You are on page 1of 2

Lee Boon Foong 211946 BEET 3013 Distribution effect of globalization in developing countries (Summary) Dalam zaman moden

ini, globablisasi dipercayai dapat membantu sesebuah negara. Melalui proses globalisasi, buruh yang mahir dapat masuk ke dalam negara di mana buruhnya tidak begitu mahir untuk menggantikan mereka dalam proses pengeluaran sesuatu barang ataupun produk. Keterbukaan ekonomi iaitu keterbukaan sesebuah negara dalam melibatkan dalam perdagangan antarabangsa diukur berdasarkan darjah perlindungan perdangangan atau jumlah kemasukan modal ke dalam negara. Selain itu, globalisasi juga dipercayai akan mempengaruhi ketidaksamaan sesebuah negara yang sedang membangun. Terdapat pelbagai kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang pengkaji seperti Harrium dan Hanson pada tahun 1999, Wood pada tahun 1999 yang mengatakan terdapat hubungan antara ketidaksaman dan globalisasi. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan data yang dipeolehi dari pengumpulan data dari isi rumah pada akhir tahun 1970 di negara sedang membangun. Data ini dipercayai boleh memberikan keputusan yang paling tepat. Tambahan pula, pada tahun 1990, pengaruh kadar pertukaran, kemasukan FDI mempengaruhi eksport dan seterusnya memberi kesan terhadap intergrasi antara negara. Terdapat bukti yang kukuh menunjukkan bahawa peningkatan dalam globalisasi dengan ketidaksamaan terutama dalam negara-negara yang membangun. Walaupun wujudnya ketidaksamaan melalui globalisasi di negara membangun, tetapi terdapat bukti mengatakan melalui perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa lebih menguntungkan negara yang sedang membangun. Terdapat kajian yang menjelaskan sebab negara-negara

membangun tidak mematuhi naif pemikiran tentang globalisasi. Melalui globalisasi, ketidaksamaan telah bertambah baik. Secara keseluruhannya, terdapat sedikit sokongan bahawa globalisasi membantu sesebuah negara berkembang maju. Agihan buruh dilakukan membolehkan sektor-sektor berubah dari peringkat ke peringkat lain. Industri tempatan dapat berkembang menjadi industri di peringkat antarabangsa. Kajian juga menunjukkan pengurangan halangan perdagangan adalah lebih ketara daripada sambutan kerja. Hal ini berlaku demikian kerana mobility buruh sebagai penjelasan yang munasabah kerana kekurangan pengagihan sektor. Ketegaran dalam pasaran buruh berlaku adalah disebabkan oleh peraturan pasaran buruh yang terlalu banyak di negara sedang membangun. Akan tetapi, dalam jangka masa panjang, ketegaran buruh akan berkurang terutamanya di negara sedang membangun.Namun, jangka masa panjang atau pendek adalah susah ditentukan. Pengetahuan tentang bagaimana ekonomi mengambil masa menyesuaikan diri dengan kejutan luar perlu ada pada diri kita. Selain itu, kita juga perlu tahu tentang perbezaan kesan jangka masa yang berbeza iaitu jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek. Sebagai kesimpunlannya, buruh mahir perlu ada dalam pengeluaran dan yang paling penting ialah buruh itu boleh masuk ke dalam negara melalui globalisasi. Globalisasi itu bukan sahaja meningkat kualiti barang perdagangan barang akhir tetapi membolehkan sesebuah negara untuk menggunakan buruh yang berinteksif kemahiran. Buruh disertai dengan teknologi yang canggih penting dalam pengeluaran sejenis barang. Perubahan dalam kadar pertukaran pula memberi kesan kepada eksport dalam negara, maka kadar pertukaran memain peranan penting dalam ekonomi negara. Dalam keadaan lain , globalisasi memberi kesan bukan sahaja perdagangan barangan akhir, tetapi juga sekali membolehkan buruh mahir masuk ke dalam negara dan digunakan terutama di negara sedang membangun.