamik. B3 D1 E4 Soalan Murid tunjukkan aksi untuk menunjukkan pic yang tinggi, tengah dan rendah. Pemerhatian - Dengarkan tiga audio berbeza - Lihat tindak balas murid terhadap muzik yang dimainkan. B3 D1 E5 Soalan Murid menunjukkan ikon gambar lelaki dan perempuan apabila guru memperdengarkan bunyi suara lelaki dan perempuan. Pemerhatian - Guru mengedarkan kad-kad ikon. - Guru memperdengarkan bunyi suara lelaki dan perempuan. - Meminta menunjukkan kad ikon yang betul.

Soalan Murid menunjukkan gambar alat perkusi yang betul. Pemerhatian - Guru mengedarkan kad gambar alat perkusi. - Guru membunyikan alat perkusi (rakaman). - Murid diminta menunjukkan kad gambar yang betul. B3 D1 E6 Soalan Melukis garisan berombak berdasarkan dua lagu yang diperdengarkan Pemerhatian - Guru menunjukkan kad ikon garisan berombak rapat untuk tempo cepat dan garisan berombak jarang untuk tempo lambat. - Murid melukis garisan berombak pada tajuk lagu. B3 D1 E7 Soalan Bezakan bunyi panjang dan pendek pada alat perkusi. Pemerhatian - Guru memberikan alat perkusi yang berbeza (kerincing dan kastanet) - Murid membunyikan alat dalam kumpulan mengikut arahan guru. B3 D1 E8 Soalan Membezakan ton suara (halus, kasar, nyaring). Pemerhatian Membuat bunyi-bunyi binatang yang menunjukkan pelbagai ton suara mengikut arahan guru.

Band 3 Diskriptor 2 B3 D2 E1 Soalan Murid menyanyi sambil memainkan alat perkusi mengikut detik. Pemerhatian - Guru mengedarkan alat perkusi. - Guru memainkan lagu. - Meminta murid memainkan alat perkusi mengikut detik lagu.

B3 D2 E2 Soalan Bermain drum bes dengan kuat dan perlahan. Pemerhatian - Guru memainkan bunyi drum bes secara kuat dan lembut. - Murid secara kumpulan membunyikan secara kuat dan perlahan mengikut tunjukcara guru. B3 D2 E3 Soalan Murid memainkan alat perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut berdasarkan ikon yang disediakan. Pemerhatian - Guru sediakan ikon. - Murid memainkan alat perkusi berpandukan ikon yang dipamerkan. B3 D2 E4 Soalan Murid-murid menyebut lirik lagu mengikut irama dengan jelas. Pemerhatian - Guru membaca lirik lagu frasa ke frasa mengikut irama. - Meminta murid mengajuk ikut guru. - Meminta murid membaca lirik ikut irama dengan jelas. B3 D2 E5 Soalan Murid melambai tangan ikut frasa lagu. Pemerhatian - Guru memainkan lagu. - Meminta murid melambaikan tangan dari kiri ke kanan (atau kanan ke kiri) ikut frasa. B3 D2 E6 Soalan Murid mengajuk bunyi yang didengar dengan sebutan la. Pemerhatian Guru membunyikan tiga not yang berbeza seperti C E G dengan menggunakan kibod/piano.

Kumpulan 1 band 3 1. Anuar bin Md Nor 2. Mohd Shahwal bin Mohd Ramli 3. Roslan bin Ahmad

4. 5. 6. 7.

Azharun bin Wanik Nortaza B Mohd Mokhtar Chee Lee Hwa Mohd Khairul Hisham Bin Nordin