Вы находитесь на странице: 1из 16

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMASYARAKATAN SIDANG AKADEMIK 2012 / 2013

HGM345 : GLOBALISASI , BANDAR RAYA DAN SEKTOR PERKHIDMATAN TERMAJU


SOALAN : DENGAN MENGAMBIL TIGA CONTOH BANDAR RAYA, BINCANGKAN KEPENTINGAN PERSAINGAN ANTARA BANDARAYA DAN KESANNYA TERHADAP KEDUDUKAN BANDAR RAYA DI PERINGKAT GLOBAL.

NAMA

: SITI BAINUN BINTI MASHOR

(109776)

: SITI NOOR AZAHANIE BINTI SOLAHUDDIN (109777) PENSYARAH : DR SYARIFAH ROHAYAH BINTI SHEIKH DAWOOD

TARIKH HANTAR : 19 APRIL 2013

PENDAHULUAN Bandar raya dunia boleh ditakrifkan menurut Friedman (1986) sebagai bandar raya yang memainkan peranan base atau pangkalan organisasi dan artikulasi ruangan pengeluaran dan pasaran.Tapak-tapak utama bagi tumpuan pengumpulan modal antarabangsa seperti bursa saham juga berpusat di bandar raya dunia. Selain itu juga bandar raya dunia ini berperanan sebagai pusat ibu pejabat korporat, kewangan antarabangsa, pengangkutan dan komunikasi global dan perkhidmatan termaju serta menjadi destinasi hijrah bagi migrant domestic dan antarabangsa sehingga ia berkembang menjadi bandar raya dunia. Bandar raya pula dikatakan bayangan kepada globalisasi kerana proses globalisasi banyak tertumpu di bandar raya sehingga telah memartabatkan semula bandar raya dengan fungsian tambahan.Hal ini seterusnya membawa kepada kemunculan bandar raya global yang boleh dirujuk sebagai keadaan bandar raya yang menerima proses globalisasi yang berfokus kepada hierarki sistem bandar dan juga corak dan keluasan pengaruh proses tersebut. Manakala Marcuse & Van Kempen (2000) mentakrif Bandar raya globalisasi sebagai satu proses yang mempengaruhi semua Bandar raya dengan tahap dan kehebatan yang berbeza-beza. Oleh hal demikian, New York, Tokyo dan London merupakan contoh bandar raya global yang terkemuka menjadi pusat perintah ekonomi global dan dari proses menjalani perubahan besar-besaran dan selari. NEW YORK Nama bandar raya New York sudah tidak asing lagi di sekuruh kerana dikenali seluruh dunia kerana ciri-ciri yang dimilikinya seperti penduduknya yang ramai.Kegiatan ekonominya yang maju,sektor perkhidmatan yang termaju dan sebagainya. New York mempunyai keluasaan 50 000 kaki persegi memanjang dari utara Lautan Atlantik hingga ke Kanada dan dari barat New England hingga ke Great Lakes (Hodgson,1992:321).Terdapat lima daerah atau wilayah utama di New York iaitu Manhattan, Bronx, Queen, Kings dan Richmon ( Mc knight,1997:146). New York boleh diiktiraf sebagai sebuah bandar raya global kerana ia telah memenuhi ciri-ciri sebuah bandar raya global. Hal ini kerana populasi New York adalah melebihi 18 juta orang dan ia melepasi taraf bandar raya global. Yeung mentakrifkan bandar raya mega sebagai bandar raya yang mempunyai penduduk seramai 10 juta orang dan kegiatan ekonominya boleh mendatangkan pendapatan kepada penduduk walaupun tidak mencukupi tapi menjadi ukuran dan syarat kepada bandaraya global ( Yeung,1997:92 ).

EKONOMI New York mempunyai kegiatan ekonomi yang mantap kerana mempunyai terpenting industri

seperti elektrik,alat jentera dan perkakasan, automobil dan komponen pesawat

udara,ubat-ubatan ternakan dan pusat pelancongan dunia .( Hodgson,1992;327). New York juga merupakan Pusat Kewangan dunia dan pasaran wang berpusat di Wall Street iaitu di Lower Manhattan ( Mc Knight,1997:146). Keistimewaan yang dimiliki New York ini telah menjadikan ekonominya stabil berbanding dengan negara lain. Terdapat tiga buah pasaran saham di Lower Manhattan yang menguruskan hampir 9-10 saham dan urusniaga bon negara (Mc knight,1997:146). Selain itu turut menjadi lokasi besar untuk perdagangan antarabangsa kerana New York merupakan antara bandar raya global yang mempunyai pelabuhan yang mencantumkan dua jalan laluan perdagangan yang besar iaitu laluan perkapalan dari Atlantik Utara ke Eropah dan rangkaian kebenuaan ke pendalaman Amerika Utara ( Mc Knight ,1997:143) dan ia telah menjadi pelabuhan yang terunggul dan penting di Amerika Syarikat.

PERHUBUNGAN Sistem perhubungan yang terdapat di New York juga canggih dan terbaik antara banda raya global yang lain sehingga ia menjadi daya tarikan pelancongan melawat ke New York. Terdapat empat buah lapangan terbang termasuklah lapangan terbang J.F Keneddy yang terkenal di dunia. Oleh itu Pulau Manhattan menjadi pusat New York kerana dihubungkan dengan daerah lain dengan adanya sistem ini memudahkan sistem perhubungn secara mudah dan cepat.

PENDIDIKAN Pendapatan per kapita yang tinggi dan kemudahan yang lengkap menyebabkan New York mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. New York juga mempunyai tenaga pengajar, sekolah dan institusi pengajian yang bermutu dan antara universiti yang terkenal di New York ialah State Universiti of New York, City University of New York, Cornell University dan New York University.

TOKYO Negara Jepun terletak di timur Asia dan terdiri daripada rangkaian 3000 buah pulau . Terdapat 4 buah pulau terbesar iaitu Hokkaido , Honshu , Shikoku dan Kyushu . Pulau Hokaido terletak di selatan Sokhalin iaitu pulau yang terbesar di Russia , lebih kurang 1300km dari Pelabuhan Vladivostok terletak lebih kurang 150km daripada Republik Korea (United Nations, 1997.m/s 1669) . Keluasan negara Jepun adalah seluas 377,835km persegi . Jumlah penduduk Jepun sehingga Disember 2011 telah dianggarkan 127,760,000 dengan pertumbuhan populasi dunia 1.83% . Namun, negara Jepun terletak di atas lingkaran Api Pasifik iaitu mempunyai struktur geografi yang muda dan tidak stabil . Ia masih mempunyai 200 gunung berapi boleh meletup dan sebahagian daripadanya masih aktif . Bandar raya utama di negara Jepun termasuklah Tokyo , Yokohama , Osaka , Nagoya dan sebagainya . Oleh itu , Tokyo telah merupakan ibu negara bagi negara Jepun dan setaraf dengan tahap perkembangan itu maka ia telah dianggap rangkaian bandar raya global . Oleh itu , suatu bandar raya yang bersaiz besar ini mempunyai pengurusan dan pentadbiran yang semakin rumit akibat kesimbangan pertumbuhan dan pembeharuan .(United Nation,1997 :ms3). LOKASI Tokyo berada di Tenggara Jepun iaitu pusat dataran Honshu . Di sebelah baratnya adalah kawasan pergunungan Kanto iaitu antara Dataran Musashino . Di sebelah selatannya pula bersempadan dengan Teluk Tokyo . Di barat dayanya dipisahkan oleh sungai Tama dari Bandar Kawasaki yang bersebelahan dengan Kanagawa . Di utaranya pula dipisahkan oleh tanah lanar dari Sungai Arakawa dan Edogava . Pusat bandaraya Tokyo terletak di longitude 139 45'T dan latitud 35 45'U . Bandaraya besar yang lain yang berada di atas kedudukan yang sama Melbourne dan Sydney . Begitu juga dengan Eropah , Gibraltar & Athens, Bagdad di timur Tengah , Timur Asia , Pusan di Korea , Sanghai di China dan San Francisco dan Memphis di Amerika Syarikat ( Understanding Japan : 1987: 31). Bandar raya Tokyo terletak jauh daripada bandar raya global yang lain . Misalnya , 1856 km. dari Reo De Janeiro , 10847 km. dari New York, 9560 km. dari London dan 7479 km. dari Moscow .

PENGANGKUTAN Bandar raya Tokyo sebagai pusat ekonomi , pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan , pendidikan dan sebagainya . Oleh itu tidak terkecuali ianya mempunyai sistem rangkaian pengangkutan yang bersesuaian dengan taraf bandaraya global yang telah diiktiraf dunia . Misalnya kebanyakkan jalan raya dan jalan kereta api yang merentasi sempadan negeri adalah bermula dari Tokyo dan juga menjadi pusat pertukaran destinasi untuk dalam dan luar negeri (Understanding Japan : 1987 :53) . Kesemua jenis pengangkutan yang disediakan mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dengan adanya sistem yang canggih dan cekap sekaligus memudahkan penghantaran dan pengangkutan barangan . Sebagai pusat kawasan Tokyo Raya , Tokyo merupakan pusat pengangkutan kereta api , darat dan udara domestik dan antarabangsa di Jepun . Pengangkutan awam di dalam Tokyo dikuasai oleh rangkaian trend an laluan bawah tanha meluas yang bersih dan cekap dan dikenal sebaga alat penghantar sekunder . Di dalam Ota , salah satu daripada 23 wad khas di Tokyo , Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) mengetengahkan penerbangan domestik iaitu terletak di kawasan Jonan di selatan Tokyo. Di luar Tokyo , Lapangan Terbang Antarabangsa Narita , di Wilayah Chilba merupakan gerbang utama untuk pelancongan antarabangsa ke Jepun . Syarikat-syarikat penerbangan Japan Airlines , All Nippon Airways , Air Japan dan Delta Air Lines semuanya menjadi Narita sebagai hab penerbangan. Sesetengah pulau dalam tadbiran Tokyo juga ada lapangan terbang sendiri . Hachijojima (Lapangan Terbang Hachijojima) , Miyakejima (Lapangan Terbang Miyakejima) dan Izu Oshima (Lapangan Terbang Oshima) juga menyediakan perkhidmatan untuk ke LTA dan lapangan-lapangan terbang yang lain . Tren merupakan kaedah pengangkutan utama di Tokyo yang mempunyai rangkaian rel bawah tanah yang paling menyeluruh di dunia dan juga rangkaian landasan atas tanah yang sama besarnya . JR East mengendalikan rangkaian rel terbesar di Tokyo , termasuk landasan gelung Aliran Yamanote yang mengitari tengah-tengah pusat bandaR Tokyo . Rangkaian bawah tanah dikendali oleh dua pertubuhan berasingan iaitu Tokyo Metro milik swasta dan Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo kendalian kerajaan . Kerajaan metropolitan dan pengusaha swasta bersama-sama mengendali laluan bas . Perkhidmatan setempat , serantau

dan seluruh negara juga tersedia , dengan terminal-terminal utama di stesen-stesen kereta api besar termasuk Tokyo , Shinagawa dan Shinjuku . Lebuh raya menghubungkan ibu negara dengan tempat-tempat lain di kawasan Tokyo Raya , kawasan Kanto dan Pulau-pulau Kyushu dan Shikoku . Tokyo merupakan pusat rangkaian ini . Bermula pada tahun 1964 , rangkaian jalan raya Tokyo berkembang dengan pesat kerana ia menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Tokyo . Bas merupakan kenderaan yang penting di Tokyo untuk berulang alik setiap hari .Antara kaedah pengangkutan lain termasuk teksi yang beroperasi di wad-wad khas , bandaraya dan Bandar-bandar dan juga feri perjalanan jauh yang berkhidmat di pulau-pulau Tokyo untuk mengangkut penumpang dan barangan ke pelabuhan domestik dan antarabangsa. Bagi pengangkutan air pula , Tokyo mempunyai pelabuhan sejak 400 tahun yang lalu . Pada tahun 1941 Pelabuhan Tokyo telah membolehkan perdagangan antarabangsa dijalankan . Pada tahun 1981, dianggarkan sebanyak 60 000 kapal memasukinya dan membawa kargo sebanyak 60 juta tons . EKONOMI Tokyo merupakan satu daripada tiga pusat arahan kewangan dunia , bersama dengan New York dan London . Tokyo adalah ekonomi metropolitan terbesar di dunia . Menurut satu kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers , kawasan Bandar Tokyo (35.2 juta penduduk) mempunyai sejumlah KDNKUS$1,191 trilion pada 205 (pada parity kuasa beli) , kedudukan sekali lagi sebagai Bandar terbesar pengaglomeratan KDNK di dunia . Seperti pada 2008 , 47 syarikat yang tersenarai dalam Global 500 adalah berpangkalan di Tokyo , hampir dua kali ganda bagi bandara raya tempat ketiga iaitu Paris . Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa utama , menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans, dan berfungsi sebagai satu hab untuk industry-industri pengangkutan , penerbitan dan penyiaran Jepun. Tokyo dinilai oleh Unit Risikan Ekonomi sebagai (kos sara hidup tertinggi) Bandar raya paling mahal di dunia selama 14 tahun berturut-turut yang berakhir pada 2006 . Analisis ini merupakan untuk kehidupan eksekutif syarikat gaya hidup Barat , dengan barang-barang seperti sebuah rumah dan beberapa kereta .

Tokyo Stock Exchange ialah bursa saham terbesar Jepun , dan kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran dan keempat terbesar mengikut perolehan saham . Pada 1990 di akhir bagi gelembung harga asset Jepun , ia mengandungi lebih daripada 60% nilai pasaran saham dunia . Tokyo mempunyai 8,460 ha(20,900 ekar) tanah pertanian seperti pada 2003 , menurut Kementerian Pertanian , Perhutanan dan Perikanan , meletakkan ia terakhir antara wilayah negara . Tanah ladang tertumpu di Tokyo Barat . Makanan mudah rosak seperti sayur-syuran , buah-buahan an bunga-bungaan boleh dengan mudah dihantar ke pasaran-pasaran di wilayah timur . Daun bayam Jepun dan bayam adalah sayur-sayuran maha penting seperti pada 200, Tokyo membekalkan 32.5% daripada daun bayam Jepun dijual di pusat pasaran keluaran taninya . Teluk Tokyo adalah dahulu sumber utama ikan . Pada masa ini , kebanyakkan daripada pengeluaran ikan Tokyo dating daripada kepulauan luar seperti Izu OShima dan Hachijojima. KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI Kemajuan sains dan teknologi Jepun juga turut dirasai oleh bandaraya Tokyo sebagai satu lambang kemajuan negara Jepun . Satu-satunya kebanggaan yang tidak ada tolok bandingnya ialah kemajuan sains dan teknologi yang begitu canggih berbanding dengan Bandaraya global yang lain di dunia ataupun di negara-negara membangun . Oleh itu pelaburan kerajaan Jepun pada tahun 1979 yang memperuntukkan 4 607 755 yen untuk penyelidikan dan perkembangan bidang ini dan 89% daripadanya merupakan untuk pembangunan sains dan kejuruteraan adalah berbaloi . Ini adalah wajar memandangkan negara Jepun merupakan negara yang kreatif dan tahap kesungguhan yang tinggi walaupun mempunyai bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi . Walau bagaimanapun ia mampu berkembang maju sebagai pengimport bahan mentah dan lebih tertumpu kepada aktiviti pengeluaran . Maka tidak hairanlah ia pernah digelar sebagai negara pembuatan barangan yang terbesar di dunia . Dengan demikian , pada tahun 80 an, beribu-ribu robot telah dikeluarkan bagi meningkatkan kecekapan kerja dan menampung kekurangan tenaga buruh di samping mengelakkan bahaya dalam kerja telah diperkenalkan di bandaraya global Tokyo ini . Antara pengeluar robot yang utama ialah Manufacturing Plant of the Nssan Motor Comp. , Fujitsu FANUC , Syarikat Yamaha dan sebagainya (Harun Che Su : 56-60).

PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN Bandar raya Tokyo-Osaka merupakan pusat pendidikan yang terkenal di Jepun samada pada peringkat rendah, menengah dan atas . Jenis pendidikan yang terdapat di sini termasuklah pendidikan untuk kanak-kanak , sekolah dasar , sekolah menengah pertama , sekolah menengah atas , perguruan tinggi , pendidikan khusus , pendidikan sosial dan pendidikan pentadbiran . Misalnya ramai penduduk ingin mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Tokyo dan akan membolehkan graduan berpeluang untuk menceburi bidang kewangan dan perniagaan sama ada berkhidmat dengan kerajaan dan swasta . Universiti lain yang terdapat di bandaraya ini ialah Universiti Keio , Universiti Hitotshubashi , Universiti Waseda dan lainlain. Selain itu , sekolah menengah yang terkenal di bandar raya ini ialah Sundai repatory School . Persaingan yang hebat dalam setiap peringkat pendidikan telah menyebabkan kebanyakkan orang Jepun berusaha lebih giat untuk bersaing . Oleh itu , sistem pendidikan di Jepun telah dianggap sebagai salah satu sistem pendidikan yang temaju dan berkesan . Ini penting untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan professional bagi mempercepatkan ekonomi negara ini .(Harun Che Su, m/s 81) Justeru itu , bandar raya global ini juga berfungsi sebagai tumpuan untuk mencari pekerjaan . Didapati terdapat 17 juta penduduk yang memilih bandar raya Tokyo sebagai tempat untuk mencari nafkah hidup, dan lebih 60 juta daripadanya tinggal di sekitar bandar raya Tokyo yang berulang-alik dengan kemudahan kereta api . LONDON London ialah ibu kota England dan United Kingdom dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom . London yang terletak berdekatan dengan Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun , dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhan oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium . Teras purba London , iaitu Bandaraya London , masih banyak mengekalkan sepadan zaman pertengahannya yang seluas sebatu persegi . Semenjak lewat abad ke -19 , nama Londoj turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut . Sebahagian besar Bandar gabungan ini membentuk kawasan London dan kawasan pentadbiran London Raya . London ialah sebuah bandar raya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni , perdagangan , pendidikan , hiburan , fesyen , kewangan , pelancongan dan juga pengangkutan

. Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar d dunia dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia dan yang terbesar di Eropah . London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia , ia dkunjungi oleh pelancong yang paling antarabangsa di dunia . Bandar raya London meliputi kawasan seluas 1,583 kilometer persegi yang diduduki 7,172,036 orang penduduk pada tahun 2001 .Ciri muka bumi utama di Kota London moden ialah Sungai Thames , sebatang sungai yang boleh dilayari kapal dan merentasi kota dari barat daya ke timur . Lembah Thames ialah sebidang dataran banjir yang dikelilingi oleh bukit-bukau beralun landai yang merangkumi Bukit Parlimen , Bukit Addington dan Bukit Primrose . Sungai Thames dahulu lebih luas dan cetek dengan kawasan rawa yang luas , ketika air pasang , pesisirnya mencecah lima kali lebarnya masa kini . PENGANGKUTAN Pengangkutan merupakan salah satu tumpuan dasar utama yang ditadbir oleh Bandar raya London , namun bidang kuasa kewangan datuk Bandar tidak merangkumi rangkaian kereta api jarak panjang yang memasuki London . Pada tahun 2007 , datuk Bandar memikul tanggungjawab ke atas beberapa landasan kereta api tempatan yang kini membentuk rangkaian London Overground , di samping tanggungjawab sedia ada ke atas perkhidmatan London Underground , trem dan bas . Rangkaian pengangkutan awam London ditadbir urus oleh Transport for London (TfL), dan merupakan antara yang paling meluas di dunia . London merupakan sebuah pusat pengangkutan udara antarabangsa dengan ruang udara kota yang terbesar di dunia . Lapan buah lapangan terbang memakai nama London dalam namanya , tetapi hanya enam daripadanya disinggahi oleh kebanyakan lalu lintas udara . Lapangan Terbang Heathrow London di Hilingdon , London Barat , merupakan pangkalan utama syarikat penerbangan kebangsaan UK . London Underground lebih mesra dikenali sebagai The Tube merupakan sistem alihan laju yang tertua dan kedua terpanjang di dunia . Semenjak mula beroperasi pada tahun 1863 , sistem ini merangkumi 270 stesen dan terbentuk daripada sebilangan syarikat swasta , termasuklah perkhidmatan tern elektrik bawah tanah yang pertama di dunia iaitu City and South London Railway . Lebih tiga juta perjalanan dilakukan setiap hari di rangkaian bawah tanah London , bersamaan dengan lebih 1 bilion setiap tahun . London juga dipuji sebagai bandaraya yang memiliki pengangkutan awam terbaik .

EKONOMI London menjana kira-kira 20 peratus KDNK UK atau $446 bilion pada 2005 , sementara ekonomi kawasan metropolitan London iaitu yang terbesar di Eropah menjana kira-kira 30 peratus KDNK UK atau kira-kira $669 bilion pada 2005 . London merupakan salah sebuah pusat kewangan terunggul di dunia , dan menandingi Bandaraya New York sebagai pusat kewangan terunggul di dunia , dan sebagai pusat kewangan antarabangsa yang paling terkemuka . Industri terbesar London ialah sektor kewangan , sementara eksport kewangannya menjadikan bandar raya ini sebagai penyumbang utama kepada imbangan pembayaran UK . Di bandaraya London terletaknya Bank of England , London Stock Exchange dan pasaran insurans Lloyds of London . Lebih separuh daripada 100 syarikat tersenarai yang terunggul di UK (FTSE 100) dan lebih 100 daripada 500 syarikat terbesar di Eropah beribu pejabat di pusat bandar raya London . Lebih 70 syarikat-syarikat FTSE 100 terletak di dalam kawasan metropolitan London , dan 75 peratus syarikat Fotune 500 membuka pejabat di London . London merupakan sebuah pusat peruncitan utama , dan pada tahun 2010 ia merupakan bandar mencatat jualan peruncitan bukan makanan yang tertinggi di dunia dengan jumlah perbelanjaan sekitar 64.2 billion . London mempunyai lima buah daerah perniagaan utama iaitu , bandar raya Westminster , Canary Wharf , Camden & Islington dan Lambeth & Southwark . London turut mencatat antara harga-harga harta tanah yang tertinggi di dunia . PENDIDIKAN London merupakan sebuah pusat utama pendidikan tinggi dan penyelidikan , di mana 43 buah universiti yang membentuk tumpuan institusi pengajian tinggi yang terbesar di Eropah . Di London terletaknya sebilangan institusi pendidikan peneraju dunia . Menurut QS World University Rankings 2011, Imperial College London menduduki tangga ke-6 , Kolej University London ke-7 dan Kings College London ke-27 di dunia . London School of Economies turut disanjungi sebagai institusi sains sosial terunggul dar segi pengajaran mahupun penyelidikan . London Business School pula dianggap sebagai salah sebuah maktab perniagaan terulung di dunia , apalagi pada tahun 2010 , program MBA-nya diberi pernafasan tertinggi di dunia oleh Financial Times .

PERBINCANGAN BANDAR RAYA GLOBAL KEDUDUKAN

1. PERKHIDMATAN KEWANGAN

Sektor perkhidmatan kewangan merupakan asas kepada mana-mana

ekonomi di dunia.

Sektor ini merupakan agen yang menyediakan modal di dalam pelbagai bentuk bagi merangsangkan pertumbuhan kesemua industri di dalam ekonomi tersebut. Sektor

perkhidmatan kewangan meliputi kedua-dua iaitu institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans, pembrokeran dan firma pengurusan pelaburan dan pasaran kewangan seperti pasaran hutang dan ekuiti (Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia). Kesemua ekonomi besar dan berjaya memerlukan bank yang kukuh, pasaran modal yang mantap dan infrastruktur kewangan yang berfungsi dengan baik dan termasuk juga ekonomi yang berasaskan perkhidmatan. Oleh itu disebabkan kepentingan ini telah membawa kepada kemunculan pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa di serata dunia terutamanya di Bandar global sehingga ia mewujudkan persaingan antara Bandar global dalam mengukuhkan kedudukan masing-masing. Pusat-pusat kewangan yang top-ranking menunjukkan mempunyai tahap yang lebih besar dari segi kestabilan daya saing mereka yang dimiliki sehingga mampu bersaing sehingga dapat mengukuhkan kedudukan mereka dalam sektor kewangan.Dua pusat global yang terkemuka di London dan New York dilihat dari segi tahap pada penilaiannya secara kasarnya dilihat bahawa kedua-duanya adalah bandar-bandar dunia kewangan berkembar berbanding dengan Tokyo. Hal ini kerana kedua-dua pusat kewangan global terkemuka ini mencerminkan pelbagai sifat kelebihan daya saing mereka seperti kedua-duanya mempunyai kekayaan institusi dan hubungan komunikasi di seluruh dunia. Menurut Laporan Global Financial Cities ketujuh atau GFC 7 pada 2009 menyatakan bahawa profil pusat kewangan adalah bagi bandar raya London dan New York

mempamerkan tahap baik kerjasama. Persaingan yang wujud dalam sektor kewangan ini telah menstrukturkan kedudukan antara Bandar raya global ini yang mana bandaraya London telah menurun 15 mata dalam penilaian GFC 7 iaitu pada kedudukan mata 790-775. Kedudukan ini merupakan kejatuhan kedua terbesar di markah penilaian sehingga menyebabkan New York telah mengatasi London ranking sebagi sektor kewangan yang

terhebat di duniaa antara Bandar raya global. New York telah dapat mengatasi London dalam tiga aspek iaitu faktor Persekitaran Perniagaan, Rakyat dan juga Infrastruktur sehingga meletak sektor Kewangan New York dalam rangking teratas. Manakala sektor kewangan Tokyo hanya bersifat transnasional yang mana persaingannya hanya dalam pusat kewangan Asian. Sektor kewangan Tokyo, telah menunjukkan peningkatan dalam penilaian GFC 7 dimana rangking telah meningkat dua tempat kelima dan menjadi ketiga tertinggi dalam kedudukan pusat kewangan di Asia( GFC 7, 2010). Tokyo juga merupakan sebuah pusat kewangan yang melaksanakan dengan baik dalam kebanyakan kawasan dan ini meletakkan Tokyo dalam rangking sepuluh teratas dalam semua sub-indeks. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa New York dan London jelas mempunyai profil sebagai Pemimpin Global dalam sektor kewangan dan merupakan pesaing global dalam

mengukuhkan kedudukan masing-masing pada masa ini. Manakala profil Tokyo pula ditubuhkan hanya sebagai Pusat Transnasional kerana Tokyo mempunyai keluasan dan kedalaman perkhidmatan kewangan tetapi buat masa ini tetapi masih tidak menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki dalam penyambungan global. 2. INDUSTRI Selain itu juga Bandar raya- Bandar raya global ini juga turut bersaing dalam mengembangkan dan menonjolkan sektor industri masing masing ke peringkat global bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai Bandar raya global yang terkemuka di seluruh dunia. Antara sektor industri yang terlibat ialah Perbankan, Aset Pengurusan, Insurans, Perkhidmatan Profesional dan Kerajaan & Sektor Peraturan. Menerusi laporan GFC 7 ini yang menggunakan model statistik yang berasaskan kepada soal selidik daripada responden yang bekerja di sektor industri yang berkaitan ini. Laporan GFC 7 ini menunjukkan kedudukan 10 tertinggi kewangan di dalam sektor industri sub-indeks.Hal ini akan menunjukkan bagaimana setiap sektor ini akan bersaing walaupun dalam sektor kewangan bagi mengukuhkan kedudukan di peringkat global dalam setiap industry yang terlibat sehingga memberi kesan kepada kedudukan setiap Bandar raya gobal iaitu New York ,Tokyo dan juga London yang membawa kepada perubahan kedudukan yang tidak tetap sejak GFCI Jika dilihat dalam sektor insurans, kedudukan London adalah pada ranking yang ketiga dalam indeks yang sama dan ia adalah kali pertama London telah di luar kedua-dua atas tempat-tempat di mana-mana sub-indeks. Manakala New York pada ranking yang kedua dan Tokyo pada ranking kelapan daripada sepuluh kedudukan. Namun begitu London kekal pada

kedudukan teratas dalam industri Pengurusan Aset dan industry Perkhidmatan Profesional iaitu pada ranking pertama dan bagi kedua-dua industry ini New York pada ranking kedua dan Tokyo pula pada ranking kelima bagi industry Pengurusan asset dan ranking kesepuluh iaitu paling bawah bagi industri perkhidmatan profesional. Manakala New York pula berjaya mengekalkan kedudukan teratas bagi industry sub-indeks Perbankan dan London pada

rangking kedua serta Tokyo pada rangking kelima. Selain itu juga New York turut kembali mengambil tempat rangking yang pertama dalam industri Kerajaan & Peraturan yang dilihat sebelum ini dalam GFCI 4 telah meningkat satu kedudukan manakala London pula pada rangking kedua dan Tokyo pada rangking kelima. Jadual 1.1 Industry Sector Sub-indices( Changes From GFCI 6)

Sumber : Global Financial Center 7

TENAGA BURUH DALAM BANDAR RAYA GLOBAL Satu ciri yang jelas daripada tiga pusat-pusat kewangan utama ialah yang terbesar perkhidmatan pengeluar firma ~ bank-bank komersial, bank pelaburan, broker, firma perakaunan, firma guaman, firma perunding pengurusan, dan agensi-agensi pengiklanan firma cenderung untuk mempunyai pejabat-pejabat mereka dan aktiviti-aktiviti utama di sana. Oleh itu setiap bandar mempunyai pasaran buruh yang besar dan profesional dalam

perkhidmatan serta pengeluaran . Perkhidmatan pengeluar firma amat bergantung kepada kualiti tenaga kerja profesional mereka. Bagi syarikat-syarikat industri, keuntungan sering

dikaitkan dengan proses pengeluaran paten dan nama jenama, tetapi untuk perkhidmatan pengeluar syarikat, keuntungan adalah lebih dikaitkan dengan kualiti pekerja profesional. Pengembangan yang besar dalam transaksi kewangan antarabangsa dan kekuatan mereka dalam mentransaksi kewangan di pusat bandar yang telah didokumenkan di atas adalah dasar dalam pengembangan besar selari pekerjaan dan pendapatan dalam sektor kewangan dan yang berkaitan iaitu perkhidmatan pengeluar di bandar-bandar. Selain itu, saiz sektor perkhidmatan pengeluar di bandar raya global ini menjadikan ia sektor eksport utama mereka iaitu ekonomi bandar. Ekonomi antarabangsa yang menentukan nasib sektor perkhidmatan pengeluar di bandar-bandar. Dan sektor perkhidmatan pengeluar menentukan nasib ekonomi bandar London dan New York dan juga Tokyo. Mereka adalah bandar-bandar global dalam erti kata bahawa keadaan ekonomi mereka lebih baik daripada ekonomi negara daripada berlaku untuk kawasan bandar yang lain. Tenaga kerja yang profesional mempunyai keperluan di luar gaji kompetatif . Jika suasana bandar - keselamatan awam, pendidikan untuk kanak-kanak, perumahan, aktiviti masa lapang, awam infrastruktur semakin terhakis maka bekalan buruh akan jatuh di tempat itu, gaji akan dinaikkan dan sekali gus mengurangkan kelebihan kompetatif perkhidmatan

pengeluar firma di sana. Seperti beberapa perkhidmatan firma pengeluar beralih beberapa atau semua operasi mereka ke pusat-pusat bersaing, ekonomi penumpuan yang timbul daripada masa kritikal perkhidmatan pengeluar firma dalam satu ruang padat bandar akan mula menghakis. Sektor awam itu telah peranan ruang padat bandar kritikal akan mula menghakis. Sektor awam kemudian mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan atau meningkatkan bahawa suasana bandar atau ia risiko yang terurai daripada ekonomi aglomerasi: yang tidak selari akan menurunkan perkhidmatan pengeluar pekerjaan,

meningkat kekosongan jawatan, tanah dan nilai hartanah, penurunan dalam sektor-sektor pekerjaan dan penurunan pendapatan sektor awam tempatan. Perlindungan dan peningkatan suasana bandar oleh sektor awam bukan dasar yang sempit . Sebaliknya, ia adalah satu dasar untuk memelihara dan melindungi kepekatan bandar berdaya maju yang besar abad kedua puluh-an di negara-negara kapitalis maju, pusat-pusat perkhidmatan pengeluar. Bandarbandar Liverpool-industri yang besar, Detroit - adalah bentuk bandar yang penting. Bandarbandar global adalah laman web utama untuk perkhidmatan yang canggih dan kemudahan telekomunikasi yang diperlukan untuk pelaksanaan dan pengurusan operasi ekonomi global. Mereka juga cenderung untuk menumpukan perhatian ibu pejabat syarikat, terutamanya syarikat-syarikat yang beroperasi di lebih daripada satu negara. Pertumbuhan pelaburan dan

perdagangan antarabangsa dan keperluan untuk membiayai dan perkhidmatan aktiviti-aktiviti seperti pertumbuhan fungsi-fungsi penting di bandar-bandar utama. Pusat kewangan dunia seperti New York , London dan Tokyo mempunyai kewujudan pelbagai bangsa yang terdapat dalam tenaga kerja di setiap destinasi bandar raya berkenaan . Golongan muda berbakat besar bekerja bersama , menghomat keupayaan intelektual masingmasing dan dinilai dengan satu penanda aras . Mereka terdiri daripada orang kulit putih , Cina , India , Korea , Afrika , Amerika dan juga warga-warga lain. Masing-masing begitu bangga dengan kualiti kerja yang disumbangkan dan selesa dengan kedudukan mereka dalam organisasi . Bandar raya global ini menyedari bahawa sinergi ekonomi boleh diwujudkan melalui pergaulan tenaga pakar dan mahir dari pelbagai kaum utama dalam populasi Amerika Syarikat . KESIMPULAN Bandar raya global yang dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa . Bandar global ini ditentukan dengan mengesan titik pertemuan yang penting di dalam sistem ekonomi global . Konsep bandar global berasal dari bidang geografi dan kajian bandar yang berteraskan bahawa globalisasi yang berlaku di dalam sesebuah bandar berlaku disebabkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh penduduk bandar itu sendiri . Tidak semua bandar yang telah digelar bandar raya global akan terus kekal sebagai bandar raya global . Lazimnya , bandar raya global mempunyai criteria yang tersendiri yang dinilai diperingkat antarabangsa . Kriteria tersebut adalah dari segi ekonomi , budaya , politik dan infrastruktur yang juga menjadi pengukur kepada sesebuah bandar global tersebut . Hal ini telah kita lihat pada bandar dunia seperti bandar raya New York , London dan Tokyo yang sememangnya mempunyai cirri-ciri sebagai bandar raya global terutamanya jika kita lihat pada sumber kewangan yang mendapat pengiktirafan dunia bahawa sebagai bandar yang mempunyai pendapatan yang tinggi . Bandar raya ini juga mampu menyumbang kepada pendapatan ekonomi dunia sekali gus menjadi contoh terbaik untuk bandar-bandar lain untuk terus bersaing dan mengorak langkah bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan . Menjadi bandar raya global ini akan membolehkan mendapat perhatian yang tinggi dan menjadi daya tumpuan untuk pelbagai sector ekonomi dunia .

BIBILIOGRAFI Harun, C.S.(1987). Pandang ke Timur : Mengapa Jepun Menjadi Pilihan , Kuala Lumpur . Hodgson.G , 1992, The United State Volume 1, Facts On File : New York. Laporan Global Financial Centre 7, March 2010, City Of London. Mc Knight.T.M, 1997, Regional Geography of The United States and Canada, Prentice Hall : New Jersey. Mansfield, S. 1998. Tokyo, The Organic Labirinth dlm. Japan Quartely , July-Sept 1998 . Sassen S. (1991) Global Cities, London, New York, Tokyo Princeton: Princeton University Press United Nations,Statistical An Introduction to Concepts and Issues (3rd..edition). Wadsworth Publshing Company Belmont , California . http://www. New York. http://www.apecsec.org.sg.Apec:Osaka Action Agenda

Вам также может понравиться