Вы находитесь на странице: 1из 17

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat

Soalan 1: Pengenalan Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Visual: Simplisiti Domain ... Pola . Seimbang Variasi Harmoni . Soalan 2: Laman web yang dicadangkan Ciri-ciri Reka Bentuk yang Meningkatkan Kemahiran Berfikir .......................................................................... Rujukan

1-2

2-3 3-5 6-7 7-8 8 9

10

11-15

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.0

Soalan 1

1.1

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi, maka cara maklumat disampaikan dalan proses pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah mengikut perkembangan zaman. Dalam sesuatu sesi pemgajaran dan pembelajaran, apa yang dititikberatkan ialah maklumat yang disampaikan hendaklah sampai kepada golongan sasar iaitu pelajar dengan cara efisyen dan menarik minat pelajar. Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian. Visual membantu menyediakan panduam konkrit sesuatu idea. Sebagai contoh visual ikonik membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Di samping itu, visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara undur-unsur berlainan. Sehubungan itu, prinsip grafik adalah berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid namun pengetahuan tentangnya dapat membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan mengenai prinsip rekabentuk visual yang terdapat dalam sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer daripada internet. Enam prinsip reka bentuk tersebut adalah simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan harmoni. Bagi tujuan ini, saya telah memilih bahan pengajaran dan pembelajaran daripada laman web http://more.starfall.com/. Laman web ini menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi golongan sasar. Laman web ini turut menyediakan latihan asas matematik, ejaan dan nyanyian dalam bahasa Inggeris. Saya akan menghuraikan mengenai prinsip

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

rekabentuk visual yang terdapat dalam laman web ini menurut enam prinsip reka bentuk visual tersebut.

1.2

Simplisiti

Dari sudut reka bentuk visual, simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Apabila menghasilkan sesuatu reka bentuk visual yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pengetahuan mengenai sesuatu subjek atau topik, maka reka bentuk visual yang dihasilkan mewakili pengisian untuk berkomunikasi dengan audien. Sesuatu rekaan visual mewakili pelbagai perkara yang ingin disampaikan dalam satu masa dengan tepat dan jelas. Bahan visual yang dihasilkan bukan sahaja berfungsi sebagai penyampai maklumat tetapi turut menarik minat pelajar untuk mengikuti apa yang ingin disampaikan. Maka aspek simplisiti ini mengambil peranan penting dalam sesuatu rekaan grafik komunikasi. Sesuatu rekaan grafik perlulah mudah difahami dalam masa yang singkat, tepat dan jelas. Dalam menghasilkan sesuatu rekaan, seseorang pereka juga perlu mengetahui golongan sasar yang akan mengikuti atau kepada siapakah sesuatu persembahan itu hendak diperlihatkan dan tujuannya. Satu laman web pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah akan dibincangkan.

Laman web ini menyediakan bahan pendidikan kanak-kanak. Terdapat bahan pendidikan asas matematik, ejaan dalam bahasa Inggeris dan nyanyian kanak-kanak. Dari aspek simplisiti, laman web ini mengaplikasikan prinsip simpilisiti ini dengan cara yang sesuai dengan golongan sasar laman web ini. Sebagai contoh, dalam subjek matematik, pereka laman web ini menggunakan mukataip nombor yang besar dan jelas.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Elemen simplisiti di sini sesuai dengan kanak-kanak, terus kepada subjek yang ingin disampaikan tanpa menggunakan grafik yang tidak diperlukan. Selain dari itu grafik ini juga disertakan dengan audio sebutan nombor yang dipamerkan. Gerakan bahan pengajaran ini juga sangat mudah dimana murid berpeluang untuk bersama-sama menyebut nombor yang ditunjukkan sebelum guru klik untuk bergerak ke muka berikutnya. Elemen simplisiti yang digunakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada golongan sasar laman web ini iaitu kanak-kanak prasekolah mudah memahami dengan cepat dan jelas. Tidak terlalu banyak butang untuk di tekan dan gambargambar yang mengelirukan kanak-kanak tidak dipaparkan. Elemen simplisiti dalam laman web ini turut dipraktikkan dengan baik untuk menarik perhatian golongan sasar terus menumpukan perhatian dan minat mereka.

1.3

Domain

Domain dalam bidang reka bentuk visual membawa maksud pusat penumpuan atau minat. Perkara utama yang yang menjadi subjek dalam sesuatu rekaan grafik perlu menguasai perkara-perkara lain yang bertujuan untuk menyokongnya. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pembaca agar tertumpu pada perkara utama (key elements). Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan dominan dalam sesuatu rekabentuk visual, antaranya : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Menggunakan peraturan satu pertiga (Rule of Third) Warna dan bentuk dan kontras Saiz yang lebih besar Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama Menggunakan garis-garis yang menunjuk kearah item utama Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual Menggunakan cahaya yang memancar.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Dalam laman web http://more.starfall.com/, elemen dominan dicapai dalam pelbagai cara. Cara pertama ialah menggunakan peraturan satu pertiga seperti yang ditunjukkan dalam gambaraja di bawah.

Angka 1berada di pusat penumpuan penonton dan item-item lain yang menyokongnya berada di bahagian-bahagian yang lain. Apabila dilihat bahan pengajaran dan pembelajaran ini, angka satu sangat dominan dan sampai kepada golongan sasar isi pelajaran yang ingin disampaikan. Kedua, laman web ini mewujudkan dominan dengan menggunakan warna yang kontras bagi menarik tumpuan pelajar kepada perkara utama yang ingin disampaikan seperti beberapa gambarajah di bawah.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Penggunaan warna latar belakang yang menggunakan warna-warna sejuk sebagai latar belakang berkontra dengan objek atau perkara utama yang menggunakan skim warna panas. Hal ini dengan sendirinya mewujudkan dominan.

Selain itu, laman web ini juga menggunakan anak panah atau kursor yang menunjukan ke arah item atau subjek yang ingin disampaikan. Langkah ini menarik perhatian pelajar untuk mengambil dan memusatkan tumpuan mereka kepada subjek utama dalam sesuatu rekaan grafik.

Elemen domain ini penting bagi memusatkan perhatian pelajar kepada item-item utama yang ingin diperlihatkan kepada pelajar. Dalam laman web ini juga wujud pergerakan atau animasi.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.4

Pola

Pola dapat didefinisikan sebagai corak berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual dalam bidang reka bentuk visual. Susunan item dalam sesuatu reka bentuk dititikberatkan kerana ia bertujuan untuk: 1. Menarik penglihatan mata ke arah item utama 2. Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang yang betul 3. Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga ke akhir. Pola adalah susunan item-item dalam sesuatu persembahan visual. Pola persembahan visual yang baik berupaya mengekalkan perhatian dan tumpuan pelajar untuk terus mengikuti persembahan visual sehingga ke akhir. Apabila sesuatu persembahan visual menarik perhatian penonton maka adalah mudah sesuatu mesej atau isi kandungan hendak disampaikan. Terdapat pelbagai jenis pola yang digunakan dalam sesuatu rekaan visual dan antaranya ialah bentuk geometri dan ada juga yang menggunakan tema organik. Selain daripada itu, terdapat juga pola yang disusun secara formal dan pola yang disusun secara tidak formal bergantung kepada tema sesuatu persembahan visual. Pola sesuatu persembahan visual melibatkan semua item yang yang dipersembahkan termasuklah susunan huruf. Pola yang terdapat pada laman web http://more.starfall.com/ menggunakan pola yang bersesuaian dengan golongan sasar laman web ini. Corak susunan item di susun secara tidak formal agar pelajar lebih dekat dengan item yang hendak dipersembahkan. Begitu juga dengan susunan huruf yang disusun bertujuan untuk mendekatkan atau mesra dengan pembacanya. Susunan animasi yang dipaparkan juga sangat mudah dan bersesuaian dengan tema persembahan.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Pola yang terdapat dalam laman web bukan sahaja mengambil berat susunan gambarajah atau ilustrasi tetapi juga huruf, pergerakan animasi dan audio yang dipaparkan. Hal ini bertujuan agar menarik perhatian kanak-kanak untuk mengikuti sehingga akhir sesi pembelajaran.

1.5

Seimbang

Dalam sesebuah rekabentuk visual, keseimbangan adalah penting kerana sesebuah rekaan yang tidak seimbang akan membuatkan rekaan itu menjadi berat sebelah dan membuatkan penonton yang menyaksikannya akan keliru dan hilang tumpuan kepada subjek yang ingin di sampaikan. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal (bisymmetrical) bermaksud sesebuah rekaan visual itu seimbang sama ada kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah mempunyai komposisi yang sama. Seimbang tidak formal (asymmetrical) bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item di dalamnya. Tetapi keseimbangan boleh dicapai dengan menggunakan kaedah yang lain seperti penggunaan warna yang panas dan sejuk atau warna cerah dan gelap. Dalam contoh ilustrasi di bawah, laman web yang menyediakan bahan latihan pengajaran, elemen seimbang digunakan dengan menggunakan keseimbangan formal di mana ia adalah imej sebuah pintu dengan menggunakan tema warna terang yang menarik perhatian kanak-kanak.

Di sini didapati aspek keseimbangan diaplikasikan dengan menggunakan kaedah pembahagian sama rata bagi item utama dan latar belakang menggunakan aspek keseimbangan tidak formal, tetapi ia dicapai dengan menggunakan warna yang cerah dan memberi keseimbangan kepada visual.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Dalam laman web ini juga kita dapati bahawa golongan sasar ialah kanak-kanak, maka pereka menghasilkan keseimbangan tidak formal agar visual tidak terlalu membosankan. Ini dapat dilihat dengan susunan huruf yang tidak seimbang dan kembali formal apabila pelajar sudah menyelesaikan latihan yang disediakan. Aspek kesimbangan ini akan wujud jika seseorang pereka peka terhadap pembaca atau pelajar sesuatu rekaan visual.

1.6

Variasi

Variasi merupakan sokongan kepada pola susunan item-item yang terdapat dalam sesebuah persembahan visual. Rekaan visual yang mempunyai variasi yang tidak membosankan akan mengekalkan perhatian dan tumpuan penonton dan mengajak penonton untuk terus menonton visual yang seterusnya. Terdapat variasi dalam setiap persembahan yang dapat dilihat dalam laman web http://more.starfall.com/. Visual yang dipaparkan tidak diulang-ulang bagi setiap subjek. Ilustrasi berikut menunjukkan beberapa variasi yang terdapat dalam laman web ini.

Variasi dalam laman web ini diaplikasikan dengan menggunakan objek atau watak yang digunakan bersesuaian dengan citarasa golongan kanak-kanak. Bagi setiap satu subjek akan ada watak yang berbeza bagi memandu urutan latihan-latihan yang disediakan. Variasi dari segi warna juga digunakan agar penonton tidak jemu untuk melihat slaid-slaid yang ditayangkan. Begitu juga dengan huruf-huruf yang mempunyai pelbagai variasi agar tidak membosankan.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.7

Harmoni

Semua elemen yang membentuk sesebuah rekaan visual perlu harmoni antara satu sama lain. Elemen-elemen yang harmoni dapat mewujudkan kesatuan dengan tema yang ingin dipersembahkan. Elemen yang harmoni menunjukkan kesinambungan idea. Hal ini membolehkan mata dan fikiran penonton atau pembaca mengikuti persembahan visual secara keseluruhan. Sesebuah rekaan visual yang harmoni dapat memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton. Penonton akan dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Dalam http://more.starfall.com/, harmoni antara elemen diwujudkan dengan berpandukan kepada tema pendidikan awal kanak-kanak, Elemen-elemen seperti simplisiti, dominan, pola, keseimbangan, dan variasi bertindak harmoni antara satu sama lain. Tema pendidikan kanak-kanak dapat diwujudkan dengan kepekaan pereka dengan elemen-elemen visual yang sesuai dengan tema setiap item utama yang dipaparkan. Harmoni ini diwujudkan dengan penggunaan warna, objek atau watak-watak yang digunakan serta reka letak huruf yang sesuai.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

2.0

Soalan 2

2.1

Laman web yang dicadangkan.

Dari aspek pendidikan, kemahiran belajar akan mempengaruhi cara pembelajaran sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa murid yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya. Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan meningkatkan motivasi dalam diri murid. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir perlu dipupuk dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi maklumat, kini terdapat banyak laman web berorientasikan pendidikan di internet. Sehubungan itu, saya telah memilih laman web http://more.starfall.com/ dan akan menghuraikan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Laman web ini mengkhususkan peringkat umur pelajar prasekolah sehingga ke tahun tiga. Saya memilih laman web ini kerana ia menggalakkan kanak-kanak melatih kemahiran berfikir mereka mengikut aras pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Tambahan lagi, laman web ini menyediakan pelbagai latihan bagi beberapa subjek seperti asas matematik, ejaan, menyusun ayat, mewarna dan nyanyian kanak-kanak. Grafik yang dipaparkan juga sesuai dengan golongan sasar laman web ini. Banyak aktiviti yang disediakan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir kanak-kanak.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

2.2

Ciri 1: Mudah, jelas dibaca dan difahami

Laman web ini menyasarkan kanak-kanak berusia 5-9 tahun, maka pengisiannya juga perlu sesuai dengan peringkat umur mereka. Untuk menarik perhatian dan tumpuan peringkat umur seperti ini, isi pengajaran dan pembelajaran hendaklah turut sesuai dengan aras pemikiran mereka. Namun adalah lebih penting sekali untuk mereka berminat dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Selain itu, mengekalkan tumpuan mereka adalah satu cabaran kepada seseorang tenaga pengajar. Laman web ini menyediakan isi pengajaran yang mudah, jelas dibaca dan difahami. Kanak-kanak memerlukan motivasi yang tinggi untuk menggalakkan kemahiran berfikir mereka. Isi pelajaran yang sukar dan tidak jelas akan menyukarkan mereka untuk memahami isi pelajaran. Keadaan ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan menjejaskan kemahiran berfikir mereka. 1.

2.

3.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

4.

Urutan animasi yang disediakan juga sangat mudah difahami dan disertakan dengan audio yang jelas. Penggunaan item-item yang mudah sangat digemari oleh kanak-kanak. Kaedah ansur maju digunakan bagi memudahkan kanak-kanak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Motivasi kanak-kanak untuk turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran turut akan meningkat apabila mereka berfikir mereka boleh melakukannya. Muka taip yang besar juga memudahkan pelajar untuk melihat. Apabila mereka bermotivasi, dengan itu akan mudah bagi mereka untuk memahami isi pelajaran. Penyertaan kanak-kanak tanpa paksaan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam mengasuh kemahiran berfikir peringkat awal kanakkanak. Media pengajaran yang mudah, jelas dibaca dan mudah difahami adalah sangat penting untuk memperkembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak.

2.3

Ciri 2: Isi kanduangan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur

Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan kaedah latihan ansurmaju bagi mengekalkan minat mereka. Oleh itu, isi kandungan pengajaran dan pembelajaran juga harus selaras dengan kemahiran yang mereka telah perolehi. Item-item yang terdapat dalam rekabentuk laman web ini adalah sesuai dengan peringkat umur mereka. Mesej haruslah dapat ditafsir tanpa perlu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan. Latihan-latihan pengukuhan yang disediakan juga memupuk minat dan kemahiran berfikir mereka. Beberapa contoh yang memupuk kemahiran berfikir mereka adalah seperti berikut:

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

1.

2.

3.

4.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Contoh ilustrasi yang ditunjukkan di atas adalah mengenai subjek matematik untuk tajuk bahagi. Bagi memudahkan mesej ditafsir dengan baik oleh pelajar, objek pizza digunakan kerana mungkin ada sebahagian pelajar yang suka memakan pizza dan pada kebiasaannya pizza dibahagikan kepada lapan bahagian. Ini memudahkan guru mengaitkan kehidupan seharian dengan subjek yang disampaikan. Mesej yang disampaikan melalui aktiviti seperti ini menggalakkan kemahiran berfikir pelajar. Dalam masa yang sama juga pelajar merasa seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Rekabentuk yang menarik juga akan menggalakkan pelajar meneliti visual dengan terperinci. Aktiviti ini tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar untuk pelajar memahaminya. Tetapi peranan guru juga adalah penting dalam memimpin pelajar untuk memahami dan menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran.

2.4

Ciri 3: Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual

Dalam laman web ini juga terdapat banyak latihan yang memerlukan interaksi aktif antara pelajar, guru dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi seperti dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dengan penglibatan guru dan pelajar yang aktif yang dicetuskan oleh bahan-bahan yang disediakan. Ia juga memupuk sikap kendiri positif dalam diri pelajar dengan penglibatan dalam kelas yang aktif. Antaranya ialah seperti aktiviti seperti di bawah

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Daripada laman web ini terdapat satu aktiviti yang berkaitan dengan subjek matematik. Dalam aktiviti bertaju three times terdapat nyanyian yang mudah untuk disertai oleh pelajar dan guru. Dalam aktiviti ini, selain belajar matematik, guru dan pelajar akan bersama-sama melakukan ini latihan ini. Ini dapat mengasuh kemahiran berfikir kanak-kanak bukan sahaja dalam subjek yang berkaitan tetapi juga kemahiran berfikir untuk muzik dan interaksi dengan guru dan rakan sebaya.

2.5

Ciri 4: Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Dalam laman web ini juga, terdapat visual yang membantu memfokuskan kepada maksud yang terdapat dalam visual. Apabila pelajar fokus kepada sesi pengajaran , maka akan lebih mudahlah guru mengasah kemahiran berfikir pelajar. Rekabentuk yang meningkatkan kemahiran berfikir pelajar haruslah mempunyai visual yang menjuruskan pelajar untuk membuat pemerhatian dan penaakulan. Ini akan menggalakkan lagi kemahiran berfikir pelajar. Bagaimanakah sesuatu rekabentuk yang terdapat dalam laman web ini yang meningkatkan kemahiran berfikir? Beberapa contoh dibawah menjelaskannya.

Fokus pelajar kepada pengisian pelajaran sangatlah penting bagi membentuk kemahiran berfikir. Contoh di atas membantu pelajar memahami ejaan dengan lebih baik dan beserta dengan ilustrasi dan sebutan objek yang menjadi bahan dalam rekabentuk diatas. Melalui aktiviti di atas kemahiran berfikir pelajar telah diasah dengan memfokus perhatian pelajar.

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Rujukan

DBP,(2005), Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Otto G. Ocvirk, Robert E. Stinson, Philip R.Wigg, Robert O.Bone, David L. Clayton, (2006), Art Fundamentals theory and practice, McGraw-Hill International Edition

Oxford University Press, (2012), Oxford Dictionary Online, Oxford University Press

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu, (2013), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran, Open University Malaysia

Вам также может понравиться