Вы находитесь на странице: 1из 2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat 1. Mengenal pasti jenis-jenis kata bantu. 2. Mengisi tempat kosong dengan kata bantu yang betul dalam ayat yang diberikan. 3. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata bantu. Kata Bantu

Kata Bantu Aspek


Perbezaan masa perbuatan dilakukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 246), kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan maknamakna tambahan dari segi aspek waktu / ragam. Kata Bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bentuk ragam. i) Kata Bantu Aspek Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 172). Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau,kini atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, baru, pernah, sedang, masih, akan dan belum (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246). ii) Kata Bantu Ragam. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 246), kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan edisi Baharu, kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 172) Kata Bantu Aspek Maksud Contoh Ayat

Menunjukkan Telah, sudah, pernah perbuatan yang telah berlaku. Menunjukkan Sedang, masih, perbuatan yang sedang tengah berlaku. Menunjukkan Akan, belum perbuatan yang akan berlaku.

1. Kami sudah membaca buku itu. 2. Dia pernah bekerja di kedai itu. 1. Khairi sedang menunggu kawannya di perhentian teksi. 1. Mereka akan bertolak ke Pahang pada esok pagi.

Kata Bantu Ragam Maksud Contoh Ayat Hendak, mahu, Menunjukkan sesuatu 1. Dia hendak membeli sebuah ingin. keinginan atau tujuan. motosikal. 1. Murid-murid harus mematuhi Menunjukkan Harus, mesti, perlu, peraturan sekolah. perbuatan yang mesti wajib 2. Setiap warganegara mesti menjaga dilakukan. kebersihan alam sekitar. Menunjukkan 1. Kassim dapat mengangkat batu Boleh, dapat keupayaan membuat yang berat itu. sesuatu. Menunjukkan perbuatan 1. Pegawai itu mungkin bersinggah di Mungkin kebarangkalian atau gerai makanan Medan Selera. kemungkinan.

Вам также может понравиться