Вы находитесь на странице: 1из 28

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan
Dari segi falsafah, pendidikan bermaksud satu proses memanusiakan manusia, iaitu proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia (conscientization) tentang fizikal dan metafizikal (Tuhan, manusia dan alam). Secara umumnya, pendidikan di Malaysia merupakan satu proses membangunkan modal insan dan potensi individu mengikut dasar-dasar yang telah digubal bagi mencapai tujuan dan objektif yang telah ditentukan.

Potensi menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Dalam konteks pendidikan, potensi pelajar merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar dalam mencapai matlamat yang terkandung dalam sesuatu sistem pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyakat dan negara.

Jelaslah menunjukkan bahawa matlamat pendidikan di Malaysia berdasarkan FPK adalah untuk menggilap potensi setiap pelajar mengikut kekuatan masing-masing.

Intelek

Rohani

Ilmu Pengetahuan Akhlak Mulia

Insan Seimbang dan Harmonis

Tanggungjawab dan Sumbangan kepada Masyarakat

Jasmani

Emosi

Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan


1. 2. 3. 4. Warganegara Malaysia yang baik Unsur Intelek Unsur Rohani dan Emosi Unsur Jasmani

1.

Warganegara Malaysia yang baik

Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

2. Unsur intelek
Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran. Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. Daya pemikiran yang logik dan analitis. Ilmu yang bermanfaat.

3. Unsur rohani dan emosi


Keyakinan terhadap Tuhan. Kepercayaan beragama. Kemantapan jiwa. Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat. Berbudi pekerti mulia. Berbakti dan berkorban.

4. Unsur jasmani
Kecergasan fizikal dan kesihatan diri. Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Definisi
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings (Frames of Mind, 1983)

Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson (1999) merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:
Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

8 jenis Kecerdasan Pelbagai yang utama menurut PPK

Kecerdasan

Definisi

Ciri-ciri - Mengingat maklumat - Meyakini orang lain - Bercakap tentang bahasa itu sendiri - Memahami kelompok nombor asas - Memahami prinsip sebab-akibat - Kebolehan menjangka

Contoh - Guru - Peguam - Wartawan

Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan katakata secara berkesan dalam lisan dan penulisan LogikMatematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah

- Jurutera - Programmer - Akauntan

Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan


Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah

- Mempersembahkan - Arkitek idea visual dan - Pelukis ruang secara grafik. - Jurupandu/ - juruarah - Kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. - Atlet/ahli sukan - Ahli bomba - Pelakon

Kinestetik

Kecerdasan Muzik

Definisi

Ciri-ciri

Contoh

Kebolehan mengesan - Mengenal lagu mudah - Ahli muzik irama dan lagu - Membeza/mengubah - Komposer rentak atau tempo - Disk Jockey dalam melodi yang (DJ) mudah Kebolehan - Bertindak secara memahami perasaan, berkesan terhadap motivasi, tabiat serta orang lain hasrat orang lain Kebolehan - Memahami memahami diri bagaimana sama atau sendiri dari segi berbeza dengan orang kekuatan, kelemahan, lain. hasrat dan kehendak - Menangani perasaan, beradab sopan - Mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
- Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi sumber-sumber alam serta flora dan fauna

Interpersonal

- Kaunselor - Ahli politik - Jurujual - Penyelidik - Penulis novel - Usahawan

Intrapersonal

Naturalis

- Bersifat cintakan alam sekitar - Bekerja dengan alam

- Pencinta alam sekitar - Petani - Pengembala

Isu Pendidikan

ISU 1: Sistem Pendidikan Berorientasikan Akademik dan Peperiksaan Semata-mata


Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolahsekolah di Malaysia adalah lebih mengarah kepada akademik dan untuk prestasi yang baik dalam ujian atau peperiksaan (Hishammuddin dan Murad, 2005)

Kebanyakan guru-guru akan lebih memberi penegasan kepada penguasaan fakta-fakta dan teori. Tidak semua pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada aspek teoritikal yang dianggap kering dan tidak bermakna (Rohizani dan Norlida, 2003)

Langkah Penyelesaian
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. PMR pula bermula pada 2014.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Komponen dalam PBS


Komponen
Pentaksiran Pusat

Jenis
Akademik

Pelaksanaan
Dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau berpusat

Fokus
Kerja kursus dan projek lisan

Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Psikometrik

Akademik

Mata pelajaran teras dan elektif Mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmonis oleh kapasiti dan proses mental

Bukan Akademik

PAJSK

Bukan Akademik

ISU 2: Masalah Disiplin dan Isu Moral


Masalah sosial remaja lumba haram, penyalahgunaan dadah, bergaduh, kegiatan maksiat dab sebagainya. Hal ini terjadi kerana kurang penerapan nilai murni di kalangan remaja dan kurangnya kesedaran dalam diri mereka. Sistem pendidikan yang berorientasikan akademik sematamata dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek pendidikan akhlak dan rohani yang sihat akan mewujudkan generasi yang mempunyai keahlian dan kepakaran dalam bidang keilmuan tetapi kurang menghargai akhlak dan agama.

ISU 3: Tahap Kecerdasan Pelbagai


Jenis Kecerdasan
Interpersonal

Isu Berkaitan
Buli, ragut, samun

Intrapersonal

Dadah, lumba haram, rempit, bohsia dan bunuh diri Masalah sampah sarap, vandalisme

Naturalis

Visual-ruang

Masalah lepak, menganggur

Langkah Penyelesaian
Penerapan unsur nilai-nilai murni di dalam pengajaran. Integrasi unsur kecerdasan pelbagai dalam pengajaran.

Integrasi Unsur Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran


Menurut Jasmine (1996): Unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran di samping memperkembangkan kecerdasan yang relevan. Dalam mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai, jenis-jenis kecerdasan pelbagai yang bersesuaian dengan topik perlu dimasukkan ke dalam rancangan pengajaran. Armstrong (1994) pula mencadangkan agar guru menetapkan objektif pengajaran terlebih dahulu diikuti dengan memikirkan persoalan-persoalan tertentu semasa merancang sesuatu pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai.

Persoalan yang timbul semasa merancang pengajaran berintegrasikan kecerdasan pelbagai (Armstrong, 1994)
Verbal-linguistik Bagaimana saya boleh menggunakan perkataanperkataan secara lisan dan tulisan? Logik-matematik Bagaimana saya boleh memasukkan nombornombor, pengiraan, logik, klasifikasi atau kemahiran berfikir secara kritis? Visual-ruang Bagaimana saya boleh guna bahan bantu visual, visualisasi, warna, lukisan atau metafora?

Intrapersonal Bagaimana saya boleh membangkitkan perasaan diri atau memori atau memberi pilihan kepada pelajar

Muzik

OBJEKTIF

Bagaimana saya boleh memasukkan muzik atau bunyi persekitaran atau irama atau kerangka melodi?

Interpersonal Bagaimana saya boleh mewujudkan perkongsian antara pelajar, pembelajaran koperatif atau simulasi kumpulan?

Naturalis Bagaimana saya boleh memasukkan pemerhatian terhadap dunia, mengklasifikasi atau kemahiran mengenal pasti?

Kinestetik Bagaimana saya boleh melibatkan keseluruhan anggota badan pelajar atau pengalaman handson?

Вам также может понравиться