Вы находитесь на странице: 1из 3

PENGENALAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner (April 29, 1917-September 25, 2005) adalah seorang ahli psikologi Russia, yang dikenali dan telah memperkenalkan Teori Sistem Ekologi. Urie Bronfenbrenner lahir di Russia dan merupakan anak kepada pasangan Dr Alexander Bronfenbrenner dan Eugenie Kamenetski

Bronfenbrenner. Ketika berusia 6 tahun, keluarganya berpindah dari Kesatuan Soviet ke Amerika Syarikat.

Setelah mendapat gelaran MA di Universiti Harvard, beliau menyelesaikan Ph.D. di Universiti Michigan pada tahun 1942. Sesudah itu beliau memasuki Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat sebagai ahli psikologi. Setelah bertugas di Veterans 'Administration selepas Perang Dunia ke II, Bronfenbrenner mulai mengajar. Pada akhir 1960-an awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli fakulti pilihan Cornell. Pada saat kematiannya pada tahun 2005, Bronfenbrenner merupakan Jacob Profesor Emeritus Gould Schurman di fakulti Pembangunan Manusia dan Psikologi di Cornell University College Ekologi Manusia.

PENGENALAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut melalui teorinya iaitu Teori Ekologi Bronfenbrenner. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi kepada lima jenis sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Teori adalah pernyataan-pernyataan tentang sebuah konsep yang tersusun secara bersepadu yang berfungsi sebagai acuan ketika menerangkan dan menjelaskan serta membuat andaian tentang sebuah fenomena atau sebuah perilaku yang muncul.

Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu yang dihadapi di rumah, bersama jiran, sekolah dan masyarakat di mana dia berada. Ia juga termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, misalnya adakah ibunya merokok semasa mengandung, rawatan yang diterima oleh ibu, serta usia dan keadaan emosinya.

Pengalaman selepas lahir pula merangkumi pemakanan, taraf sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia.
2

PENGENALAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori ekologi ini memfokuskan pengaruh sistem ekologi terhadap perkembangan kanak-kanak, mengisikan kena pada masanya kekosongan teori perkembangan dan pembelajaran di antara teori behavioral dan teori anthroplogikal. Teori ekologikal ini menarik perhatian pendidik-pendidik agar bukan sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik darjah. Dengan perkataan lain, guru tidak patut hanya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sahaja tetapi juga harus memberi pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan komunikasi murid-murid mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran dan komuniti tempatan di luar sekolah.

Teori ini juga membantu kita memahami dan mengambil langkah-langkah penggayaan dan intervensi dalam membantu kanak-kanak tersebut. Misalnya, sekiranya kita berdepan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan mereka daripada keluarga yang tiada rangkaian sosial, maka keluarga kanak-kanak boleh dibantu dengan memperkenalkan mereka kepada kumpulan-kumpulan atau keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Ini akan memberi ruang dan peluang keluarga membantu anak mereka agar perkembangan kanak-kanak tersebut dapat diteruskan dengan sebaiknya.

Вам также может понравиться