Вы находитесь на странице: 1из 5

PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan misi Kepengakapan, para peserta Jambori Antarabangsa Johor


ke-24 akan mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik dan salah satu aktiviti tersebut
ialah komunikasi radio amatur.
Pelaksanaan aktiviti ini akan memberikan peluang kepada para peserta jambori
untuk berkomunikasi menggunakan radio amatur bagi mewujudkan rangkaian
perhubungan, persahabatan dan persaudaraan Pengakap di semua peringkat samada
di dalam Negeri Johor sendiri sehinggalah ke peringkat Negara-negara Rantau Asia
Pasifik

MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM:

AKTIVITI KOMUNIKASI RADIO AMATUR

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE 24

TARIKH:

15 – 20 NOVEMBER 2008

TEMPAT:
KEM JUBLI INTAN TANJUNG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR.

PENYERTAAN
Semua peserta Jambori Antrabangsa Johor ke 24
( Anggaran 3000 peserta dari dalam dan luar negara )

PENGELOLAAN
Progam ini dikelolakan oleh Johor Scout Amateur Radio Crew (JOSRAC) bersama
Krew Kelana Komunikasi Ibupejabat PPM (KELKOM), dengan kerjasama Kelab Ham
Radio Muar, Segamat, Batu Pahat dan Johor Bahru.

Вам также может понравиться