Вы находитесь на странице: 1из 1

Terangkan lima sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British.

(10 markah)
Penentangan pemimpin tempatan terhadap British disebabkan dasr penaklukan British.British berusaha mengukuhkan pengaruh politik melalui pelbagai tindakan seperti pengenalan peraturan cukai baru atau ufti. British memperkenalkan undang-undang dan peraturan baru bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional. British mengeksploitasi ekonomi tempatan melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan telah menyebabkan pemimpin tempatan menentang British. Melalui perjanjian tersebut, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan kegiatan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan seperti British memperkenalkan sistem cukai , undang-undang dan peraturan tanah untuk memaksimumkan hasil. Peraturan tanah British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membenarkan mereka membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar cukai. Cmpur tangan British dalam adat resam tempatan telah membangkitkan penentangan pemimpin tempatan. British memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Contohnya di Perak , J.W.W. Birch telah campur tangan dalm adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan perhambaan. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dalam bidang pentadbiran, perundangan ,ekonomi dan sosial selepas campur tangan British. Campur tangan British telah mendatangkan kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tidak bebas dan sengsara akibat peraturan baru yang dipernalkan oleh pihak British. Kesetiaan penduduk kepada pembesar tempatan menyebabkan mereka bersatu untuk menentang British.

Mengapakah pembesar Perak menentang British?(5 markah)


Residen memungkiri fungsinya sebagai Penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1974. Pembesar Perak menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Mereka juga menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Pembesar Perak juga menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan . J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.